You are on page 1of 6

Pentadbiran zakat di Malaysia adalah di bawah kuasa setiap negeri-negeri ataupun kuasa

pemerintah negeri tersebut (Sultan) kecuali Wilayah Persekutuan di mana perundangan zakat dan
pentadbiran diuruskan oleh (Kerajaan Persekutuan ). Pengurusan zakat adalah terletak di bawah
bidang kuasa dan tanggungjawab negeri-negeri. Kebanyakan negeri, pengurusan zakat terletak di
bawah Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) dan terdapat juga di setengah negeri
diwujudkan institusi khas yang agak tersendiri dari MAIN. Pelaksanaan segala dasar dan
kegiatan Majlis Agama Islam di sesebuah negeri berkenaan dilaksanakan melalui Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada MAIN. MAIN ini adalah
terletak di bawah DYMM Sultan/Raja atau SPB Yang Dipertuan Agong yang mana ia
bertanggungjawab ke atas segala urusan berkaitan dengan kegiatan Islam di negeri berkenaan
termasuklah di dalam pengendalian urusan zakat.

Kewujudan satu institusi khas untuk memungut zakat yang dikendalikan dengan cara
yang profesional telah membuka era baru dalam pengurusan zakat di negara ini. Bermula
dengan kewujudan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Wilayah Persekutuan dalam tahun 1991
seterusnya diikuti oleh beberapa negeri yang lain seperti Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
dahulunya dikenali Pusat Zakat Selangor (PZS), Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang ,Pusat
Kutipan Zakat (PKZ) di Pahang, Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dan Pusat Zakat Melaka
(PZM). Berbeza dengan Negeri Kedah yang mempunyai model pengurusan zakat berlainan
dengan negeri lain di Malaysia. Ini disebabkan ia diuruskan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah
(LZNK) yang ditubuhkan di bawah enakmen khas berkaitan pengurusan zakat yang tidak
bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAINK). Ia terus melaporkan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah .

Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkenaan telah mewujudkan anak syarikat atau
perbadanannya sendiri untuk mengurus kutipan zakat secara korporat dan profesional. Melalui
konsep pengurusan zakat secara moden dan profesional ini, ia telah berjaya memberi lembaran
baru kepada banyak pihak ekoran penerapan nilai-nilai korporat terhadap sistem pengurusan dan
prestasi perkhidmatan kakitangan yang meningkat telah merubah imej institusi zakat menjadi
sebuah organisasi yang cemerlang dan kutipan zakat yang meningkat secara drastik pada setiap
tahun.

Dalam tugasan ini, kami mengkhususkan 2 negeri iaitu negeri Selangor dan Kedah.
Dimana terdapat perbezaan dari segi perlaksanaan , kutipan & Agihan semasa, Nisab emas &
perak semasa.
Sejarah Lembaga Zakat Selangor.
(PZS) Pengkorporatan pengurusan zakat di negeri Selangor bermula apabila Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) menubuhkan Pusat Zakat Selangor (MAIS) atau sebelum itu
dikenali sebagai Pusat Pungutan Zakat MAIS pada 15 Februari 1994 dengan nama daftar
syarikat MAIS Zakat Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh
MAIS dengan modal berbayar sebanyak RM500,000. Penubuhan PZS ini adalah bertujuan untuk
memperbaiki kaedah pengurusan zakat yang sedia ada kepada sistem pengurusan yang lebih
profesional seperti yang diamalkan dalam dunia korporat. Walau bagaimanapun,

PZS mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober 1995 setelah segala persiapan dan
kelengkapan meliputi penambahan dan pengambilan baru kakitangan, penyediaan perisian sistem
komputer, penyempurnaan kelengkapan pejabat, penyediaan peraturan-peraturan kerja, latihan
kakitangan dan sebagainya dapat disempurnakan.

Objektif pengkorporatan pengurusan zakat di Selangor adalah seperti berikut:

(a) Memantapkan pengurusan institusi zakat.

(b) Melicinkan pentadbiran, pungutan dan agihan zakat.

(c) Mencapai kecekapan yang optimum dengan kos yang minimum.

(d) Membentuk imej baru institusi zakat yang lebih progresif dan pro-aktif.

(e) Menjadi role model kepada pengurusan Institusi zakat di negara ini.

(f) Mengembalikan keyakinan masyarakat dan kegemilangan institusi zakat.

Dengan beroperasinya PZS bererti ia telah diberikan mandat untuk pengurusan pungutan
zakat harta di negeri Selangor bagi pihak MAIS. Sehubungan itu, urusan kutipan zakat Selangor
tidak lagi berada di bawah bidang kuasa Baitulmal tetapi diawasi oleh sebuah Lembaga Pengarah
yang dianggotai oleh pelbagai golongan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-
masing sama ada bidang syariah mahupun profesional yang lain. Kesemua ahli yang
menganggotai Lembaga Pengarah PZS ini adalah berdasarkan pelantikan yang dibuat oleh pihak
MAIS sendiri.
Pada tahun 1998, MAIS memberi mandat kepada PZS bagi menguruskan kutipan zakat
fitrah dan padi serta agihan zakat. Di antara tujuan penyerahan mandat ini adalah bagi
memastikan semua pengurusan zakat di negeri Selangor dapat diurus dengan lebih baik di bawah
satu institusi dan MAIS dapat memberi fokus kepada urusan kepentingan umat Islam yang lain
seperti pembangunan harta wakaf, pusaka dan sebagainya

Perubahan Nama dan Entiti PZS (MAIS) kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
Perubahan nama PZS kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) telah disempurnakan oleh
DYMM Sultan Selangor pada 31 Januari 2006 bersamaan 1 Muharram 1427H. Di antara
justifikasi penukaran PZS kepada LZS adalah bagi memberi imej baru kepada PZS dari segi
urusan kutipan dan agihan zakat yang telah mencapai RM100 juta setahun, di samping membawa
tanggungjawab yang lebih besar dari segi kutipan, pengagihan zakat, perkhidmatan pelanggan
dan organisasi keseluruhannya. Kesemua pengurusan, operasi dan kepentingan PZS diserap terus
kepada LZS termasuk kakitangan.

Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah


(Pemerbadanan) 1952 melalui Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) yang didaftar di Bahagian
Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. LZS ditadbir melalui Lembaga Pemegang Amanah
(LPA) yang dilantik oleh MAIS dan buat masa ini seramai sepuluh orang Ahli Lembaga
Pemegang Amanah (ALPA) telah dilantik yang terdiri daripada gabungan golongan agama,
akademik, korporat dan profesional.

Objektif penubuhan LZS ialah:

(a) Memperkasa pengurusan institusi zakat;

(b) Memaksimakan potensi kutipan zakat;

(c) Menangani dan membasmi kemiskinan;

(d) Meningkatkan syiar Islam dan membangunkan sosio ekonomi ummah;

(e) Memberi perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.


Sejarah Lembaga zakat Negeri Kedah
Berbanding dengan negeri-negeri lain, pengurusan zakat di negeri Kedah adalah
berbeza. Ini adalah kerana Kedah telah menubuhkan satu lembaga khas bagi tujuan ini.
Lembaga ini dikenali sebagai Lembaga Zakat Negeri Kedah (JZNK) dan ianya adalah
organisasi yang berbeza dengan MAIN atau JAIN. LZNK telah menubuhkan jawatankuasa khas
bagi mentadbir dan mengurus zakat, iaitu Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah. Jawatankuasa
ini diketuai oleh seorang Yang Di Pertua yang dilantik oleh Sultan Kedah. Yang Di Pertua
Jabatan Zakat Kedah bertanggungjawab untuk melapor terus kepada Sultan bagi hal
bersangkutan dengan zakat. Di peringkat persekutuan, kerajaan telah menubuhkan Jabatan
Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH) yang bertujuan untuk memastikan perancangan, penyelarasan
dan pelaksanaan dasar pembangunan institusi wakaf, zakat, mal dan haji dipantau dengan
berkesan demi kemajuan ummah. JWZH terdiri daripada empat bahagian, iaitu wakaf, zakat,
mal dan haji. Bahagian zakat ditubuhkan di bawah JWZH bertujuan untuk mengukuhkan
pengurusan institusi zakat yang teratur, seragam dan berkesan selaras dengan syariah dalam
usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah. Antara fungsi bahagian ini ialah seperti
berikut:

1. Merancang, menyelaras, menyeragam dan memantapkan perundangan, peraturan,


prosedur pengurusan kutipan dan prosedur agihan zakat untuk kegunaan MAIN dan JZN.

2. Mewujudkan tatacara standard pengurusan kewangan dan perakaunan untuk


kegunaan MAIN/JZN dan PUZ.

3. Memberi khidmat nasihat dan mudah cara dalam pembangunan institusi dan
pengurusan zakat.

4. Mengendali kajian, menyediakan laporan dan mengemukakan perakuan-perakuan


mengenai isu-isu zakat.

5. Mewujud dan menyelaras pembangunan dan guna pakai sistem standard teknologi
maklumat dan komunikasi oleh semua MAIN dan JZN.

 Uniknya, di Kedah institusi zakat mereka tidak diletakkan di bawah Majlis Agama Islam
Kedah; sebaliknya berdiri sendiri sebagai sebuah jabatan. Unggulnya juga JZNK ini, kerana
merekalah satu-satunya institusi zakat di Malaysia yang awal-awal lagi sudah mempunyai
gedung sendiri. Sebuah menara yang gagah berdiri di pinggiran jalan raya dan menjadi intaian
semua orang. Ia dibina dan siap pada 1987. Kesimpulannya,  LZS dan LZNK sebenarnya
berkongsi senario yang sama dalam mengendalikan urusan zakat. Misalnya, bagaimana
menangani isu kepercayaan masyarakat, cabaran dalam memperkasakan dakwah dan
meningkatkan kutipan, memastikan agihan merata kepada semua yang berhak, isu kemiskinan
yang tidak pernah lenyap, ketidak puasan hati penerima bantuan dan pelbagai lagi.
Secara umumnya, statistik kutipan zakat setiap tahun semakin meningkat di antara
negeri-negeri di Malaysia walaupun dengan prestasi yang sederhana. Ia dipacu oleh wujudnya
jumlah pembayar zakat baharu setiap tahun. Namun jumlah yang tepat sukar diperoleh kerana
tiada laporan zakat tahunan yang jelas dikongsi oleh pihak zakat beberapa negeri. Di bawah kami
akan menyatakan statistik kutipan dan agihan dua negeri iaitu kedah & Selangor.

KUTIPAN SEMASA AGIHAN SEMASA


NEGERI

LEMBAGA ZAKAT (Oktober 2019) (Oktober 2019)


KEDAH
RM 149,562,787.00 RM 155,862,531.07

LEMBAGA ZAKAT (Jan-Nov 2019) (Jan-Nov 2019)


SELANGOR
RM 635,274,276 RM 703,449,196

Perbezaan Kadar Nisab bagi negeri Selangor & Kedah.

NISAB SEMASA
NEGERI

LEMBAGA ZAKAT
KEDAH RM 16,709.30
LEMBAGA ZAKAT
SELANGOR RM 13,950.00

You might also like