You are on page 1of 12

BUSINESS MODEL CANVAS

 Penghasil
 Kos dari bahan mentah
 Pekerja ‘
 Kos dari gaji pekerja
 Pihak
 Utiliti
berkuasa
 Kos dari sewa kedai makan

 Bahan  Membuat
mentah promosi
 Modal  Menyediakan
 Pekerja makanan laut
 Menjual
makanan laut

 Makanan laut
yang sedap
 Menggunakan
resipi
masakan
 Membuat Cash On Delivery
tersendiri
 Menjual secara langsung
 Harga dariyang
kedai makan
 Menjual melalui mediaberpatutan
sosial

 Menyewa  Membuat
kedai makan promosi
 Menggunakan  Memberi
food truck diskaun
 Memasang
banner

 Penduduk
Pekan
Simunjan
 Penduduk
Daerah
Samarahan
 Penduduk di
daearah
berdekatan
 Pelancong
yang1datang
ke Pekan
Simunjan
PENJANAAN IDEA PERNIAGAAN

1. MASALAH SEDIA ADA

Walaupun telah melalui zaman yang serba canggih, manusia tetap mempunyai
masalah. Sebenarnya, penyelesaian untuk setiap masalah mewujudkan peluang
perniagaan. Perniagaan yang dijalankan kini adalah daripada masalah-masalah yang
dihadapi oleh masyarakat terdahulu. Masalah yang berlaku di tempat saya ialah tiada
kedai makan yang menjual makanan laut. Oleh itu, saya akan membuka kedai makan
makanan laut iaitu ‘Jerry Seafood’.

2. KEPERLUAN PELANGGAN

Usahawan perlu memikirkan barangan dan perkhidmatan yang baharu untuk


memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Atas faktor keperluan semula jadi
manusia yang sentiasa menginginkan sesuatu yang baharu dan seiring dengan
peredaran zaman. Keperluan pelanggan di tempat saya ialah pelanggan yang ingin
merasai makanan laut tidak payah untuk datang ke bandar untuk merasainya namun
mereka dapat datang ke kedai makan saya.

3. MENGKAJI SELIDIK BARANG YANG ADA

Barang-barang dan perkhidmatan yang ada sekarang merupakan daya cipta terdahulu.
Sesuai dengan peredaran zaman, barangan yang ada pada masa kini perlu diubah dan
dikaji. Selepas penyelidikan dilakukan, penambahbaikan terhadap barang atau
perkhidmatan akan mendapat perhatian pengguna. Selepas kajian dijalankan,
kebanyakan penduduk di tempat saya lebih suka kedai makan yang mempunyai
makanan dengan harga yang berpatutan.

4. PERMINTAAN PASARAN

Kehendak dan keperluan pasaran sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Permintaan
pasaran berkaitan dengan makanan laut sedang tinggi pada masa sekarang.

2
1) SEGMEN PENGGUNA

MAKSUD
Apa yang penting sekali dalam menjalankan perniagaan ialah kita harus tahu bagaimana
hendak mengkelaskan kumpulan pelanggan kita itu. Sasaran pelanggan adalah mengikut
jenis, golongan, umur, jantina dan lain-lain. Sebab penting apabila kita tahu mengkelaskan
sasaran pelanggan kita ini ialah kerana mereka sangat penting  sebab boleh bagi keuntungan
berpanjangan dalam perniagaan dan jualan. Oleh itu, kita dapat tahu siapakah pelanggan yang
paling penting dan kita boleh fokuskan beliau sebagai sasaran pelanggan kita. Jadi kita pun
boleh fokus menjalankan perniagaan berdasarkan golongan apa yang kita sasarkan. 

Elemen Segmen Pengguna :-

1. Sedar / Ambil tahu


2. Punya minat
3. Mempunyai keinginan
4. Mengambil tindakan

Segmen pengguna yang akan saya fokuskan dalam perniagaan saya ialah kepada penduduk
setempat. Antaranya ialah penduduk Pekan Simunjan. Hal ini kerana saya akan membuka
perniagaan makanan laut di Pekan Simunjan. Selain itu, segmen pengguna yang lain ialah
penduduk Daerah Samarahan kerana Pekan Simunjan terletak dalam daerah tersebut. Di
samping itu, penduduk di daerah berdekatan juga dapat datang ke kedai makan makanan laut.
Akhir sekali, segmen pengguna ialah kepada para pelancong yang datang ke Pekan Simunjan.

3
2) PENAWARAN NILAI

MAKSUD
Penawaran nilai adalah nilai yang dapat memberikan kepuasan pada pelanggan dan
pengguna.
Contohnya, apakah yang kita boleh tawarkan atau berikan pada pelanggan. Selain itu,
masalah pelanggan yang kita dapat bantu selesaikan. Seterusnya, rangkaian produk atau
perkhidmatan yang kita dapat tawarkan dalam aspek segmen pengguna nanti. Di samping itu,
apakah yang kita dapat lakukan untuk dapat memuaskan hati pelanggan dalam memenuhi
keperluan mereka.
Penawaran nilai mempunyai 10 elemen terpenting iaitu:-

1. Pembaharuan produk
2. Prestasi sekiranya guna produk kita
3. Kemampuan pelanggan untuk mendapat khidmat / bisnes kita
4. Penyesuaian pada pelanggan 
5. Dengan menggunakan perkhidmatan / perniagaan / produk kita itu adakah dapat
selesaikan dan siapkan kerja mereka.
6. Kemudahan yang ditawarkan
7. Jenama / status / brand
8. Pengurangan kos
9. Harga
10. Pengurangan risiko

Penawaran nilai yang saya gunakan dalam kedai makan makanan laut ialah saya akan
menawarkan kepada pengguna makanan laut yang sedap. Selain itu, makanan laut yang kami
sediakan adalah lebih unik berbanding makanan laut yang disediakan kedai makan lain
kerana kami menggunakan resipi masakan tersendiri. Di samping itu, kami juga menawarkan
harga yang berpatutan dengan saiz hidangan.

4
3) SALURAN

MAKSUD
Saluran adalah cara penghubungan antara kita dengan pelanggan kita dalam segmen
pengguna. Kita juga perlu tahu cara dan medium untuk berhubung atau berkomunikasi
dengan pelanggan contohnya secara online atau langsung. Tujuannya adalah untuk
mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Cara yang kita gunakan mestilah sesuai
dengan keperluan pelanggan mengikut faktor, masa, lokasi dan keadaan. Selepas itu kita
boleh tahu cara mana yang paling efektif dan berkesan.

Kategori utama saluran :-


1. Diri
2. Rakan kongsi
3. Fasa

Antara saluran yang saya gunakan dalam perniagaan makanan laut saya ialah menyewa kedai
makan. Selain itu, saya juga akan menggunakan food truck untuk menjual makanan laut.

5
4) PERHUBUNGAN PELANGGAN

MAKSUD
Perhubungan pelanggan ialah hubungan antara peniaga dan pelanggan. Tujuannya adalah
untuk mencari pelanggan yang tetap. Pembinaan hubungan diantara pelanggan dan peniaga
antara elemen yang penting dalam sesebuah syarikat. Kita perlu berfikir apa yang boleh kita
hulurkan pada pelanggan. Antaranya adalah seperti bantuan peribadi, servis peribadi,
komuniti dan sebagainya. Ia penting untuk mengenal pasti apakah yang kita dah buat untuk
pelanggan. Selain itu, apakah yang kita boleh berikan untuk pelanggan. Di samping itu,
apakah kos yang terlibat untuk menjalankan semua itu. Seterusnya, adakah semua yang kita
lakukan itu adalah sesuai atau tidak dengan bisnes model yang hendak kita jalankan. Akhir
sekali, apakah yang boleh kita berikan berdasarkan apa yang pelanggan hendak.
Contohnya :-
1. Bantuan peribadi
2. Bantuan peribadi yang berdedikasi
3. Layan diri
4. Perkhidmatan automatik
5. Komuniti
6. Co creation

Antara perhubungan pelanggan yang saya gunakan dengan pelanggan kedai makan saya ialah
saya akan membuat promosi berkaitan dengan kedai makan makanan laut saya di media
sosial.
Selain itu, saya akan memberi diskaun kepada pelanggan yang terpilih sahaja. Contohnya,
pelanggan dipilih melalui cabutan undi. Di samping itu, saya juga akan memasang banner
berkaitan dengan kedai makan makanan laut saya. Akhir sekali, saya juga akan membuat live
di Facebook untuk mempromosikan kedai makan makanan laut saya.

6
5) ALIRAN PENDAPATAN

MAKSUD
Aliran pendapatan adalah keuntungan dalam syarikat. Kita haruslah menilai keuntungan
dalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. Peniaga juga perlu tahu apakah faktor yang
pelanggan sanggup bayar untuk perniagaan kita tu. Peniaga juga mesti tahu adakah apa yang
kita tawarkan itu menguntungkan peniaga dan pelanggan. Senang kata apakah faktor yang
menyebabkan pelanggan bayar dekat peniaga. Pelbagai cara dan kemungkinan yang
menyebabkan mereka sanggup bayar untuk beli produk dan perniagaan yang peniaga
tawarkan. Peniaga perlu tahu berapa banyak keuntungan yang dia boleh dapat dari
perniagaannya.

Elemen aliran pendapatan :-

1. Jenis : jualan aset / sewa / yuran / lesen / iklan


2. Harga tetap : senarai harga  bergantung  kepada produk, skala, volume pelanggan
3. Harga berubah : boleh tawar menawar / harga tersebut mesti ambil kira kos / harga
tersebut mesti ikut harga pasaran.

Antara aliran pendapatan yang akan saya gunakan dalam kedai makan makanan laut saya
ialah saya akan membuat Cash On Delivery (COD). Selain itu, saya akan menjual makanan
laut secara langsung dari kedai makan saya. Akhir sekali, saya akan menjual makanan laut
saya melalui media sosial. Untuk pelanggan yang ingin memesan makanan laut, mereka
boleh melayari laman web kedai makan makanan laut saya.

7
6) SUMBER UTAMA

MAKSUD
Sumber utama merupakan elemen terpenting dalam syarikat. Sumber utama adalah apa yang
diperlukan untuk jalankan bisnes tersebut. Sumber utama terdiri daripada 4 elemen :

1. Fizikal/bahan
2. Intelekual
3. Manusia
4. Kewangan

Antara sumber utama yang akan saya gunakan dalam membuat hidangan makanan laut ialah
bahan mentah seperti ikan, ketam, udang, sotong dan hidupan laut lain. Selain itu, saya juga
memerlukan modal dalam membuka perniagaan kedai makan makanan laut saya ini. Di
samping itu, saya juga akan mencari beberapa orang pekerja untuk bekerja di kedai makan
makanan laut saya. Contohnya, tukang masak, tukang basuh pinggan dan pekerja lain.

8
7) AKTIVITI UTAMA

MAKSUD
Aktiviti utama adalah aktiviti kebergantungan untuk memastikan sesuatu perniagaan itu
beroperasi. Aktiviti tersebut adalah aktiviti yang mendatangkan duit masuk. Tujuannya
adalah untuk mengetahui apakah aktiviti utama yang mendatangkan aliran pendapatan dalam
perniagaan yang dijalankan. Ia  melibatkan aktiviti hubungan antara usahawan terhadap
pelanggannya.

Ada 3 kategori aktiviti utama :-


a) Produksi / penghasilan
b) Kaedah penyelesaian masalah (problem solving)
c) Platform / Network (rangkaian/agen/distributor/consignment)

Antara aktiviti utama yang kami lakukan dalam perniagaan kedai makan makanan laut ialah
membuat promosi berkaitan dengan makanan laut. Selain itu, membeli bahan mentah dan
seterusnya menyediakan makanan laut kepada pelanggan. Akhir sekali, saya akan menjual
makanan laut tersebut kepada pelanggan yang datang ke kedai makan makanan laut saya.

9
8) RAKAN KONGSI STRATEGIK

MAKSUD
Rakan kongsi strategik adalah sumber-sumber yang terlibat dalam menggerakkan sesuatu
perniagaan, syarikat, projek dan bisnes yang dijalankan atau dikenali sebagai outsources
syarikat. Tapi bukanlah sumber terpenting dalam keseluruhan  operasi syarikat. Senang kata
sumber yang menggerakkan bisnes itu untuk beroperasi. Kepentingannya tidak sepenting
sumber utama. Rakan kongsi strategik cuma terlibat dengan sesetengah kepentingan dalam
syarikat, perniagaan, bisnes dan projek yang dijalankan sahaja. Rakan kongsi strategik
bukanlah pembuat keputusan dalam syarikat. Rakan kongsi strategik terdiri daripada pelbagai
sumber. Contohnya partners, supplier, outsourcer, dan freelancer. Tujuannya adalah  untuk
mengoptimumkan kos operasi. Selain itu, untuk keluarkan senarai mana-mana sumber utama
yang tidak diperlukan oleh rakan kongsi strategik. Senang kata ia berkait rapat dengan
sumber dan aktiviti sesuatu projek, perniagaan, bisnes dan syarikat itu. Ia juga dapat
kurangkan pelbagai risiko tidak ketentuan hala.

Kepentingan rakan kongsi strategik:

 Untuk mengoptimumkan skala


 Mengurangkan risiko dan ketidakpastian (menggunakan kaedah Lean Startup)
 Pengambil alih sesetengah sumber dan aktiviti

Antara rakan kongsi strategik yang saya perlukan ialah penjual hidupan laut di pasar basah.
Selain itu, rakan kongsi strategik yang lain ialah para nelayan dari daerah yang berdekatan.
Di samping itu, saya juga perlu berurusan dengan pihak berkuasa untuk memohon lesen utuk
membuka kedai makan.

10
9) STRUKTUR KOS

MAKSUD
Struktur kos adalah kos yang terlibat dalam perniagaan yang dijalankan yang perlu diambil
kira. Contohnya duit minyak, duit makan, duit bayar elektrik, air dan internet, duit tol dan
duit sewa tapak dan lain-lain. Apabila kita dapat menyeimbangkan kos struktur ini maka kita
dapat meningkatkan aliran pendapatan. Dalam ini kita dapat kenal pasti sumber utama  dan
aktiviti utama yang paling tinggi. Jadi kita boleh fikirkan cara mana yang paling jimat dan
mana yang tidak perlu dalam perniagaan itu haruslah kita buang. Akhir sekali, kita mesti
selesaikan untuk menambah keuntungan perniagaan. Oleh itu, dengan mengenal pasti struktur
kos kita dapat minimumkan kos yang perlu diambil kira untuk bawa keuntungan. Jadi kita
dapat fokuskan faktor-faktor yang hanya boleh mendatangkan keuntungan dan meningkatkan
hasil jualan perniagaan kita.

Contoh struktur kos :

1. Fixed costs ( salaries / rental / utilities )


2. Variable cost ( Kos yang berubah / tak tetap )
3. Economical of scale
4. Economical of scope

Antara struktur kos yang saya gunakan untuk membuka kedai makan makanan laut ini ialah
kos dari bahan mentah, kos dari gaji pekerja, kos dalam membuat promosi, kos sewa kedai
makan, kos penghantaran makanan dan kos utiliti seperti bil elektrik, air dan pengangkutan.

11
RUJUKAN

1. http://ilmumeniaga.blogspot.com/2014/01/penerangan-bisnes-model-canvas-bmc.html

2. https://www.mahersaham.com/memahami-bisnes-dengan-business-model-canvas/

3. https://khaiz.com/pengenalan-business-model-canvas/

4. https://mdxnazri.com/2017/01/business-model-canvas-bmc/

5. Nota Bab 4 dan 5

12

You might also like