You are on page 1of 1

CADANGAN

Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru


seharusnya memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul
Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4
mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan
marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan
yang berpunca daripada psikologi, tingkahlaku dan naluri manusia. Guru
haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk menangani
ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa
kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil
tindakan dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan
dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan
emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan
kejayaan orang lain.
Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk
tingkahlaku murid supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai  contoh aktiviti bercerita dalam membentuk
tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi
kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain
dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka. Terapi ini juga
merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok
Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan
contoh teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat
murid yang akan mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita
yang dipilih oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan
murid
CA

You might also like