You are on page 1of 1

HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

28 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 2

Sila baca dan lihat 25 slaid yang ada dalam link ini Bertajuk Pemuafakatan Politik
Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Dan jawab beberapa soalan berikut :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Tsunami Politik 2008 dalam slaid yang
keempat.
Tsunami Politik 2008 yang dimaksudkan adalah disebabkan oleh Keputusan Pilihan
Raya Umum Malaysia 2008 amat memeranjatkan ramai penganalisis politik kerana
Barisan Nasional hanya mendapat 140 kerusi Parlimen manakala ketiga-tiga buah parti
pembangkang utama (Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik, dan Parti Islam
Se-Malaysia) yang selepas itu membentukkan Pakatan Rakyat mendapat 82 kerusi
Parlimen. Dengan ini pihak pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan
Nasional.

2. Jelaskan perubahan trend dan corak pengundian gaya politik baru pemimpin
berintegriti.
Keputusan pilihan raya 2008 memperlihatkan trend dan corak pengundian yang berbeza
daripada pilihan raya sebelumnya. Terdapat pemimpin dan parti politik yang
memanipulasi isu perkauman untuk meraih undi kerana strategi sedemikian mudah
memancing emosi pengundi kaum terbabit, apatah lagi jika disentuh itu membabitkan
hak dan lepentingan kaum berkenaan seperti agama, bahasa, ekonomi dan pendidikan.
Pengundi lebih beminat dengan isu yang lebih besar dan utama membabitkan tadbir
urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti, kebebasan bersuara, keadilan dan
seumpamanya. Perubahan ini menunjukkan bahawa demokrasi semakin matang begitu
juga dengan gaya politik dalam kalangan rakyat Malaysia.

3. Apakah perbezaan pakatan politik Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.


Perbezaan pakatan politik Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia antaranya
ialah parti politik di sabah dan Sarawak adalah lebih kompleks berbanding di
Semenanjung Malaysia. Hal ini demikian kerana, Sabah dan Sarawak menempatkan
lebih banyak etnik berbanding di bahagian semenanjung. Apa yang boleh diperkatakan,
kedua-dua buah negeri tersebut tidak memiliki kelompok yang dominan dari segi saiz
penduduk.

You might also like