You are on page 1of 4

LAPORAN PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI PENDIDIKAN SIVIK

BAGI MURID PRASEKOLAH,SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

FASA 3 BAGI TAHUN 2019

1. Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh, Kuala Berang, Terengganu


2. Kod Sekolah : TBA 5011
3. Tajuk Program : Kursus Orientasi Pendidikan Sivik Bagi Murid Prasekolah,Sekolah
Rendah Dan Sekolah Menengah Fasa 3 2019

4. Pengenalan : Pendidikan sivik yang dilaksanakan di semua peringkat sekolah akan


memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak dan
tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara.Pemahaman
dan kesedaran sivik boleh membentuk perwatakan murid untuk
menjadi anggota masyarakat dan warganegara Malaysia yang
mengutamakan perpaduan, bersemangat patriotik, berintegriti, bangga
dan cinta akan negara serta memberi sumbangan bermakna ke arah
kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Hasrat ini boleh dicapai
menerusi pendekatan bersepadu melalui perhimpunan sekolah,
kurikulum, kokurikulum dan program sekolah.

5. Objektif Program : Kursus ini bermatlamat agar penyebaran secara menyeluruh dapat
disampaikan kepada semua guru yang terlibat dalam pelajaran
tertentu. Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan
warganegara yang mengetahui hak, tanggungjawab dan berakhlak
mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan
global. Pelaksanaan pendidikan sivik seharusnya dijalankan secara
holistik berfokus kepada pembentukan perwatakan murid melalui nilai
teras sivik, iaitu kasih sayang, hormati-menghormati, bertanggungjawab
dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat,
negara dan global. Pembentukan perwatakan murid dibentuk melalui
literasi sivik dan amali sivik melalui pelbagai aspek.

6. Pelaksanaan program :
a. Tarikh : 29 April 2019
b. Tempat : Bilik Makmal Komputer, SK Bukit Gemuroh
c. Masa : 2.00 hingga 4.00 petang
d. Kehadiran Peserta : 23 orang
e. Nama peserta : Lampiran A
7. Kekuatan program : Kursus ini dihadiri oleh guru-guru dan akp sekolah yang telah lama
terdedah dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Justeru
itu, tidak menjadi kesukaran kepada mereka untuk memastikan
berlakunya perubahan dalam kurikulum yang ingin merealisasikan
pengalaman berdasarkan empat nilai teras iaitu kasih sayang,
hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam
membentuk insan yang tahu hak dan tanggungjawab sebagai
warganegara.

8. Kelemahan Program : Guru-guru harus berdepan dengan pelbagai tahap kebolehan dan
keupayaan murid. Mereka harus mengambil kira kesinambungan
yang berterusan ke peringkat yang seterusnya.Murid yang
mempunyai latar belakang yang berbeza, sudah pastinya
mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Guru harus berusaha
dalam mengambangkan potensi mereka berlandaskan kepada
keperluan membangunkan negara.

9. Cadangan Penambahbaikan program : Kaedah PdP yang boleh digunakan dalam Pendidikan sivik
ini ialah pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan
projek, pembelajaran penyelesaian masalah dan
pembelajaran khidmat masyarakat yang melibatkan
hands-on, minds-on dan hearts-on bagi menggalakkan
pelibatan murid secara aktif dalam PdP.Namun
pelaksanaan ini amat menuntut keperluan masa yang
panjang bagi memsatikan murid-murid menguasai
betul-betul topic yang ada. Tambahan bilangan waktu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik amat
perlu untuk memastikan hasrat ini tercapai.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………………………. ……………………………………………………..
( NORRA BINTI MOHD BASIR ) ( MAHAMAD ZANUDIN B WAHAB )
LAMPIRAN GAMBAR- KURSUS ORIENTASI PENDIDIKAN SIVIK BAGI MURID PRASEKOLAH,SEKOLAH
RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH FASA 3 BAGI TAHUN 2019
REKOD KEHADIRAN PESERTA KURSUS KURSUS ORIENTASI PENDIDIKAN SIVIK BAGI MURID
PRASEKOLAH,SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH FASA 3 BAGI TAHUN 2019

You might also like