You are on page 1of 7

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/288436653

PENERIMAAN DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP AMALAN SISA


SIFAR KE ARAH PENGGUNAAN LESTARI

Conference Paper · November 2015

CITATIONS READS

0 1,164

3 authors:

Normaziah Zulkifli Ahmad Hariza Hashim


Universiti Putra Malaysia Universiti Putra Malaysia
2 PUBLICATIONS   2 CITATIONS    15 PUBLICATIONS   32 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Shamsul Azahari Zainal Badari


Universiti Putra Malaysia
16 PUBLICATIONS   34 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Development of Malaysian Nutritious Food Variety Indicator as a Tool for Dietary Adequacy Assessment of Urban Lower Income Household in Malaysia View project

The Variations in Preferences of Potential House Buyer in Klang Valley towards Housing Property Demand View project

All content following this page was uploaded by Shamsul Azahari Zainal Badari on 28 December 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


19th MACFEA National Seminar 2015.
Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia.

PENERIMAAN DAN TINGKAH LAKU PENGGUNA TERHADAP AMALAN


SISA SIFAR KE ARAH PENGGUNAAN LESTARI

Normaziah Zulkifli1, Ahmad Hariza Hashim2 and Shamsul Azahari Zainal Badari3
1
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
1
normaziah@putra.upm.edu.my, 2ahariza@upm.edu.my@, 3shazri@upm.edu.my

Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penerimaan dan tingkah laku pengguna dalam penggunaan lestari
terutamanya dalam amalan sisa sifar. Kajian ini melibatkan 500 responden kakitangan kerajaan yang dipilih
secara rawak mudah daripada setiap ibu negeri empat zon terpilih iaitu di negeri Kedah (zon utara), Terengganu
(zon timur), Selangor (zon tengah) dan Johor (zon selatan) .. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang
dijawab sendiri oleh responden. Skala Likert digunakan dalam bahagian tingkah laku dan penerimaan
responden terhadap amalan sisa sifar.Bagi setiap bahagian terdapat 14 pernyataan yang ditanya mengenai
amalan sisa sifar. Hasil kajian setiap bahagian dikategorikan kepada dua iaitu amalan dalam pembelian dan
guna semula. Dalam tingkah laku majoriti responden berada pada tahap yang positif dalam aktiviti pembelian
(76.1%) dan begitu juga dalam aktiviti guna semula (86.9%). Tahap penerimaan responden terhadap amalan
sisa sifar juga berada pada tahap yang tinggi dalam aktiviti pembelian (58.8% responden) dan (60.8% orang)
dalam aktiviti guna semula. Melalui ujian korelasi pearson, terdapat perkaitan yang positif antara penerimaan
dan tingkah laku responden dalam amalan sisa sifar (r=0.395; p≤0.01). begitu juga penerimaan dan tingkah laku
pengguna dalam guna semula, dimana mempunyai perkaitan yang positif antara satu sama lain (r=0.633;
p≤0.01). Walaupun perkaitan ini wujud namun hanyalah pada tahap yang sederhana sahaja. Secara
kesimpulannya, penerimaan pengguna terhadap amalan sisa sifar saling berkaitan dengan tingkah laku mereka
terhadap penggunaan lestari. Sesuatu yang positif melihat pengguna Malaysia menyambut baik amalan sisa
siafar dalam kehidupan mereka. Pihak-pihak yang terbabit mungkin boleh mengemaskini program-program
sedia ada supaya lebih kreatif, inovatif dan mesra pengguna supaya pengguna hari ini dapat meningkatkan
amalan mereka dalam penggunaan lestari.

Keywords: Penggunaan lestari, sisa sifar)

PENGENALAN
Malaysia kini berhadapan dengan isu sampah yang kritikal. Setiap individu di semenanjung Malaysia sahaja
telah menghasilkan sampah sebanyak 1.2kg sehari dan 19,000 tan sehari secara keseluruhan. Tren dilihat akan
terus meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020 seiring dengan peningkatan populasi (Pusat
Persekitaran Global, 2013). Manakala akhbar Utusan pernah mengeluarkan artikel bahawa pada tahun 2011,
jumlah sisa sampah telah meningkat kepada 24,000 tan sehari. Dengan jumlah tapak pelupusan sampah yang
terhad, negara tidak mampu menampung baki sisa pepejal yang semakin meningkat saban tahun. Peningkatan
yang agak agresif dalam penggunaan telah menyebabkan peningkatan sisa sampah. Ini menyebabkan
berlakunya ketidak seimbang terhadap ekologi alam sekitar seterusnya memberi impak negatif kepada
kehidupan manusia, flora dan fauna.
Melalui penerapan penggunaan yang lebih lestari, amalan kearah sisa sifar adalah salah satu cara yang
dapat memberi impak positif terhadap isu sampah yang sedang dihadapi oleh Malaysia. Secara umumnya sisa
sifar perlu diamalkan untuk mengawal pembuangan atau penghasilan sampah supaya pencemaran tidak
berlaku, penggunaan sumber semulajadi dapat dijimatkan serta kualiti dan kesejahteraan hidup dapat
ditingkatkan. Sebenarnya hasil sisa sampah banyak yang boleh dikitar semula untuk menghasilkan produk
baru tanpa mengorbankan sumber semula jadi seterusnya mengurangkan kos penghasilan produk. Selain itu,

274
19th MACFEA National Seminar 2015.
Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia.

peluang pekerjaan dapat ditingkatkan serta menggalakkkan inovasi dengan terhasilnya produk-produk baru
daripada sisa sampah.
Sisa sifar juga adalah satu sistem yang direka bentuk untuk mengurangkan penghasilan sampah serta
untuk mendapatkan semula semua sumber-sumber daripada aliran sisa (ZWIA,2004). Skop sisa sifar
mempunyai banyak konsep dalam pengurusan sisa kearah lebih lestari, termasuklah mengelakkan,
mengurangkan, mengguna semula, mencipta semula, menjana semula, kitar semula, membaiki, menjual
semula, dan mengagihkan sisa sampah. Oleh itu strategi sisa sifar adalah yang terbaik untuk diamalkan
(UNECE,2011). Konsep zero waste kini sudah diguna pakai di Negara seperti Afrika Selatan, New Zealand,
England dan Jepun dimana kerajaan disana memperkenalkan polisi sisa sifar (Maeta dan Trois, 2008)
Menurut Lehmann (2011), Melalui amalan sisa sifar, pengurusan sisa pejal kini dapat ditingkatkan
menjadi lebih efisyen dan mesra alam. Namun ianya agak mencabar untuk diaplikasikan dalam kehidupan
harian pengguna hari ini. Pengguna seharusnya perlu bimbang dengan keadaan sisa sampah yang boleh
menjejaskan keselesaan mereka serta kehidupan alam sekitar. Pengguna juga perlu sanggup untuk berkorban
akan kepentingan diri sendiri bagi menunjukkan sikap kebertanggung jawaban terhadap alam sekitar.Mereka
perlu sedar kehidupan generasi akan datang bergantung dengan cara kehidupan generasi kini.
Sehubungan itu kajian ini akan melihat penerimaan dan tingkah laku pengguna di Malaysia terhadap
penggunaan lestari khususnya dalam amalan kearah sisa sifar. Ini penting bagi melihat keadaan pengguna
Malaysia supaya hasil kajian ini dapat membantu pihak kerajaan atau NGO dalam mengatur starategi untuk
meningkatkan penerimaan dan tingkah laku untuk menjadi pengguna yang lebih lestari.

METHODOLOGY
Kajian telah dijalankan di sekitar semenanjung Malaysia dan di bahagikan kepada empat zon iaitu zon utara
(Kedah), zon tengah (Selangor), zon pantai timur (Terengganu) dan zon selatan (Johor). Responden yang terlibat
adalah kakitangan daripada beberapa agensi kerajaan. Kaedah rawak mudah digunakan bagi pemilihan agensi
kerajaan di setiap negeri. Seramai 500 orang responden terlibat dalam kajian ini dengan masing-masing 125
orang daripada setiap zon. Kaedah pengumpulan data adalah melalui instrumen borang soal selidik yang dijawab
sendiri oleh responden. Responden ditanya mengenai latar belakang dan tingkah laku serta penerimaan mereka
dalam amalan sisa sifar.
Lima Skala Likert iaitu (1) Tidak pernah, (2) Jarang, (3) Kadang-kadang, (4) Kebiasaannya dan (5) Selalu
digunakan bagi mengukur tingkah laku pengguna dalam amalan sisa sifar. Manakala lima skala likert juga
digunakan dalam mengukur penerimaan responden ke arah amalan sisa sifar iaitu (1) Sangat tidak bersedia, (2)
Tidak bersedia, (3) Tidak pasti, (4) Bersedia dan (5) Sangat bersedia. Data di analisis menggunakan perisian
SPSS. Pembentangan kajian dilakukan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Latar Belakang Responden


Jumlah responden yang terlibat dalam pengumpulan data di empat lokasi terpilih iaitu Kedah, Selangor,
Terengganu dan Johor mempunyai peratusan bilangan yang hampir sama iaitu dalam lingkungan 25%. Majoriti
responden yang terlibat berumur dalam lingkungan 36-35 tahun iaitu sebanyak 228 orang manakalan resonden
yang berumur lebih daripada 56 tahun adalah yang paling sedikit iaitu hanya seramai 47 orang. Jika
dikategorikan mengikut Generasi iaitu X,Y dan baby Boomers, ini setara dengan peringkat umur tadi dimana
majority responden yang terlibat adalah Gen Y (63.7%) diikuti dengan Gen X (20.9%) dan yang paling sedikit
adalah daripada Baby Booemrs (15.4%). Dari sudut gender, responden perempuan lebih ramai (62.7%)
berbanding responden lelaki (37.3%). Manakala, bilangan responden dari Bandar (375 orang) mengatasi
bilangan responden yang tinggal di luar Bandar (98 orang). Responden Melayu merupakan majority etnik yang
terlibat dalam aktiviti kajian ini (96.1%) berbanding etnik India (1.6%) dan Cina (0.8%). Tahap pendidikan
majority responden adalah berkelulusan SPM/MCE (30.4%) diikuti dengan responden yang berkelulusan
diploma (24.1%) serta yang mempunyai ijazah sarjana muda (19.8%). Seramai 76.7% responden kajian telah
berkahwin manakala baki 20.4% adalah bujang, 2.4% adalah janda/balu dan 0.4% adalah duda. Hampir separuh
(42.0%) daripada responden mempunyai pendapatan isi rumah dalam lingkungan RM1001-RM3000 manakala
275
19th MACFEA National Seminar 2015.
Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia.

36.6% dalam lingkungan RM3001-RM5000. Kurang dari 5% responden yang mempunyai pendapatan dalam
lingkungan ≤ RM1000 (4.3%) dan ≥RM 9001 (3.7%) yang terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan responden juga
(78.7%) tidak terlibat sebagai ahli dalam mana-mana organisasi yang berkaitan dengan alam sekitar serta
kepenggunaan berbanding hanya 21.3% sahaja yang melibatkan diri.

Tingkah Laku Responden Dalam Amalan Sisa Sifar


Tingkah laku responden dikategorikan kepada dua situasi iaitu tingkah laku dalam pembelian serta tingkah laku
dalam aktiviti guna semula (reuse). Masing-masing terdapat tujuh pernyataan bagi melihat tingkah laku
pengguna. Jadual (1) menunjukkan bilangan dan peratusan responden dalam tingkah laku mereka terhadap
amalan sisa sifar. Dalam tingkah laku pembelian, majority responden (41.7%) ‘kebiasaannya’ membeli produk
yang boleh digunakan secara berulang kali berbanding produk pakai buang diikuti dengan 33.2% responden
membeli isian semula untuk beberapa produk yang digunakan. Dalam tingkah laku guna semula, majority
responden 44.2 % ‘kebiasaannya’ cuba membaiki barang-barang yang rosak terlebih dahulu diikuti dengan
43.4% membasuh dan guna semula kain pengelap untuk kerja-kerja pembersihan. Secara keseluruhannya, tahap
tingkah laku responden dalam pembelian dan guna semula berada pada tahap yang positif (Jadual 2)

Jadual 1: Tingkah laku terhadap Amalan Sisa Sifar


No. Pernyataan TP J KK K S
Tingkah laku pengguna dalam pembelian N (%)
Saya beli barang yang pembungkusannya
8 50 222 179 38
1 sangat minima bagi mengelakkan
(1.6%) (10.1%) (44.7%) (36%) (7.6%)
penghasilan sampah
2 Apabila membeli makanan, saya mencari
29 77 192 144 55
pembungkusan yang boleh diguna semula
(5.8%) (15.5%) (38.6%) (29%) (11.1%)
atau boleh dikitar semula
3 Saya membeli sayuran dan buah yang 70 169 162 84
10 (2%)
bukan dalam bungkusan (14.1%) (34.1%) (32.7%) (17%)
4 Saya beli isian semula untuk beberapa 15 41 148 162 122
produk yang saya gunakan (3.1%) (8.4%) (30.3%) (33.2%) (25%)
5 Saya beli produk yang boleh digunakan
11 44 143 206 90
secara berulang kali dan bukan produk
(2.2%) (8.9%) (28.9%) (41.7%) (18.2%)
pakai buang
6 Jika saya perlu menggunakan bateri, saya
39 87 141 168 60
akan menggunakan bateri yang boleh
(7.9%) (17.6%) (28.5%) (33.9%) (12.1%)
dicas semula
7 Saya mencari produk yang dihasilkan 52 130 198 89 26
daripada bahan-bahan kitar semula (10.5%) (26.3%) (40.0%) (17.9%) (5.3%)
Tingkah Laku dalam Aktiviti Guna Semula N (%)
1 Saya menggunakan semula beg plastik,
atau menggunakan beg saya sendiri yang 50 73 155 137 81
dibawa dari rumah apabila pergi membeli- (10.1%) (15%) (31.3%) (27.6%) (16.3%)
belah
2 Saya guna semula kertas pembalut hadiah 56 94 168 124 50
atau kertas-kertas lain (11.4%) (19%) (34.1%) (25.2%) (10.2%)
3 Saya guna semula botol kaca dan balang,
23 52 151 180 89
dan/atau bekas plastik (cth: untuk
(4.6%) (11%) (30.5%) (36.4%) (18%)
simpanan makanan)
4 Saya basuh dan guna semula kain
pengelap untuk kerja-kerja
5 24 84 216 169
mengelap/pembersihan sehingga ia tidak
(1.0%) (4.8%) (16.9%) (43.4%) (33.9%)
boleh digunakan lagi sebelum beli yang
baru
276
19th MACFEA National Seminar 2015.
Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia.

5 Saya cuba untuk baiki barang-barang yang


12 27 107 220 132
rosak sebelum bercadang untuk beli yang
(2.4%) (5.4%) (21.5%) (44.2%) (26.5%)
baru
6 Jika ada lebihan makanan, saya akan
10 35 141 199 114
simpan untuk dimakan sekali lagi
(2.0%) (7.0%) (28.3%) (39.9%) (22.8%)
daripada terus membuangnya
7 Saya menderma/jual barang-barang yang
17 45 154 195 88
sudah lama tidak digunakan berbanding
(3.4%) (9.0%) (30.9%) (39.1%) (17.6%)
dari terus membuangnya

Jadual 2: Tahap tingkah laku terhadap Amalan sisa sifar


Guna Semula
Pembelian (%)
(%)
Positif 76.1 86.9
Negatif 23.9 13.1
Total 100 100

Penerimaan Responden Dalam Amalan Sisa Sifar


Hasil kajian (Jadual 3) menunjukkan majoriti responden berada dalam skala ‘bersedia’ dalam semua aktiviti
pembelian dan guna semula. Dalam aktiviti pembelian, majoriti responden (66.4%) bersedia untuk membeli
barang dengan pembungkusan yang minima diikuti dengan (65.4%) bersedia untuk mencari pembungkusan yang
mudah dikitar semula atau diguna semula. Manakala dalam aktiviti guna semula, majority responden (58.4%)
bersedia untuk membaiki barang yang rosak terlebih dahulu dan (57.0%) lagi bersedia untuk botol dan baling
kaca/plastik. Secara keseluruhan tahap penerimaan responden terhadap amalan sisa sifar berada pada tahap yang
tinggi (Jadual 4)

Jadual 3: Penerimaan Responden terhadap Amalan Sisa Sifar


No. Pernyataan STB TB TP B SB
Penerimaan pengguna dalam pembelian N (%)
Saya __ untuk membeli barang yang 2 10 103 325 57
1
menggunakan pembungkusan minima (0.4%) (2.0%) (20.7%) (65.4%) (11.5%)
2 Saya __ untuk mencari pembungkusan
3 14 76 330 74
yang mudah dikitar semula atau diguna
(0.6%) (2.8%) (15.3%) (66.4%) (14.9%)
semula dikitar semula
3 Saya __ untuk membeli buah-buahan dan
4 17 87 286 100
sayur-sayuran yang bukan dalam
(0.8%) (3.4%) (17.6%) (57.9%) (20.2%)
bungkusan.
4 Saya __ untuk membeli isian semula bagi 5 18 69 276 129
produk-produk yang saya gunakan (1.0%) (3.6%) (13.9%) (55.5%) (26%)
5 Saya __ untuk membeli produk yang
6 22 63 291 116
boleh digunakan berulang kali berbanding
(1.2%) (4.4%) (12.7%) (58.4%) (23.3%)
produk pakai buang
6 Saya __ menggunakan bateri yang boleh 4 20 80 280 108
dicas semula (0.8%) (4.1%) (16.3%) (56.9%) (22.0%)
7 Saya __ untuk mencari produk-produk
5 32 138 259 64
yang diperbuat daripada bahan-bahan
(1.0%) (6.4%) (27.7%) (51.6%) (12.9%)
kitar semula
Penerimaan dalam Aktiviti Guna Semula N (%)
1 Saya __ untuk menggunakan semula beg 6 28 72 276 115
277
19th MACFEA National Seminar 2015.
Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia.

plastik, atau menggunakan beg saya (1.2%) (5.6%) (14.5%) (55.5%) (23.1%)
sendiri yang dibawa dari rumah apabila
pergi membeli-belah
2 Saya __ untuk mengguna semula kertas 9 24 104 277 83
terpakai atau kertas pembalut hadiah (1.8%) (4.8%) (20.9%) (55.7%) (16.7%)
3 Saya __ untuk mengguna semula botol 5 24 73 282 111
dan balang kaca/plastik (1.0%) (4.8%) (14.7%) (57.0%) (22.4%)
4 Saya __ untuk basuh dan guna semula
3 11 58 265 161
kain pengelap untuk kerja-kerja
(0.6%) (2.2%) (11.6%) (53.2%) (32.3%)
mengelap/pembersihan
5 Saya __ untuk membaiki barang yang
5 13 53 290 136
rosak terlebih dahulu sebelum membeli
(1.0%) (2.6%) (10.7%) (58.4%) (27.4%)
yang baru
6 Saya __ untuk menyimpan lebihan
7 18 81 275 116
makanan untuk dimakan sekali lagi
(1.4%) (3.6%) (16.3%) (55.3%) (23.3%)
daripada terus membuangnya
7 Saya __ untuk menderma/jual barang-
4 15 67 269 141
barang yang sudah lama tidak digunkan
(0.8%) (3.0%) (13.5%) (54.2%) (28.4%)
berbanding terus membuangnya

Jadual 4: Tahap Penerimaan Responden terhadap Amalan Sisa Sifar


Guna Semula
Pembelian (%)
(%)
Tinggi 58.8 60.8
Sederhana 39.5 36.2
Rendah 1.7 3
Total 100 100

Perkaitan di antara Penerimaan dan Tingkah laku Dalam Amalan Sisa Sifar
Melalui ujian korelasi Pearson, kajian mendapati terdapat perbezaan signifikan yang positif antara tingkah laku
dan penerimaan dalam aktiviti pembelian (r=0.395; p≤0.01) dan juga dalam aktiviti guna semula (r=0.633;
p≤0.01) terhadap amalan sisa sifar. ini menunjukkan bahawa semakin positif tingkah laku responden, semakin
tinggi tahap persediaan responden terhadap amalan sisa sifar. Walaubagaimanapun, perkaitan yang ditunjukkan
hanyalah di tahap yang sederhana sahaja.

KESIMPULAN
Melalui analisis yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa tingkah laku dan penerimaan responden terhadap
amalan sisa sifar saling berkadar langsung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Dalam erti kata yang
lain, tingkah laku responden dipengaruhi dengan penerimaan mereka terhadap amalan sisa sifar sama ada semasa
pembelian dan juga dalam aktiviti guna semula. Ini menunjukkan responden sedar akan tanggungjawab mereka
dalam memulihara persekitaran supaya tidak terjejas lebih teruk. Faktor-faktor yang mungkin menyumbang
kepada penerimaan dan tingkah laku yang positif ini mungkin atas polisi di tempat kerja atau kesedaran yang
diperoleh melalui program-program yang dijalankan oleh kerajaan serta NGO yang turut menggembleng tenaga
dalam memberi kesedaran tentang penggunaan lestari. Bagi meningkatkan lagi tingkah laku dan penerimaan
pengguna terhadap penggunaan lestari amnya dan amalan sisa sifar khususnya, pihak-pihak berwajib perlu
mengatur strategi yang lebih kreatif, inovatif dan dinamik dalam menyediakan pelan tindakan yang lebih
komprehensif dan strategik supaya relevan dengan senario dan permaslahan semasa yang dihadapi oleh
pengguna dan Negara.

278
19th MACFEA National Seminar 2015.
Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya, Malaysia.

RUJUKAN

Lehmann, S., 2011. Optimizing Urban Material Flows and Waste Streams in Urban Development through of
Zero Waste and Sustainable Consumption. Journal of Sustainability, 3(1), 155-183.
Kasfikis, K. (2005). An Empirical Investigation into Household Waste Prevention Behaviors: A Case Study of
Norwich Householders (Master’s theses, University of East Anglia, Norwich). Retrieved from
http://www.uea.ac.uk/env/all/teaching/eiaams/pdf_dissertations/2005/Kasfikis_Pavlos.pdf
Maete, N. & Trois, C., 2008. Towards Zero Waste in Emerging Counties-a South African Experience Waste
Management, 28, 1480-1492.
Pusat Persekitaran Global (2013). Solid Waste in Malaysia. http//www.gecnet.info.cfm?&menuid-83.
Downloaded on the 21st Oktober, 2013
Utusan Malaysia (2011). Belajar Urus Sisa Pepejal. (newspaper). 31 August.
United Nations Economic Commission for Europe (UNECE). Climate Neutral Cities: How to Make Cities Less
Energy and Carbon Intensive and More Resilient to Climatic Challenges(2011) [Online].
Available: http://www.unece.org/fileadmin/DAM/hlm/documents/Publications/climate.neutral.cities_e.pdf
ZWIA (2004). Zero Waste Definition Adopted by Zero Waste Planning Group. [Online].
Available: http://www.zwia.org/main/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=37

279

View publication stats

You might also like