You are on page 1of 6

SOALAN TEMUBUAL

KESAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DARI ASPEK STRUKTUR SOSIAL DAN ADAT RESAM SERTA
IMPLIKASINYA TERHADAP GURU DAN MURID

1. Setiap daripada murid yang belajar di sini pasti mempunyai latar belakang keluarga yang
berbeza. Antaranya, ada yang ibu bapa yang berpendapatan tinggi (melebihi RM5000)
manakala yang berpendapatan sangat rendah (RM1000 dan ke bawah). Adakah kesan
pencapaian pelajar dapat dilihat dengan jelas oleh guru melalui perbezaan pendapatan
keluarga ini?

a) Kesan kepada murid

b) Kesan kepada guru

c) Implikasi terhadap murid

d) Implikasi terhadap guru


2. Profesion ibu bapa ada kalanya memberi kesan kepada murid dari segi tingkah laku dan
sahsiah. Adakah perbezaan ini dapat dilihat dengan ketara melalui tingkah laku murid dari
keluarga profesional dan keluarga yang bekerja bukan profesional?

a) Kesan kepada murid

b) Kesan kepada guru

c) Implikasi terhadap murid

d) Implikasi terhadap guru


3. Perbezaan dialek adakalanya berlaku. Sebagai contoh perpindahan murid dari negeri lain ke
sesebuah sekolah yang tidak sama dengan negeri asalnya. Apakah kesan perbezaan dialek
kepada guru dan murid? Bagaimanakah cara guru mengajar terutama dalam aspek
penggunaan Bahasa dan komunikasi supaya tidak mendiskriminasikan murid baharu
tersebut dan semua murid masih lagi boleh mendapat input pembelajaran yang sama?
a) Kesan kepada murid

b) Kesan kepada guru

c) Implikasi terhadap murid

d) Implikasi terhadap guru


4. Bagaimanakah cara guru menghadapi gaya pembelajaran dan gaya berfikir yang berbeza
daripada setiap murid? Hal ini demikian kerana, latar belakang keluarga mungkin telah
membentuk gaya berfikir dan gaya belajar yang tersendiri. Sebagai contoh, murid berlatar
belakangkan keluarga profesional labih aktif dan maju dalam penglibatan pembelajaran
kerana budaya belajar sudah dididik di rumah. Manakala, murid berlatar belakangkan
golongan buruh, nelayan atau petani sedikit lambat dalam penglibatan pembelajaran kerana
mereka sendiri tidak ditekankan tentang kepentingan belajar oleh ibu bapa di rumah.
*(cara guru mengajar dengan mengambil kira strategi /kaedah yang diambi)
a) Kesan kepada murid

b) Kesan kepada guru

c) Implikasi terhadap murid

d) Implikasi terhadap guru


5. Bagaimanakah sambutan daripada murid-murid bukan Islam setiap kali sekolah mengadakan
Sambutan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah? Apakah cara yang guru lakukan untuk
memastikan semua murid pelbagai kaum dan agama turut serta dalam sambutan perayaan
pelbagai kaum yang dianjurkan di sekolah?
a) Kesan kepada murid

b) Kesan kepada guru

c) Implikasi terhadap murid

d) Implikasi terhadap guru


6. Bagaimanakah pergaulan antara murid Melayu dan bukan Melayu di sekolah? Apakah
penyebab sekiranya mereka masing-masing hanya berkawan dan rapat dengan kaum
sendiri? Apakah sebab yang menjadikan mereka akrab sekiranya mereka boleh didekati
walaupun dengan pelbagai kaum?
a) Kesan kepada murid

b) Kesan kepada guru

c) Implikasi terhadap murid

d) Implikasi terhadap guru

You might also like