You are on page 1of 2

Nama : TARIKH:16APRIL2020

Kelas : 1 SVM ETN

Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun telah menawan Tanah Melayu. Oleh itu,
banyak pentangan telah berlaku antaranya, Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat
dalam usaha mempertahankan tanah air ketika serangan tentera Jepun. Leftenan Adnan
Saidi terlibat dalam pertempuran di Bukit Candu, Singapura. merupakan pertempuran sengit
dan menjulang nama Rejimen Askar Melayu dan menampilkan keberanian Askar Melayu.
Leftenan Muda Adnan merupakan wira terulung di dalam sejarah Rejimen Askar Melayu
Diraja. Kapten Rix telah ditugaskan mempertahankan kawasan Pasir Panjang dan Bukit
Candu. Askar Melayu bertindak cemerlang mempertahankan permatang mereka dan Askar
Jepun terpaksa berundur. Pada 14 Februari 1942, Kompeni 'C' bergerak ke Bukit Candu dan
diperkuatkan dengan tambahan anggota Askar Melayu menjadikan kekuatan anggota di
bawah pimpinan Leftenan Adnan 42 orang kesemuanya. Pada petang 14 Februari, pihak
Jepun melancarkan serangan berhelah. Leftenan Adnan memerhatikan satu kumpulan
Askar India menuju kedudukan mereka, tetapi ketajaman akal Adnan tidak terpedaya
dengan helah Askar Jepun yang bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga
seperti Tentera British. Pasukan itu diserang dan terpaksa berundur. Dua jam kemudian,
Tentera Jepun melancarkan serangan besar dan kumpulan Askar Melayu di Bukit Candu
tewas. 

Pada 16 Disember 1944, kumpulan yang terdiri daripada lima Ejen SOE Melayu dan
dua LO Inggeris, Mejar Peter G. Dobree dan Kapten Clifford, terjun ke Padang Cermin,
berhampiran dengan Empangan Tasik Temenggor, Perak. Mereka adalah bahagian Operasi
Hebrides. Matlamat utama mereka adalah menubuhkan pasukan gerila untuk kawasan Ipoh
dan Taiping. Matlamat kedua mereka adalah untuk mengadakan komunikasi tanpa wayar
antara Malaya dan Force 136 HQ di Kandy setelah MPAJA gagal melakukannya. Mereka
membuat hubungan dengan Ketua desa Temenggor, Awang Muhammad, dan Ketua
kampung Bersia, Lahamat Piah, yang membantu mereka membuat hubungan dengan
Kapten Mohd Salleh Hj. Sulaiman, yang merupakan Pegawai Daerah (DO) semasa
Pentadbiran British sebelum perang. Di antara mereka, mereka menubuhkan Askar Melayu
Setia (terjemahan Pasukan Melayu Setia). Berpusat di Kuala Kangsar, Perak, HQ pasukan
ini kemudian menjadi markas utama Force 136 di Tanah Melayu.

MPAJA ditubuhkan oleh PKM dan mendapat sokongan daripada pihak British adalah
dengan tujuan dan matlamat untuk menentang penguasaan Jepun di Tanah Melayu. Pada
peringkat awal penubuhan, gerakan ini adalah terdiri daripada kebanyakan masyarakat cina
yang begitu anti terhadap Jepun disebabkan oleh perang China-Jepun yang berlaku pada
tahun 1937. Pencerobohan Jepun ke atas China dan tindakan kejam terhadap masyarakat
Cina oleh tentera Jepun di China, Singapura dan Tanah Melayu telah membangkitkan
perasaan patriotik dan kebencian dalam masyarakat Cina untuk menentang kekejaman ini .
Oleh itu, penentangan oleh masyarakat ini dilihat lebih jelas bermain dengan emosi
berbanding dengan objektif perjuangan mereka. Hal ini dapat dilihat melalui keganasan yang
dilakukan oleh tentera MPAJA ini terhadap masyarakat yang dianggap memihak kepada
tentera Jepun sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Masyarakat Cina pada ketika
itu terbahagi kepada dua kelompok iaitu golongan anti-Jepun yang menentang
pemerintahan Jepun melalui gerila-gerila anti Jepun yang tinggal di bawah tanah kawasan
hutan. Manakala golongan kedua pula adalah golongan yang tidak bergerak dan menyertai
mana-mana golongan penentang aktif dan hidup di bawah kekuasaan tentera Jepun .
Golongan kedua ini adalah merupakan golongan yang memberi kerjasama kepada tentera
Jepun semasa pemerintahan Jepun di tanah melayu. Walaubagaimanapun, menurut Han
Ming Guan dalam kajiannya menyatakan bahawa kerjasama yang diberikan terhadap
masyarakat Jepun ini adalah dengan tujuan untuk melindungi diri, ahli keluarga dan juga
masyarakat Cina yang lain daripada menjadi mangsa tentera Jepun yang memerintah pada
ketika itu . Berbeza dengan golongan penentang aktif anti-Jepun, mereka menyertai gerila
MPAJA dan gerakan anti-Jepun yang lain bukan berasaskan kepada kemahuan politik
mereka semata-mata , namun lebih kepada bermotifkan kebencian yang mendalam
terhadap tentera Jepun dan golongan yang bekerja di bawah mereka . Hal ini dapat dilihat
dalam memoir Spencer Chapman semasa berada dalam hutan di Tanah Melayu melalui
penulisannya dalam buku “The Jungle Is Neutral”. Dalam buku ini Chapman ada
menceritakan perbualan dengan gerila MPAJA di Ipoh, Perak yang mana seorang gerila
berbangsa Cina menyatakan bahawa sebab beliau menyertai MPAJA adalah untuk
membunuh orang Jepun dan mereka yang bekerja untuk Jepun kerana ingin membalas
dendam bagi ahli keluarganya yang telah dibunuh beramai-ramai oleh tentera Jepun.

Gurchan Singh menggerakkan penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun


den-qan cara menyebarkan risalah dan propaganda menggunakan nama samaran "Lion of
Malaya". Risalah penentangan yang dihasilkan oleh Gurchan Singh diedarkan secara teratur
dan berkesan untuk memberitahu penduduk tentang fakta sebenar perang dan pendudukan
tentera Jepun. Beliau berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar
sebagai wartawan dan melakukan sabotaj terhadap landasan kereta api yang menjejaskan
pengangkutan tentera Jepun. Beliau ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati, namun
berjaya melarikan diri ke Burma sehingga perang tamat.

Sybil Medan Daly atau lebih dikcnali sebagai Sybil Kathigasu. jururawat yang
terkenal dengan keberanian dan kecekalan membantu manqsa perang dan gerila anti-Jepun
di perak. Sybil dan suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu mengendalikan sebuah klinik di
Ipoh sebelum perang sehingga kedatangan Jepun. Semasa pendudukan Jepun, pasanean
ini memberikan bantuan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan kepada gerila anti-Jepun.
Sybil juga mcnyembunyikan radio dan berkongsi maklumar yang diperoleh daripada siaran
radio British dengan gerila anti-Jepun. Sybil dan suaminya ditanqkap oleh tentera Jepun
apabila kegiatan mereka terbongkar. Semasa berada di dalam tahanan. penyeksaan demi
penyeksaan clilakukan oleh tentera Jepun sehingga menyebabkan kematian suaminya.
Setelah tentera Jepun menyerah kalah, Sybil dibebaskan dan diterbangkan ke Britain untuk
menerima rawatan perubatan. Sybil Kathigasu dianugerahi Pingat King George di Istana
Buckingham oleh Raja George VI kerana keberaniannya semasa pendudukan Jepun dan
merupakan rvanita dari Tanah Melayu yang menerima anugerah tersebut.

You might also like