You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PROGRAM FERTIGASI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG DACHING 2020

KERTAS CADANGAN

Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi

Program Jom Bertani @ Skada 2020

Disediakan Oleh :

Pn Siti Zaida binti Mohd Tohid

SK Kampung Daching, Lenggeng

1.       TAJUK             

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Jom Bertani @ SKADA 2020

2.       MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada murid tentang penanaman sayuran dan pokok
menggunakan kaedah Fetirgasi.

3.       OBJEKTIF

i. Salah satu kaedah intervensi bagi mengurangkan masalah ponteng sekolah.

ii. Memberikan latihan pertanian jangka panjang kepada murid .

iii. Memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman bertani secara moden.

iv. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.

v. Memberi keseronokan kepada murid-murid supaya lebih rajin hadir ke sekolah.

vi. Menambahkan lagi dana tabung sekolah dan PIBG dengan penjualan hasil dari pertanian ini.

vii. Membekalkan produk jualan kepada warga Skada dan masyarakat setempat.
4.       LATAR BELAKANG       

          Di Malaysia ruang untuk pendidikan adalah tidak terhad berada di dalam bilik darjah semata-mata.
Pendidikan adalah menyeluruh dari sudut akademik, ko kurikulum dan nilai-nilai sahsiah diri. Nilai-nilai
sahsiah diri juga perlu diperkasakan bagi meneladani konsep ‘memanusiakan manusia’ sejajar dengan
kesepaduan JERIS aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, Unit bimbingan dan kaunseling
menyedari kelompongan apabila kehadiran murid-murid tidak mencapai peratusan yang sempurna pada
setiap hari. Jadi, satu perbincangan di antara sekolah dan PIBG telah diadakan dan diharap dengan
adanya projek ini, murid-murid akan lebih bersemangat hadir ke sekolah pada setiap hari demi
memastikan keberjayaan projek tersebut.

          Menyedari kepada keperluan ini, unit Bimbingan dan Kaunseling, HEM SK Kampung Daching
dengan kerjasama PIBG SK Kampung Daching telah mengambil langkah memperkenalkan Projek
Tanaman Cili Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2019. Pada peringkat awal, projek ini akan
dibimbing oleh guru-guru yang berpengetahuan dan dibantu oleh PIBG serta akan dilaksanakan di tapak
pertanian di dalam kawasan sekolah. Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili padi kerana
berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis
tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan
diserahkan serta dijual kepada warga SKADA dan masyarakat setempat manakala keuntungan akan
dibahagi-bahagikan kepada setiap kelas dari Tahun 1-Tahun 6.

5.       PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan "fertilization"
(pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan
diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian
nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan
jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan
dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.
Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah
fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon
dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan
tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit
layu bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya untuk tujuan
fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem
fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa
pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan baja yang mengandungi
segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman
adalah bergantung mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan
untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi

·         Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis
dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.

·         Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.

·         Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.

·         Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.

·         Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.

·         Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja

·         Kualiti hasil yang lebih baik.

·         Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.

·         Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna
pakai.

·         Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.

·         Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

·         Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.

·         Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

6.       KUMPULAN SASARAN 

Murid-murid dari Prasekolah-Tahun 6 dan warga SKADA.  Mereka akan keluar bertani mengikut jadual
yang telah ditetapkan

7.       TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian di kawasan sekitar dalam sekolah. Tempat yang dipilih ini
sesuai kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk fertigasi.
8.       JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi                   : Pn Hajah Zanariah binti Gapri


YDP PIBG SK Kampung Daching

Naib Pengerusi          : En. Muhamad Sabri bin Abdul Jalil


Pn. Zainah binti Tahir
Pn Hajah Siti Asiah binti Katan @ Khalid
NYDP PIBG SK Kampung Daching

Setiausaha                 : Pn Siti Zaida binti Mohd Tohid

Bendahari                  : Pn. Zaimah binti Mohamad

AJK                            : En. Muhd Lutfi bin Ali

En. Goh Chee Kian

                                      Pn. Suzilawati binti Ghazali

                                      Pn Siti Hawa binti Ahmad

                                      En Muhammad Nazri bin Muhammad Fauzi

Pn Siti Fatimah binti Wahab

Semua guru dan kakitangan SKADA

Semua AJK PIBG SKADA

Ahli                            : Semua murid Tahun 1-Tahun 6 SKADA

                                                 
9.       ANGGARAN KOS PELAKSANAAN

Bil. Peralatan Kos (RM)

1. EC Meter 150

2. Sisitem Fertigasi:

        - 30 helai Polibeg Putih 16″ x 16″


        - 30 unit mikro tube
        - 30 unit dripper

        - 30 unit joiner

        - 6 unit penyambung polypipe

        - 2 unit end clip

        - 1 unit penebuk mikro tiub

        - 1 unit Pam

        - 1 unit tapak semaian

        - 1 unit racun serangga


        - 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
        - 1 set Baja Fertigasi A dan B
        - 16mm polypipe (10 meter)
        - Silvershine
        - Media semaian
        - Biji benih 300

3. Tong 100 gelen 50

4. Sabut kelapa/sekam padi 30

5. Pendawaian elektrik 50

6. Pam racun 50

7. Media semaian 20

8. Lain-lain keperluan 50

Jumlah 700

10.     JADUAL PELAKSANAAN
Bil. Jangka Masa Perkara

1. Oktober-November - Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar

- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama

- Menyemai benih

- Penjagaan anak benih

1. Januari – Februari - Menanam anak pokok

- Meracun dan merawat pokok

- Memancang tiang sokongan

- Pendebungaan

- Mencantas dahan

2. Februari – Mac -       Memetik hasil

-       Menjual hasil yang diperolehi

-       Meracun dan merawat pokok

-       Pendebungaan

-       Mencantas dahan

3. Mac – Jun -       Mencabut pokok

-       Merawat media

-       Menyemai benih

-       Menyediakan semula tapak untuk musim kedua

-       Perbincangan kesimpulan hasil semusim

4. Jun – Julai - Memulakan projek semaian untuk musim kedua

Murid-murid akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan ke tapak
tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.

       
10.     PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang pertama kali
dijalankan di SK Kampung Daching dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak yang cukup
besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju pendidikan ‘memanusiakan manusia’ itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di SK kampung Daching dan kerjasama PIBG SK Kampung
Daching, projek ini diharapkan akan dapat membantu menambahkan keseronokan belajar di sekolah
dan memberi ilmu baharu tentang pertanian.

Ia juga diharap dapat menurunkan kadar ponteng sekolah serta disiplin dan meningkatkan peratusan
kehadiran sekolah . Sokongan daripada pelbagai pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini
mencapai kejayaan. Terima kasih.

Disediakan oleh,                                                                Disahkan oleh,

(SITI ZAIDA BINTI MOHD TOHID)                       (ZANARIAH BINTI GAPRI)

Guru Bimbingan dan Kaunseling,                                Guru Besar,

SK Kampung Daching.                                                    SK Kampung Daching.


KERTAS CADANGAN

Projek Pertanian Menggunakan


Kaedah Fertigasi
Program Jom Bertani @ Skada
2020

Disediakan Oleh :
Pn Siti Zaida binti Mohd Tohid
SK Kampung Daching, Lenggeng

You might also like