You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/320163773

Tahap Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak berusia 2+ Tahun

Conference Paper · September 2017

CITATIONS READS

0 18,743

4 authors, including:

Zainiah Mohamedisa Juppri Bacotang


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
27 PUBLICATIONS   5 CITATIONS    32 PUBLICATIONS   6 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Mazlina Che Mustafa


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
33 PUBLICATIONS   4 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

project approach View project

Pembinaan Sebuah Modul untuk Pecutan Penguasaan Asas Literasi bagi Kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ Tahun View project

All content following this page was uploaded by Juppri Bacotang on 01 February 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Tahap Perkembangan Bahasa dan Komunikasi


Kanak-Kanak berusia 2+ Tahun

Zainiah Mohamed Isa


Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
zainiah@fpm.upsi.edu.my

Juppri Bacotang
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
juppri@fpm.upsi.edu.my

Nur Fatin Zainuddin


Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris
fatinzainuddin@gmail.com

Mazlina Che Mustafa


Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
mazlina.cm@fpm.upsi.edu.my

Abstrak

Banyak kajian luar negara yang telah dijalankan bagi mengukur tahap perkembangan
bahasa kanak-kanak berbanding di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengukur tahap perkembangan bahasa bagi kanak-kanak yang berusia 2+ di
Malaysia. Kajian telah dijalankan terhadap 94 orang kanak-kanak yang berada di
pusat kanak-kanak universiti awam, Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN),
TASKA PERMATA KEMAS, dan TASKA swasta di sekitar Perak dan Selangor
menggunakan reka bentuk tinjauan berdasarkan persampelan bertujuan. Instrumen
Literasi Awal (Instrumen Lit-A) telah digunakan untuk mengukur beberapa
komponen bahasa iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen konsep
cetakan dan cetakan persekitaran, komponen fonemik dan fonetik dan komponen
bacaan dan kefahaman. Kajian menunjukkan skor min bagi komponen bahasa dan
komunikasi kanak-kanak 2+ di Malaysia adalah 1.60 (N=94) iaitu di peringkat
sedang menguasai. Secara kesimpulan, komponen bahasa dan komunikasi kanak-
kanak 2+ di Malaysia masih lagi kebelakang berbanding kanak-kanak di negara
barat. Pendidik perlu memainkan penting dalam memastikan perkembangan bahasa
dan komunikasi kanak-kanak di Malaysia mencapai tahap yang lebih tinggi.

Kata kunci: perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak, instrumen


perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak, komponen perkembangan
bahasa dan komunkasi
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Abstract

Many foreign studies have been conducted to measure the level of children's
language development in Malaysia. Therefore, this study was conducted to measure
the level of language development for 2+ year olds in Malaysia. The study was
conducted on 94 children in the public university children's center, National
Children's Center (PAPN), TASKA PERMATA KEMAS, and private TASKA
around Perak and Selangor using a survey design based on purposive sampling.
Early Literal Instrument (Lit-A Instrument) has been used to measure some language
components such as language and communication components, components of print
concept and environmental print concept, phonemic and phonetic components and
reading and comprehension components. The study showed that the mean score of
2+ children's language and communication components in Malaysia is 1.60 (N=94).
In conclusion, Malaysian 2+ children's language and communication components are
still behind the children in the western countries. Educators should play an important
role in ensuring the development of language and communication of children in
Malaysia to a higher level.

Keywords: children’s language and communication development, instrument


children language and communication development, component of language and
communication

Pengenalan

Apabila kanak-kanak lahir, kemahiran berbahasa yang mula-mula dikuasai ialah mendengar
dan bertutur, dan berkembang menjadi kemahiran berbahasa yang lengkap (Machado, 2016).
Namun begitu, terdapat bukti yang menunjukkan kanak-kanak yang membesar dengan
masalah perkembangan bahasa akan mengalami kesukaran dalam interaksi sosial berbanding
dengan kanak-kanak yang tidak mengalami masalah tersebut (Durkin & Conti-Ramsden,
2007). Kanak-kanak ini akan terdedah kepada kegagalan akademik, pengasingan sosial,
masalah tingkah laku, masalah emosi, dan menjadi mangsa buli (Conti-Ramsden, Durkin,
Simkin, & Knox, 2009; St Clair, Pickles, Durkin, & Conti-Ramsden, 2011).

Oleh itu, asas bagi pendidikan awal kanak-kanak adalah untuk mengembangkan
kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak kerana dapat membantu aspek
perkembangan yang lain seperti kognitif, sosial dan emosi.

Pernyataan Masalah

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan asas pada kemahiran literasi awal kerana
tanpa kemahiran ini, kanak-kanak sukar melanjutkan kemahiran ke peringkat yang seterusnya
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

iaitu membaca dan menulis. Ini kerana bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis,
kanak-kanak perlu menguasai bahasa dan memahami istilah-istilah yang digunakan dalam
bahasa tersebut (Jalongo, 2011, Machado, 2016). Ini disokong oleh Catts, Kamhi, dan Adolf
(2012) yang menyatakan kanak-kanak yang memasuki persekolahan tanpa pengalaman
bahasa yang mencukupi akan mengalami masalah belajar membaca dan juga memahami apa
yang dibaca .

Masalah bahasa bukan hanya memberi kesan kepada pencapaian literasi dan
akademik kanak-kanak, malahan perkembangan bahasa dan komunikasi yang tidak mencapai
tahapnya pada usia tertentu juga dikaitkan dengan masalah tingkah laku seperti hiperaktif,
masalah sosial dengan rakan sebaya, guru kelas, dan ibu bapa pada masa akan datang (Law,
Rush, & McBean, 2014).

Tambahan pula, usia kanak-kanak semasa 2 tahun adalah tempoh kritikal bagi
perkembangan bahasa dan komunikasi. Menurut Saxton (2010), kanak-kanak yang berusia 2
hingga 6 tahun boleh mempelajari 10 perkataan baharu sehari, menunjukkan secara puratanya
mereka mampu memperoleh perkataan daripada 10,000 hingga ke 14,000 seawal usia 6
tahun. Ini kerana kebolehan otak kanak-kanak berfungsi sebagai alat penyimpan bahasa yang
begitu efektif semasa peringkat awal usia mereka. Namun kebolehan ini tidak akan berfungsi
jika mereka tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya (Beaty & Pratt, 2014). Masalah
timbul apabila kanak-kanak tidak mendapat sokongan pengajaran dan pembelajaran literasi
yang mapan pada awal usia mereka sedangkan pada waktu tersebut otak kanak-kanak begitu
aktif dalam menyerap pembelajaran dan persekitarannya.

Oleh itu, pentingnya untuk kanak-kanak mempunyai perkembangan bahasa yang baik
kerana ia menjadi penentu kejayaan akademik pada masa akan datang (Heath, Bishop, Bloor,
Boyle, Fletcher & Hogben, et al., 2014).

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak berusia 2 Tahun

Berk dan Meyers (2015) menyatakan pemerolehan bahasa sangat aktif berlaku semasa
peringkat awal 2 tahun kelahiran kanak-kanak kerana otak kanak-kanak mampu memperoleh
50 hingga 200 patah perkataan dalam satu masa tertentu. Kanak-kanak juga telah mampu
menggabungkan perkataan dalam pertuturan (Schipke & Kauchke, 2011). Biasanya, kanak-
kanak berusia 2 tahun boleh menggunakan dua perkataan yang bergabung, contohnya “Nak
lagi.” (Braine, 1976). Penguasaan perbendaharaan kata yang cukup membolehkan kanak-
kanak untuk berhubung dengan orang lain bagi menyuarakan pendapat ataupun untuk
mendapatkan maklumat.

Selain dari keperluan kosa kata dalam membentuk ayat bagi kemahiran bertutur,
kanak-kanak juga memerlukan kemahiran berkomunikasi. Tingkah laku sosial di bawah
domain komunikasi sosial dapat didefinisikan sebagai pertuturan lisan dan bukan lisan yang
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

berfungsi untuk berhubung dengan orang lain supaya berlaku interaksi yang bertimbal balik
(Leaf, Taubman, Milne, Dale, Leaf, Townley-Cochran, et al, 2016). Jelaslah bahawa
kemahiran komunikasi adalah bertujuan untuk meningkatkan pertukaran komunikasi dan
sosial antara kanak-kanak dan orang lain. Oleh itu, adalah perlu kanak-kanak mempunyai
kemahiran mendengar, memberi tumpuan semasa berbual, memberi respon secara bertutur
dan bahasa badan serta melibatkan diri dalam perbualan bagi memastikan mereka
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik.

Semestinya guru perlu memantau pencapaian bahasa dan komunikasi kanak-kanak di


pusat pendidikan mereka supaya perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak
dibangunkan selari dengan standard ciri-ciri perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-
kanak yang telah ditetapkan mengikut peringkat usia tertentu. Ini bagi memastikan mereka
tidak ketinggalan dalam perkembangan tersebut dan jika didapati mereka agak ketinggalan,
langkah intervensi awal boleh dilaksanakan segera.

Objektif dan Persoalan Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk;


 Mengenal pasti tahap perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-
kanak berusia 2+ tahun di Malaysia.

Persoalan bagi kajian ini ialah;


 Apakah tahap perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak
berusia 2+ tahun di Malaysia?

Kepentingan Kajian

Tahap kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak dapat dikenal pasti melalui
pelaksanaan penilaian literasi awal terhadap mereka. Dapatan daripada penilaian tersebut
membantu pendidik dan ibu bapa mengenal pasti kanak-kanak yang berisiko menghadapi
masalah membaca dan menulis dengan lebih awal. Oleh itu, pendidik dan ibu bapa boleh
membantu kanak-kanak tersebut dengan menyediakan intervensi awal terhadap mereka.

Batasan Kajian

Sampel kajian ini hanya melibatkan kanak-kanak di pusat kanak-kanak universiti awam,
Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN), TASKA PERMATA KEMAS, dan TASKA swasta
di sekitar Perak dan Selangor sahaja. Justeru, sampel kajian adalah tidak representatif untuk
populasi kanak-kanak usia tersebut di Malaysia. Kajian ini juga tidak memfokuskan pada
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

aspek latar belakang sampel kajian seperti status sosioekonomi, usia, jantina dan etnik kanak-
kanak yang mungkin mempengaruhi tahap pencapaian kemahiran literasi awal mereka.

Metodologi

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu reka bentuk tinjauan untuk mengenal
pasti tahap literasi awal kanak-kanak berusia 2+ tahun. Kaedah pemilihan sampel adalah
berdasarkan persampelan bertujuan iaitu pengkaji memilih sampel kajian yang mempunyai
ciri-ciri tertentu berdasarkan keperluan kajian. Pengkaji telah memilih seramai 94 orang
kanak-kanak berusia 2+ tahun di pusat kanak-kanak universiti awam, PAPN, TASKA
PERMATA KEMAS, dan TASKA swasta.

Tahap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak diukur menggunakan


Instrumen Literasi Awal (Instrumen Lit-A) yang mengandungi komponen bahasa dan
komunikasi, konsep cetakan dan cetakan persekitaran, fonemik dan fonetik, serta bacaan dan
kefahaman (Zainiah, Juppri, Mahzan, Mazlina, & Ainon, 2016). Bagi tujuan kajian ini,
pengkaji hanya menggunakan data yang berkaitan dengan bahasa dan komunikasi sahaja.
Pengkaji telah menjalankan penilaian literasi awal terhadap kanak-kanak yang terpilih di
TASKA masing-masing mengikut etika yang bersesuaian dengan penyelidikan bersama
kanak-kanak. Jumlah item bahasa dan komunikasi dalam Instrumen Lit-A adalah seperti
dalam Jadual 1 berikut;

Jadual 1: Senarai Item Kemahiran Bahasa dan Komunikasi bagi Kanak-kanak berusia 2+ tahun dalam
Instrumen Lit-A

No. Item
1. Kemahiran mendengar dengan aktif dalam pelbagai situasi (soalan).
2. Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti.
3. Memberi respon menggunakan mimik muka / bahasa badan.
4. Penglibatan diri dalam perbualan (mengeluarkan pendapat / persoalan).
5. Penguasaan asas kosa kata (perbendaharaan kata yang diperolehi mengikut usia).

Setiap item bahasa dan komunikasi dalam Instrumen Lit-A dicatatkan dalam bentuk
skala likert iaitu dari 0 = Belum Menguasai sehingga 3 = Telah Menguasai seperti Jadual 2
berikut;

Jadual 2: Skala Likert bagi Item Bahasa dan Komunikasi dalam Instrumen Lit-A

Belum Menguasai-------------------------------------------------------------Telah Menguasai


0 1 2 3

Bagi menentukan tahap bahasa dan komunikasi kanak-kanak, pengkaji


membahagikan skor item tersebut kepada tiga tahap iaitu; (i) Belum Menguasai; (ii) Sedang
Menguasai; dan (iii) Telah Menguasai seperti dalam Jadual 3. Pengkaji menggunakan
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

mengikut formula selang kelas untuk menentukan skor bagi setiap tahap tersebut seperti
berikut:

Skor Tertinggi – Skor Terendah


Formula Selang Kelas =
Bilangan Tahap / Kategori
3–0
Selang Kelas = = 1
3

Jadual 3: Tahap Kemahiran Bahasa dan Komunikasi

Tahap Skor Huraian


Belum Menguasai 0.00 – 1.00 Kanak-kanak belum atau kadang kala menguasai sesuatu
kemahiran bahasa dan komunikasi, tetapi masih kurang tepat.
Sedang Menguasai 1.01 – 2.00 Kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran bahasa dan
komunikasi, tetapi masih belum konsisten dan masih
memerlukan bimbingan.
Telah Menguasai 2.01 – 3.00 Kanak-kanak menguasai sesuatu bahasa dan komunikasi
dengan betul secara konsisten dan berdikari.

Skema ini berdasarkan peraturan am yang ditetapkan oleh Nugent, Sieppert, dan
Hudson (2001) yang menjelaskan skor boleh ditafsirkan sebagai gambaran magnitud satu
kontinum; skor yang lebih rendah menunjukkan magnitud yang lebih kecil, dan skor yang
lebih tinggi menunjukkan magnitud yang lebih besar.

Bagi meningkatkan kesahan kandungan Instrumen Lit-A termasuk senarai semak


perkembangan bahasa dan komunikasi, pengkaji mendapatkan pandangan dan maklum balas
daripada dua orang penilai luar atau khidmat pakar bagi memastikan domain-domain yang
terkandung dalam sesuatu instrumen mewakili bidang kajian. Mereka telah menilai dan
kesahan kandungan bagi setiap dokumen Instrumen Lit-A menunjukkan pencapaian tahap
yang tinggi, iaitu lebih daripada 70 peratus dan purata keseluruhan lebih daripada 80 peratus.
Selain itu, Instrumen Lit-A juga mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu
sebanyak α = 0.77 (Zainiah et al., 2016). Ini menunjukkan Instumen Lit A sesuai digunakan
dalam kalangan kanak-kanak TASKA di dalam proses pengumpulan data bagi menjawab
soalan kajian ini.

Bagi tujuan pengumpulan data, empat orang guru yang berkelayakan Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-kanak) telah membuat penilaian menggunakan
Instrumen Lit-A terhadap seorang kanak-kanak dalam satu masa tertentu yang bermula pada
pertengahan tahun. Seterusnya, data dikumpulkan dan dikodkan bagi memudahkan
kemasukan data ke dalam sistem Statiscal Package for Social Science (SPSS) . Data-data
dianalisis berdasarkan kekerapan min (frekuensi) bagi membuat huraian terhadap
perkembangan bahasa kanak-kanak.
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Dapatan Kajian

Melalui analisis kekerapan min yang dilakukan, pengkaji mendapati tahap kemahiran bahasa
dan komunikasi bagi kanak-kanak berusia 2+ tahun adalah seperti Jadual 4 berikut;

Jadual 4: Tahap Kemahiran Bahasa dan Komunikasi bagi Kanak-kanak berusia 2+ (N=94)

Item Skor Min Tahap


1.1: Kemahiran mendengar dengan aktif dalam pelbagai situasi 1.68 Sedang Menguasai
(soalan).
1.2: Memberi tumpuan semasa perbualan / aktiviti. 1.68 Sedang Menguasai
1.3: Memberi respon menggunakan mimik muka / bahasa badan. 1.68 Sedang Menguasai
1.4: Penglibatan diri dalam perbualan (mengeluarkan pendapat / 1.15 Sedang Menguasai
persoalan).
1.5 Penguasaan asas kosa kata (perbendaharaan kata yang 1.82 Sedang Menguasai
diperolehi mengikut usia).
Keseluruhan 1.60 Sedang Menguasai

Secara keseluruhan, didapati skor min bahasa dan komunikasi kanak-kanak berusia 2+
tahun ialah 1.60, iaitu berada pada tahap Sedang Menguasai. Dapatan juga mendapati kanak-
kanak berusia 2+ tahun mencapai skor min yang paling tinggi bagi item “1.5 Penguasaan asas
kosa kata (perbendaharaan kata yang diperolehi mengikut usia).” iaitu sebanyak 1.82 (Sedang
Menguasai); manakala skor min yang paling rendah bagi item “1.4: Penglibatan diri dalam
perbualan (mengeluarkan pendapat / persoalan).” Iaitu sebanyak ialah 1.15 (Sedang
Menguasai).

Perbincangan

Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan pencapaian bahasa dan komunikasi kanak-kanak


berusia 2+ tahun dalam kajian ini masih berada pada tahap sederhana. Penguasaan
perbendaharaan kata adalah item yang paling tinggi berbanding item-item yang lain yang
membolehkan kanak-kanak dalam kajian ini bertutur kerana mereka mempunyai
perbendaharaan kata yang aktif berkembnag seawal usia 2 tahun (Berk, 2012). Walaupun
telah diperingkat sederhana, penguasaan bahasa dan ini perlu diberi perhatian kerana menurut
The Communication Trust (2013), kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam
perkembangan bahasa mereka akan menghadapi masalah dalam literasi, perlakuan, rendah
diri dan sukar bersosialisasi.

Begitu juga bagi item yang masih lemah iaitu penglibatan diri dalam perbualan
dengan mengeluarkan pendapat ataupun mengemukakan persoalan, perlu diberikan perhatian
segera. Ini kerana interaksi bukanlah sehala tetapi perlu bertimbal balik (Leaf et al., 2016).
Oleh itu, langkah segera perlu diambil dengan berkomunikasi dengan kanak-kanak di
TASKA kerana menurut Callander dan Nahmad-Williams (2011), komunikasi merupakan
alat utama dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Antara langkah yang perlu diambil ialah pendidik perlu memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk berkomunikasi kerana kajian Vukelich, Christie dan Enz (2012)
menunjukkan bahawa pendidik mendominasi 80 peratus percakapan semasa proses
berkomunikasi. Menurut Wasik (2010), perkembangan bahasa akan berlaku dengan lebih
cepat jika mereka mendapat respon bagi setiap pendapat yang mereka utarakan.
Berkemungkinan dapatan kajian ini yang menunjukkan kanak-kanak kurang berbual dan
mengeluarkan pendapat adalah kerana mereka tidak diberi peluang berbuat demikian. Kajian
yang lebih rinci yang bersifat pemerhatian perlu dilaksanakan bagi mengkaji situasi ini
dengan lebih lanjut.

Oleh itu kelas pendidikan awal kanak-kanak semestinya mengamalkan interaksi tiga
hala iaitu guru dengan kanak-kanak, kanak-kanak dengan guru, dan kanak-kanak dengan
kanak-kanak yang lain secara aktif supaya perkembangan bahasa dan komunikasi boleh
berlaku dengan lebih pesat.

Kesimpulan

Keseluruhannya, kanak-kanak berusia 2+ tahun berada pada tahap sederhana dalam


penguasaan bahasa dan komunikasi. Namun begitu, aspek penglibatan dalam perbualan perlu
diberikan lebih perhatian kepada kemahiran berinteraksi yang merupakan asas kepada
kemahiran literasi yang seterusnya. Oleh itu, kurikulum bahasa dan komunikasi perlu
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kanak-kanak
menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi dengan lebih baik. Ini kerana bahasa dan
komunikasi merupakan peramal kepada pencapaian akademik dan sosial kanak-kanak pada
masa akan datang.

Rujukan

Beaty, J. J., & Pratt, L. (2014). Early literacy in preschool and kindergarten: A multicultural
perspective (edisi ke-4). Boston, MA: Pearson Education, Inc.
Berk, L. E., & Meyers, A. B. (2015). Infants, children, and adolescents. Pearson.
Braine, M. D., & Bowerman, M. (1976). Children's first word combinations. Monographs of
the society for research in child development, 1-104.
Callander, N., & Nahmad-Williams, L. (2011). Communication, language and literacy. A&C
Black.
Catts, Kamhi, & Adolf. (2012). Language and Reading Disabilities. (edisi ke-3). Boston,
MA: Pearson Education, Inc.
Conti‐Ramsden, G., Durkin, K., Simkin, Z., & Knox, E. (2009). Specific language
impairment and school outcomes. I: Identifying and explaining variability at the end of
compulsory education. International Journal of Language & Communication
Disorders, 44(1), 15-35.
Persidangan Antarabangsa Pedagogi Islam dalam Pendidikan 2017 (ICIPE2017)
29/09/17 – 01/10/17, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Durkin & Conti-Ramsden. (2007). Language, Social Behavior, and the Quality of Friendships
in Adolescents With and Without a History of Specific Language Impairment. Child
Development, 78 (5), 1441–1457.
Heath, S. M., Bishop, D. V., Bloor, K. E., Boyle, G. L., Fletcher, J., Hogben, J. H., Wigley,
C. A, & Yeong, S. H. (2014). A spotlight on preschool: The influence of family factors on
children’s early literacy skills. PloS one, 9(4), e95255.
Jalongo, M. R. (2011). Early chilhood language arts (edisi ke-5). Boston, MA: Pearson
Education, Inc.
Law, J., Rush, R., & McBean, K. (2014). The relative roles played by structural and
pragmatic language skills in relation to behaviour in a population of primary school
children from socially disadvantaged backgrounds. Emotional and Behavioural
Difficulties, 19(1), 28-40.
Leaf, J. B., Taubman, M., Milne, C., Dale, S., Leaf, J., Townley-Cochran, D., Tsuji, K.,
Kassardjian, A, Alcalay, A., Laef, R., & McEachin, J. (2016). Teaching social
communication skills using a cool versus not cool procedure plus role-playing and a
social skills taxonomy. Education and Treatment of Children, 39(1), 44-63.
Machado, J. M. (2016). Early childhood experiences in language arts: Early literacy (edisi
ke-11). Boston, MA: Cengage Learning.
Nugent, W., Sieppert, J., & Hudson, W. (2001). Practice evaluation for the 21st century.
Pacific Grove, CA: Brooks/ Cole.
Saxton, M. (2010). Child language: Acquisition and development. Sage.
Schipke, C. S., & Kauschke, C. (2011). Early word formation in German language
acquisition: A study on word formation growth during the second and third years. First
Language, 31(1), 67-82.
St Clair, M. C., Pickles, A., Durkin, K., & Conti-Ramsden, G. (2011). A longitudinal study of
behavioural, emotional and social difficulties in individuals with a history of specific
language impairment (SLI). Journal of Communication Disorders, 44, 186–199.
The Communication Trust (2013). A Generation Adrift by Wendy Lee. Posted to
https://www.thecommunicationtrust.org.uk
Vukelich, C., & Christie, J., & Enz, B. (2012). Helping young children learn language and
literacy: Birth through kindergarten (3rd ed.). Boston, MA: Pearson Education Inc.
Wasik, B. A. (2010). What teachers can do to promote preschoolers’ vocabulary
development: Strategies from an effective language and literacy profesional development
coaching model. The Reading Teacher, 63(8), 621-633. doi: 10.1598/RT.63.8.1.
Zainiah Mohamed Isa, Juppri Bacotang, Mahzan Arshad, Mazlina Che Mustafa, & Ainon
Omar. (2016, Oktober). Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen Literasi Awal
(Instrumen Lit-A) untuk kanak-kanak TASKA. Kertas kerja yang dibentangkan dalam The
7th UPSI-UPI International Conference in Education, anjuran Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Tanjong Malim, Perak,
Malaysia.

View publication stats

You might also like