You are on page 1of 7

2.

0 PENDAHULUAN UBAHAN

Ubahan terbahagi kepada tiga iaitu ubahan langsung, ubahan songsang dan ubahan
cantum. Ubahan langsung merupakan suatu kuantiti y berubah secara langsung dengan
suatu kuantiti x, y bertambah apabila x bertambah dan y berkurung apabila x berkurang.

Manakala ubahan songsang merupakan suatu kuantiti y berubah secara songsang


terhadap suatu kuantiti yang lain iaitu x. y bertambah apabila x berkurang,
dan y berkurang apabila x bertambah.

Seterusnya adalah ubahan cantum iaitu satu pemboleh ubah berubah secara
langsung atau secara songsang dengan pemboleh ubah yang lain.

2.1 UBAHAN LANGSUNG

Ubahan langsung merupakan suatu kuantiti y berubah secara langsung dengan


suatu kuantiti x, y bertambah apabila x bertambah dan y berkurang apabila x berkurang.
Selain itu, suatu kuantiti y berubah secara langsung dengan suatu kuantiti x jika y=kx di
mana k ialah pemalar. Jika y berubah secara langsung dengan x dan maklumat yang
mencukupi diberi, maka nilai y atau x dapat dicari dengan menggunakan y=kx.

2.1.1 JISIM KACANG PANJANG BERKADAR LANGSUNG DENGAN HARGA JUALAN

Kacang panjang banyak khasiatnya kerana mempunyi kandungan vitamin B1 dan


B2, fosfor, zat besi riboflavin, zat besi, pertin dan serat merupakan kombinasi yang mampu
menjaga kesihatan tubuh. Selain itu, penjenggahan terhadap berbagai jenis penyakit yang
berbahaya dan merangsang enzim-enzim yang baik bagi tubuh dapat diperoleh manfaat dari
kacang panjang.

Mak Leha ingin memasak lauk sayur kacang panjang untuk makanan tengahari
bersama suami dan anak-anak mereka. Oleh itu, dia membeli 0.25 kg kacang panjang di
pasaraya Mydin pada harga RM 1.25. Kemudian, Mak Leha membeli 0.5 kg lagi kacang
panjang di pasaraya Mydin kerana dia takut lauk sayur kacang yang akan dimasak untuk

1
makan tengahari tidak mencukupi. Hitungkan berapa harga kacang panjang yang perlu
dibayar oleh Mak Leha?

Jawapan:

Langkah 1: Mengeluarkan maklumat yang penting dan menukarkan maklumat tersebut


kepada sesuatu pembolehubah.

y = Harga bagi kilogram kacang panjang

x = Jisim kacang panjang

Langkah 2: Menukarkan maklumat tersebut kepada simbol.

y = Harga bagi kilogram kacang panjang

x = Jisim kacang panjang

y∝ kx
Langkah 3: Membentuk persamaan tersebut dengan menggunakan k sebagai pemalar.

k = Pemalar

y= kx,k ialah
pemalar

Langkah 4: Membuat jalan kerja dengan mencari nilai k.

y= kx

1.25 = k (0.25)

5=k

Kemudian, menggantikan k ke dalam persamaan y = kx apabila nilai x = 0.75

y = 5 (0.75)

= 3.75

∴ Kesimpulannya semakin berat jisim kacang panjang (kg) semakin tinggi harga yang perlu
dibayar untuk membeli kacang panjang.

2
2.2 UBAHAN SONGSANG

Jika suatu kuantiti y berubah secara songsang dengan suatu kuantiti yang lain x,
maka   y bertambah apabila x berkurang, atau y berkurang apabila x bertambah. Suatu

k
ubahan songsang dapat ditulis dalam bentuk persamaan, y = x di

mana k ialah pemalar yang dapat ditentukan.

2.2.1 BILANGAN PELAJAR BERKADAR SONGSANG DENGAN KOS TAMBANG


SEBUAH GRAB YANG PERLU DIBAYAR SEORANG

Zaman kian berubah, semua di hujung jari, dengan adanya aplikasi grabcar, ia
membantu kita menjimatkan duit. Hal ini kerana kadang kala grabcar mengadakan promosi
yang menarik buat pelanggan. Sebagai contoh grabcar menawarkan tambang serendah
RM1 bagi 5 km pertama. Selain itu, harga grabcar yang berpatutan berbanding teksi. Teksi
mengenakan caj yang mahal berbanding grabcar. Sehubungan itu, ramai rakyat Malaysia
yang menggunakan aplikasi grabcar.

Fatimah dan dua orang sahabatnya belajar di UITM, Puncak Alam, Selangor. Pada
hujung minggu yang lalu, mereka bertiga telah pergi bercuti di Morib dengan menaiki sebuah
grabcar dengan tambang harga sebanyak RM 12. Justeru, mereka telah berkongsi duit
untuk membayar tambang sebuah grabcar tersebut dengan harga RM 4 seorang. Pada hari
sabtu, mereka bertiga bercadang untuk bercuti lagi ke Morib akan tetapi pada kali ini mereka
bertiga ke Morib bersama Raju, Ali dan Mei Ling dengan menaiki sebuah grabcar. Mereka
telah bersetuju berkongsi duit untuk membayar kos tambang sebuah grabcar yang dinaiki
untuk pergi ke Morib. Hitungkan kos tambang yang perlu dibayar oleh setiap orang untuk
membayar tambang harga sebuah grabcar.

Jawapan:

3
Langkah 1: Mengeluarkan maklumat yang penting dan menukarkan maklumat tersebut
kepada sesuatu pembolehubah.

y = Jumlah harga yang perlu dibayar setiap orang untuk membayar tambang grabcar.

x = Bilangan orang yang menaiki grabcar.

Langkah 2: Menukarkan maklumat tersebut kepada simbol.

y = Jumlah harga yang perlu dibayar setiap orang untuk membayar tambang grabcar.

x = Bilangan orang yang menaiki grabcar.

1
y∝ x

Langkah 3: Membentuk persamaan tersebut dengan menggunakan k sebagai pemalar.

k= Harga tambang grabcar dari UITM, Puncak Alam ke Morib.

k
y= x

Langkah 4: Membuat jalan kerja dengan mencari nilai y apabila k = 12

k
y=
x

12
y=
6

y=2

∴Kesimpulannya semakin ramai yang naik sebuah grabcar semakin sedikit harga tambang
yang perlu dibayar untuk setiap seorang apabila harga tambang sebuah grabcar dikongsi.

2.3 UBAHAN CANTUM

4
Jika satu pemboleh ubah berubah secara langsung atau secara songsang dengan
pembole ubah yang lain, hubungan ini dikenali sebagai ubahan tercantum.

 ‘y berubah secara langsung dengan x dan z’ ditulis sebagai y ∝ xz


 ‘y berubah secara langsung dengan x dan secara songsang dengan z’ ditulis

x
sebagai y ∝  .  
z
1
 ‘y berubah secara songsang dengan x dan z’ ditulis sebagai y ∝   
xz

2.3.1 BILANGAN OVEN BERKADAR LANGSUNG DENGAN JUMLAH BISKUT DAN


BERKADAR SONGSANG DENGAN MASA

Islam menggalakkan umatnya menjalankan aktiviti perniagaan. Dalam islam


perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Sabda Rasulullah maksudnya
“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Riwayat Tarmizi).

Amirah baru sahaja membuka sebuah kedai biskut coklat di Bangi. Pada permulaan,
beliau mempunyai 3 buah oven yang dapat menghasilkan 120 keping biskut dalam tempoh
masa 120 minit. Setelah sebulan biskut coklat Amirah mendapat sambutan. Sehubungan itu,
ramai yang membuat tempahan biskut coklat dengannya. Oleh itu, beliau terpaksa membeli
lagi 3 buah oven. Hitungkan berapa jumlah biskut yang dapat dihasilkan dalam tempoh 120
minit. Jika bilangan oven berkadar langsung dengan jumlah biskut dan berkadar songsang
dengan masa.

Jawapan:

Langkah 1: Mengeluarkan maklumat yang penting dan menukarkan maklumat tersebut


kepada sesuatu pembolehubah.

y = Bilangan oven

5
x = Jumlah biskut yang dapat dihasilkan

z = masa yang diambil

Langkah 2: Menukarkan maklumat tersebut kepada simbol.

y = Bilangan oven

x = Jumlah biskut yang dapat dihasilkan

z = masa yang diambil

x
y∝ z

Langkah 3: Membentuk persamaan tersebut dengan menggunakan k sebagai pemalar.

k = Pemalar

kx
y¿ z

Langkah 4: Membuat jalan kerja dengan mencari nilai k.

kx
y= z

k (120)
3=
120

360 = 120k

k=3

kx
Kemudian, menggantikan k ke dalam persamaan y = z apabila y = 6 dan x = 120

3(x)
6=
120

720 = 3x

X = 240

∴ Kesimpulannya semakin banyak oven semakin banyak jumlah biskut coklat dapat
dihasilkan dan semakin sedikit peruntukan masa yang diambil.

RUJUKAN

6
Galakan Berniaga Dalam Islam. (t.t & t.p). Dicapai pada 3 Oktober 2017, daripada
https://www.google.com/search?q=galakan+berniaga+dalam+islam&source=lnms&tb
m=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjr1oCD8tnWAhUHqY8KHc9NCW4Q_AUICigB&biw=1
366&bih=662#imgrc=DkDgDXGEFTaL_M:

Kelebihan GrabCar. (t.t & t.p). Dicapai pada 3 Oktober 2017, daripada
https://pandulaju.com.my/7-sebab-kenapa-saya-pilih-grab-car-uber-berbanding-
teksi/

Laporan Harga Purata Terkini Peringkat Runcit Komoditi Harian. (t.t & t.p). Dicapai pada 5
Oktober 2017, daripada
https://sdvi.fama.gov.my/price/direct/daily_commodityRpt.asp?PricingDt=2017/10/5&
PricingDtPrev=2017/10/3

Ubahan. (t.t & t.p). Dicapai pada 2 Oktober 2017, daripada


http://siewchoong.com/category/ubahan/

You might also like