You are on page 1of 27

1. PENGHARGAAN...

Terlebih dahulu,saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan tugasan yang keempat ini dalam masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih saya sampaikan kepada pensyarah saya, iaitu Pn.Norliha Binti Jemain kerana dengan tunjuk ajar dan dorongan dari beliaulah saya dapat melaksanakan tugasan ini dengan penuh jayanya. Selain itu , saya juga dapat memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tugasan hasil daripada didikan beliau. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan kerjasama yang diperlukan sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Sokongan dan dorongan sahabat semua banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini, di samping dapat mendalami ilmu hasil daripada perkongsian maklumat antara kami. Segulung penghargaan juga buat keluarga yang tersayang,terutama ibubapa saya yang telah banyak membantu dalam bentuk kewangan dan juga sokongan moral. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya semasa proses penyiapan tugasan ini. Sesungguhnya jasa baik dan budi semua saya dahului dengan jutaan terima kasih.

2. PENDAHULUAN...

Tugasan ini sepenuhnya mengenai bukti-bukti konsep panjelmaan yang dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita semua. Sebagaimana diketahui semua, penjelmaan ialah satu proses menyusun semula semua titik pada sesuatu satah. Penjelmaan boleh dihuraikan sebagai pengerakan yang membawa satu titik atau satu objek dari kedudukan asal ke kedudukan baru dalam satah yang sama.Kedudukan paksi-paksi satah dikekalkan dalam proses penjelmaan. Hasil penjelmaan bagi sesuatu titik atau objek dikenali sebagai imej titik atau objek itu. Konsep penjelmaan ini terbahagi kepada empat jenis utama ,iaitu translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. Dalam tugasan ini, saya ada sertakan makna-makna kesemua aspek tersebut dengan terperinci. Di samping itu juga, saya juga ada membuat sedikit huraian di bawah setiap bukti penjelmaan yang saya sertakan dalam tugasan ini. Bagi saya, tajuk penjelmaan ini merupakan satu tajuk yang unik berdanding dengan tajuk-tajuk yang lain dalam mata pelajaran matematik dan ia perlu diketahui oleh semua orang untuk dijadikan sebagai suatu pengetahuan dalam kehidupan mereka semua. Saya berharap agar tugasan saya ini dapat memberi faedah kepada setiap pembaca dengan cara memperolehi sedikit sebanyak maklumat mengenai konsep penjelmaan ini dengan berkesan.

3 . PENJELMAAN...
.

3.1 TRANSLASI...

A . DEFINISI TRANSLASI - Translasi ialah pemindahan semua titik pada suatu satah mengikut arah dan jarak suatu garis tertentu pada satah itu.

B. SIFAT-SIFAT TRANSLASI - Semua titik pada satah digerakkan pada arah dan jarak yang sama. - Kedudukan semua titik bagi objek berubah. - Objek dan imej adalah kongruen ( Iaitu bentuk dan saiz objek dengan imej adalah sama ). - Orientasi objek dan imej adalah sama ( Ini bermakna susunan dan tertib semua titik pada objek itu tidak berubah ).

C . SYARAT SYARAT TRANSLASI - Suatu translasi dihuraikan dengan menyatakannya sebagai pergerakan selari dengan paksi X dan paksi Y yang diwakili oleh ( ) , di mana a mewakili pergerakan mengufuk dan b mewakili pergerakan mencancang.

3.1.1 BUKTI- BUKTI KONSEP TRANSLASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN...

GAMBAR 1

Titik K ( Imej ). Titik K ( Objek ).

CORAK KAIN BATIK

Gambar 1 di atas merupakan corak kain batik yang dikatakan mempunyai salah satu konsep penjelmaan, iaitu tranlasi. Hal ini kerana titik K tersebut bergerak dari kanan ke kiri dan juga dari atas ke bawah. Selain itu, sifatnya kedua-dua objek dan imej ( titik K ) yang kongruen menunjukkan corak kain batik tergolong dalam konsep translasi.

GAMBAR 2 Kereta kabel bergerak dari kiri ke kanan .Kemudian, bergerak dari belakang ke hadapan.

Kereta kabel J (Imej).

Kereta kabel J (Objek).

KERETA KABEL

Gambar 2 yang merangkumi konsep translasi di atas adalah kereta kabel. Situasi ini dikatakan mempunyai konsep tersebut kerana pergerakan keretanya dari kiri ke kanan dan juga dari belakang ke depan. Hal ini secara tidak langsung telah menggolongkannnya ke dalam konsep translasi. Di samping itu, dalam gambar tersebut orientasi objek dengan imejnya ( kereta kabel J ) adalah sama dan ini lagi membuktikan bahawa situasi ini mempunyai konsep translasi.

3.2 PANTULAN...

A . DEFINISI PANTULAN - Pantulan ialah pembalikan semua titik di suatu satah pada suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan.

B. SIFAT SIFAT PANTULAN - Setiap titik objek dan imejnya berjarak sama dari paksi pantulan. - Titik-titk pada pakis pantulan tidak mengalami sebarang perubahan kedudukan. Titik-titik itu ialah titik-titik tak varian. - Objek dan imejnya adlah kongruen. - Orientasi imej bagi suatu objek adalah terbalik.

C . SYARAT- SYARAT PANTULAN .- Imej suatu objek di bawah suatu pantulan boleh dibina jika diberi paksi pantulan. - Paksi pantulan boleh dibina jika diberi imej bagi suatu objek di bawah suatu pantulan. - Garis yang menyambung titik objek dan imejnya adalah serenjang dengan paksi pantulan.

3.2.1 BUKTI- BUKTI KONSEP PANTULAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN...

GAMBAR 1 Paksi pantulan yang telah menbahagikan rama-rama ini kepada bahagian yang sama rata. Rama rama H ( Objek ).

Rama - rama H ( Imej )

RAMA RAMA

Gambar 1 di atas merupakan rama-rama yang mempunyai ciri-ciri pantulan di dalamnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan persamaan bentuk di kedua-dua belah bahagian rama-rama tersebut apabila dibahagikan sama rata. Malah, objek dan imej (rama rama H ) yang terdapat pada gambar tersebut adalah kongruen antara satu sama lain dan ini membuktikan yang ia merupakan salah satu contoh konsep pantulan dalam kehidupan seharian kita.

GAMBAR 2 Menara G (objek)

Paksi pantulan yang telah menbahagikan menara kembara ini kepada dua bahagian yang sama rata.

Menara G (Imej). MENARA KEMBAR

Menara kembar yang terdapat di gambar 2 di atas memiliki konsep pantulan yang jelas. Ini dapat dibuktikan dengan kesamaan bentuk setiap bahagian menara tersebut apabila dibahagi dua. Selain itu , dapat dilihat di dalam gambar tersebut yang orientasi menara G ( imej ) bagi menara G (objek) adalah terbalik dan keadaan ini secara tidak langsung membuktikan yang gambar ini mempunyai ciriciri konsep pantulan.

GAMBAR 3

Helang F ( Objek )

Paksi pantulan yang telah membahagikan helang kepada dua bahagian yang sama rata.

Helang F (Imej). HELANG LANGKAWI Gambar 3 di atas ini merupakan burung helang langkawi yang mengalami konsep pantulan. Hal ini kerana apabila burung tersebut dibahagikan dua, setiap satu bahagian tersebut ( kiri dan kanan ) mempunyai bentuk yang serupa. Kemudian , setiap titik pada helang F (objek) dan helang F ( imej) tersebut berjarak sama dari paksi pantulan dan ini membuktikan bahawa gambar ini juga tergolong dalam konsep pantulan.

3.3

PUTARAN...

A . DEFINISI PUTARAN - Putaran ialah pemusingan semua titik di suatu satah pada suatu titik, melalui suatu sudut dan pada arah yang tertentu. - Titik itu dikenali sebagai pusat putaran dan sudutnya sudut putaran. - Arah putaran adalah ikut arah jam atau lawan arah jam.

B . SIFAT SIFAT PUTARAN - Semua titik pada objek diputarkan melalui sudut yang sama, kecuali pusat putaran ( titik tetap ) yang tidak berubah kedudukannnya. - Setiap titik dan imejnya adalah berjarak sama dari pusat putaran. - Objek dan imejnya adalah kongruen.

C . SYARAT- SYARAT PUTARAN - Imej suatu objek di bawah suatu putaran boleh dibina jika diberi pusat putaran dan sudut putaran. - Bagi putaran 180 darjah pada suatu titik, arah putaran tidak perlu disebut sebab sama ada arahnya lawan arah jam atau ikut arah jam , imej yang sama akan dihasilkan.

3.3.1 BUKTI BUKTI KONSEP PUTARAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN...

GAMBAR 1

Arah D ( Objek ).

Arah D ( Imej ).

LOGO KITAR SEMULA

Gambar 1 yang mengandungi ciri-ciri putaran di atas adalah logo kitar semula. Arah tersebut berputar mengikut arah jam dan semua titik imejnya mempunyai jarak yang sama dari pusat putaran ( titik tetap ). Hal ini yang membuktikan bahawa logo kitar semula ini menjadi salah satu contoh konsep putaran dalam kehidupan seharian kita.

GAMBAR 2

Titik Tengah.

Jarum Minit E ( Objek ). Jarum Minit E ( Imej ).

JAM DINDING

Gambar 1 di atas adalah jam dinding yang mengalami konsep putaran yang tepat. Hal ini kerana dalam gambar jam tersebut jarum minit E sentiasa berputar mengikut arah jam dan apabila ia bergerak satu sudut akan timbul di antara objek dengan imejnya ( jarum minit ). Selain itu, saiz objek dan imej jarum minit ini yang sentiasa kongruen juga salah satu sifat gambar ini yang dikatakan mempunyai konsep putaran.

GAMBAR 3

Titik C ( Objek ).

Kotak C ( Imej ).

Titik tengah

PAPAN CATUR

Gambar 3 yang memaparkan papan catur di atas ini mempunyai sifat- sifat konsep putaran. Hal ini dapat dilihat apabila salah satu kotak segi empat sama tepat diputarkan 90 darjah mengikut arah jam ataupun lawan arah jam. Di samping itu, objek dan imej kotak C tersebut yang tidak berubah juga merupakan satu ciri yang menjadikan gambar ini memiliki konsep putaran.

3.4 PEMBESARAN...

A . DEFINISI PEMBESARAN - Pembesaran ialah suatu penjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, manakala semua titik yang lain pada satah itu bergerak dari titik tetap itu mengikut suatu nisbah tertentu. -Titik tetap itu dikenali sebagai pusat pembesaran dan nisbah pembesaran itu dikenali sebagai factor skala.

B . SIFAT- SIFAT PEMBESARAN - Objek adalah serupa dengan imej jika , a. Pasangan sisi sisi sepadan pada imej dan objek adalah berkadaran. b. Sudut- sudut yang sepadan pada objek dan imej adalah sama. c. Garis-garis yang melalui setiap pasangan titik imej dan objek yang sepadan bertemu di pusat pembesaran, O.

C . SYARAT-SYARAT PEMBESARAN - Pusat pembesaran boleh ditentukan secara pembinaan dari imej dan objek yang diberi. - Bagi menentukan pusat pembesaran, sambung titik- titik objek dengan titik-titik imej sepadan dengan garis-garis lurus. Titik persilangan garis-garis ini ialah pusat pembesaran

3.4.1 BUKTI BUKTI KONSEP PEMBESARAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN...

GAMBAR 1

Tempat sesuatu benda itu dibuang ( titik tengah)

Bulatan A ( Objek ).

Arah riak air itu membesar dari titik tengah apabila sesuatu benda dibuang ke dalamnya.

Bulatan A ( Imej ). RIAK AIR

Gambar riak air di atas ini memenuhi syarat-syarat konsep pembesaran . Keadaan sebegini berlaku apabila sesuatu benda dibuang ke dalam air dan timbulnya riak air sebegitu yang membesar dari titik tengahnya, di mana benda tersebut dibuang. Dalam gambar di atas , riak air itu bergerak sambil membesar dalam skala yang tertentu. Keadaan ini membuktikan yang gambar ini memilki ciriciri konsep pembesaran.

GAMBAR 2

Pusat tata surya ( titik tengah ).

Paksi B ( Objek ).

Arah paksi B itu membesar bermula dan menjadikan pusat tata surya sebagai titik tengahnya.

Paksi B ( Imej ).

TATA SURYA Gambar tata surya di atas ini juga tergolong dalam konsep pembasaran. Ini dapat dibuktinya dengan pembesaran salah satu paksi planet, iaitu paksi B dari pusat tata surya dan paksi tersebut semakin membesar mengikut skala yang tertentu. Garis-garis yang melalui setiap pasangan titik imej dan objek ( paksi B ) yang sepadan bertemu di pusat pembesaran, O. Ini yang menyebabkan gambar ini digolongkan ke dalam konsep pembesaran.

4. KESIMPULAN...

Secara ringkasnya, penjelmaan dikatakan satu proses menyusun semula kesemua titik pada sesuatu satah. Konsep ini juga dapat dihuraikan sebagai suatu pergerakan yang membawa satu titik ataupun satu objek dari kedudukan asalnya ke kedudukan yang baru pada satah yang sama. Sebagaimana diketahui oleh semua, dalam konsep penjelmaan ini terdapat empat kategori penting, iaitu translasi, pantulan, putaran dan juga pembesaran. Translasi ialah pemindahan semua titik pada suatu satah mengikut arah dan jarak suatu garis tertentu pada satah itu. Pantulan ialah pembalikan semua titik di suatu satah pada suatu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Putaran ialah pemusingan semua titik di suatu satah pada suatu titik, melalui suatu sudut dan pada arah yang tertentu Pembesaran ialah suatu penjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, manakala semua titik yang lain pada satah itu bergerak dari titik tetap itu mengikut suatu nisbah tertentu. Kesemua empat kategori penjelamaan ini dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita sebagai bukti kewujudannya sebagaimana disertakan dalam tugasan ini. Pada pendapat saya, tajuk tugasan ini sungguh unik berbanding dengan tajuktajuk lain yang terdapat dalam mata pelajaran matematik kerana pengaplikasian penjelamaan dalam kehidupan realiti ini sangat menarik untuk diketahui dan juga mendalaminya. Akhir sekali, saya berharap agar setiap pembaca memperolehi sebanyak mungkin mengenai konsep penjelmaan melalui hasil tugasan saya ini.

5. REFLEKSI...
Tugasan yang diberi oleh pensyarah saya,iaitu Pn.Norliha Binti Jemain ini perlu dilaksanakan secara individu. Setelah sahaja diberikan tugasan yang keempat ini, saya dengan sendirinya telah mula membuat tugasan ini dengan mencari maklumat yang berkaitan tajuk tugasan ini, iaitu konsep penjelmaan. Dalam hal ini,saya perlu mencari sebanyak mungkin bukti mengenai konsep ini yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Untuk pengetahuan, saya perlu menyempurnakan tugasan ini dengan secepat mungkin kerana masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan adalah sangat terhad iaitu, selama 3 minggu sahaja. Saya telah mencari bahan yang berkaitan dengan tugasan ini di perpustakaan maktab saya pada waktu petang ,iaitu setelah tamatnya masa kuliah kelas saya. Walaupun pada masa itu saya berasa sunguh penat, tetapi atas semangat keinginan yang tinggi saya dengan bersungguh-sungguh telah mencari maklumat yang berkaitan dengan tepat. Saya menghadapi sedikit kesukaran apabila hendak mencari gambar-gambar realiti yang berkonsepkan dengan tajuk penjelmaan ini. Walau bagaimanapun, dengan tunjuk ajar dan juga dorongan yang diberi oleh pensyarah , saya dengan jayanya dapat mencari kesemua gambar yang saya perlukan untuk tugasan ini. Di samping itu, sekiranya saya menghadapi sebarang masalah saya dengan tidak rasa malu akan bertanya rakan-rakan sekelas dengan segera dan menyelesaikannya pada masa itu juga. Dalam hal ini,mereka banyak menolong saya dengan hati yang terbuka. Tidak dapat dinafikan yang saya tidak mungkin menyiapkan tugasan ini tanpa pertolongan daripada semua pihak dan saya berharap keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila pun.

6. BIBLOGRAFI...
RUJUKAN BUKU :

a. Chan Chai Hee,2001, Revisi Pintar PMR Matematik, Petaling Jaya,Malaysia, Vital Star Sdn.Bhd. b. Wang Wei dan Lee Chin Choy, 2009, Success Mathematics SPM , Shah Alam,Selangor Darul Ehsan , Oxford Fajar Sdn.Bhd.

RUJUKAN INTERNET :

a. Http://en.wikipedia.org/wiki/Transformation_(function). b. Http://www.mathsisfun.com/geometry/transformations.html. c. Http://www.mathsnet.net/transform/index.html.

7. LAMPIRAN...

TRANSFORMATION (FUNCTION) In mathematics, a transformation could be any function mapping a set X on to another set or on to itself. However, often the set X has some additional algebraic or geometric structure and the term "transformation" refers to a function from X to itself that preserves this structure. Examples include linear transformations and affine transformations, rotations, reflections and translations. These can be carried out in Euclidean space, particularly in dimensions 2 and 3. They are also operations that can be performed using linear algebra, and described explicitly using matrices.

TRANSLATION A translation, or translation operator, is an affine transformation of Euclidean space which moves every point by a fixed distance in the same direction. It can also be interpreted as the addition of a constant vector to every point, or as shifting the origin of the coordinate system. In other words, if v is a fixed vector, then the translation Tv will work as Tv(p) = p + v. Let us have a clear visualization of this. In day to day life we use computers in all fields. Let us consider this window. This window if maximized to full dimensions of the screen is the reference plane. Imagine one of the corners as the reference point or origin (0, 0). Consider a point P(x, y)in the corresponding plane. Now the axes are shifted from the original axes to a distance (h, k) and this is the corresponding reference axes. Now the origin (previous axes) is (x, y) and the point P is (X, Y) and therefore the equations are: X = x h or x = X + h or h = x X and Y = y k or y = Y + k or k = y Y.

Replacing these values or using these equations in the respective equation we obtain the transformed equation or new reference axes, old reference axes, point lying on the plane. In Euclidean geometry, a translation is moving every point a constant distance in a specified direction. It is one of the rigid motions (other rigid motions include rotation and reflection). A translation can also be interpreted as the addition of a constant vector to every point, or as shifting the origin of thecoordinate system. A translation operator is an operator such that

If v is a fixed vector, then the translation Tv will work as Tv(p) = p + v. If T is a translation, then the image of a subset A under the function T is the translate of A by T. The translate of A by Tv is often written A + v. In a Euclidean space, any translation is an isometry. The set of all translations forms the translation group T, which is isomorphic to the space itself, and anormal subgroup of Euclidean group E(n ). The quotient group of E(n ) by T is isomorphic to the orthogonal group O(n ): E(n ) / T O(n ).

REFLECTION A reflection is a map that transforms an object into its mirror image. For example, a reflection of the small English letter p in respect to a vertical line would look like q. In order to reflect a planar figure one needs the "mirror" to be a line ("axis of reflection"), while for reflections in the three-dimensional space one would use a plane for a mirror. Reflection sometimes is considered as a special case ofinversion with infinite radius of the reference circle. Or in easier terms a translation is on coordinate grid you slide the figure over on to another coordinate plane. In mathematics, a reflection (also spelled reflexion) is a mapping from an Euclidean space to itself that is an isometry with a hyperplane as set of fixed points; this set is called the axis (in dimension 2) or plane (in dimension 3) of reflection. The image of a figure by a reflection is its mirror image in the axis or plane of reflection. For example the mirror image of the small Latin letter p for a reflection with respect to a vertical axis would look like q. Its image by reflection in a horizontal

axis would look like b. A reflection is an involution: when applied twice in succession, every point returns to its original location, and every geometrical object is restored to its original state. The term "reflection" is sometimes used for a larger class of mappings from an Euclidean space to itself, namely the non-identity isometries that are involutions. Such isometries have a set of fixed points (the "mirror") that is an affine subspace, but is possibly smaller than a hyperplane. For instance areflection through a point is an involutive isometry with just one fixed point; the image of the letter p under it would look like a d. This operation is also known as a central inversion (Coxeter 1969, 7.2), and exhibits Euclidean space as a symmetric space. In a Euclidean vector space, the reflection in the point situated at the origin is the same as vector negation. Other examples include reflections in a line in three dimensional space. Typically, however, unqualified use of the term "reflection" means reflection in a hyperplane. A figure which does not change upon undergoing a reflection is said to have reflectional symmetry.

ROTATION A rotation is a transformation that is performed by "spinning" the object around a fixed point known as the center of rotation. You can rotate your object at any degree measure, but 90 and 180 are two of the most common. Also, rotations are done counterclockwise (Anticlockwise). In geometry and linear algebra, a rotation is a transformation in a plane or in space that describes the motion of a rigid body around a fixed point. A rotation is different from a translation, which has no fixed points, and from a reflection, which "flips" the bodies it is transforming. A rotation and the above-mentioned transformations are isometries; they leave the distance between any two points unchanged after the transformation. It is important to know the frame of reference when considering rotations, as all rotations are described relative to a particular frame of reference. In general for any orthogonal transformation on a body in a coordinate system there is an inverse

transformation which if applied to the frame of reference results in the body being at the same coordinates. For example in two dimensions rotating a body clockwise about a point keeping the axes fixed is equivalent to rotating the axes counterclockwise about the same point while the body is kept fixed

Transformations
TRANSLATIONS A translation occurs when a shape is moved from one place to another. It is equivalent of picking up the shape and putting it down somewhere else.Vectors are used to describe translations. REFLECTIONS A reflection is like placing a mirror on the page. When describing a reflection, you need to state the line which the shape has been reflected in. The distance of each point of a shape from the line of reflection will be the same as the distance of the reflected point from the line. For example, below is a triangle that has been reflected in the line y = x (the length of the pink lines should be the same on each side of the line y=x):

ROTATIONS When describing a rotation, the centre and angle of rotation are given. If you wish to use tracing paper to help with rotations: draw the shape you wish to rotate onto the tracing paper and put this over shape. Push the end of your pencil down onto the tracing paper, where the centre of rotation is and turn the tracing paper through the appropriate angle (if you are not told whether the angle of rotation is clockwise or anticlockwise, it would usually be anticlockwise). The resultant position of the shape on the tracing paper is where the shape is rotated to.

ENLARGEMENTS Enlargements have a centre of enlargement and a scale factor.

1) Draw a line from the centre of enlargement to each vertex ('corner') of the shape you wish to enlarge. Measure the lengths of each of these lines. 2) If the scale factor is 2, draw a line from the centre of enlargement, through each vertex, which is twice as long as the length you measured.

If the scale factor is 3, draw lines which are three times as long. If the scale factor is 1/2, draw lines which are 1/2 as long, etc. Example The centre of enlargement is marked. Enlarge the triangle by a scale factor of 2.

BUKTI BUKTI KONSEP PANTULAN YANG LAIN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN... a. BINTANG LAUT...

b. BUNGA RAFFLESIA...

c. PAPAN CARROM...

d. LOGO...

You might also like