You are on page 1of 15

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 5
SEMESTER SEMESTER 2 DTP SESI 2017/2018
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP
KOD/KURSUS WTP 5013 BUILDING MATERIALS
1.0 BATU BAUR
2.0 SIMEN
3.0 KONKRIT
KOMPETENSI
4.0 KELULI
5.0 KAYU
6.0 BATA

5.1 Jenis Kayu


5.2 Ciri-Ciri Kayu Yang Baik
KANDUNGAN 5.3 Kecacatan Kayu
5.4 Pengawetan Kayu
5.5 Bahan Berasaskan Kayu.

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengetahui asas


TUJUAN bahan pembinaan dan dapat menerangkan fungsi bahan binaan
menepati spesifikasi yang ditetapkan dalam modul bahan binaan.

NO KOD WTP 5013 / K 05 / NK 05-06


MUKA : 01 / 15
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 2 Drp:15

PENERANGAN

5.1 PENGENALAN

- Kayu merupakan bahan utama dalam pembuatan perabot, binaan struktur kekal dan
binaan struktur sementara seperti topang dan acuan untuk struktur konkrit.
- Kayu juga digunakan sebagai kemasan.
- Kayu merupakan merupakan salah satu bahan utama khusus dalam industri pembuatan
perabot dan struktur bangunan.
- Kekuatan dan kualiti perabot banyak bergantung kepada jenis kayu yang digunakan.
- Bahan ini dihasilkan dari kayu balak yang dibelah untuk kepada pelbagai saiz
mengikut keperluan pasaran.

5.2 JENIS KAYU

- Proses pengeluaran kayu dihasilkan daripada dua kumpulan kayu balak iaitu kayu
keras dan kayu lembut.
- Pengkelasan kayu terdiri daripada:
i) Kayu keras berat
ii) Kayu keras sederhana berat
iii) Kayu keras ringan
iv) Kayu lembut

PENGKELASAN JENIS KETUMPATAN KEGUNAAN


KAYU KAYU Kg/m³

Balau Cerucuk, landasan, jambatan, gelegar dan


perabot.
Cengal Rangka, ukiran dan kapal
Kulim Cerucuk, jambatan, rangka dan tiang
Mertas Landasan, jambatan, cerucuk, rangka dan
› 880
Kayu Keras Berat rasuk
Resak Jambatan, kapal, rangka, tiang, rasuk,
landasan dan lantai
Merbau Komponen hiasan, perabot, venir, parket
Tembusu Pembinaan berat, parket, lantai dan perabot
Kapur Kasau, rasuk, tiang dan kekuda
Kempas Pembinaan berat, gelegar, cerucuk, jambatan,
tiang dan pemegang alat.
Keruing Tiang, landasan, gerabak lori dan jambatan.
Kayu Keras
Merawan Gelegar, tiang dan kasau
Sederhana berat 720 - 880
Tualang Tiang,rasuk, parket, lantai dan perabot
Rengas Tiang, gelegar, gerabak lori dan rasuk
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 3 Drp:15

Jelutong Bingkai gambar dan pensil


Kayu Perabot, panel dan parket
getah
Meranti Perabot, papan lapis, pintu, tingkap, lantai,
beloti dan panel
Kayu Keras
Nyatuh 400-720 Perabot, papan lapis, pintu, tingkap, lantai
Ringan
dan siling

Ramin Dinding dalam, panel dan perabot

Sepetir Perabot,panel dan lantai

Damar Perabot, papan lapis, papan hiasan dan venir


minyak
Podo Kerja panel, ukiran, papan lapis dan venir
Kayu Lembut ‹ 400
Sempilur Perabot, venir dan pintu panel

5.3 CIRI-CIRI KAYU YANG BAIK

- Antara ciri-ciri kayu yang baik ialah:


5.3.1 Kekuatan
5.3.2 Ketahanlasakan
5.3.3 kemasan rupa

5.3.1 Kekuatan
- Kekuatan kayu biasanya dipengaruhi oleh:
i. Ketumpatan
ii. Struktur ira kayu
iii. Modulus keanjalan

i. Ketumpatan
- Ketumpatan ialah jisim dibahagi dengan isipadu.
- Kayu yang mempunyai ketumpatan tinggi lebih kuat daripada kayu yang
berketumpatan rendah kerana kayu yang berketumpatan tinggi mempunyai dinding sel
kayu yang tebal.
- Oleh itu, kekuatan kayu mempengaruhi kepada ketebalan dinding sel kayu.

ii. Struktur Ira Kayu


- Struktur ira kayu mempengaruhi kepada kekuatan kayu.
- Kekuatan lenturan akan bertambah jika kecerunan ira kayu berkurangan.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 4 Drp:15
- Jika ira kayu menghampiri atau selari dengan tepi kayu, kayu akan mempunyai
tegasan lentur terizin dan tegasan ricih terizin yang lebih tinggi.

iii. Modulus Keanjalan


- Modulus keanjalan ialah tegasan dibahagi dengan terikan yang dialami oleh kayu.
- Kayu yang kuat akan mengalami terikan yang kecil.

5.3.2 Ketahanlasakan
- Ketahanlasakan kayu mempengaruhi kepada kandungan lembapan yang terdapat
dalam kayu.
- Kandungan air yang tinggi dalam kayu akan menggalakkan pertumbuhan kulat dan
menarik serangga perosak menyebabkan kayu mudah rosak.
- Oleh itu, pengeringan perlu dilakukan dengan sempurna untuk mengelakkan
berlakunya kecacatan kayu.

5.3.3 Kemasan Rupa


- Kayu juga boleh digunakan sebagai bahan kemasan seperti pembuatan perabot.

5.4 KECACATAN KAYU

- Kecacatan kayu ialah ketidaksempurnaan pada kayu menyebabkan kualiti kayu


menurun.
- Terdapat 2 punca utama berlaku kecacatan kayu ialah:
5.4.1 Semulajadi
5.4.2 Agen-agen luaran seperti manusia, cendawan, serangga dan lain-lain

5.4.1 Kecacatan Semulajadi


- Kecacatan yang berlaku pada kayu mungkin disebabkan oleh keadaan semulajadi
seperti suasana tumbesaran yang tidak normal, tiupan angin yang kuat dan kesan
panahan petir.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 5 Drp:15

Rajah 5.1: Kecacatan yang berlaku pada kayu

- Antara cacat-cacat yang disebabkan oleh keadaan semulajadi atau pertumbuhan kayu
tidak sempurna ialah:
i. Kayu gubal
ii. Buku kayu
iii. Saku resin
iv. Teras
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 6 Drp:15

i. Kayu Gubal
- Lapisan luar kayu yang berkedudukan bersebelahan dengan kulit yang
mengandungi sel hidup dan bahan-bahan simpanan semasa pokok hidup.
- Kebiasaannya kayu gubal lebih cerah daripada kayu teras.

Rajah 5.2: Kecacatan kayu gubal

ii. Buku Kayu


- Sebahagian dari dahan kayu yang terbenam dalam pokok hidup akibat daripada
ketumbuhan semlajadi.
- Biasanya berbentuk bulat atau bujur.
- Diukur sengan mengambil kira purata garis pusat yang terpanjang dan terpendek.

kukuh

Reput

Berongga

Rajah 5.3: Kecacatan buku kayu

iii. Saku Resin


- Rongga-rongga dalam kayu yang telah diisi penuh atau separuh penuh oleh sama
ada resin keras atau separuh keras atau bahan bergetah.
- Kadang-kadang dirongga berkenaan juga boleh didapati kulit kayu.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 7 Drp:15

Rajah 5.4: Kecacatan saku resin

iv. Teras
- Terdapat di bahagian tengah balak bulat.
- Teras juga disebut mempulur dan bahagian kayu berhampiran yang telah rosak.

Rajah 5.5: Kecacatan teras

5.4.2 Kecacatan Kerana Agen Luaran

- Kecacatan pada kayu mungkin berlaku ketika proses menebang, mengergaji dan
mengeringkan kayu.
- Tindakan parasit, serangga dan cendawan juga boleh menyebabkan kecacatan pada
kayu.
- Terdapat 3 punca kecacatan kerana agen luaran ialah:
i. Proses pengeringan
ii. Serangan cendawan
iii. Pengorekan serangga

i. Proses Pengeringan
- Proses pengeringan menyebabkan kecacatan pengeringan pada kayu seperti rekah,
pecah, melengkung/bebusur, relangan, piuh, meleding, kayu kulit keras atau kempis.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 8 Drp:15

Rajah 5.3: Kecacatan yang berlaku pada kayu disebabkan proses pengeringan
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 9 Drp:15

ii. Serangan Cendawan


- Serangan cendawan dikategorikan kepada dua jenis:
a. Cendawan mereputkan kayu: sel-sel kayu di sekitar jangkitan dihurai dan diserap.
Contoh: serpula lacrymans.
b. Cendawan yang hanya mewarnakan kayu. Cendawan ini hanya menyerap makanan
dalam sel-sel kayu. Tidak mereputkan kayu tetapi memburukkan rupa fizikal kayu.
Keadaan teruk menurunkan kekuatan sehingga 30%. Contoh: Ceratocystis
coerulescens.
c. Serangan cendawan ini memerlukan kelembapan sekurang-kurangnya 20%, suhu
yang sesuai. Suhu 0 - 5˚C menyebabkan perkembangan cendawan terhalang.
d. Pereputan ini dinamakan pereputan lembab. Walau bagaimanapun, terdapat
cendawan yang mereputkan kayu tanpa perlu keadaan lembapan tetapi perlukan
keadaan udara yang tidak beredar. Ia dinamakan sebagai pereputan kering.

iii. Pengorekan Serangga


- Kerosakan yang boleh berlaku pada ketika kayu masih hidup, ketika dalam proses
pengeringan atau telah kering dan dalam simpanan (jika tidak diawet), kecacatan
dalam bentuk lubang-lubang bersaiz 5 mm hingga 25 mm. Jenis-jenis serangga perosak
adalah anai-anai, kumbang tanduk dan kumbang perabot.

5.5 PENGAWETAN KAYU

- Pengawetan kayu merupakan salah satu aktiviti pemprosesan kayu.


- Pengawetan kayu perlu dilakukan adalah bertujuan untuk mencegah perosak kayu
daripada merosakkan kayu.
- Melalui proses pengawetan kayu, kayu yang kurang daya ketahanan semulajadi dapat
ditingkatkan tempoh penggunaannya.

5.5.1 Ciri-Ciri Bahan Pengawet:

– Amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak.


– Boleh kekal dalam kayu/tidak meruap/sejat keluar.
– Bahan yang mudah meresap/menembusi ke dalam sel kayu.
– Tidak toksik kepada manusia/haiwan.
– Mudah digunakan.
– Murah dan mudah didapati.
– Tidak merosakkan kayu dan mengkakis keluli.
– Menghambat kebakaran.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 10 Drp:15
5.5.2 Jenis-Jenis Bahan Pengawet

- Merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas
air, minyak dan gas.
- Terdapat 2 jenis pegawet asas:
i. Pengawet asas air
 Larut dalam air, tidak berbau dan mudah dikerjakan. Contoh: kuprum arsenat,
zink biflourida.
ii. Pengawet asas minyak
 Pelarut minyak meruap seperti diesel/kerosene. Contoh: pentaklorofenol, zink
naftenat, kreosot.

5.5.3 Proses Pengawetan Kayu

- Proses bahan pengawet dimasukkan ke dalam kayu.


- Terdapat dua kategori dalam pengawetan kayu:
(i) dilakukan di kilang
(ii) di tapak
- Antara kaedah pengawetan:
(i) Penyalutan/sapuan
(ii) Rendaman sejuk
(iii) Rendaman panas
(iv) Rendaman panas-sejuk
(v) Rawatan vakum berganda
(vi) Penyerapan tekanan
(vii) Proses sel kosong

(i) Penyalutan / Sapuan


– Bahan pengawet disapu dengan berus ke permukaan kayu.
– Dapat dilakukan di tapak/tempat pembinaan.
– Kurang berkesan jika sekali sapu. Perlu dua atau lebih lapisan dan perlu diulang 2 -
3 tahun sekali.
– Tidak sesuai untuk kayu terdedah pada cuaca.

(ii) Rendaman Sejuk


– Mencelup atau merendam kayu ke dalam takungan berisi bahan pengawet bagi
tempoh tertentu pada suhu biasa.
– Kaedah ini adalah sesuai untuk memberi perlindungan sementara kerana hanya
dapat menembusi 1 mm atau 2 mm ke dalam permukaan kayu.
– Sesuai dilakukan di tapak pembinaan.
– Tempoh rendaman - bahan pengawet meresap masuk ke dalam kayu. Tempoh
berbeza bagi kayu berlainan.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 11 Drp:15

(iii) Rendaman Panas


– Sama seperti kaedah rendaman sejuk tetapi bahan pengawet dipanaskan terlebih
dahulu kepada suhu 90 ˚C.
– Ini membantu menambah resapan bahan ke dalam kayu.

(iv) Rendaman Panas-Sejuk


– Kayu direndam pada suhu biasa kemudian bahan dan kayu dipanaskan bersama ke
suhu 60 ˚C – 90 ˚C. Dibiarkan ½ jam - 4 jam dan dibiarkan sejuk.
– Pemanasan awal mengembangkan sel-sel dan mengeluarkan udara dalam sel-sel
dan meningkatkan keupayaan kayu meresap bahan pengawet.

(v) Rawatan Vakum Berganda


– Digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah.
– Sangat berkesan melindungi kayu bagi menghalang daripada serangan kulat dan
serangga.
– Kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara dipam keluar. Membantu
mengeluarkan udara dari dalam sel-sel kayu.
– Ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan dan akan meresap ke dalam
sel-sel kayu.
– Tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu jam jikacecair susah meresap.
– Setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali kedua dilakukan untuk
membersih baki bahan pengawet di permukaan kayu.

(vi) Penyerapan Tekanan


– Dipanggil proses Bethel. Cecair pengawet meresap masuk sehingga ke bahagian
dalam kayu.
– Kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan bagi mengeluarkan
udara dari dalam sel.
– Cecair pengawet panas tidak lebih dari 90 ˚C disembur ke dalam silinder pada
tekanan 0.7 MN/m² hingga 1.4MN/m² selama 2 jam. Langkah ini membolehkan
dinding sel diresapi bahan pengawet.
– Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan pengawet berlebihan tetapi
tidak mengeluarkan bahan dari dalam rongga dan dinding sel.
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 12 Drp:15

Rajah 5.4: Mesin silinder tertutup

(vii) Proses Sel-Kosong


- Dipanggil juga proses Rueping atau Proses Bethel yang diubahsuai supaya cecair
pengawet hanya masuk kedalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap kosong.
- Sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada 0.276 MN/m² dan ketika
tekanan ditambah cecair pengawet dimasukkan ke dalam silinder supaya
cecair meresap masuk ke dalam sel kayu dan udara dalam rongga sel dimampatkan.
- Ini membantu cecair meresapterus ke dalam dinding sel.
- Kemudian tekanan diturunkan dan ruang silinder dibuatsepara vakum supaya
cecair berlebihan dikeluarkan dari dalam rongga sel.

5.6 BAHAN BERASASKAN KAYU

- Bahan berasaskan kayu dihasilkan daripada kayu balak yang diproses kepada bentuk
produk yang lain. Ia merupakan papan gantian yang mempunyai struktur, berat dan
saiz yang tersendiri. Dimensinya lebih stabil berbanding kayu padu kerana ia tidak
mengalami pengecutan.
- Terdapat 3 jenis papan gantian berasaskan kayu ialah:
i. Papan lapis
ii. Papan serpih
iii. Papan gentian – papan partikel, MDF

i. Papan Lapis
- Papan lapis diperbuat daripada lapisan kayu nipis venir yang dilekatkan dengan perekat
(glu) secara bertindih berselang-seli.
- Bilangan lapisannya ganjil,iaitu sama ada tiga,lima atau tujuh lapisan.
- Ira kayu papa lapis bertindihan dan bersudut tepat antara satu sama lain.
- Arah ira bersudut tepat ini penting untuk:-
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 13 Drp:15

(a) Memberikan kestabilan dimensi dan kekuatan


(b) Memastikan papan lapis tidak mudah pecah
(c) Mengurangkan anjakan antara lapisan
(d) Memastikan papan lapis tahan ketukan
(e) Menjadikan papan lapis boleh dilentur
(f) Mendapatkan kekuatan pada pegangan paku
(g) Membolehkannya mudah dikerjakan

- Kayu yang digunakan untuk dibuat papan lapis terdiri daripada jenis kayu sederhana
berat dan kayu keras ringan seperti mengkulang,kapur,meranti, merawan dan nyatuh.
- Antara contoh kegunaan papan lapis ialah:
(a) Perabot
(b) Kotak bentuk
(c) Dinding
(d) Lantai
(e) Pembinaan seperti rasuk komposit rajah

Rajah 5.5: Papan lapis

ii. Papan Serpih


- Dihasilkan daripada serpihan kayu-kayu kecil yang dicantum dengan perekat resin dan
dibentuk secara kepingan dengan diberi tekanan tinggi.
- Lazimnya permukaan papan di tutupi dengan laminat plastik atau venir.
- Papan serpih merupakan satu daripada bahan yang digunakan oleh tukang kayu untuk
menghasilkan kerja hiasan dalaman yang berkualiti.
- Papan serpih mudah dikerjakan.
- Seperti produk-produk kayu yang lain, papan serpih juga menghasilkan kesan yang
buruk apabila berkeadaan lembap atau basah secara berlebihan.
- Antara contoh kegunaan papan serpih ialah:
(a) Pembinaan seperti rasuk komposit
(b) Kotak barangan
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 14 Drp:15
(c) Kotak acuan
(d) Lantai

Rajah 5.6: Papan serpih

iii. Papan Gentian


- Papan gentian merupakan kepingan papan yang dikenali sebagai lignoselulosa yang
dilekatkan dengan organi tiruan (synthetic resin) atau perekat organik.
- Jenis papan partikel atau papan gentian terdiri daripada
(a) Papan serau (soft board)
(b) Papan gentian keras (hard board)

(a) Papan Serau (soft board)


- Dikenali sebagai Low density fiber (LDF) atau papan penebat.
- Antara ciri-ciri papan serau:
i. Mempunyai ketumpatan yang rendah. sehingga 350 kgs/m³ Papan ini mempunyai
ketebalan 12 mm hingga 24 mm, panjang antara 1830 mm hingga 3660 mm dan
lebar antara 915 mm hingga 1220 mm.
- Antara kegunaan papan serau ialah:
(a) Kayu pengapit siling/lining siling
(b) Siling
(c) Dinding
(d) Peti sejuk
(e) Penebat dan penyerap bunyi
(f) Papan kenyataan
(g) Teras untuk komposit pada pintu
WTP 5013 BUILDING MATERIALS Muka: 15 Drp:15

Rajah 5.6: Papan serau

(b) Papan Gentian Keras (hard board)


- Ia juga dikenali sebagai high-density fibre.
- Tidak mempunyai urat tetapi boleh menggunakan venir atau formika untuk
menampakkan corak muka seperti kayu solid.
- Papan gentian keras dihasilkan daripada sebatian gentian kayu yang diberi tekanan
sehingga ikatan gentian tersebut menghasilkan papan yang teguh, mempunyai satu
permukaan licin dan kasar pada permukaan bawahnya.
- Papan gentian keras ini mempunyai beberapa permukaan pilihan dan bersifat tahan api,
cuaca yang melampau dan serangan kulat. Ketumpatan melebihi 850 kgs/m³.
- Antara kegunaan papan gentian keras ialah:
(a) Dinding sekat – ruang pejabat, ruang bilik atau ruang belajar
(b) Siling
(c) Panel
(d) Lantai
(e) Pintu rata
(f) Pintu tahan api
(g) Permukaan perabot
(h) Pembinaan seperti rasuk komposit

Rajah 5.7: Papan gentian keras

You might also like