You are on page 1of 1

SKRIP PENGERUSI SEMENTARA MENGENDALIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

1) Terima kasih saya ucapkan kepada __________ dan barisan jawatankuasa PIBG sesi
2022/2023 kerana memberi kepercayaan kepada saya selaku pengerusi sementara
untuk mengendalikan sesi pemilihan jawatankuasa yang baharu.

2) Baiklah, sebelum saya buka kepada ahli mesyuarat untuk memberikan cadangan, suka
saya ingin mengingatkan semula sedutan kata-kata ucapan tuan guru besar sebentar
tadi berkenaan dengan senario Ketika ini yang mana kebanyakan sekolah sedang atau
telah mengadakan mesyuarat Agung PIBG pada bulan ini.

3) Dan kebanyakan sekolah mengambil pendekatan mengekalkan barisan jawatankuasa


PIBG sedia ada kerana kita semua sedia maklum disebabkan di negara kita telah dilanda
wabak covid-19, maka khidmat bakti jawatankuasa 2020/2021 ini masih diperlukan
untuk meneruskan agenda dan program atau aktiviti yang telah dirancang sebelum ini.

4) Seterusnya, tanpa membuang masa lagi, Saya buka cadangan kepada ahli mesyuarat
sekarang. Sila perkenalkan diri anda.

5) _________ memberikan cadangan. Baik, ada sokongan daripada cadangan tersebut?


Sila perkenalkan diri yang menyokong cadangan tersebut.

6) Baiklah.. Jika begitu, kita adakan undian melalui Google form, untuk kita dapatkan
keputusan cadangan yang telah diberikan oleh _________. Link Google Form undian
boleh di klik di bahagian chat (in call message).

7) Dengan ini, saya beri tempoh kepada ahli mesyuarat untuk mengundi dalam dalam
tempoh 1 minit bermula sekarang.

8) Sekarang kita boleh melihat keputusan undian yang dipaparkan melalui skrin peranti
masing-masing. Peratus…..%

9) Berdasarkan keputusan ini, Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 dikekalkan untuk sesi
2021/2022. Dengan ini, saya serahkan kepada YDP PIBG untuk memberi kata-kata aluan
dan ucapan penangguhan.

You might also like