5 Oktober setiap tahun diiktiraf sebagai Hari AKADEMIA Akademia melalui Mesyuarat Kabinet 18 September 2019. Pemilihannya juga berasaskan tarikh sambutan hari guru sedunia. Melibatkan seluruh kakitangan akademik di pelbagai peringkat pengajian lepasan sekolah merangkumi di IPTA, IPTS, Institut Pendidikan Guru (IPG), Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi serta Institut Latihan dan Kemahiran (ILK) dalam bidang Technical and Vocational Education Training (TVET) bagi meraikan segala sumbangan, pencapaian dan pengorbanan ahli akademik. BILANGAN AKADEMIA KPM memutuskan Oktober sebagai Bulan Akademia yang disemarakkan dengan program wacana dan intelektual. Kemuncak sambutan Hari Akademia ialah Penganugerahan Anugerah Akademik Negara (AAN) iaitu pengiktirafan tertinggi terhadap kakitangan akademik. Sambutan Hari Akademia merupakan usaha KPM untuk mewujudkan ekosistem pendidikan tinggi yang berkualiti hebat dan berusaha ke arah melahirkan ahli akademik bertaraf dunia.
Petikan Kenyataan Media:
YB Dr. Mazlee bin Malik Menteri Pendidikan Malaysia 19 September 2019