You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG DACHING (NBA 4005)

71750 LENGGENG, NEGERI SEMBILAN


TEL/FAX : 03-87660433
Email : NBA4005@moe.edu.

___________________________________________________________________________

KERTAS KERJA

MEMBINA BARU PADANG PERMAINAN SEKOLAH DI SK KG DACHING

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kampong Daching terletak bersempadan di antara dua buah


negeri iaitu Negeri Sembilan dan Selangor. Sekolah ini, pembinaannya di peringkat awal
dahulu di usahakan oleh penduduk Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Kampung Sesapan
Batu Rembau dan Kampung Daching secara gotong royong .Pembinaan sekolah dimulakan
pada bulan Mac 1951. Ketika ini, bangunan nya hanyalah berukuran 90 kaki X 20 kaki dan
hanya boleh memuatkan murid dalam 3 aliran sahaja.Istiadat pembukaan rasminya pada 16
September 1951.

Tahun 2019, muridnya seramai 208 orang. Terdapat 7 aliran semuanya. Gurunya
seramai 20 orang, anggota sokongan seramai 3 orang. Terdapat 7 orang pekerja swasta. 4
orang kakitangan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan 3 orang kakitangan
Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBS).

2.0 RASIONAL

Dasar 1 M 1 S merupakan setiap murid menyertai sukan di sekolah. Dasar ini


menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk
melahirkaninsan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Aktiviti sukan
adalah suatu aktiviti yang dapat meningkatkan gaya hidup sihat serta meningkatkan
kecergasan dan kesihatan di samping memupuk perpaduan dan membentuk budaya minat
untuk menyertai sukan di kalangan murid.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meluaskan kawasan padang sekolah yang sangat terhad.


3.2 Menaik taraf kawasan hutan seluas 3869 mp untuk dijadikan padang.
3.3 Mewujudkan situasi gelanggang sebenar dalam sesuatu permainan yang disertai
3.4 Menggalakkan lebih ramai murid terlibat dalam aktiviti permainan yang
dijalankan.
3.5 Memastikan keselesaan dan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
sukan.

4.0 SASARAN
4.1 Murid-murid SK Kampong Daching
4.2 Penduduk Setempat / Masyarakat sekitar

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN


L

1 Pembersihan Padang RM 4,000.00

2 Sistem Perparitan RM 20,000.00

3 Laluan Masuk RM 20,000.00

4 -Padang Olahraga RM 1,700,000.00


-Gelanggang permainan

5 Memagar Kawasan RM 50,000.00

6 Mengecat RM 6,000.00

7 Pendawaian Elektrik RM 20,000.00

8 Pembentungan Tandas RM 50,000.00

9 Perpaipan RM 20,000.00

9 Lain-lain yang berkaitan RM 40,000.00

Anggaran Jumlah Keseluruhan RM 1,930,000.00


6.0 TAPAK CADANGAN

*** geran lokasi yang dicadangkan.


7.0 GAMBAR KAWASAN TAPAK
A. KEADAAN PADANG (DARI SUDUT PANDANG BANGUNAN TINGGI).

B. KEADAAN PADANG (DARI SUDUT PANDANG PADANG).


C. KEADAAN PADANG (DARI SUDUT PANDANG DEKAT).

8.0 SURAT-SURAT YANG BERKAITAN

BIL PERKARA TARIKH SURAT RUJUKAN


1 Permohonan peruntukan Anggaran 13 Disember 2016 JPNS.SKPP.PEMB.100-
Kos Kerja-kerja pembinaan 3/3/1 Jilid 17(48)
Padang di SK Kampong Daching,
lenggeng
2 Permohonan Pembinaan padang 26 Ogos 2016 JPNS.SKPP.PEMB.200-
sekolah yang baru di SK Kampong 2/7 Jld (32)
Daching, Lenggeng
3 Memohon Geran Hakmilik Tapak 7 April 2016 JKPTG.NS/05/2 Jld13
untuk Padang Sekolah kebangsaan
kampong Daching (26)
4 Projek RMK Ke-11 Rolling Plan 2 26 Februari 2016 PPDS.200-1/2 ( )
5 Akuan Penerimaan 19 Mac 2012 JPNS.SKPP.PEMB.300-1
Memohon Sokongan Kerajaan
Negeri Meluluskan Peruntukan
Membina Padang SK Kampong
Daching
6 Permohonan Untuk Menaiktaraf 06 April 2011 JPNS.SKPP.PEMB.400/
dan memperluaskan Padang 11/2 (23)
sekolah Kebangsaan kampong
Daching – Permohonan Projek
RMKe10-
(Sstem Rolling Plan)

PENUTUP
Adalah diharapkan cadangan membina baru padang permainan sekolah di SK Kampong
Daching akan dapat dilaksanakan. Ianya akan memberi akses kepada semua murid untuk
mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan. Seterusnya, memberi peluang kepada
semua murid kkasnya dan masyarakat setempat amnya, dalam menterjemahkan bakat serta
potensi sukan supaya dapat digilap ke tahap yang lebih tinggi. Sesungguhnya, penantian
yang sekian lama untuk memiliki sebuah padang menjadi realiti bagi SK Kampong Daching.

Di sediakan oleh:

Di sahkan oleh,
Tarikh : 25 November 2019

1. Mengeratkan silatulrahim antara sekolah, ibu, bapa, penjaga dan komuniti setempat.
2. Mencungkil bakat dan kreativiti murid.
3. Membina dan menanam elemen jasmani, emosi,rohani, intelek dan sahsiah diri bagi
kemenjadian murid secara holistik.
4. Menyayangi Negara dan menanam semangat patriotik dan sayangi Negara.
5. Menanam sifat menyantuni keluarga,rakan-rakan, guru-guru, saudara-mara dan
pemimpin-pemimpin.
TARIKH

Sepanjang Tahun 2019

SASARAN

1. Murid-murid SK Kampong Daching


2. Ibu bapa dan penjaga Murid SK Kampong Daching (PIBG)
3. Masyarakat setempat dan Komuniti Sekitar SK Kampong Daching (PIBK)
4. Warga SK Kg Daching
SUMBER KEWANGAN

1. Derma orang ramai


2. PIBG
AKTIVITI/PROGRAM
1. Lihat Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Lihat Lampiran 1

SUMBANGAN

1. Kepada : PIBG SEK KEB KG DACHING

2. No Akaun PIBG (MBB) : 105082047807


(Lihat Lampiran 2)

PENUTUP

Semoga sumbangan yang diberi dapat melancarkan perjalanan program / aktiviti.


Ianya akan memberi impak kepada murid-murid, sekolah, ibu bapa penjaga, masyarakat
sekitar dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Di samping itu, program-program ini dapat
meningkatkan kemenjadian murid serta memotivasikan ibu bapa penjaga dan masyarakat
untuk melibatkan diri secara langsung dengan sekolah.

Disedia oleh,

(MUHAMMAD NAZRI BIN MUHAMAD FAUZI @ JAZULI)


Setiausaha
Persatuan Ibubapa Dan Guru
SK Kampong Daching, Lenggeng, Negeri Sembilan.

You might also like