You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN

Meningkatkan Penguasaan Kata Sendi Bagi Murid-murid Pemulihan


Tahun Empat Melalui Kaedah Membuat Handbook

Disediakan Oleh:
LOK PEI SHAN
Meningkatkan Penguasaan Kata Sendi Bagi Murid-murid Pemulihan
Tahun Empat Melalui Kaedah Membuat Handbook

Pengkaji telah mengajar Bahasa Melayu tahun 4 mulai tahun 2013. Pengalaman
mengajar Bahasa Melayu adalah lebih kurang 6 bulan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Serdang Baru 1 mempunyai 11 kelas tahun 4. Pengkaji mengajar kelas 4D. Kelas 4D
mempunyai 32 murid. Tahap penguasaan Bahasa Melayu murid-murid dalam kelas ini
terbahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat sederhana dan peringkat lemah.
Sebahagian besar murid tergolong dalam peringkat sederhana manakala terdapat 4
orang murid tergolong dalam peringkat lemah.

Berpandukan pengalaman pengkaji yang mengajar murid sejak awal tahun 2013,
kumpulan peringkat lemah ini merupakan murid-murid yang sanggup belajar dengan
guru. Kecenderungan dan minat murid dalam pembelajaran hanya berpusatkan guru di
sekolah semata-mata dan tiada kesinambungan pengukuhan daripada pihak keluarga
murid.

Setelah pengkaji menjalani temu bual dengan mereka, didapati latar belakang
keempat-empat murid pemulihan ini bermasalah. Murid A berasal daripada keluarga
tunggal, bapanya telah meninggalkan dunia dan ibunya bekerja di luar untuk menyara
hidup. Murid B berasal daripada keluarga yang ibu bapanya telah bercerai dan dia
tinggal bersama nenek. Murid C berasal daripada keluarga yang ibu bapanya asyik
bekerja dan sering meninggalkan anak di rumah. Murid D pula berasal daripada
keluarga yang ibu bapa tidak tinggal bersama. Latar belakang mereka yang rumit ini
juga merupakan salah satu faktor mereka tidak dapat menguasai Bahasa Melayu
dengan baik. Tambahan pula, mereka kurang mengamalkan tabiat membaca buku,
akhbar, majalah mahupun mengulang kaji pelajaran pada masa lapang.

Sepanjang pemerhatian pengkaji, murid-murid sering menghadapi masalah


penggunaan Kata Sendi. Daripada hasil temu bual, pengkaji mendapati mereka tidak
dapat mengingati makna Kata Sendi dan perkataan . Lantaran itu, mereka sentiasa
melakukan kesalahan dalam aktiviti menjawab soalan, membina ayat dan mengarang.
Misalnya, murid sering mengelirukan penggunaan “ke” dan “kepada”. Mereka akan
membina ayat “Saya pergi kepada rumah kawan pada pagi tadi.” dan “Saya memberi
hadiah ke kawan.” Jawapan yang betul ialah “Saya pergi ke rumah kawan pada pagi
tadi.” dan “Saya memberi hadiah kepada kawan.” Kekeliruan penggunaan “ke” dan
“kepada” yang dihadapi oleh murid ini disebabkan bunyi “ke” dan “kepada” adalah lebih
kurang sama.

Dalam setiap kali penilaian seperti membina ayat, mengarang, ujian formatif atau
peperiksaan sumatif yang dilaksanakan di dalam kelas, murid pemulihan akan
menyiapkan soalan-soalan dalam masa yang singkat. Pada halnya, mereka tidak
membaca soalan dengan teliti kerana mereka telah mengalahkan diri sendiri yang tidak
memahami maksud soalan dan pilihan jawapan. Mereka sanggup menyiapkan latihan
dalam masa beberapa minit sahaja dan boleh membuat perkara yang lain seperti
termenung, tidur dan mengganggu kawan. Sikap segelintir murid ini akan
mempengaruhi suasana pembelajaran kelas yang kondusif sebelum ini. Sikap negatif
yang mengalah sebelum mencuba merupakan satu perlakuan yang harus dielakkan
kerana ini akan menghalang seseorang untuk maju ke depan.

Selain itu, soalan kegemaran para guru pada setiap kali ujian berbentuk aneka
pilihan iaitu “Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.” Kesalahan pemilihan murid dalam penggunaan Kata Sendi secara tidak
langsung akan mengurangkan markah kerana markah sebanyak 2.5 akan ditolak dalam
Kertas 1. Dalam Kertas 2 pula, kesalahan penggunaan Kata Sendi akan mempengaruh
murid membina ayat, mengarang dan menulis ulasan nilai murni.

Murid sering diingati supaya membaca soalan dengan teliti dan membulatkan
perkataan yang tidak yakin dengan maksud perkataan. Murid digalakkan mencari
maksud perkataan dengan merujuki kamus. Akan tetapi, murid menunjukkan reaksi
yang ingin menyiapkan kerja seperti murid perdana di dalam kelas. Mereka tidak ingin
dipandang rendah dan diketawakan.

Pengkaji cuba membentuk persekitaran yang selesa kepada murid-murid ini


dengan memperbanyakkan kekerapan berkomunikasi bersama mereka secara lisan,
namun bukan semua murid memberi respons yang baik. Jadi pengkaji cuba
berkomunikasi dengan ayat yang mudah dan senang difahami untuk menimbulkan rasa
selesa mereka. Ini merupakan satu titik permulaan bagi murid untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji berharap penyediaan kertas cadangan
penyelidikan tindakan ini dapat mengatasi masalah penguasaan kata sendi di kalangan
murid pemulihan.
Hasil daripada pemerhatian ini, pengkaji memperkenalkan kaedah penggunaan
handbook. Murid sering mengelirukan penggunaan kata sendi, maka cara membuat
handbook dapat mengurangkan kekeliruan murid. Murid dikehendaki mencatat maksud,
penggunaan dan contoh ayat kata sendi dalam handbook. Handbook yang bersaiz kecil
dapat dibawa ke mana-mana dan senang disimpan dalam poket. Sehubungan itu, murid
dapat membuat rujukan dan mengimbas kembali pembelajaran kata sendi pada setiap
masa. Pendedahan penggunaan handbook diharapkan dapat membantu murid
pemulihan mengatasi masalah kekeliruan penggunaan kata sendi dalam pembelajaran
harian.

You might also like