You are on page 1of 3

Nama: Aina

Soalan 1: Maksud Bendera

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bendera ialah sepotong kain (biasanya segi empat

bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri atau

sebagai isyarat, panji-panji. Bnedera juga merupakan simbol kebangsaan yang menjadi

lambang sesebuah Negara. Bendera putih dinaikkan sebagai tanda menyerah manakala

setengah tiang bendera dinaikkan tanda berdukacita.

Soalan 2: Pilih dua bendera untuk dijadikan kajian kes

Bendera Johor

1
Ukuran Sebenar Bendera Johor

R1 = 3/4 dari bidang MERAH

R2 = 5/8 dari bidang MERAH

R3 = 1/3 dari R2

Maklumat Berkenaan Bendera Negeri Johor dan Huraiannya:

Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat. Simbol anak

bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri

Johor.

Bahagian bewarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan

pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor.

Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan

rakyat.

2
BENDERA NEGERI MELAKA

Maklumat Berkenaan Bendera Negeri Melaka dan Huraiannya:

Sebelah kiri atas berwarna biru pekat dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna

kuning. Sebelah kanan atas berwarna merah dan separuh bahagian bawah berwarna putih.

Warna biru, kuning, merah dan putih yang terdapat pada bendera Melaka mencerminkan

warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang). Ini menandakan

Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang yang ada pula

adalah simbol kepada agama Islam, agama rasmi negeri dan juga negara.

Soalan 4: Bagaimana cara saya menghormati setiap bendera negeri-negeri di Malaysia


Bendera merupakan lambang kedaulatan sesebuah Negara. Setiap negeri mempunyai

bendera dan kita mesti menghormati bendera negeri masing-masing sebagai lambing cinta

kita kepada negeri dan tanahair. Antara cara saya menghormati bendera ialah antaranya

mengibarkan bendera semasa Bulan Kemerdekaan. Selain itu juga saya akan memastikan

bendera tidak jatuh dan dipijak oleh orang ramai. Saya juga akan membasuh atau

menggantikan bendera yang telah lusuh warnanya. Tambahan lagi selepas digunakan, saya

akan memastikan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang

tertentu. Selain itu saya akan .Menampalkan bendera di papan kenyataan dan sudut-sudut

bacaan semasa bulan kebangsaan. Akhir sekali saya akan berdiri tegak semasa upacara

menaikkan bendera semasa perhimpunan pagi di sekolah

You might also like