You are on page 1of 3

HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

14 SEPTEMBER 2020

TUGASAN 1

1. Berdasarkan slide yang kamu baca ini,sistem pentadbiran berasaskan pengagihan


kuasa mula diperkenalkan di awal penjajahan barat ke atas Melaka. Jelaskan
sistem pengagihan kuasa (legislatiff, eksekutif dan kehakiman) ini yang telah
diwarisi dalam seistem pentadbiran negara kita pada hari ini.

a) Legislatiff (perundangan)
Legislatiff merujuk kepada sistem perundangan. Di Malaysia sumber undang-undang
terbahagi kepada dua iaitu sumber bertulis dan sumber tidak bertulis. Sumber
bertulis merupakan sumber yang paling penting kepada undang-undang Malaysia.
Ianya adalah undang-undang yang digubal oleh badan perundangan iaitu parlimen di
peringkat persekutuan dan dewan undangan negeri bagi peringkat negeri. Ia dikenali
sebagai sumber bertulis kerana sifatnya yang menggariskan peraturan undang-
undang dalam bentuk bertulis, nyata, spesifik dan tetap. Sumber undang-undang
bertulis adalah seperti berikut:
 Perlembagaan persekutuan
 Perlembagaan negeri
 Perundangan persekutuan
 Perundangan Negeri
 Perundangan Subsidiari

Sumber tidak bertulis pula merupakan jenis undang-undang yang tidak terdapat
dalam bentuk tulisan iaitu ianya tidak digubal oleh parlimen atau dewan undangan
negeri juga tidak terdapat dalam perlembagaan persekutuan dan negeri. Sumber
undang-undang tidak bertulis adalah seperti berikut:

 Undang-undang Inggeris
 Undang-undang Islam
 Undang-undang Adat
 Keputusan kehakiman

b) Eksekutif (pemerintahan)
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan
HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu


kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif
(Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi


berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan
konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing


seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana
yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk ditadbir oleh Kerajaan
Pusat. Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri
dan setiap negeri tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh


Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah
negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk
memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama
Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan
Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi


Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah
Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri.
Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut
nasihat Menteri Besar masing-masing.

c) Kehakiman (judisiari)
Kehakiman ataupun judisiari merupakan badan yang bertanggungjawab mentafsir
dan melaksanakan undang-undang. Badan ini juga dikenali sebagai sistem
perundangan dan ahlinya terdiri dari para hakim dan majistret yang biasanya dilantik
oleh Ketua negara masing-masing. Mereka juga biasanya menjalankan tugas di
mahkamah dan bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya polis dalam
HUBUNGAN ETNIK | NUR SYAZWANI BINTI ZAMRI

menegakkan undang-undang. Anatar peranan kehakiman di Malaysia ialah mentafsir


undang-undang, mengadili tindakan-tindakan sivil, mengadili pendakwaan jenayah,
mendengar rayuan dari Mahkamah bawahan, membuat dekri hal ehwal keluarga
seperti perkahwinan dan perceraian, pengurusan pusaka dan mengeluarkan waran
tangkap.

2. Dalam hujah terakhir slaid ini, apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang
pandangan beliau yang keadaan di negara ini adalah “bercampur tetapi tidak
bersatu” di dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia.

“Bercampur tetapi tidak bersatu” di dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia yang
dimaksudkan oleh penulis ialah keadaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya walaubagaimanapun tidak memiliki kesatuan. Apa yang boleh dikatakan adalah
masyarakat sejak zaman penjajahan telah dipecahkan atas dasar “Pecah dan Perintah”. Hal
ini memberikan impak yang sangat besar dan mendalam terhadap hubungan kepelbagaian
kaum di Malaysia. Pada hakikatnya, kita sendiri boleh merasakan bahawa jurang perpaduan
dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia begitu ketara walaupun keadaan masih
aman dan harmoni. Hal ini demikian kerana, rakyat Malaysia berbilang kaum sehingga
sangat kini masih dibezakan dari sudut ekonomi bahkan politik perkauman.

You might also like