You are on page 1of 10

Sulit

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR MERAH


09000 KULIM KEDAH DARUL AMAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TINGKATAN 4

MASA : 1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas ini mengandungi 9 halaman bercetak dan 50 soalan objektif.

Jawab semua soalan di dalam kertas OMR yang disediakan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ………………………………... ……………………………

( EN. MOHD ZAINI BIN ABDULAH ) ( PN. NORHAFIZAH BT. ARBAAIN ) ( PN. QUAY KUAN NEO )

1
Pendidikan Pergerakan

1. Tempat yang sesuai untuk latihan gimrama mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

A di dalam dewan yang terbuka


B permukaan lantai mestilah bersih
C permukaan lantai tidak terlalu licin
D tempat yang tiada pencemaran bunyi

2. Pendidikan pergerakan merupakan aktiviti yang menggunakan pelbagai gabungan pergerakan. Pendidikan
pergerakan terbahagi kepada beberapa bahagian
I gimnastik irama
II gimnastik artistik
III pergerakan kreatif
IV gimnastik pendidikan

03. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Semasa melakukan aktiviti
gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada …
A kekuatan otot, daya tahan otot dan konsentrasi
B daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular
C kepantasan, ketangkasan dan daya tahan kardiovaskular
D kekuatan otot, daya tahan otot, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan

04. Gimnastik irama atau gimrama adalah sukan yang istimewa dan menarik. Gimnastik irama terdiri daripada
kombinasi …
A tarian dan pergerakan gimnastik
B tarian dan penggunaan peralatan
C penggunaan peralatan dan pergerakan gimnastik
D tarian, pergerakan gimnastik dan penggunaan peralatan

05. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian Pergerakan Aliran Bebas dalam gimnastik pendidikan?
A Pergerakan yang tangkas dan memerlukan bantuan daripada rakan-rakan.
B Pergerakan terkawal, boleh berhenti seketika pada tempat-tempat tertentu dalam rangkaian
pergerakan.
C Pergerakan yang dilakukan berpasangan, meniru, memadan dan lakuan cermin.
D Percantuman beberapa pergerakan yang dilakukan secara kemas, lancar dan berterusan tanpa tersekat-
sekat.

06. Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian kecuali
A keyakinan diri
B mementingkan diri
C keseronokan dan kepuasan
D kebebasan luahkan perasaan, idea dan emosi

Perkhemahan

07. Apakah tujuan menaburkan belerang di sekeliling khemah semasa perkhemahan?


A Menghalau nyamuk daripada menghampiri khemah tersebut.
B Menghalang makhluk-makhluk halus daripada mengganggu.
C Menghalang ular dan binatang berbisa menghampiri khemah.
D Memberi haba yang diperlukan kepada penghuni khemah tersebut.

2
08. Perkhemahan adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan merehatkan fikiran.
Susun lima peringkat persediaan mengikut urutan yang betul.
I Belanjawan
II Surat kebenaran
III Kenal pasti kawasan
IV Alatan perkhemahan
V Pembentukan jawatankuasa

09. Ciri-ciri khemah adalah seperti berikut kecuali


A murah
B ringan
C mudah disimpan
D mudah dipasang

10. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan tempat perkhemahan ialah …

I kemudahan asas
II kesesuaian tempat
III mempunyai ciri-ciri keselamatan
IV mudah berhubung dengan pihak polis dan hospital

11. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa perkhemahan ialah …


I kedudukan khemah
II alatan perkhemahan
III peraturan keselamatan
IV pembentukan jawatankuasa

12. Belanjawan perkhemahan hendaklah termasuk kos …


I insurans
II makanan
III perubatan
IV pengangkutan

KESUKANAN

13. Dasar Sukan Negara diwujudkan untuk membudayakan sukan dan membangunkan sukan di kalangan rakyat
Malaysia. Dasar ini menggariskan tiga konsep berikut kecuali
A Sukan Massa
B Sukan untuk Semua
C Sukan untuk Kesihatan
D Sukan untuk Kecemerlangan

14. Malaysia Cergas merupakan salah satu program dalam Dasar Sukan Negara. Berikut adalah konsep Malaysia
Cergas kecuali
A satu proses pendidikan seumur hidup
B satu alternatif penyelesaian masalah sosial
C satu pendekatan melahirkan atlet taraf dunia
D satu seruan ke arah hidup yang lebih tinggi mutunya

3
15. Sukan SEAP ditukar kepada Sukan SEA setelah penyertaan negara Filipina dan ……..…
A Indonesia
B Malaysia
C Singapura
D Thailand

16. Berikut adalah contoh kerjaya dalam sukan kecuali


A pemain amatur
B pemain profesional
C eksekutif kelab golf
D jurulatih kecergasan

17. Apakah kriteria yang membezakan pemain badminton profesional dengan pemain badminton amatur?
A Berpengalaman dalam badminton
B Terima gaji daripada permainan badminton
C Berbakat dan berkemahiran dalam badminton
D Terima wang bonus bukan gaji daripada kerajaan negeri

Soalan 18 berdasarkan Rajah di bawah

Carta Organisasi Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM)

Pengerusi Bersama
(Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)

Setiausaha Agong Bendahari


(Pengarah Bahagian Sukan KPM) (Bahagian Kewangan KPM)

Ahli Jawatankuasa
(Dua orang Ketua Jabatan dari KPM,
Tiga orang wakil MSSM Negeri,
Seorang ahli dari Kementerian Belia dan Sukan,
Seorang ahli dari MSN dan
Seorang ahli dari Majlis Olimpik Malaysia)

18. Berdasarkan carta organisasi di atas, apakah nama penuh bagi KPM dan MSN?
A Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukan Negeri
B Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Negeri
C Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Sukan Negara
D Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Sekolah- sekolah Negara

4
19. Amalan ini adalah dilarang dalam bidang kesukanan. Ia berpunca daripada sikap yang tidak setia, tidak jujur dan
tidak amanah kepada pasukan. Amalan yang dimaksudkan adalah …
A malas
B rasuah
C kaki bangku
D menyebar fitnah

20. Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik dan kerajaan dalam pengurusan dan
pentadbiran sesuatu badan sukan. Isu-isu politik dalam sukan sering terjadi kerana …
I perebutan kuasa dalam badan sukan
II perbezaan pendapat berkaitan pembayaran gaji dan elaun
III perbezaan ideologi tentang sistem pembangunan dan perkembangan sukan
IV perbezaan pendapat tentang pemilihan penyertaan atlet dalam Pertandingan

A I dan IV
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

21. Antara kebaikan politik yang sihat dalam bidang sukan ialah …
A meningkatnya kes lobi-melobi dan publisiti murahan
B perebutan jawatan tertinggi dalam sesuatu badan sukan
C wujudnya perbezaan pendapat antara pegawai-pegawai sukan
D mendapatkan sokongan rakyat dan faedah penganjuran daripada pelbagai pihak untuk sesuatu
pertandingan

22. Semangat patriotisme adalah semangat cinta akan negara. Dengan adanya semangat ini, seseorang jurulatih sukan
akan …

I dibayar gaji yang tinggi


II mempunyai jati diri yang mantap
III sanggup berkorban untuk negara
IV mempunyai semangat daya juang yang tinggi

23. Dalam bidang sukan, disiplin diri adalah aspek yang penting dalam diri seseorang atlet.
Antara yang perlu diamalkan oleh seseorang atlet adalah …
I menghormati rakan sepasukan.
II mematuhi arahan ketua dan jurulatih.
III mengikut jadual latihan yang ditetapkan.
IV melepaskan emosi dalam perlawanan dan pertandingan.

GAYA HIDUP SIHAT

24. Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan …


A tiroid
B anemia
C sakit jantung
D rabun malam

5
25. Kekurangan ________ boleh dikaitkan dengan penyakit tiroid / beguk.
A iodin
B kalsium
C vitamin A
D vitamin D

26. Apakah penyakit yang disebabkan oleh kandungan glukosa yang berlebihan dalam darah?
A Hepatitis A
B Osteoporosis
C Diabetes melitus
D Penyakit jantung

27. Kekurangan iodin boleh menyebabkan penyakit …


A obesiti
B osteoporosis
C diabetes melitus
D goiter( kelenjar )

28. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol berlebihan mungkin menyebabkan …


I osteoporosis
II kencing manis
III tekanan darah tinggi
IV penyakit jantung koronari

29. Pada tahun 1996, kerajaan telah meluluskan Dasar Dadah Negara yang menggariskan empat strategi untuk
memerangi dadah kecuali
A pemulihan
B penglibatan
C pencegahan
D penguatkuasaan

30. Manakah yang tidak benar tentang tanda-tanda stres?


A Reaksi pernafasan
B Perubahan perlakuan
C Sukar membuat keputusan
D Mengharungi kehidupan normal

31. Tiga agensi yang terbabit secara langsung membanteras dadah telah ditubuhkan kecuali
A ADK
B PEKERTI
C PEMADAM
D Pusat Serenti

AKTA DAN UNDANG-UNDANG

32. Berikut adalah aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang mengganggu keselamatan orang ramai kecuali
A penderaan
B pergaduhan
C perkahwinan
D pembuangan anak

6
33. Agensi yang terlibat dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis ialah …
A Jabatan Pelajaran Negeri
B Jabatan Pendaftaran Negara
C Jabatan Kebajikan Masyarakat
D Jabatan Kemajuan Masyarakat

34. Wanita atau gadis yang dimasukkan ke Taman Seri Puteri akan diberikan ….
I latihan
II seliaan
III perlindungan
IV bimbingan kaunseling

35. Berikut adalah cara-cara untuk mengelakkan diri kita dan rakan-rakan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak
bermoral kecuali …
A beriadah dan bersukan bersama kawan-kawan
B berbincang dengan kaunselor apabila ada masalah dan kemusykilan
C memberitahu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tentang aktiviti harian
D menjinakkan diri dengan disko dan minuman keras apabila ditimpa masalah

36. ‘Seorang lelaki didapati menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dan memperdayakan beberapa orang
gadis di bawah umur untuk dilacurkan.’
Berdasarkan pernyataan di atas , mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, lelaki berkenaan boleh dijatuhi
A hukuman mati
B hukuman penjara seumur hidup
C hukuman denda RM20,000 tanpa hukuman penjara
D hukuman penjara selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM10,000.00 atau kedua-
duanya sekali

37. Pihak manakah yang dapat membantu melindungi wanita dan gadis yang bermasalah selain Jabatan Kebajikan
Masyarakat?

I Jabatan Agama Islam


II badan-badan bukan kerajaan (NGO)
III Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia
IV Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga

38. Antara yang berikut, manakah bukan lokasi Taman Seri Puteri?
A Kajang, Selangor Darul Ehsan
B Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan
C Gunung Tahan, Pahang Darul Makmur
D Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus

39. Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106), kategori usia gadis ialah …
A 13 tahun ke bawah
B 18 tahun ke bawah
C 21 tahun ke bawah
D 25 tahun ke bawah

7
PERTOLONGAN CEMAS

40. Mangsa kecederaan yang mengalami sesak nafas boleh dibantu dengan prosedur …

A E.A.R
B E.C.G
C R.I.C.E
D T.O.T.A.P.S

41. Semasa memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (C.P.R), penggunaan pelapik di antara mulut penyelamat
dengan mulut mangsa adalah digalakkan untuk …

A elakkan mulut berbau


B elakkan si penyelamat tergigit mulut mangsa
C elakkan mangsa daripada tergigit lidahnya sendiri
D elakkan sentuhan terus yang boleh mengakibatkan jangkitan penyakit tertentu

42. Kecederaan fraktur bermaksud …

A kecederaan retak tulang


B kecederaan terseliuh sendi
C kecederaan pundi kencing
D kecederaan buah pinggang

43. Kecederaan fraktur boleh dibantu dengan melakukan prosedur …

A E.C.G
B E.A.R
C C.P.R
D R.I.C.E

44. Kecederaan tulang yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah disebabkan oleh yang berikut kecuali

A sengaja jatuh
B osteoporosis
C hentakan langsung
D hentakan tidak langsung

45. Berikut adalah symptom kecederaan tulang kecuali…

A Rasa sakit pada bahagian tulang


B Mangsa mendengar bunyi atau berasa tulang patah
C Tidak berupaya untuk menggerakkan anggota yang tercedera
D Pengsan

46. Ais yang digunakan dalam teknik R.I.C.E adalah untuk …

A memberikan tekanan
B mengelakkan bengkak
C merehatkan bahagian yang cedera
D menaikkan bahagian yang bengkak

8
Soalan 47 hingga 50 berdasarkan jawapan di bawah :

Pilih jawapan yang betul.

A E.A.R
B C.P.R
C Fraktur terbuka
D Fraktur tertutup

47. Mangsa kecederaan yang tersekat pernafasan boleh dibantu dengan prosedur ini. ……..

48. Kulit di sekeliling tulang yang patah tidak luka tetapi biasanya bahagian tersebut bengkak. ……..

49. Sekiranya denyutan nadi mangsa tidak dapat dikesan, kita harus membantu dengan prosedur …….

50 Lapisan kulit terkoyak dan tulang terdedah di permukaan kulit. ……….

KERTAS SOALAN TAMAT

9
SKEMA JAWAPAN
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 4

A. KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – PENDIDIKAN PERGERAKAN

1A 3A 5D 7D 9B
2D 4D 6C 8C

B. KEMAHIRAN SUKAN DAN REKREASI – PERKHEMAHAN

1C 3A 5B
2D 4D 6D

C. KESUKANAN

1C 3A 5B 7B 9 D
2C 4A 6C 8D 10 C
11 A

D. GAYA HIDUP SIHAT

1D 3C 5D 7D
2A 4D 6B 8B

E. KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN –


AKTA DAN UNDANG-UNDANG

1C 3D 5D 7C
2C 4D 6D 8C

F. KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN –


PERTOLONGAN CEMAS

1A 3A 5A 7B 9 D
2D 4D 6A 8A 10 B
11 C

10

You might also like