You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KABAJANG

PS 167, 89808 BEAUFORT


E-mail : sk.kabajang@yahoo.com

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET BIL 3 / 2017

Tarikh : 16 November 2017                                        Masa : 12.20 tengahari        


Hari : Khamis                                                              Tempat : Bilik Mesyuarat SK. Kabajang

Kehadiran : 

1. En. Zulkepli B. Osman   Guru Besar


2. Tuan. Hj. A. Rosli B. Aliamat PK Pentadbiran
3. En. Hasnal B. Ali PK HEM
4. En. Lisa B. Duraman            PK Kokurikulum
5. En. Abdullah B. Zuhari                Pegawai Aset/ Setiausaha
6. Pn. Salinah Bt. Sahad Pegawai Pemeriksa Harta Modal & Inventori
7. En. Mohd Hafiz B. Ismail Pegawai Pemeriksa Harta Modal
8. Pn. Jabaidah Bt. Dullah Pegawai Penerima Aset
       
           
       
Tidak Hadir :

            TIADA
               
         
AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi memberi salam dan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli


Jawatankuasa JKPAK ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih
Kerajaan (JKPAK) Kali Ke-2 Bil. 2/2017.

2. MEMBENTANGKAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Salinah dan disokong sebulat suara.
3. PELAPORAN ASET

3.1 Aset Semasa


Unit Aset dalam proses mengenal pasti dan melengkapkan senarai aset
alih kerajaan yang tidak mempunyai punca maklumat untuk tindakan
pendokumentasian dan tindakan pelupusan sekiranya perlu. Senarai ini
perlu diselesaikan pada atau sebelum 26 Nov 2017.

Tindakan : Pegawai Aset

3.2 Pendaftaran Aset


KEW-PA2 & KEW-PA3 telah lengkap diisi dengan maklumat harga mengikut
nilaian semasa.

Makluman

3.3 KEW.PA-4 dan 5


Tindakan menyelaraskan jenis aset dan mencetak semula KEW.PA-4 dan 5
sedang dilakukan. Ruang yang masih belum mempunyai KEW.PA-4 dan 5
telah dikenal pasti dan dalam tindakan. Unit Aset perlu menyelesaikan
perkara ini segera.

Tindakan : Pegawai Aset

3.4 Aset Sumbangan


‘Surat Akuan Penyumbang’ bagi aset sumbangan perlu dilengkapkan
semasa penerimaan aset sumbangan berkenaan. Bagi penerimaan
sumbangan koleksi, mohon Ketua Bahagian Pengurusan Dan
Pembangunan Koleksi membuat pindaan yang sesuai bagi ‘Surat Akaun
Penyumbang’ dan emailkan ‘Surat Akaun Penyumbang’ berkenaan kepada
pemantau untuk diguna pakai.

Tindakan : Penerima Aset

3.5 Pengurusan Stor


Unit Aset & Senggara perlu melengkapkan maklumat perolehan semua stok
bekalan pejabat yang terdapat di Pejabat. Mohon diselesaikan perkara ini.

Tindakan : Pegawai Stor


4. MEMBENTANGKAN KEDUDUKAN SEMASA ASET ALIH KERAJAAN

4.1 Penerimaan Aset Alih Januari-Disember 2017

Rujuk lampiran

4.2 Pendaftaran Aset


Unit Aset telah menerima 1 perolehan Harta Modal dan 12 perolehan
inventori. Semua penerimaan aset ini telah didaftar ke dalam KEW PA 2
dan KEW PA 3. Tindakan susulan Unit Aset ialah mengemaskini rekod KEW
PA 7 di Bahagian/Unit yang menerima aset berkenaan.

4.3 Selenggara Aset


Unit Aset akan mengambil tindakan penyelenggaraan berdasarkan borang
aduan kerosakan yang diterima. Sehingga kini, Unit Aset tiada menerima
aduan kerosakan dari kakitangan.

4.4 Kehilangan Dan Hapus Kira


Tiada kehilangan terkini aset alih dilaporkan.

5. LAPORAN HASIL PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN

Tiada

6. LAPORAN TINDAKAN PELUPUSAN

Satu mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan bagi memutuskan Kuasa


Melulus bagi tindakan pelupusan dan hapus kira jabatan.

Makluman

7. LAPORAN TINDAKAN SURCAJ / TATATERTIB


Tiada.

Makluman

8. MASALAH-MASALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN ASET ALIH


KERAJAAN

Semua masalah aset alih dan stok bekalan pejabat telah dibincangkan dan dalam
proses tindakan.

Makluman
9. HAL-HAL LAIN

9.1 KEW-PA2 & KEW-PA3


JK akan mengambil semula KEW-PA2 dan KEW-PA3 dari semua unit.
Mohon kerjasama pemantau untuk mengumpulkan KEW-PA2 & KEW-PA3
dan diserahkan kepada Unit Aset Dan Senggara pada atau sebelum 26 Nov
2017.

Tindakan : Semua Pegawai Pemeriksa

9.3 Carta Alir Kerosakan Aset Alih Kerajaan

Borang Kerosakan akan dihantar pada Ketua Jabatan untuk mendapat


pengesahan dan akan diserahkan untuk tindakan susulan.

Makluman

9.4 Pergerakan Aset Alih Kerajaan

Setiap pergerakan aset alih kerajaan di bilik-bilik khas perlu direkodkan


kepada Unit Aset untuk tujuan pemantauan.

Makluman : Semua Pegawai/Pemantau

9.5 Kehilangan Dan Hapus kira


Tiada laporan

Makluman

9.7 Penyimpanan Daftar / Rekod Aset


Semua dokumen KEW PA 1 hingga KEW PA 5 perlu disimpan dalam fail
kulit keras dan disimpan dalam kabinet berkunci di Unit Aset. Unit Aset
akan menyimpan daftar asal dan salinan dokumen perlu di simpan di lokasi
penempatan. Setiap bahagian dan unit yang terlibat dengan penerimaan
aset perlu mendaftar dan menyelenggarakan maklumat aset tersebut bagi
memudahkan pemeriksaan aset dilakukan.
Tindakan : Pegawai Stor

9.8 Penempatan Aset


Semua aset perlu berada di lokasi yang telah dinyatakan di dalam daftar
aset agar pemantauan dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sebarang
pergerakan perlu dilaporkan kepada Unit Aset Sekolah.
Makluman
9.9 Pelabelan Aset
Unit Aset perlu membuat semakan label kepada semua aset jabatan dan
mengambil tindakan melabel kepada aset yang masih belum dilabel. Ini
bertujuan untuk memudahkan proses mengenal pasti kewujudan dan
penempatan aset.
Tindakan : Unit Aset

9.10 Taklimat Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan


Semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan aset perlu diberikan penerangan secara khusus berkaitan
Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 agar tidak timbul kekeliruan
semasa menjalankan tugas. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki
kelemahan semasa menguruskan aset jabatan. Unit Aset dipohon untuk
mendapatkan kelulusan taklimat ini daripada Guru Besar.

Tindakan : Unit Aset

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat
ditangguhkan pada jam 1.30 ptg.

4.0 Penangguhan mesyuarat

4.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

                                                                                                                        
           

Disediakan oleh,

.................................................
(Abdullah Bin Zuhari)
Setiausaha/ Guru Aset,
 SK Kabajang,
Beaufort, Sabah.
                        
                                                                                    

You might also like