You are on page 1of 4

Pelaksanaan Aktiviti kokurikulum di setiap sekolah mempunyai cabaran dan kekangan yang

tersendiri termasuk di sekolah aliran agama. Bincangkan perkara seperti dibawah:

1. Senaraikan aktiviti kokurikulum di sekolah anda.

AKTIVTI DI SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN KERIAN

a) Sambutan Isra’ Mikraj


b) Sambutan Hari Guru
c) Sambutan Hari Raya Aidilfitri
d) Pelancaran Bulan Kemerdekaan
e) Perkhemahan Unit Berunifom
f) Lawatan sekolah
g) Sambutan Maulidur Rasul
h) Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar
i) Sukan Perigkat MSSD, MSSN
j) Kem Motivasi
2. Senaraikan Carta Organisasi jawatankuasa kokurikulum disekolah anda.

CARTA ORGANISASI DI SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI II NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI I


GPK HAL EHWAL MURID GPK KOKURIKULUM GPK KURIKULUM

SETIAUSAHA

PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS


SUKAN SAMBUTAN / KHATAM UNIT
SEKOLAH PERAYAAN QURAN BERUNIFORM
PERDANA

PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS


PENYELARAS
BILIK SUKAN DATA KELAB /
LAWATAN
SEKOLAH PERSATUAN

PENYELARAS PENYELARAS
PENYELARAS PENYELARAS
MSSD/MSSN SUKAN /
SUKAN KELAB ELIT
PERMAINAN

PENYELARAS
IHTIFAL ILMI
3. Bincangkan cabaran dan kekangan disekolah anda

Setiap sekolah mempunyai kekangan dan cabaran yang dihadapi dalam melaksnakan aktiviti
kokurikulum.Diantara cabaran dan kekangan yang terdapat disekolah adalah seperti berikut :

1. Tidak mempunyai kelengkapan dan dana yang mencukupi

Kelengkapan yang kurang menyebabkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan baik
dan berkesan. Sebagai contoh, di sekolah saya tiada gelanggang khsusus untuk melatih
pelajar permainan seperti bola jarring, bola tampar, badminton dan pingpong. Selain itu,
peralatan yang kurang juga menjadi faktopr kepada kekangan bagi para pelajar untuk
meyerlah dalam bidang sukan. Dana juga tidak banyak untuk memanggil jurulatih luar
sebagai persediaan untuk kejohanan besar.

2. Kekangan masa dan kekurangan guru terlatih

Sekolah saya yang mempunyai kokurikulum Tahfiz dan terdapat pelbagai aktiviti di luar
waktu sekolah menyebabkan pelajar kurang masa untuk berlatih. Guru sebagai
pembimbing juga kurang berkemahiran. Guru yang dipilih sebagai pengurus pasukan
pula kadang-kadang tidak punya sebarang pengalaman dalam bidang yang dikawal
selianya.

3. Sikap guru yang tidak amanah dan serius dalam pekerjaan

Guru tidak melaksankan tugasan yang di amanahkan kepada mereka. Guru merasakan
aktiviti kokurikulum tidak penting. Setiap minggu pada hari kokurikulum, guru tidak
berminat dan menunjukkan kesungguhan. Ia memberi kesan kepada pelajar. Pelajar juga
akan berasa tidak perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Guru bersikap culas
dan lepas tangan dalam mengurus aktiviti kokurikulum.
4. Cadangkan langkah langkah untuk mengatasi cabaran tersebut

Diantara langkah – langkah yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengatasi cabaran
tersebut ialah :

1. Mengumpul dana dalam memperbaiki prasarana sekolah

Pihak sekolah boleh mengumpul wang dengan berniaga hasil tanaman sekolah. Sekolah saya
telah cuba melakukankannya, Cuma ia masih di skala kecil. Jadi sebagai penambah baikkan,
skala tanaman perlu diperluas supaya memperbaiki dan memperbaharui prasarana sekolah dan
kelengkapan sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga boleh memohon bantuan daripada
pihak kerajaan negeri bagi membantu memperbaiki dan menyelenggara prasarana sekolah.

2. Merancang aktiviti kokurikulum dengan baik dan menghantar guru ke latihan

Guru yang terlibat dalam merancang aktiviti kokurikulum perlu menyusun jadual dengan teliti
dan berkesan supaya aktiviti berjalan lancer. PK Koko terutamanya hendaklah menyusun jadual
agar aktiviti koku dan diseimbangkan dengan kecemerlangan akademik.

3. Memberi galakkan dan imbuhan kepada guru.

Pihak pentadbir memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran kepada guru
kepentingan aktiviti kokurikulum. Pihak pentadbir perlu tegas dan mengambil tindakan kepada
guru yang tidak mahu untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Oleh itu antara caranya ialah
dengan memberi galakkan dan imbuhan kepada guru. Mereka juga perlu diberikan sokongan dan
latihan yang mencukupi agar mereka bersemangat dalam melatih serta menajdi pengurus buat
para pelajar yang mewakili sekolah terutamanya.

You might also like