You are on page 1of 1

1.

1  Teori Behavioris
Teori ini telah dipelopori oleh Skinner, Pazlov dan Thondike. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu
kemahiran termasuk bahasa diperoleh dari persekitaran. Murid-murid terangsang dan tertarik untuk
bertutur. Setiap pertuturan yang betul diberi ganjaran dan diulang-ulang hingga menjadi kebiasaan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan merupakan aspek yang paling penting
daripada kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan kemahiran kedua terpenting. Selain itu,
hukum tatabahasa tidak perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid.           
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, pendekatan Induktif iaitu guru perlu bermula dengan
pola yang mudah kemudian beralih kepada yang lebih sukar. Guru juga boleh bermula dari unit
terkecil kepada unit yang lebih besar (binaan). Perkara ini boleh memudahkan murid-murid
memahami tajuk yang dipelajari. Di samping itu, guru juga perlu menggunkan pendekatan
berpusatkan bahan iaitu guru perlu kreatif menyediakan bahan rangsangan bagi menarik minat murid-
murid untuk mempelajari tajuk yang disampaikan. Pada masa yang sama, guru juga harus
menyediakan ganjaran kepada tindakan atau jawapan yang tepat.
Oleh sebab, pembelajaran merupakan satu proses rangsangan dan tindak balas, guru perlu
memainkan peranannya sebagai penggerak dan pengalak untuk menarik minat murid ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.            
Berikutnya, guru merupakan contoh atau model kepada murid-murid. Setiap perbuatan dan
percakapan guru akan dicontohi dan menjadi ikutan murid. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan
yang penting dalam menggunakan bahasa yang betul untuk dicontohi murid.

You might also like