You are on page 1of 3

MAZNAH BINTI ABDULLAH 

Nama pelajar: Maznah Binti Abdullah

No Matrik: P82907

Penyelidik : Maznah binti Abdullah

Responden : Aribah binti Ishak

Maklumat temu bual

Tarikh : 14 April 2016 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

Tempat : Bilik perbincangan Pusat Siswazah, Fakulti Pendidikan UKM

Teknik mengutip data : Temu bual separa berstruktur

Objektif : Mengetahui faktor responden menyambung pengajian ke peringkat PhD

Penyelidik:      Assalamualaikum puan, apa khabar.Puan sihat hari ini?

Responden:     Waalaikumsalam, alhamdulillah. Saya ok hari ini.

Penyelidik:      Ok puan. Maaf puan ganggu puan. Pertamanya terima kasihlah puan sebab sudi
datang ke UKM ni untuk di temubual. Puan sebenarnya puan memamg datang untuk di
temubual ataupun selepas ni puan ada rancangan nak pergi perpustakaan ke atau macamana
puan.

Responden:     Eee kebetulan sebenarnya faktor utama nak memenuhi permintaan dari pihak
puan. Selanjur saya datang ke sini selepas ni saya akan ke libry Edu.

Penyelidik:      Ok.. terima kasih puan. Ok puan jadi saya tak naklah melengah-lengahkan masa
lagi jadi saya terus kepada strait to the point apa sebab saya nak temubual puan hari ini. Tapi
sebelum tu saya mintak maaf le sebab tentu puan sebuk dengan urusan anak-anak lagi urusan
keluarga, urusan sebagai seorang pelajar ke macaman puan.

Responden:     Macam ni lah student dewasa macam saya  macam yang lainnya, selain


komitmen belajar tu ada urusan keluarga, urusan anak-anak urusan emegency tu pun kita kena
masuk dalam jadual jugak.

Penyelidik:      Ok puan sebelum saya bertanya lebih lanjut boleh puan ceritakan sedikit ataupun
berkongsi sedikit tentang bidang pengajian puan.

Responden:     Eee saya menyambug pengajian dalam bidang educational leadrship di Institut


Kepimpinan Penddikan di Universiti Malaya yang memang fokus kepada untuk develop skil, ee
kompetensi pemimpin pendidikan.

Penyelidik:      Ok. Apa yang saya dapat fahami di sini bidang yang  puan ambil ni sejiwa dengan
apa yang puan nak ye.. ok puan jadi sebenarnya apa tujuan sebenar puan atau yang paling
mudah apa sebab puan nak sambung pengajian ke perigkat PhD sedangkan puan ni saya
nampak orang berkerjaya, mugkin dah mantap segala-galanya lah pekerjaan mungkin saya tak
tau lah puan kerja apa kan.. jadi apa faktor  yang menyebabkan puan nak sambung belajar ke
peringkat Doktor falsafah ni.

Responden:     Eee antara sebabnya  dia berkaitan dengan kerjaya saya lah ini ialah very
commont lah ye semua orang cakap untuk meningkatkan  profesionalisma. Saya bekerja
sebagai pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki yang melatih pemimpin pendidikan
ee client saya terdiri daripada guru besar dan pengetua serta orang JPN dan sebagainya. Jadi
kalau kita tengok sekarang pengetua pun ramai  yang  PhD holder. So kalau kita tak dapat lebih
dan sebagainya sekurang- kurangnya  biarlah kemahiran kita, kepakaran kita, setanding dengan
mereka. Kalau dapat lebih tu lagi bagus. Kalau tidak cakap kita  tak laku.

Penyelidik:      Ooo jadi disebabkan satu daripadanya sebab faktor perekitaran kerja puanlah ye.
Jadi saya nak tanya  kat sini puan kata puan pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki dan
Institut Aminuddin Baki melatih pengetua dan guru besar. Adakah mereka ni seangkatan dengan
puan. Maksud saya adakah mereka ni sebaya puan ke atau mungkin mereka lebih senior. Orang
kata lebih tua daripada puanlah. Adakah itu satu daripada  sebabnya mungkin puan nak
tingkatkan ee dari sudut ilmu ke macamana puan sebab mereka ni orang yang sangat
berpengalaman.

Responden:     Ye you are very right. Saya ni bukanlah saya nak kata saya muda ye.
Tapi compare dengan clientsaya  pengetua  atau guru besar atau ketua sektor di JPN ke ee atau
bahagian mereka lebih senior daripada saya baik dari segi pengalaman kerja memang
berganda-ganda lebih daripada saya.. Aaa itu salah satu faktor sebab  saya nak sambung
belajar. Mungkin saya tak boleh menyaingi umur tapi dari segi pengetahuan, kemahiran dan
sebagainya lah.

Penyelidik:      Ok. Apa lagi sebab-sebab utama puan nak sambung belajar?

Responden:     Eee dia lebih kepada kepuasan dirilah ye.  Sejak saya first time menjejakkan kaki
ke menara gading masa first degree dulu saya dah berazam dalam diri saya saya dah tanamkan
cita-cita saya nak belajar sampai PhD.

Penyelidik:        Ooo puan ni memang hebatlah . Orang kata  semangat untuk belajar tu tidak
terhenti sampai disitu walaupun dah ada  satu kerjaya yang sangat bagus. Jadi  selain daripada
persekitaran, selain daripada untuk kepuasan diri ee ada tak lagi faktor-faktor lain yang
menyebabkan puan nak sambung belajar ni.

Responden:     Eee faktor lainnya ee lebih kepada memberi motivasi kepada anak-anak. You

know, kids this day dia.. mereka ni ee bukanlah macam generasi  kita dulu ye dulu kita tengo
mak ayah susah kita nak belajar bersungguh sungguh supaya kita boleh mengubah masa dedap
nasib kita tapi emmm budak-budak  hari ini mereka lahir dalam suasana yang senang, jadi saya
belajar tu nak  memberi motivasi kepada diaorang supaya jangan mudah putus asa belajar
walaupun usia dah lanjut, dah ada kerja, dah ada pendapatan tapi belajar ee masih lagi kena
tetap teruskan. Dia satu proses yang never ending.

Penyelidik:      Ok puan saya pun bersetuju dengan apa yang puan cakap. Eee dari anak-anak
bagaimana dengan anak-anak puan? Adakah mereka menyokong aaa apa ni apa yang tindakan
yang puan buat ni ataupun mereka tak sukalah puan sambung belajar atau susah ke pada
mereka atau macamana?

Responden:     Alhamdulillah, anak- anak saya memang menyokong penuh malah mereka saya
seronok bila saya kembali ke kampus, mereka anggap saya macam first degree tu walaupun
sebenar  boleh katakan takde kelas sebenarnya tapi mereka seronok lah sekali sekala dapat ikut
saya ke universiti terutama dalam cuti sekolah.

Penyelidik:      Ooo macam tu jadi baguslah  puan punya.. orang kata satu langkah yang baiklah.
Jadi role modelkepada anak-anaklah. Ok puan ee banyak sebab yang puan cakap tadi. Jadi
saya nak tanya puanlah. Kita ni kan kalau kita buat sesuatu mestilah kita letak satu matlamat di
penghujungnya. Bagaimana dengan matlamat puan?

Responden:     Ee ok kalau emm matlamat dari segi  sambung belajar ni samalah dengan yang

lain sama jugak dengan budak  first degree second degree dan sebagainya.Tamat belajar, ee 
dalam jangka masa yang ditetapkan atau singkatannya GOT. Apatah lagi saya ee di taja.. ye.

Penyelidik:      Ooo puan dapat tajaan daripada mana tu  puan?

Responden:       Daripa KPM untuk tempoh 3 tahun jadi saya kena graduart dalam masa yang
ditetapkanlah.

Penyelidik:      Ooo ok. Saya rasa puan ni memang hebatlah dengan satu kejaya yang bagus,
dapat pula tajaan jadi  memang satu yang cukup baguslah bagi saya dan sangat baiklah. Jadi
saya nak tanya puan agak-agaknya lah  dengan status dan kedudukan puan sekarang ni 
dengan keluarga dengan sambung belajar dan sebagainya dapat pula tajaan ni, ee boleh  tak
puan bagi pandangan, cadangan, nasihat untuk mereka yang diluar sana  yang ada keinginan,
ada hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD.

Responden:     Eee saya memang menyokong penuhlah kalau rakan- rakan ee sedara mara
yang memang nak sambung belajar ee orang kata tadi pun sa ya ada sebut learning is never
end.. satu tempoh sepanjang hayat kita ye. Jangan anggap  dah tua dah cukuplah tu ataupun
dah ada kerjaya mantap. Jangan terhenti setakat tu saja teruskan.

Penyelidik:      Ok saya pun bersetuju dengan puan. Ok lah puan ee saya rasa ee apa ni setakat
ini sajalah perbualan kita temubuak kita pada hari ini. Jadi ee saya ucapkan terima kasihlah
kepada  puan kerana sudi untuk ditemubual pada hari ini. Jadi saya doakan agar puan berjaya
dalam bidang pengajian puan dan memperoleGOT yang puan harapkan. Sebab puan kata tadi
puan di taja, di beri cuti 3 tahun jadi cabaran untuk puan memenuhi apa yang puan dapat. Ok
puan kita jumpa lagi terima kasih atas perkongsian ini.

Responden:     Ok sama-sama. jumpa lagi.

You might also like