You are on page 1of 3

Pengenalan

Saban tahun takaful dan insuran semakin berkembang seiring dengan arus kemodenan Negara,
semakin ramai dari kalangan masyarakat sedar akan kepentingan takaful dalam hal pemuliharaan
nyawa, kesihatan, dan perkara perkara yang luar jangka yang dapat menjamin kelestarian hidup.
Meskipun insuran ada unsur unsur nilai murni, begitu juga takaful punya elemen elemen maqasid
syariah, namun ianya masih perlu diperhalusi dari segi peruntukan undang undang agar segala
operasinya menepati piawaian kehendak syarak dan menngenalpasti serta menepis segala bentuk
operasi yang bercanggah dengan garis panduan islam. “ Malaysia sebagai sebuah hub dalam industri
kewangan Islam ” merupakan salah satu hasrat dan harapan kerajaan bagi memastikan Malaysia
sentiasa kehadapan dan membangunkan ekonomi ummah. Justeru itu, pengukuhan tadbir urus syariah
melalui peruntukkan perundangan adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan untuk menjadikan
Malaysia sebuah hub kewangan Islam global.

Permulaan industri takaful di Malaysia pada Oktober 1982 apabila Pasukan Petugas Khas ditubuhkan
untuk mengkaji potensi dan daya maju penubuhan sebuah syarikat insurans secara Islam. Ini
kemudiannya diikuti dengan Pemerbadanan Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Berhad (STMB) pada
November 1984 dan seterusya Akta Takaful 1984 digazetkan pada Disember 1984. STMB merupakan
syarikat pelopor dalam industri takaful di Malaysia apabila berjaya memulakan operasinya pada Ogos
1985. Pada Mei 1988, Bank Negara Malaysia telah diberi tanggungjawab mengawalselia industri takaful
(Bank Negara Malaysia, 2004). Kini setelah kira-kira 30 tahun Akta Takaful 1984 digazetkan, industri
takaful telah berkembang pesat dan mengalami pelbagai perubahan termasuklah berkaitan peruntukkan
perundangan tadbir urus syariah dalam industri takaful. Tadbir urus syariah secara umumnya melibatkan
pelbagai pihak termasuklah Lembaga Pengarah, Pegawai Pengurus Kanan, Pegawai Bahagian Syariah
dan lain-lain kakitangan yang terlibat dalam pematuhan syariah. Walaubagaimanapun, makalah ini
hanya memfokuskan aspek tadbir urus syariah meliputi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia
(BNM) dan Jawatankuasa Syariah Dalaman Syarikat Pengendali Takaful (SPT) dalam ruang lingkup
industri takaful sahaja. Makalah ini akan meneliti implikasi perubahan perundangan dalam tadbir urus
syariah berdasarkan Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013.

ASAS PERUNDANGAN TAKAFUL


• Syariah Advisory Council

• Role of Syariah Advisor in every Takaful companies

• Issues and challenges in implementation of Takaful

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN JAWATANKUASA SYARIAH

Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan oleh BNM pada Mei 1997.
Matlamat utamanya adalah untuk melihat kepada keputusan syariah dan mengharmonikan tafsiran
Syariah Perbankan Islam dan Takaful di bawah seliaannya.

6.4.1 Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia Untuk rekod, Akta Bank Negara Malaysia
1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun 2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis
Penasihat Syariah. Pindaan ini memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang
berwibawa yang mempunyai hak ke atas perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan Takaful. Status
Majlis telah dinaikkan taraf sebagai badan rujukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung isu-isu
Syariah yang berkaitan dengan kes-kes Takaful. Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan
lagi MPS beroperasi sebagai sebuah badan bebas yang berintegriti tinggi. Terdapat perbezaan antara
MPS dengan badan-badan syariah yang bertindak sebagai penasihat dalam industri Takaful. Badan
syariah dalam industri Takaful dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah (JS) dan memainkan peranan
sebagai pelengkap kepada MPS Bank Negara Malaysia. 6.4.2 Jawatankuasa Syariah (JS) Pengendali
Takaful BNM telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah bagi
Institusi Kewangan Islam pada bulan April 2005 bagi mentadbir urus Jawatankuasa Syariah dalam
industri Takaful. Objektif garis panduan: -  menetapkan kaedah, peraturan dan prosedur penubuhan
Jawatankuasa Syariah 54  menentukan peranan, skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Syariah
 menentukan hubungan dan pengaturan kerja antara Jawatankuasa Syariah dengan MPS Bank Negara
Malaysia Garis panduan ini memerlukan setiap Pengendali Takaful untuk menubuhkan Jawatankuasa
Syariah. Ini juga selaras dengan Seksyen 30 pada IFSA 2013. Garis panduan terperinci mengenai tadbir
urus JS adalah seperti berikut:  Pelantikan Keahlian Lembaga Pengarah atas cadangan Jawatankuasa
Pencalonan hendaklah melantik ahli-ahli JS. Pelantikan ahli JS hendaklah mendapat kebenaran bertulis
terlebih dahulu dari Bank Negara Malaysia. Pelantikan ahli JS adalah sah selama tempoh 2 tahun yang
boleh diperbaharui.  Kelayakan Ahli JS yang dicadangkan mesti sekurang-kurangnya mempunyai sama
ada kelayakan atau pengetahuan, kepakaran atau pengalaman dalam bidang:  Perundangan Islam (usul
al-fiqh)  Undang-undang urus niaga / komersil Islam (fiqh al-mu'amalat) Walau bagaimanapun,
kelayakan atas kertas bukanlah mandatori selama mana calon mempunyai kepakaran atau pengalaman
dalam bidang tersebut.  Komposisi Komposisi JS hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima
(5) orang ahli. Tambahan kepada JS, sekurang-kurangnya seorang pegawai sebaik-baiknya hendaklah
mereka yang mempunyai pengetahuan dalam Syariah, yang berkhidmat sebagai urusetia kepada JS. 
Sekatan ke atas JS Selaras dengan Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958, Pengendali Takaful
tidak dibenarkan melantik mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah untuk berkhidmat dalam JS. 55 
Tugas dan Tanggungjawab JS Ahli JS tidak boleh terlibat dalam pengurusan Pengendali Takaful.
Pengurusan dan dasar tanggungjawab Lembaga Pengarah. Untuk memastikan kelancaran operasi
Takaful, peranan dan tanggungjawab SC adalah seperti berikut:  Menyerahkan laporan tahunan dan
pengesahan pematuhan syarikat terhadap syariah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pemegang Saham.
 Mengaudit dan menyelia penerimaan pakai operasi kontrak sebenar selaras dengan semangat Fatwa.
 Menjawab pertanyaan daripada pengendali mengenai isu-isu Takaful yang berkaitan dengan Undang-
undang Islam dan keputusan itu hendaklah dengan persetujuan (syura) dan bukannya majoriti. 
Menyediakan justifikasi dan nasihat berkenaan perkara-perkara yang perlu dirujuk kepada Majlis
Penasihat Syariah.

CABARAN

Sektor kewangan Islam pada masa ini, walaupun semakin berkembang dengan pesat, tetapi
hakikatnya masih tidak mencapai potensinya yang sebenar. Hal ini kerana masih ramai dikalangan umat
islam di seluruh dunia masih belum meneroka sepenuhnya pasaran sektor ini. Salah satu penyebab
utama yang menghalang pertumbuhan kewangan Islam ialah kurangnya kesedaran di kalangan
masyarakat berhubung alternatif yang ditawarkan dalam perbankan, insurans, pasaran modal dan
pelaburan.

You might also like