You are on page 1of 20

BAHAGIAN ULASAN

1. Aktiviti Gotong-royong Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam.


Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam menganjurkan aktiviti gotong-royong yang
akan diadakan pada 27 Mac 2016 bersamaan dengan hari Ahad. Tempat dan masa
berkumpul adalah di dewan Komuniti Desa Nilam pada pukul 8.00 pagi. Tujuan aktiviti
tersebut adalah untuk membersihkan kawasan sekitar. Selain itu, mereka juga ingin
memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang terdapat di kawasan sekitar, di
samping mengindahkan dan menghijau persekitaran. Penganjur mengalu-alukan kehadiran
semua penduduk. Penduduk yang ingin mengambil bahagian diminta membawa peralatan
yang berkaitan serta memakai pakaian yang bersesuaian.

2. Pertandingan Memancing Kolam Bamban Seremban.


Iklan menunjukkan satu pertandingan memancing di Kolam Bamban, Seremban akan
diadakan pada 26 November 2016 iaitu pada hari Sabtu selama lima jam. Setiap peserta
boleh menggunakan sebatang joran dan dua bentuk mata kail. Umpan yang digunakan pula
bebas. Juara sehingga tempat ke-30 akan menerima hadiah wang tunai. Selain itu, cabutan
bertuah turut disediakan kepada para peserta yang bertanding. Hadiah-hadiah berupa
peralatan dan barangan dapur ditawarkan. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi
nombor telefon yang tertera dalam iklan untuk keterangan lanjut.

3. Keperluan Mangsa-mangsa Banjir.


Mangsa-mangsa banjir memerlukan beberapa jenis barangan keperluan. Pertama,
sebanyak 25% keperluan makanan diperlukan seperti beras, ayam, ikan dan minuman.
Kedua, mangsa-mangsa banjir memerlukan sebanyak 20% pakaian terpakai untuk
menjalani kehidupan seharian. Ketiga, barangan keperluan harian seperti lilin, tisu, selimut,
kain, penyangkut baju dan lampin pakai buang turut diperlukan oleh mereka. Seterusnya,
20% permintaan terhadap produk pembersihan diri seperti syampu, sabun dan ubat gigi.
Selebihnya, mangsa-mangsa banjir memerlukan alatan kebersihan seperti mop,
penyapu, berus dan span untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

1
4. Usaha-usaha Menceriakan Kawasan Sekolah.
Kita perlu berusaha menceriakan kawasan sekolah supaya dapat belajar dalam
suasana yang selesa. Antara usaha itu ialah mengadakan aktiviti gotong-royong secara
berkumpulan dengan memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama
membersihkan kawasan sekolah.Contohnya, menyapu sampah dan mengumpulkan
sampah ke dalam beg plastik sampah. Selain itu, menanam pokok-pokok bunga di sekitar
kawasan sekolah perlu dilakukan agar persekitaran sekolah lebih indah dan segar. Guru-
guru dan murid-murid bersama-sama melukis dan mewarna mural untuk menambahkan
keceriaan suasana. Akhir sekali, warga sekolah perlu saling membantu membaiki dan
membetulkan kemudahan sekolah yang mengalami kerosakan supaya kelihatan baharu
dan boleh digunakan semula.

5. Jenis Bahan Bacaan di Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu.


Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan untuk
menarik minat murid-murid. Terdapat 200 naskhah akhbar yang menyediakan berita
terkini tentang perkembangan di dalam dan di luar negara disediakan. Selain itu, 300
naskhah majalah dibekalkan untuk para murid meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang.
Seterusnya, buku-buku ilmiah sebanyak 500 buah diletakkan untuk rujukan murid dalam
pembelajaran. Di samping itu, bilangan buku bukan fiksyen berjumlah 400 buah manakala
buku fiksyen berjumlah 550 buah untuk menggalakkan murid membaca dan meluaskan
imaginasi.

6. Hari Bahagia Taman Aman Siara 2016.


Hari Keluarga Taman Aman Siara anjuran persatuan penduduk akan diadakan pada
3 dan 4 Disember 2016 di Morib Beach Resort, Pantai Morib. Pada hari pertama,
pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi disusuli taklimat. Acara sukaneka diadakan
pada pukul 10.00 pagi. Para peserta mendaftar masuk hotel selepas makan tengah hari.
Sukaneka disambung semula pada pukul 4.30 petang diikuti acara penyampaian hadiah.
Para peserta makan malam pada pukul 7.30 petang. Mereka berehat pada pukul 10.30
malam. Pada hari kedua, mereka akan mengikuti acara kolam selepas bersarapan. Para
peserta mendaftar keluar dan bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.
7. Pertandingan Halaman Tercantik.
Pertandingan Halaman Tercantik diadakan sempena Hari Alam Sekitar pada 5 Jun
2016. Penduduk Taman Mega layak menyertai pertandingan ini. Hadiah-hadiah istimewa
ditawarkan untuk para pemenang. Pemenang pertama akan mendapat satu set pancuran air
mini, sebuah mesin pemotong rumput, hiasan landskap halaman percuma dan wang
tunai RM1500. Pemenang kedua akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah mesin
pemotong rumput dan wang tunai RM1000. Pemenang ketiga pula mendapat satu set
pancuran air mini, sebuah mesin pemotong rumput dan wang tunai RM500. Hadiah-hadiah
ini ditaja oleh Syarikat Hiasan Laman Uni, Preti Houz Sdn. Bhd. dan Qaya Bank Berhad.

8. Lima Langkah Asas Melintas Jalan.


Murid-murid mestilah berhati-hati semasa melintas jalan raya. Setiap murid
hendaklah mengingati lima langkah asas sebelum melintas jalan. Pertama,murid perlu
berhenti di bahu jalan sebelum melintas. Kedua, murid mesti melihat ke kiri dan ke
kanan serta memastikan laluan trafik lapang. Ketiga, murid perlu mendengar untuk
memastikan tiada kenderaan datang dari kedua-dua arah. Keempat, murid harus
memikirkan dan memastikan keadaan selamat untuk melintas. Kelima, murid perlu
berwaspada dan berhati-hati apabila melintas jalan raya.

9. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 SJK(C) San Chi.


Peperiksaan pertengahan tahun bagi murid tahun enam SJK(C) San Chi berlangsung
selama empat hari bermula dari 10 hingga 13 Mei 2016. Pada hari pertama,
berlangsungnya peperiksaan Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan dan
Matematik 1. Pada hari kedua, Peperiksaan Matematik kertas 2 bermula pada pukul 8.15
pagi. Selepas itu, peperiksaan Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan pula
diadakan. Pada hari ketiga, peperiksaan Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris
Penulisan dijalankan. Pada hari terakhir, peperiksaan Sains Kertas 1 dan Sains Kertas 2
diadakan.

10. Cara Menggosok Gigi dengan Betul.


Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit.
Langkah pertama, halakan berus gigi 45 darjah ke bahagian gusi atas. Gosok dari gusi ke
gigi. Kedua, gosok bahagian hadapan gigi secara menegak ke atas dan ke bawah dan
menyeluruh. Ketiga, ulangi langkah 2 pada keseluruhan bahagian gigi. Keempat, gunakan
hujung berus gigi untuk memberus bahagian dalam dan belakang, Kelima, berus permukaan
gigi hingga bersih
dari bahagian belakang ke hadapan. Langkah terakhir, berus permukaan lidah supaya bersih
dan nafas menjadi segar.

11. Tong Kitar Semula.


Gambar di atas menunjukkan poster tentang tong sampah kitar semula. Terdapat
tiga buah tong sampah kitar semula yang mempunyai warna berbeza yang boleh kita
gunakan untuk membuang sampah sarap yang boleh dikitar semula. Semua kertas
seperti surat khabar, majalah dan buku-buku terpakai boleh dibuang ke dalam tong
berwarna biru. Tong berwarna jingga pula boleh digunakan untuk mengumpulkan sampah
seperti botol minuman plastik serta tin minuman. Bagi barangan kaca seperti botol kaca dan
baling kaca, kita boleh membuangnya ke dalam tong berwarna coklat.Program seperti ini
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.

12. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kesesakan Lalulintas.


Pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat
menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Peta bulatan di atas
menunjukkan langkah- langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Antaranya,
kita hendaklah menambah bilangan dan meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya
dapat menampung bilangan pengguna jalan raya yang semakin meningkat. Selain itu,
amalan berkongsi kereta juga perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya di
kurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyak supaya pengguna mempunyai laluan
alternatif untuk menuju ke destinasi. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memantau
masalah ini supaya dapat menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

13. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.


Peta buih di atas menunjukkan tentang punca-punca kemalangan jalan raya.
Antara punca kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu yang memandu
melebihi had laju. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik
merupakan punca terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak
diselenggara dengan baik merupakan punca terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan
jalan raya yang kurang baik juga menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan
sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, cuaca buruk juga boleh
menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan
daripada pihak berkuasa juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.
14. Amalan hidup Sihat.
Gambar di atas menunjukkan carta tentang amalan hidup sihat. Antaranya ialah
menjaga pemakanan seharian kita. Kita perlulah makan makanan yang seimbang dan
berkhasiat agar kesihatan lebih terjamin. Selain itu, kita hendaklah rajin bersenam.
Bersenam dapat meningkatkan kecergasan fizikal kita. Di samping itu, kita hendaklah
menjaga kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Kebersihan adalah asas kesihatan.
Seterusnya, kita perlulah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaaan kesihatan amat
penting untuk mencegah penyakit. Kesimpulannya, amalan hidup sihat membolehkan kita
sihat dan hidupm sejahtera.

15. Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang.


Gambar di atas menunjukkan carta tentang usaha yang perlu dilakukan untuk
menjadi murid cemerlang. Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang
ialah kita mestilah membuat jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik.
Selain itu, kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat
memahami topik yang dipelajari. Di samping itu, kita haruslah belajar secara
berkumpulan. Belajar secara berkumpulan juga berfaedah kerana kita dapat berkongsi
idea dengan kawan-kawan. Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya kepada guru
sekiranya kurang faham akan sesuatu topik. Kesimpulannya, kita mestilah rajin berusaha
dengan bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.

16. Panduan Berbelanja Secara Bijak.


Gambar di atas menunjukkan tentang panduan berbelanja secara bijak. Amalan bijak
berbelanja dapat menggalakkan amalan menabung. Dengan menabung, kita akan
mempunyai simpanan dan dapat digunakan pada waktu kecemasan. Selain itu, kita
akan dapat mengurangkan bebanan hutang. Oleh itu, kita akan berbelanja mengikut
kemampuan, bukan mengikut nafsu. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan diri
daripada ditipu oleh penjual. Kita akan membandingkan maklumat tentang produk
daripada media massa supaya tidak ditipu. Amalan seperti ini juga dapat mengelakkan
pembaziran. Kita hanya akan berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
17. Program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016.
Poster di atas menunjukkan program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016 yang akan
diadakan pada 20 Mac 2016. Berdasarkan poster itu, penduduk kampung perlu berkumpul
di Dewan Orang Ramai Taman Harmoni pada pukul 8.00 pagi . Program ini akan
berakhir pada pukul 5.00 petang. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah
pertandingan mewarna, pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan dan acara
sukaneka. Program ini melibatkan penduduk Taman Harmoni. Program Hari Keluarga ini
bertemakan “ Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera”. Program ini dianjurkan oleh
Biro Penduduk Taman Harmoni.

18. Adab Berkawan.


Gambar rajah di atas menunjukkan tentang adab berkawan secara bertatasusila.
Antara adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti
mengasihi diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan
kesilapan, kita perlulah menegur dengan cara berhemah supaya kita tidak
menyinggung perasaannya. Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang
menyakiti hati kawan kerana ada sesetengah orang tidak boleh menerima guruan kita.
Akhir sekali, kita mestilah menghormati kawan dan janganlah kita memburuk-
burukkannya di hadapan orang lain.

19. Kem Bakat Badminton.


Poster di atas menunjukkan Kem Bakat Badminton yang dianjurkan oleh Kelab
Badminton SJK(C) Khoi Tee. Kem ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2016 bertempat
di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak lima
puluh ringgit sahaja. Antara syarat-syarat penyertaan termasuklah berumur 10 hingga 12
tahun dan membawa keperluan asas seperti raket badminton dan kasut sukan. Peserta
hendaklah menyerahkan borang dan yuran penyertaan kepada urus setia selewat-lewatnya
pada 14 Mei 2016, pukul 5.00 petang.
20. Tidur yang Berkualiti.
Peta Pelbagai Alir di atas menunjukkan tentang sebab dan kesan tidur yang
berkualiti. Bagi memperoleh tidur yang berkualiti, kita hendaklah mengekalkan jadual waktu
tidur setiap hari. Ruang dan peralatan tidur yang selesa juga membolehkan kita tidur
dengan nyenyak. Seterusnya, kita perlu mempunyai tempoh tidur yang mencukupi iaitu
tidur sekurang- kurangnya tujuh jam bagi meningkatkan kecergasan badan. Melalui
tidur yang berkualiti, badan kita akan sentiasa sihat dan cergas. Minda kita akan menjadi
cerdas dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian. Akhir sekali, tidur yang
berkualiti turut meningkatkan daya ingatan seseorang.

21. Cara-cara Menjaga Kebersihan Gigi.


Kebersihan gigi sangat penting dan perlu dijaga dengan baik untuk meningkatkan
imej atau penampilan diri seseorang. Salah satu cara untuk menjaga kebersihan gigi
adalah menggosok gigi dengan cara yang betul selepas makan. Ini adalah untuk
menghilangkan kekotoran pada gigi. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan
untuk mengelakkan makanan terselit pada celah-celah gigi. Selain itu, kita juga
disarankan untuk melakukan pemeriksaan gigi 6 bulan sekali bagi mengesan jika kita
mempunyai masalah gigi. Akhir sekali kita juga hendaklah mengelakkan makanan yang
manis seperti gula-gula dan coklat untuk mengelakkan kerosakan gigi.

22. Kepentingan Air.


Air ialah sumber alam yang sangat berguna kepada manusia untuk meneruskan
kelangsungan hidup di dunia ini. Air ialah sumber minuman yang diperlukan oleh badan
bagi menghilangkan rasa kehausan. Tanpa air juga segala hidupan di dunia ini akan mati.
Kita juga memerlukan air untuk mandi pada setiap hari bagi menjaga kebersihan badan.
Kita juga memerlukan air yang bersih untuk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Air juga
sesuatu yang sangat diperlukan dalam aspek penjagaan kebersihan seperti rumah dan
membersihkan kenderaan. Selain itu, kita memerlukan air untuk mencuci tangan dan
menjaga kebersihan selepas menggunakan tandas.
23. Faedah Membaca.
Tabiat membaca memberi banyak kebaikan kepada murid-murid seperti boleh
mendapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan membantu kita dalam
pelajaran di sekolah dan kehidupan seharian. Ilmu yang diperoleh daripada tabiat membaca
juga akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka yang
rajin membaca juga mempunyai peluang yang lebih baik dalam mendapat pekerjaan apabila
dewasa nanti. Oleh itu amalkan tabiat membaca untuk mendapat pelbagai manfaat demi
kebaikan diri kita.

24. Patuhi Undang-undang Jalan Raya.


Semasa berada di jalan raya kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
yang telah ditetapkan. Kita hendaklah mematuhi lampu isyarat yang disediakan di jalan
raya bagi menjamin keselamatan semasa melintas jalan. Para pengguna jalan raya juga
mesti mematuhi had laju yang ditetapkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak
diingini seperti kes kemalangan. Semasa melintas jalan juga, kita perlu menggunakan
jejantas yang telah disediakan demi menjaga keselamatan diri. Selain itu, gunalah
kemudahan laluan untuk pejalan kaki untuk menjaga keselamatan semasa berada di
jalan raya.

25. Sajak Menghargai Jasa Ibu.


Sajak ini menceritakan tentang seorang anak yang begitu menghargai jasa
ibunya. Penulis menghargai jasa ibunya yang telah melahirkan dan menjaganya dengan
baik.Dalam sajak itu penulis turut menyatakan dia tetap mengenang dan mengingati
ajaran dan nasihat ibunya.Selain itu penulis juga menyatakan bahawa dia tidak mampu
membalas jasa ibunya yang sungguh besar itu. Walaupun penulis berjaya menjadi
seorang doktor namun dia masih memerlukan kasih sayang dan doa daripada ibunya.

26. Cara-cara Menjaga Kesihatan.


Kesihatan sangat penting dan perlu dijaga untuk mendapat kehidupan yang lebih
baik. Oleh itu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang perlu diamalkan agar tubuh badan
sentiasa sihat dan bertenaga. Kita juga hendaklah rajin bersenam supaya mempunyai tubuh
badan yang sihat dan kekal cergas. Selain itu, kita perlu melakukan pemeriksaan
kesihatan dengan berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Akhir sekali,
kita juga perlu memastikan diri kita mendapat rehat dan tidur yang mencukupi agar sentiasa
cergas sepanjang masa.
27. Cara –cara Mengelakkan Keracunan Makanan Di Sekolah.
Keracunan makanan banyak berlaku kepada murid-murid di sekolah. Pelbagai cara
boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian ini seperti sikap peniaga yang perlu
bertanggungjawab dalam menguruskan makanan di kantin.Mereka perlu prihatin
dengan kebersihan bagi memastikan kesihatan murid-murid terjaga.Pihak sekolah juga
perlu peka dan melakukan pemantauan di kantin bagi memastikan hanya makanan dan
minuman yang selamat sahaja disediakan oleh pihak kantin. Amalan membawa bekal
dari rumah juga adalah satu langkah yang baik dalam mengelakkan keracunan makanan.
Selain itu, murid-murid juga perlu menjaga kebersihan diri seperti amalan mencuci
tangan sebelum dan selepas makan.

28. Faedah Bersukan.

Bersukan adalah aktiviti fizikal yang memberi banyak faedah seperti menyihatkan
tubuh badan. Dengan bersukan kita juga dapat mengisi masa lapang pada setiap hari
dengan aktiviti yang baik untuk kesihatan badan. Selain itu, dengan bersukan juga kita
dapat mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan. Kita boleh melakukan aktiviti
sukan bersama-sama dan berbincang tentang kehidupan seharian. Faedah bersukan
juga dapat membantu menghilangkan stress.Pada masa itu tumpuan kita hanya pada
sukan dan dan kita dapat melupakan masalah semasa bersukan.

29. Tekanan Emosi.


Berdasarkan peta pelbagai alir di atas tekanan emosi disebabkan permasalahan
yang berlaku dalam keluarga. Permasalahan seperti pergaduhan atau perceraian ibu bapa
boleh menyebabkan seseorang itu bersikap murung dan memencilkan diri. Masalah
kewangan juga turut menyebabkan tekanan emosi. Kesannya seseorang itu akan
mengalami tekanan hidup kerana kekurangan wang untuk menyara kehidupannya. Tekanan
emosi juga berlaku apabila seseorang itu kurang berjaya dalam pelajaran. Ini menyebabkan
seseorang itu hilang keyakinan dan motivasi untuk meneruskan kehidupannya.

30. Aktiviti Mengisi Masa Lapang.


Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang untuk mengisi masa
yang terluang. Antaranya menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah untuk
meringankan beban mereka. Pada masa lapang kita juga boleh bersukan untuk
menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan. Selain itu kita juga boleh menggunakan
masa lapang dengan berkebun. Berkebun sangat berfaedah kerana kita boleh
menanam sayur untuk kegunaan sendiri. Kita juga boleh mengunjungi perpustakaan untuk
membaca buku bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti di
atas masa lapang dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat.
31. Kriteria Remaja yang Berakhlak Mulia.
Kita dapat melihat melalui pemakaian remaja tersebut. Biasanya remaja ini
sentiasa berpakaian kemas. Selain itu, remaja yang mempunyai akhlak yang mulia ini
gemar membantu orang yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan seperti
membantu orang tua melintas jalan. Akhir sekali, remaja yang berakhlak mulia ini
sentiasa menghormati ibu bapa mereka. Kesimpulannya, kriteria remaja yang berakhlak
mulia ini perlu menjadi contoh terhadap remaja- remaja yang lain.

32. Faedah Menyertai Aktiviti Badan Beruniform


Terdapat pelbagai faedah dengan menyertai aktiviti badan beruniform ini. Antaranya
adalah dapat menguji ketahanan mental dan fizikal kita jika menghadapi sesuatu
masalah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama serta
pembentukan disiplin dalam kalangan peserta. Akhir sekali, penglibatan dalam badan
beruniform juga dapat memberi pengetahuan asas bantuan kecemasan sekiranya berlaku
kemalangan semasa menjalani aktiviti tersebut.

33. Kesan Pencemaran Sungai Terhadap Hidupan Lain


Pencemaran sungai akan memberi kesan kepada hidupan yang lain. Manusia tidak
akan mendapat sumber air yang bersih untuk minum, mandi dan mencuci pakaian.
Selain itu, hidupan dalam sungai seperti ikan akan mati dan manusia tidak mendapat
sumber protien. Akhir sekali, pencemaran sungai boleh menyebabkan pembiakan
nyamuk yang boleh memudaratkan kesihatan manusia seperti nyamuk aedes
menyebabkan wabak demam denggi. Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan
sungai agar tidak tercemar.

34. Permainan Tradisional Masyarakat Melayu di Malaysia


Permainan tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia antaranya ialah
congkak yang dimainkan secara berpasangan. Selain itu, sepak raga juga merupakan
permainan tradisional yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Di samping itu,
permainan wau juga terkenal sebagai permainan tradisional dari negeri Kelantan. Satu lagi
permainan yang boleh dimainkan secara berpasangan selain congkak ialah permainan
gasing. Kesimpulannya, kita mestilah mengekalkan permainan tradisional ini untuk
generasi yang akan datang.
35. Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam
Kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kita perlu dijaga dengan baik.
Peralatan yang terdapat di taman permainan mesti digunakan dengan cara yang betul agar
tidak mudah rosak. Selain itu, dinding pada pondok menunggu bas atau teksi diconteng. Di
samping itu, balai raya yang disediakan oleh pihak tertentu haruslah sentiasa dijaga
kebersihannya. Akhir sekali, telefon awam yang ada berhampiran di kediaman kita perlu
digunakan secara berhemah. Kesimpulannya, menjaga kemudahan awam ini amatlah
penting untuk kesenangan semua individu.

36. Adab Berkawan Secara Bertatasusila


Antara adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan
seperti mengasihi diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang
melakukan kesilapan, kita perlulah menegur dengan cara yang berhemah supaya kita tidak
menyinggung perasaannya. Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang
menyakiti hati kawan kerana ada sesetengah orang tidak boleh menerima gurauan kita.
Akhir sekali, kita mestilah menghormati kawan dan janganlah kita memburuk-
burukkannya di hadapan orang lain.

37. Usaha untuk Menjadi Murid Cemerlang


Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita mesti
membuat jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita
hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik
yang dipelajari. Di samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar
secara berkumpulan juga berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-
kawan. Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan
sesuatu topik. Kesimpulannya, kita mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh
jika mahu berjaya.
38. Faedah Menjaga Kesihatan Minda dan Emosi
Terdapat pelbagai faedah yang akan diperolehi oleh seseorang yang
menjaga kesihatan minda dan emosi. Antaranya adalah sentiasa membuat keputusan yang
betul. Selain itu, seseorang yang menjaga kesihatan minda dan emosi akan bijak mengawal
emosi agar tidak mudah marah, sedih dan takut. Seterusnya, individu tersebut dapat tidur
nyenyak dan selesa apabila menjaga kesihatan minda dan emosi. Akhir sekali, kita
hendaklah menjaga kesihatan minda dan emosi agar minda dan emosi kita menjadi sihat
dan kuat.

39. Langkah-langkah Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu dalam


Kalangan Murid

Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh murid untuk


meningkatkan penggunaan bahasa Melayu. Antaranya adalah dengan sentiasa bertutur
dalam bahasa Melayu supaya dapat membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Melayu.
Selain itu, membaca bahan bacaan bahasa Melayu dan menonton rancangan televisyen
bahasa Melayu juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
murid. Seterunya, murid boleh mengambil bahagian dalam program yang memartabatkan
bahasa Melayu seperti pertandingan syarahan,pantun dan syair. Kesimpulannya,bahasa
Melayu perlu dimartabatkan kerana bahasa Melayu adalah teras perpaduan negara.

40. Manfaat Bersenam Kepada Manusia


Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati oleh seseorang yang kerap
bersenam. Antaranya adalah bersenam dapat menyingkirkan racun dan toksin melalui
perpeluhan. Selain itu, bersenam dapat membakar lemak dan kalori yang berlebihan
dalam badan. Seterusnya,bersenam dapat mencerdaskan minda seseorang. Bersenam
juga mampu untuk menghilangkan stres jika selalu diamalkan. Kita hendaklah melakukan
senaman dengan kerap agar dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
41. Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Terdapat banyak cara menjaga kesihatan diri. Antaranya , kita hendaklah melakukan
senaman seperti berjoging ,berbasikal atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga
kali dalam seminggu. Selain itu, kita juga perlu merehatkan badan dengan tidur secukupnya
. Kita perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan diri adalah asas kepada
kesihatan tubuh badan. Bukan itu sahaja , kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat
supaya tubuh badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti seharian . Oleh itu , kita perlulah menjaga kesihatan diri dengan mengikuti cara-
cara yang telah diberikan.

42. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan salah satu idaman setiap
pelajar.Golongan ini merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara. Ciri-ciri utama
pelajar yang cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik
serta memberi tumpuan terhadap pelajaran dan tekun berusaha.Selain itu, pelajar yang
cemerlang mengutamakan disiplin diri.Disiplin diri merupakan penentu kejayaan
seseorang dalam kehidupan.Mereka dapat menggelakkan diri daripada gejala yang tidak
sihat.Ciri lain yang dapat membentuk kecemerlangan pelajar ialah keterlibatan mereka
dalam aktiviti kokurikulum secara aktif sama ada aktiviti dalam darjah mahupun luar bilik
darjah.Pengurusan masa yang bijak juga merupakan ciri penting yang menyumbang
kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Kesimpulannya jelas sekali bahawa
kecemerlangan pelajar dapat dicapai sekiranya ciri-ciri yang tersebut di atas dapat dipupuk
sejak awal lagi.

43. Menjadi Seorang Anak yang Baik


Kita perlu menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa mempunyai sikap yang
positif. Hal ini dapat diamalkan dengan kita sentiasa merendah diri dan mengamalkan sikap
yang mulia. Walaupun kita mempunyai ilmu yang tinggi dan bijak berbanding dengan orang
lain namun kita tetap merendah diri.Perbuatan yang baik sentiasa mendapat perhatian
orang manakala perbuatan jahat akan dihina.Sikap merendah diri dan bersopan santun
dalam bercakap amat digalakkan.Jangan bersikap kedekut dan boros kerana sikap itu amat
dikeji.Amalan-amalan yang terpuji perlu dipraktikan dalam kehidupan seharian.
Rumusannya , jika kita lebih muda
,kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa membantu mereka
yang memerlukan.
44. Keluarga Bahagia
Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia
memerlukan didikan yang baik dan disemai dengan didikan agama yang tinggi. Kita
perlu mendidik anak- anak sedari kecil agar mendapat didikan yang sempurna. Didikan
serta kasih sayang yang diberi membentuk diri anak -anak. Ibu bapa perlu menanam
rasa tanggungjawab dan saling membantu antara sesama adik- beradik.Kejayaan ibu
bapa memberi semangat dan dorongan untuk anak-anak berjaya dengan cemerlang
sebagai golongan yang professional.Wawasan keluarga dapat mencipta nama memberi
impak yang besar untuk masyarakat dan negara. Namun sebagai anak kita janganlah
mudah lupa dengan kejayaan yang kita peroleh.

45. Cara-cara Membuat Aiskrim


Inilah cara-cara membuat aiskrim . Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat aiskrim ialah ais, bahan perasa , garam dan batang aiskrim. Bahan-bahan
tersebut perlu dimasukkan ke dalam bekas. Langkah yang seterusnya ialah masukkan
garam,kacau perlahan-lahan dan masukkan ais . Susunkan acuan di dalam bekas dengan
teliti.Kemudian, tuang air yang mengandungi perisa yang kita kehendaki. Perisa yang
pelbagai dapat digunakan mengikut selera masing-masing.Akhir sekali , goyangkan ke kiri
dan ke kanan. Selepas proses itu, aiskrim siap untuk dimakan.

46. Panduan Membeli-belah


Berikut merupakan panduan sebelum dan semasa membeli -belah . Ketika kita
membeli barangan , kita hendaklah membeli barangan yang benar-benar diperlukan .
Kita boleh menyenaraikan barangan yang diperlukan .Kita perlu memilih barangan yang
berkualiti seperti barangan yang pasti materialnya. Barang yang hendak dibeli mestilah
memenuhi keperluan kita dan jangan membazir. Kita perlu bijak membuat perbandingan
harga barangan . Selain itu, kita perlu membaca label dan menyemak tarikh luput. Tarikh
luput ini perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesihatan pengguna itu sendiri.Akhir
sekali, kita sebagai pengguna perlu menyemak resit dan wang baki setelah membuat
bayaran.
47. Pakej Pelancongan Tanah Tinggi Cameron
Ini ialah pakej pelancongan di Tanah Tinggi Cameron Pahang Darul Makmur. Pakej
iklan percutian ini melibatkan tiga hari dua malam. Percutian ini dari Ipoh hanya
memerlukan bajet sebanyak RM 200 seorang.Penginapan di hotel , apartmen atau
resort. Makanan disediakan tiga kali sehari . Makanan yang disediakan merupakan
makanan yang istimewa. Di samping itu , kemudahan pengangkutan disediakan . Antara
tempat-tempat menarik untuk dikunjungi termasuk ladang teh, ladang bunga ros, ladang
strawberi, ladang sayuran , taman rama-rama , taman kaktus dan ladang orkid.Terdapat
jualan pelbagai jenis sayur pada malam minggu di bandar Brinchang. Segala pertanyaan
boleh menghubungi Syarikat Pelancongan Sofiros Sdn. Bhd. di talian telefon 057216730
dan faksimili 057212288 dan e-mel : jomelancong15@ gmail.com.

48. Punca Kemalangan Jalan Raya


Sejak kebelakangan ini, banyak kemalangan jalan raya terjadi di negara
kita.Antara punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu.
Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh
kerajaan . Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca
terjadinya kemalangan. Sebagai contoh, sistem brek gagal berfungsi dengan baik.
Seterusnya , keadaan jalan raya yang kurang baik juga menyebabkan pemandu
kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut.

49. Cara-cara Membersihkan Tempat Tinggal


Tempat tinggal merupakan tempat yang perlu sentiasa bersih agar keselamatan dan
kesihatan penghuninya terjamin. Terdapat pelbagai cara untuk membersihkan tempat
tinggal kita. Salah satu tempat yang perlu di beri keutamaan ialah membersihkan longkang .
Longkang perlu bersih agar tidak ada nyamuk yang membiak. Longkang yang bersih
menjamin kesihatan penghuninya. Selain itu, kita perlu menebas semak -samun yang
tumbuh meliar di kawasan tempat tinggal kita. Kawasan semak- samun ini perlu ditebas
agar tidak ada binatang-binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan juga lipan. Kawasan
tempat tinggal yang bersih ini dapat memberi keselesaan penghuninya. Akhir sekali, kita
perlu membakar dan menanam tin-tin kosong yang terdapat di sekitar tempat tinggal
kita.
50. Faedah Berkebun
Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita.Faedah yang
pertama adalah aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Berkebun boleh dilakukan pada
hujung minggu.Selain itu, berkebun dapat menjimatkan wang. Sebagai contoh , sayur-
sayuran yang ditanam boleh dijadikan juadah makanan sekaligus menjimatkan
perbelanjaan rumah. Seterusnya berkebun dapat menyihatkan badan. Hal ini kerana
semasa kita melakukan aktiviti ini, badan kita akan berpeluh. Secara tidak langsung
badan menjadi cergas dan sihat. Akhir sekali, berkebun dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan . Hal ini kerana ahli keluarga akan bersama-sama mengusahakan kebun
tersebut agar mengeluarkan hasil yang memuaskan. Kesimpulannya , berbudi kepada tanah
tiada ruginya.

You might also like