You are on page 1of 11

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

KONSEP PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN (PdP)
- Pengertian PdP
- Prinsip Pembelajaran

 Disediakan oleh:
 Nama Pensyarah:
Aufa, Azneen Amirah, Fatin Auni, Nur Athirah
Pn. Hjh Noraidah bt. Yaakub  Unit: PK1 (PISMP Jun 2019)
DEFINISI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PdP)

• DEFINISI PENGAJARAN:

- Boleh dihuraikan sebagai memberikan arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain
(Noriati et.al, 2017).

- Pengajaran meliputi segala kaedah, strategi dan pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan isi
kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum (Noraini & Shuki, 2009).

- Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar,
aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti
lain akan berlaku.

- Hirst (1975), pengajaran merupakan aktiviti yang sepatutnya dapat mewujudkan pembelajaran
memandangkan pelaksanaannya menggunakan kaedah - kaedah tertentu.
• DEFINISI PEMBELAJARAN:

- Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat daripada interaksi dengan
persekitaran (Noriati et.al, 2017).

- Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu


akibat daripada pengalaman.

- Anita E. Woolfolk (Educational Psychology, 1995), menjelaskan pembelajaran adalah proses


di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang
kekal.

- Ivan Pavlov, BF Skinner, Edward Thorndike- pembelajaran merujuk kepada perubahan yang
boleh diperhatikan seperti tingkah laku bilik darjah atau kemahiran baharu yang boleh
didemonstrasikan.
HUBUNG KAIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1) Tujuan utama pengajaran ialah pembelajaran. Oleh itu, dua fungsi utama
pengajaran ialah:
a) Merangsang pembelajaran.
b) Wujud situasi pembelajaran berkesan.

2) Pengajaran – motivasi – pembelajaran.

3) Objektif pengajaran ialah hasil pembelajaran.


Maklum balas Suasana yang
berterusan menyeronokkan

Situasi
Refleksi
mendesak

PRINSIP
Pengalaman
PEMBELAJARAN
lansung (Ewell, 1997)

Pembelajaran
informal

Perkaitan & Penglibatan


corak aktif
1. Penglibatan aktif
- Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan
pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan
- Mayer (2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif.

2. Perkaitan dan corak


- Pelajar dapat mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang
mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu.
- Pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan
tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan (Woolfolk, 2004). 

3. Pembelajaran informal
- Di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa.
- Membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik darjah melalui interaksi dengan
persekitaran
4. Pengalaman lansung
- Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan &
kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji.
- Penting supaya dapat mengubah tanggapan/andaian yang salah tentang sesuatu.
- Pelajar dapat menemukan & meneroka serta mengalaminya sendiri & bukannya melalui
pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain. 

5. Situasi mendesak
- Jika pelajar menghadapi satu situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari
jalan penyelesaian. 
- Kesannya, pembelajaran tersebut akan lebih mencabar & menarik bagi pelajar tersebut.
6. Maklum balas berterusan
- Pelajar mendapatkan maklum balas daripada guru & rakan-rakannya tentang prestasinya dan
dengan cara ini mereka dapat meningkatkan kemampuan prestasinya.
- Perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. 

7. Suasana yang menyeronokkan


- Maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran
yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara
peribadi.

8. Refleksi 
- Refleksi ialah proses memikir / merenung kembali pengalaman & implikasinya terhadap diri
kita.
- Pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran
penilaian kendiri dan untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.
Supaya guru tahu & sedar
Kerana guru dan murid
bahawa adanya
adalah 2 unsur berbeza
pembelajaran informal

Kenapa guru perlu tahu tentang


pengajaran dan pembelajaran?

Supaya guru dapat kesan


perubahan pada muridnya.
ISU
SEMASA

PENGAJARA
N

PEMBELAJARA
N
RUJUKAN
• Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid
dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.

• Cik Nurul Aini. (2015). Konsep dan Model Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai
daripada
https://www.slideshare.net/nurulaininoraini/konsep-dan-model-pengajaran-dan-pemb
elajaran

• Apa itu pengajaran. (2014). Dicapai daripada


https://www.slideshare.net/loveherman/apakah-itu-pengajaran

You might also like