You are on page 1of 2

1.

2 Lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang


bermasalah pendengaran iaitu pekak.

1.2.1 Bacaan bibir

1.2.1.1 Konsep
memahami pertuturan dengan mengikut atau memerhatikan bibir penutur

memahami atau mentafsir hingga ke otot muka dan gerak badan penutur.

Antara organ pertuturan yang terlibat dalam bacaan bibir ialah paru-paru, tenggorok, larkins, peti
suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.

Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan
pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara ‘sengaja’.

1.2.1.2 Kelebihan
a) Rasional penggunaan pendekatan bacaan bibir berasaskan kepada anggapan bahawa murid-
murid pekak yang ada sisa pendengaran seharusnya digembeleng kebolehan pendengaran mereka
semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Saadiah Ahmad (2009).
b) Anggapan kedua ialah murid-murid pekak merupakan kumpulan minoriti dalam masyarakat yang
berkomunikasi melalui pertuturan, oleh itu penguasaan bahasa

Pertuturan Kiu
-kaedah sistem pergerakan tangan yang membezakan bunyi-bunyi apabila lihat pergerakan bibir

-contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi
(sengau).

-tangan digerak hampir dengan muka penutur untuk mengenali bunyi fitur distingtif.

-mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan digunakan sebagai tambahan
informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza

-penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam
dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan.

-petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat. Abdullah
Yusoff et. al. (2006).

Komunikasi Seluruh (total communication)

-menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, petuturan,
bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.

-komunikasi Seluruh hanya dapat di lakukan secara berhadapan.

-merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-
murid memahami bahasa.

-contoh mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan Abdullah (1997).
Bahasa Isyarat Kod Tangan bahasa Melayu (KTBM)

-Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota
termasuk mimik muka semasa berkomunikasi.

-menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa melayu sebagaimana yang
didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami

-KTBM dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan
semantik Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985).

Bahasa Isyarat Malaysia

BIM ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan
bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima pakai oleh Orang Pekak
Malaysia secara meluas. Bahasa yang dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)
pada tahun 2000 mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk tujuan
komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)

-BIM merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia.

-BIM digunakan dan diterima pakai oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas.

-untuk tujuan komunikasi dan penterjemahan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003).

-untuk membolehkan kanak-kanak pekak berinteraksi merangkumi komunikasi, pendidikan, sosial,


sukan, budaya, agama, ekonomi dan politik.

You might also like