You are on page 1of 35

ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA

DENGAN

<Nama Syarikat>

<Nombor Pendaftaran Syarikat>

<Alamat Syarikat>

PERJANJIAN NO.: <Nombor rujukan perjanjian/ kontrak>

PERJANJIAN MEMBEKAL <NAMA BEKALAN> TAHUN <TAHUN>


<NAMA KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI>

0
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..................................................................................................................3

FASAL 1 – TAKRIF...........................................................................................................4

FASAL 2 - SKOP PERJANJIAN......................................................................................5

FASAL – 3 NILAI PERJANJIAN......................................................................................5

FASAL 4 - PEMBAYARAN...............................................................................................5

FASAL 5 – KENAIKAN HARGA......................................................................................6

FASAL 6 - TEMPOH PERJANJIAN.................................................................................6

FASAL 7 – BON PELAKSANAAN...................................................................................7

FASAL 8 – PERUBAHAN SPESIFIKASI, BENTUK DAN MODEL.................................8

FASAL 9 – CONTOH BARANG – BARANG...................................................................8

FASAL 10 – BUNGKUSAN..............................................................................................8

FASAL 11 – PENYERAHAN............................................................................................9

FASAL 12 – PENERIMAAN ADALAH BERSYARAT...................................................10

FASAL – 13 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG ROSAK ATAU


RENDAH KUALITI..........................................................................................................10

FASAL 14 – HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TERLEWAT


DISERAHKAN.................................................................................................................11

FASAL 15 – HAK KERAJAAN MEMBELI DI LUAR PERJANJIAN BAGI MAKSUD-


MAKSUD PERCUBAAN ATAU KEPERLUAN TERTENTU..........................................12

FASAL 16 – GANTI RUGI..............................................................................................12

FASAL 17 – REPRENSENTASI DAN WARANTI..........................................................13

FASAL 18 – OBLIGASI PIHAK - PIHAK.......................................................................14

FASAL 19 – PENYERAHHAKKAN ATAU KONTRAK KECIL......................................16

FASAL 20 – PERUBAHAN TEMPAT PENGHANTARAN / PENYIMPANAN...............17

1
FASAL 21 – JAMINAN PEMBEKAL.............................................................................18

FASAL 22 – PEMERIKSAAN REKOD-REKOD.............................................................18

FASAL 23 – PAMPASAN...............................................................................................19

FASAL 24 - IKLAN..........................................................................................................19

FASAL 25- FORCE MAJEURE......................................................................................19

FASAL 26 – PENAMATAN PERJANJIAN.....................................................................21

FASAL 27 – DUTI SETEM, BAYARAN GUAMAN DAN BAYARAN SAMPINGAN.....24

FASAL 28 – PINDAAN-PINDAAN..................................................................................24

FASAL 29 - INDEMNITI..................................................................................................24

FASAL 30 – PENEPIAN HAK........................................................................................25

FASAL 31 – MERAHSIAKAN MAKLUMAT...................................................................25

FASAL 32 – NOTIS / SURAT MENYURAT....................................................................27

FASAL 33- UNDANG-UNDANG.....................................................................................28

FASAL 34 – PEMATUHAN UNDANG-UNDANG...........................................................28

FASAL 35 - MASA.........................................................................................................28

FASAL 36 – IKATAN PERJANJIAN..............................................................................28

FASAL 37 – TIMBANG TARA........................................................................................28

FASAL 38 - PENAMATAN DISEBABKAN RASUAH ATAU AKTIVITI YANG


MENYALAHI UNDANG-UNDANG.................................................................................29

FASAL 39 – PENOLAKAN (‘SET OFF’)........................................................................30

Jadual 1...........................................................................................................................33

Jadual 2...........................................................................................................................34

2
PERJANJIAN MEMBEKAL <NAMA BEKALAN> TAHUN <TAHUN>
<NAMA KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI>

PENGENALAN

PERJANJIAN INI dibuat pada <hari> haribulan <bulan> Tahun <Tahun>

DI ANTARA

KERAJAAN MALAYSIA YANG DIWAKILI oleh <Nama Kementerian/ Jabatan/


Agenci> yang beralamat di <Alamat Kementerian/ Jabatan/ Agenci> (kemudian
daripada ini disebut sebagai “Kerajaan”) pada satu pihak.

DAN

<Nama Syarikat> <Nombor pendaftaran syarikat> sebuah syarikat yang telah


diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang beralamat <Alamat Syarikat>
(selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat”) sebagai pihak yang satu lagi. (Kedua-dua pihak
disebut kemudian daripada ini sebagai “Pihak” secara berasingan dan “Pihak-Pihak”
secara bersama).

BAHAWASANYA

Melalui Surat Setuju Terima bertarikh <tarikh Surat Setuju Terima> Kerajaan telah
bersetuju melantik Syarikat dan Syarikat bersetuju dengan pelantikan ini bagi <NAMA
PEROLEHAN> (selepas ini dirujuk sebagai “pembekalan”) mengikut syarat-syarat dan
terma-terma Perjanjian ini. Sesalinan SST dilampirkan seperti di Jadual A.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti berikut:-

3
FASAL 1 – TAKRIF

Bagi tujuan Perjanjian ini, istilah berikut hendaklah ditakrifkan sedemikian melainkan
jika kandungan ayatnya mengkehendaki makna yang lain:-

1.1 ‘Barang-barang’ ertinya termasuklah <nama bekalan> seperti yang dinyatakan


di dalam Jadual 1 Perjanjian ini

1.2 ‘Bulan’ ertinya bulan kalendar Gregorian;

1.3 ‘Kerajaan’ ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuklah <Ketua Setiausaha/


Ketua Pengarah/ Ketua Agensi> atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa atau
dilantik olehnya secara bertulis;

1.4 ‘Pembekal’ ertinya <nama syarikat> termasuk waris, pentadbir, pengganti,


pemegang serah hak dan wakil yang diberikan kuasa dengan sewajarnya;

1.5 ‘Perjanjian’ ertinya <Nama Perolehan> termasuk apa-apa lampiran serta jadual
yang terkandung di dalamnya;

1.6 ‘Pembekalan’ termasuklah <Nama Perolehan> menurut FASAL 2 Perjanjian ini;

1.7 ‘Tempat Penghantaran / Penyimpanan’ ertinya lokasi yang dinyatakan seperti di


FASAL 32.1 (a) dan

1.8 ‘Tempoh Perjanjian’ ertinya tempoh kontrak menurut Fasal 6 Perjanjian ini.

4
FASAL 2 - SKOP PERJANJIAN

2.1 Pembekal hendaklah bertanggungjawab membekal dan menghantar Barang-


barang di lokasi yang dinyatakan mengikut spesifikasi, harga dan kuantiti, yang
ditentukan seperti Jadual 1 dan Jadual 2 <Nyatakan Jadual yang
bersesuaian> serta bertanggungjawab menggantikannya dengan stok yang
baru bagi setiap Barang - Barang yang rosak atau rendah kualiti.

2.2 Semua Barang-barang yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini mestilah produk
baru, tulen dan belum pernah digunakan kecuali bagi maksud ujian mutu.

2.3 Selain daripada kuantiti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. Pembekal
sekiranya dikehendaki oleh Kerajaan membekal kuantiti tambahan dengan harga
yang sama kepada tempat atau tempat-tempat dan masa yang dikehendaki.

FASAL – 3 NILAI PERJANJIAN

3.1 Nilai Perjanjian ini ialah <Nilai Perjanjian dalam format nombor> (<nilai
perjanjian dalam format perkataan>) seperti di Jadual 2.

FASAL 4 - PEMBAYARAN

4.1 Pembekal hendaklah membuat tuntutan pembayaran selepas Kerajaan


menerima bekalan dengan menyertakan dokumen-dokumen berkaitan seperti
berikut:-
i) Invois yang lengkap dan teratur serta telah ditandatangani; dan

ii) Pengesahan oleh Kerajaan, bahawa pembekalan telah


disempurnakan oleh Pembekal.

5
4.2 Pembayaran akan dibuat di setiap peringkat setelah Pembekal membekal dan
menghantar sepenuhnya kuantiti yang dikehendaki di peringkat penghantaran
tersebut.

4.3 Pembayaran kepada Pembekal mengikut spesifikasi, harga, kuantiti dan perihal
yang dikehendaki. Pembayaran oleh Kerajaan tidak melepaskan Pembekal atas
tanggungjawab di bawah Fasal 16 dan lain-lain fasal yang berkaitan.

4.4 Pembayaran kepada Syarikat akan dikenakan caj kenaan (“charge”) sebanyak
0.4% bagi setiap setiap transaksi bayaran yang disempurnakan melalui Sistem
e-Perolehan. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma
dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem ePerolehan.

FASAL 5 – KENAIKAN HARGA

5.1 Pembekal tidak dibenarkan membuat permohonan untuk kenaikan harga dalam
tempoh Perjanjian ini berjalan.

FASAL 6 - TEMPOH PERJANJIAN

6.1 Tanpa mengambil kira tarikh Perjanjian ini ditandatangani, Perjanjian ini mula
berkuat kuasa pada <Tarikh Mula> hingga <tarikh tamat>. Tanpa mengambil
kira tempoh kuat kuasa Perjanjian ini, Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa
sehingga semua hak dan obligasi dipenuhi melainkan Perjanjian ini ditamatkan.

6.2 Permohonan bagi melanjutkan Perjanjian ini boleh dibuat secara bertulis oleh
mana – mana pihak kepada Perjanjian ini dua (2) bulan sebelum tamat

6
Perjanjian ini. Pelanjutan tempoh Perjanjian ini hanya boleh dibenarkan jika
dipersetujui secara bertulis di dalam bentuk pindaan kepada Perjanjian ini.

FASAL 7 – BON PELAKSANAAN

7.1 Pembekal hendaklah menyerahkan kepada Kerajaan selepas Surat Setuju


Terima Tawaran dikeluarkan, satu Bon Pelaksanaan yang bernilai <Nilai Bon
Pelaksanaan dalam format perkataan> (<Nilai Bon Pelaksanaan Dalam
Format Nombor> yang merupakan <kadar peratusan bon pelaksanaan dalam
format perkataan> (<kadar peratusan bon pelaksanaan dalam format
nombor>) dari nilai Perjanjian dalam bentuk jaminan bank yang tidak boleh
batal, yang dikeluarkan oleh sebuah bank yang didaftarkan di Malaysia. Tempoh
sah laku Bon Pelaksanaan tersebut hendaklah berkuat kuasa selama tempoh
Perjanjian sehingga dua belas (12) bulan selepas Perjanjian tamat atau
penghantaran Barang - Barang terakhir mengikut mana yang terkemudian.

7.2 Selain daripada remedi – remedi lain yang terkandung dalam Perjanjian ini,
Kerajaan sentiasa berhak untuk membuat apa-apa pemotongan wang terhadap
kesemua atau apa-apa bahagian wang yang terkumpul di dalam Bon
Pelaksanaan tersebut, pada bila – bila masa, jika sekiranya berlaku mana –
mana pelanggaran syarat – syarat Perjanjian oleh Pembekal.

7.3 Nilai Bon Pelaksanaan ini akan ditambah sekiranya Nilai Perjanjian ditambah.

7.4 Jika berlakunya apa – apa bayaran kepada Kerajaan ekoran dari tuntutan di
bawah klausa 7.2 di atas, Pembekal perlu menyerahkan kepada Kerajaan
sekuriti lanjutan dalam bentuk bon pelaksanaan tambahan atau bon – bon untuk
amaun tidak kurang dari amaun yang telah dibayar pada atau sebelum tarikh
pembayaran itu dibuat supaya jumlah amaun Bon Pelaksanaan adalah sentiasa
pada setiap masa berada pada nilai sebelumnya.

7
FASAL 8 – PERUBAHAN SPESIFIKASI, BENTUK DAN MODEL

8.1 Kerajaan berhak mengubah dari semasa ke semasa spesifikasi dan bentuk yang
terkandung dalam Jadual 1. Jika sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan
perubahan tentang harga Barang - Barang atau tentang tempoh yang
dikehendaki bagi pengeluaran Barang - Barang maka harga Perjanjian dan masa
penyerahan bagi Barang - Barang yang terlibat oleh perubahan itu hendaklah
dibuat dengan persetujuan kedua-dua pihak.

FASAL 9 – CONTOH BARANG – BARANG

9.1 Pembekal hendaklah, apabila diminta memberi dengan tiada apa-apa bayaran,
contoh bagi Barang-Barang yang akan dibekalkan untuk diuji atau dicerakin
dalam masa notis empat belas (14) hari. Selepas diuji atau dicerakin contoh
tersebut boleh disimpan oleh Kerajaan, Pembekal mestilah juga membenarkan
pegawai-pegawai yang disahkan oleh Kerajaan untuk bebas masuk bagi maksud
pemeriksaaan dalam waktu-waktu bekerja biasa ke tempat di mana Barang-
Barang sedang diperkilang atau disimpan.

FASAL 10 – BUNGKUSAN

10.1 Barang-Barang yang dibekalkan hendaklah dibungkus dengan sempurna


berdasarkan spesifikasi di dalam Jadual 2. Apa-apa kehilangan atau kerosakan
yang disebabkan oleh bungkusan-bungkusan yang tidak mencukupi atau cacat
hendaklah diganti oleh Pembekal atas perbelanjaan Pembekal.

8
FASAL 11 – PENYERAHAN

11.1 Barang-barang hendaklah diserahkan mengikut jadual penyerahan seperti di


Jadual 1.

11.2 Sebarang lanjutan kepada tempoh penyerahan di Jadual 1 hendaklah


dipersetujui oleh Kerajaan secara bertulis.

11.3 Kerajaan berhak ke atas penghantaran upon request yang munasabah dan bagi
kes-kes kecemasan. Peringkat penghantaran adalah seperti berikut:

i. Penghantaran kali pertama:


<tarikh atau tempoh penghantaran berbanding tarikh
Surat Setuju Terima Dikeluarkan>

ii. Penghantaran kali ke 2 atau seterusnya:


<tarikh/ tempoh penghantaran berbanding SST atau
penghantaran terdahulu>

11.4 Kerajaan adalah sentiasa berhak untuk menangguhkan atau mempercepatkan


jadual penghantaran tersebut bagi memenuhi keperluan semasa.

11.5 Pembekalan yang dibuat mesti dinyatakan <bentuk rekod bekalan, contoh:
nombor siri> yang dibekalkan di dalam Delivery Order (D.O).

11.6 Pembekalan yang dibuat mesti menyertakan <keperluan dokumen


tambahan bagi setiap penghantaran sekiranya berkenaan, sebagai contoh
bagi pembekalan toner, surat pengesahan sebagai pembekal kartrij, drum
dan toner yang sah (authorisation letter) daripada pihak pengeluar>.

9
11.7 <keperluan dokumen tambahan lain bagi setiap penghantaran sekiranya
berkenaan, sebagai contoh bagi pembekalan toner, Pembekalan setiap
jenis toner hendaklah dicatatkan bilangan muka surat yang boleh dicetak
dalam satu-satu masa>.

11.8 Pembekal hendaklah setiap kali penghantaran memberi satu perakuan


bertulis bahawa kualiti Barang-barang yang dihantar itu tidak kurang daripada
kualiti seperti yang dipersetujui.

FASAL 12 – PENERIMAAN ADALAH BERSYARAT

12.1 Walaupun Barang-barang telah diterima, Kerajaan adalah sentiasa berhak


menghantar contoh Barang-Barang itu bagi setiap kali penghantaran seperti di
Jadual 1 untuk ujian dan menolak semua penghantaran Barang-barang di bawah
Fasal 11 jika Barang-barang itu tidak menepati kualiti yang telah dipersetujui.

FASAL – 13 HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG ROSAK ATAU


RENDAH KUALITI

13.1 Bagi satu-satu pesanan, jika Pembekal telah menyerahkan Barang-barang yang
rosak atau rendah kualiti daripada spesifikasi yang dipersetujui Kerajaan boleh
sama ada:-

13.1.1 Menolak Barang-barang itu dan menamatkan Perjanjian ini dan oleh itu
Bon Pelaksanaan akan dirampas.

13.1.2 Menolak Barang-barang itu dan meminta mengganti Barang-Barang itu


yang mana hendaklah diserahkan dalam tempoh tiga (3) hari selepas
permintaan penggantian. Jika penggantian Barang-Barang itu tidak

10
diserahkan, Kerajaan boleh membeli Barang-Barang yang dikehendaki itu
daripada punca-punca lain dengan syarat, jika kos bagi memperolehi
Barang-Barang daripada punca lain itu melebihi harga seperti di dalam
Jadual 2, Pembekal boleh dikehendaki membayar amaun yang lebih itu
sebagai pampasan kepada Kerajaan.

13.2 Bagi satu-satu pesanan jika Pembekal telah menyerahkan Barang-Barang yang
rosak atau yang rendah kualitinya kepada Kerajaan dan Kerajaan tidak mungkin
menolak Barang-Barang itu oleh sebab Barang-Barang itu telah dipakai atau
digunakan sebelum diketahui rosak atau rendah kualitinya atau sebab Kerajaan
telah terpaksa kerana keadaan, menerima Barang-Barang itu, Kerajaan boleh
mengenakan denda sama banyak dengan nilai Barang-Barang yang dipesan itu.

13.3 Jika selepas Barang-Barang dihantar dan Kerajaan mendapati Barang-Barang


yang telah dibekalkan bukan produk baru dan tulen, Kerajaan boleh sama ada,
menyimpan atau menolak Barang-Barang yang dibekalkan dan menamatkan
Perjanjian dan Pembekal adalah bertanggungjawab membayar kepada Kerajaan
pampasan sebanyak nilai Barang-Barang yang dibekalkan tidak kira sama ada
Kerajaan menamatkan Perjanjian ini atau tidak.

FASAL 14 – HAK KERAJAAN APABILA BARANG-BARANG TERLEWAT


DISERAHKAN

14.1 Bagi Barang-barang yang terlewat diserahkan oleh Pembekal, Kerajaan boleh
sama ada:

14.1.1 Menolak Barang-Barang itu dan menamatkan Perjanjian ini dan oleh itu
Bon Pelaksanaan adalah dirampas.

11
14.1.2 Membeli Barang-Barang yang dikehendaki itu daripada punca-punca lain
dan menolak Barang-Barang yang dipesan daripada Pembekal. Bagi hal
yang sedemikian jika kos memperoleh Barang-Barang itu daripada punca-
punca lain melebihi harga dalam Perjanjian ini Pembekal boleh
dikehendaki membayar amaun yang lebih itu sebagai pampasan kepada
Kerajaan.

14.1.3 Setuju terima Barang-Barang itu dan mengenakan denda berdasarkan


kaedah pengiraan berikut :

Jumlah Nilai Per Penghantaran Yang Lewat x 1% x Bilangan Hari Yang


Lewat.

FASAL 15 – HAK KERAJAAN MEMBELI DI LUAR PERJANJIAN BAGI MAKSUD-


MAKSUD PERCUBAAN ATAU KEPERLUAN TERTENTU

15.1 Tanpa terikat dengan syarat-syarat yang tersebut dalam Perjanjian ini pihak
Kerajaan adalah berhak membeli Barang-Barang itu bagi maksud percubaan
yang tertentu, Barang-Barang yang serupa jenisnya dengan Barang-Barang
yang termasuk di bawah Perjanjian.

FASAL 16 – GANTI RUGI

16.1 Pembekal hendaklah menggantirugi Kerajaan daripada dan terhadap segala


bayaran tuntutan, belanja gantirosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan
yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas Kerajaan sebagai akibat
yang langsung atau tidak langsung dari perlanggaran syarat-starat Perjanjian ini
oleh Pembekal.

12
16.2 Pembekal hendaklah memberi gantirugi kepada Kerajaan terhadap apa -apa jua
tindakan tentang perlanggaran Surat Jaminan Khas atau Rekabentuk Berdaftar
(yang disiarkan pada tarikh Perjanjian ini) kerana menggunakan atau menjual
mana-mana juga barang atau bahan yang dibekalkan oleh Pembekal di bawah
Perjanjian ini dan terhadap segala belanja dan gantirosak yang Kerajaan
mungkin lakukan dalam sesuatu tindakan kerana perlanggaran itu atau yang
Kerajaan mungkin bertanggungjawab dalam sesuatu tindakan itu dengan syarat
sentiasanya gantirugi itu tidaklah dikenakan kepada apa-apa juga perlanggaran
yang disebabkan oleh Pembekal telah menurut rekabentuk atau arahan diberi
oleh Kerajaan.

FASAL 17 – REPRENSENTASI DAN WARANTI

17.1 Pembekal dengan ini memberi representasi dan waranti kepada Kerajaan
bahawa:

(a) ia adalah sebuah Perniagaan yang sah diwujudkan dan didaftarkan di


bawah undang-undang Malaysia.

(b) ia diberi kuasa Perniagaan untuk memasuki dan melaksanakan obligasi


Pembekal di bawah Perjanjian ini dan untuk memberikan / menjalankan
pembekalan sebagai yang termaktub di bawah Perjanjian ini;

(c) ia telah mengambil segala langkah-langkah perlu bagi mengesahkan


tindakan Perniagaan sewaktu memasuki dan pelaksanaan Perjanjian ini
dan untuk menjalankan segala transaksi dibawah Perjanjian ini;

(d) pada tarikh Perjanjian ini ditandatangani, tiada apa-apa pelaksanaan atau
transaksi di bawah Perjanjian ini yang melanggar peruntukan terutamanya
berkaitan:

13
i) dokumen atau Perjanjian yang mengikat syarikat Pembekal atau
asetnya;

(e) tiada litigasi, arbitrari, tuntutan cukai, pertikaian atau prosiding pentadbiran
yang sedang atau masih tertangguh atau dalam pengetahuan Pembekal,
yang boleh mengakibatkan kesan (adverse effect) atas Pembekal atau
kebolehan Pembekal untuk melaksanakan obligasi kewangan atau
obligasi lain di bawah Perjanjian ini;

(f) Perjanjian ini adalah satu obligasi Pembekal menurut undang-undang, sah
dan mengikat Pembekal dan dikuatkuasakan menurut terma dan syarat-
syarat Perjanjian;

(g) Pembekal mempunyai keupayaan Kewangan dan Teknikal untuk


menjalankan kerja-kerja di bawah Perjanjian ini;

(h) Tidak dalam apa cara sekalipun pada bila-bila masa menjejaskan atau
melanggar apa-apa undang-undang berkaitan hakcipta, paten atau
rekabentuk berdaftar.

17.2 Pembekal dengan ini mengaku bahawa Kerajaan telah memasuki Perjanjian ini
berdasarkan representasi dan waranti Pembekal seperti dinyatakan di sini.

FASAL 18 – OBLIGASI PIHAK - PIHAK

18.1 Obligasi Dan Tugas Umum

18.1.1 Pembekal hendaklah:

14
(a) memberi jaminan bahawa Barang-Barang yang dibekalkan di
bawah Perjanjian ini adalah produk baru, tulen dan belum pernah
digunakan kecuali bagi maksud ujian mutu. Memberi jaminan
Barang-Barang sepanjang tempoh Perjanjian berkuat kuasa;

(b) melaksanakan pembekalan dan obligasi-obligasi sepertimana yang


ditetapkan;

(c) menjalankan pembekalan mengikut proses kerja yang betul dan


menurut sistem pengurusan yang baik demi kepentingan Kerajaan
dan mematuhi segala Undang-Undang sedia ada;

(d) menjalankan pembekalan dan mengambil segala langkah-langkah


yang perlu untuk memastikan pembekalan tersebut mematuhi
Perjanjian ini;

(e) menjalankan pembekalan dan melaksanakan obligasi-obligasinya


seperti dikehendaki di bawah Perjanjian ini dengan tindakan dan
keputusan profesional, kemahiran yang perlu, berhemah dan
berhati-hati. Di dalam melaksanakan pembekalan di bawah
Perjanjian ini, Pembekal hendaklah memperuntukan segala
keperluan yang wajar termasuk laporan untuk tujuan koordinasi;

(f) memastikan dan melindungi kepentingan Kerajaan berkaitan


Perjanjian ini dan mengambil segala langkah-langkah perlu untuk
menghalang salah guna atau penggunaan tidak ekonomik atau
kemudahan-kemudahan lain sekiranya ada yang disediakan oleh
Kerajaan kepada Pembekal;

(g) memaklumkan kepada Kerajaan dengan serta-merta secara


bertulis atas apa-apa faktor kejadian atau perkara, yang boleh

15
menjejaskan pembekalan. Makluman tersebut bukanlah
merupakan pelepasan obligasi Pembekal di bawah Perjanjian ini;
dan

(h) sepanjang tempoh kontrak, Pembekal hendaklah memastikan


bahawa Barang-barang sentiasa berkeadaan baik dan boleh
digunakan secara berterusan dengan baik dan memuaskan
Kerajaan.

18.1.2 Selain obligasi dan tugas umum, Pembekal hendaklah:

a) menyediakan dan memastikan sepanjang tempoh Perjanjian


jumlah kakitangan mencukupi yang diperlukan untuk melaksanakan
pembekalan di bawah Perjanjian ini; dan

b) memastikan semua rekod-rekod berkaitan pembekalan di bawah


Perjanjian ini disimpan pada setiap masa dan pada masa-masa
yang munasabah boleh diperiksa oleh Kerajaan.

18.2 Obligasi Kerajaan

18.2.1 Kerajaan hendaklah memaklumkan kepada Pembekal sekiranya terdapat


apa-apa perubahan yang melibatkan Perjanjian ini.

FASAL 19 – PENYERAHHAKKAN ATAU KONTRAK KECIL

19.1 Pembekal tidak boleh menyerahhak atau membuat atau memberi subkontrak
terhadap Perjanjian ini atau apa-apa bahagiannya atau
mempertanggungjawabkan apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar
atau yang telah genap masanya dibayar di bawah Perjanjian ini, dengan

16
tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.
Jikalau Perjanjian ini atau mana-mana bahagian daripadanya dibuat
subkontrak dengan kebenaran bertulis oleh Kerajaan, Pembekal hendaklah
secara terus bertanggungjawab secara sendiri dan peribadi bagi
memastikan bahawa Perjanjian ini yang diberikan subkontrak itu mematuhi
syarat-syarat dan terma-terma di dalam Perjanjian ini. Pembekal hendaklah
menanggung rugi Kerajaan dan sentiasa menanggung rugi Kerajaan akibat
daripada apa-apa tuntutan atau pampasan yang timbul di bawah fasal ini.

FASAL 20 – PERUBAHAN TEMPAT PENGHANTARAN / PENYIMPANAN

20.1 Kerajaan akan memaklumkan kepada Pembekal jika berlakunya sebarang


perubahan tempat penghantaran Barang-barang dan pihak Pembekal
hendaklah menanggung segala Kos Penghantaran dan sekiranya berlaku
sebarang perubahan Tempat Penghantaran Barang-Barang;

20.2 Pembekal hendaklah dalam apa jua keadaan memaklumkan kepada Kerajaan
dalam masa dua (2) hari sebelum penghantaran Barang-barang dihantar di mana
segala kos penyediaan Tempat Penghantaran / Penyimpanan Barang-barang
akan ditanggung oleh Kerajaan;

20.3 Jika berlaku sebarang kesulitan di dalam menyediakan Tempat Penghantaran /


Penyimpanan tersebut, Kerajaan hendaklah memberitahu pihak Pembekal
terlebih dahulu agar tarikh penghantaran/penyimpanan Barang-barang dapat
diubah kepada masa yang lebih sesuai dan Fasal 20.2 hendaklah terpakai ke
atas Pembekal; dan
20.4 Pembekal hendaklah menyerahkan Barang-Barang menurut spesifikasi dan
kuantiti di bawah Jadual 1 dan 2.

17
FASAL 21 – JAMINAN PEMBEKAL

21.1 Pembekal dikehendaki memberi jaminan kepada tiap-tiap Barang-Barang yang


dibekalkan olehnya adalah dalam keadaan baik dan tidak cacat selama
tempoh Perjanjian;

21.2 Pembekal hendaklah memastikan tempoh hayat Barang-Barang yang


dibekalkan berada dalam keadaan baik sebagaimana yang dinyatakan di dalam
spesifikasi di bawah Jadual 1 sah sehingga 1 tahun pada masa penghantaran.
Segala kos penggantian akibat daripada kegagalan / kerosakan Barang-Barang
berfungsi hendaklah ditanggung oleh Pembekal

21.2 Semua penggantian hendaklah dibekalkan dalam tempoh masa tiga (33)
hari bekerja daripada tarikh diberitahu tentang kerosakkan Barang-Barang.
Barang-Barang yang diganti mestilah Barang-Barang yang tulen dan baru.
Sekiranya Pembekal tidak mengambil tindakan untuk menggantikan Barang-
barang berkenaan dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja, Kerajaan
dibenarkan mendapatkan Barang-Barang daripada sumber lain yang kos
pembelian tersebut adalah setara dengan nilai Perjanjian dan kos
hendaklah ditanggung oleh Pembekal.

FASAL 22 – PEMERIKSAAN REKOD-REKOD

22.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak untuk memeriksa pada bila-bila masa, rekod-
rekod Pembekal berkaitan pembekalan yang telah dilaksanakan.

18
FASAL 23 – PAMPASAN

23.1 Pembekal hendaklah memberi pampasan kepada Kerajaan terhadap segala


bayaran, tuntutan, belanja, ganti rosak, tanggungan, kerugian dan perbicaraan
yang mungkin ditanggung oleh atau dikenakan ke atas kerajaan sebagai akibat
yang langsung dari pelanggaran Perjanjian ini oleh Pembekal. Jika bilangan
Pembekal itu dua atau lebih daripada dua orang, maka tanggungan bagi mereka
itu di bawah Perjanjian ini hendaklah disifatkan sebagai bersesama dan masing-
masing.

FASAL 24 - IKLAN

24.1 Tiada iklan mengenai Perjanjian ini boleh disiarkan di dalam mana-mana akhbar,
majalah atau apa-apa alat media yang lain melainkan pengiklanan itu terlebih
dahulu memperoleh kelulusan bertulis Kerajaan.

FASAL 25- FORCE MAJEURE

25.1 Pembekal dan Kerajaan adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang


ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan Perjanjian ini, jika ketinggalan
atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan Force Majeure. Dalam
keadaan ini, yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat
menyempurnakan Perjanjian ini, Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan
persetujuan Pihak-Pihak tanpa apa-apa pampasan. Kejadian Force Majeure
hendaklah bermaksud:

(a) peperangan (sama ada ia diisytiharkan atau tidak), pertempuran,


penaklukan atau tindakan oleh musuh-musuh asing;

19
(b) pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara atau tindakan
pengganas;

(c) bencana alam termasuk, tetapi tidak terhad kepada gempa bumi, banjir,
kebakaran spontan bawah tanah, ombak besar atau apa-apa bencana
alam yang secara munasabahnya seseorang yang berpengalaman tidak
dijangka dapat mengambil langkah berjaga-jaga;

(d) letupan nuklear, pencemaran radioaktif atau bahan-kimia atau radiasi;

(e) tekanan gelombang yang disebabkan oleh kapal terbang atau apa-apa
peranti aerial yang bergerak dalam kelajuan sonik atau supersonik;

(f) rusuhan, kekecohan atau kekacauan awam; atau

(g) sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang lain yang di luar kawalan mana-
mana Pihak.

25.2 Walau bagaimanapun Force Majeure adalah tidak temasuk kemerosotan


ekonomi, dana yang tidak mencukupi atau masalah kewangan di Pihak Syarikat
dalam menjalankan tanggungjawab di bawah perjanjian ini. Jika berlaku sesuatu
kejadian Force Majeure yang menyebabkan mana-mana Pihak tidak dapat
melaksanakan apa-apa obligasinya di bawah Perjanjian ini (atau mana-mana
bahagian daripadanya) yang terjejas akibat daripada kejadian Force Majeure
tersebut, Pihak tersebut hendaklah dengan serta merta memaklumkan akan
kejadian Force tersebut kepada Pihak yang satu lagi dan diikuti dengan butir-
butir terperinci mengenai kejadian Force Majeure dan kesannya kepada
pelaksanaan Perjanjian ini.

20
25.3 Mana-mana Pihak tidak boleh menggunakan mana-mana peruntukan dalam
klausa ini jika Pihak-Pihak telah memutuskan secara munasabah bahawa satu
kejadian Force Majeure tidak berlaku.

25.4 Pembekal hendaklah membuktikan bahawa kejadian Force Majeure betul-betul


berlaku sebelum Pembekal dapat melepaskan tanggungjawab mengikut klausa
25.1.

25.5 Jika Perjanjian ini ditamatkan di bawah klausa 25.1 di atas, semua hak dan
obligasi Pihak-Pihak di bawah Perjanjian ini hendaklah terhenti dan mana-mana
Pihak tidak boleh membuat apa-apa tuntutan terhadap Pihak yang satu lagi dan
masing-masing tidak bertanggungan terhadap satu sama lain melainkan
berkaitan apa-apa hak dan liabiliti yang terakru sebelum berlakunya kejadian
Force Majeure tersebut.

25.6 Bagi mengelakkan apa-apa keraguan, Pihak-Pihak kepada Perjanjian ini


hendaklah terus melaksanakan obligasi masing-masing di bawah Perjanjian ini
yang tidak terjejas, tertangguh atau terganggu oleh kejadian Force Majeure dan
obligasi berkenaan hendaklah terus berkuat kuasa sementara menunggu
pelaksanaan peruntukan klausa ini.

FASAL 26 – PENAMATAN PERJANJIAN

26.1 Tanpa prejudis atas hak atau apa-apa remedi yang boleh diambil Kerajaan ke
atas Pembekal, Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa
dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari kepada Pembekal untuk
menamatkan Perjanjian ini dalam keadaan- keadaan berikut jika:

(a) Pembekal melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang


terdapat dalam Perjanjian ini;

21
(b) Prosiding penggulungan telah dimulakan di Mahkamah ke atas
Kontraktor Pembekal atau satu Perintah Penggulungan telah
dikeluarkan oleh Mahkamah;

(c) Satu resolusi yang sah telah diluluskan oleh Pembekal untuk tujuan
penggulungan syarikat (kecuali untuk tujuan penyusunan atau
penyatuan dengan kebenaran bertulis Kerajaan);

(d) Pembekal mengalami likuidasi atau memasuki perkiraan atau


perundingan dengan pemiutang-pemiutang; atau

(e) Prosiding distress atau lain-lain bentuk prosiding dilaksanakan ke atas


Pembekal dan tidak diselesaikan atau tidak mendapat pelepasan dan
tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh prosiding tersebut
dilaksanakan.

26.2 Penamatan hendaklah berkuatkuasa selepas luput tempoh yang diberikan


dalam notis kepada Pembekal.

26.3 Tanpa prejudis kepada Fasal 26.2 di atas dan apa-apa hak untuk mendapatkan
remedi yang boleh diambil Kerajaan ke atas Pembekal, Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian sekiranya Pembekal melakukan pelanggaran terhadap
perkara-perkara berikut jika;

(a) tanpa alasan munasabah telah menangguhkan pembekalan yang


dijalankan; atau

(b) gagal untuk melaksanakan pembekalan secara biasa dan dengan


berhati-hati mengikut obligasi di bawah Perjanjian ini.

22
26.4 Penamatan Atas Keselamatan Negara

(a) tanpa mengambilkira peruntukan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan


berhak menamatkan Perjanjian ini jika penamatan adalah perlu demi
kepentingan negara, untuk keselamatan negara atau untuk tujuan
polisi Kerajaan atau polisi awam; dan

(b) apabila berlaku penamatan di bawah Fasal 26.4 (a), Pembekal berhak
mendapatkan pampasan yang ditentukan oleh auditor bebas yang
dilantik oleh Kerajaan selepas berunding dengan Pembekal.

26.5 Untuk tujuan Fasal ini, maksud kepentingan negara, ‘Keselamatan Negara’
‘Polisi Kerajaan’ dan ‘Polisi Awam’ adalah diputuskan dan ditentukan oleh auditor
bebas yang dilantik oleh Kerajaan selepas berunding dengan Pembekal;

26.6 Apabila penamatan telah dikuatkuasakan, maka Pembekal hendaklah:

i. mengemukakan kepada Kerajaan satu laporan lengkap berkaitan


pembekalan yang telah dijalankan dan kos serta perbelanjaan
sebelum penamatan Perjanjian untuk tujuan pengesahan dan
kelulusan oleh kerajaan; dan

ii. membuat bayaran gantirugi atas tuntutan Kerajaan kepada Pembekal.

26.7 Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Perjanjian ini tidak menyentuh
hak-hak Kerajaan yang lain, jika ada untuk mendapatkan balik apa-apa ganti rugi
atau pampasan di bawah Perjanjian ini.

26.8 Walau apa pun peruntukan Fasal 26.1, Kerajaan boleh, pada bila-bila masa
menamatkan Perjanjian ini dengan memberi tiga puluh (30) hari notis kepada
Pembekal.

23
FASAL 27 – DUTI SETEM, BAYARAN GUAMAN DAN BAYARAN SAMPINGAN

27.1 Apa-apa setem, bayaran guaman dan bayaran sampingan yang harus dibayar
berkenaan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh Pembekal.

FASAL 28 – PINDAAN-PINDAAN

28.1 Sebarang pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat
secara bertulis dan disahkan oleh kedua-dua pihak melalui Perjanjian Tambahan
yang merujuk secara khusus kepada Perjanjian dan ditandatangani oleh kedua-
dua pihak.

FASAL 29 - INDEMNITI

29.1 Kerajaan tidak akan menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa ganti rugi atau
pampasan kepada sesiapa yang berada dalam penggajian Pembekal atau
sesiapa lain mengakibatkan kerosakan kepada harta benda seseorang atau
kecederaan, maut atau tidak atau kerugian yang dihadapi itu berakibat dari
mana-mana tindakan atau keingkaran Kerajaan, pekerja-pekerjanya atau
agennya yang mana Kerajaan akan dijadikan bertanggungan dari segi Undang-
Undang;

29.2 Pembekal hendaklah mengindemniti dan menanggung rugi Kerajaan berkaitan


dengan tuntutan-tuntutan terhadap Kerajaan bagi kecederaan atau kerugian
yang dihadapi oleh pekerjanya, agen-agennya atau pembekal-pembekal kecil
yang diberi kuasa atau sebarang keadaan yang di bawah kawalannya; dan
29.3 Pembekal hendaklah mengindemniti dan menanggung rugi Kerajaan terhadap
apa-apa tuntutan atas perlanggaran mana-mana undang-undang berkaitan hak

24
cipta, paten atau rekabentuk berdaftar akibat penggunaan Barang-barang di
bawah Perjanjian ini.

FASAL 30 – PENEPIAN HAK

30.1 Kegagalan Kerajaan dan / atau Pembekal menjalankan atau menguatkuasakan


mana–mana hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini pada bila–bila
masa tidak akan terjumlah kepada suatu penepian hak, remedi atau peruntukan
tersebut melainkan ianya telah dibuat secara bertulis terlebih dahulu oleh suatu
pihak yang lain.

30.2 Sebarang penepian hak, remedi atau peruntukan di bawah Perjanjian ini oleh
Kerajaan hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dipersetujui dan
ditandatangani oleh Kerajaan.

30.3 Sebarang penepian hak di pihak Kontraktor di bawah Perjanjian ini hendaklah
dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak Pembekal.

FASAL 31 – MERAHSIAKAN MAKLUMAT

31.1 Pembekal di dalam melaksanakan pembekalan tersebut hendaklah pada setiap


masa mematuhi peruntukan-peruntukan tersebut :

(a) tidak boleh menggunakan kebenaran yang diberikan kepadanya,


ejennya dan pekerjanya di bawah Perjanjian, bagi mendapatkan
sesuatu benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan
tugas atau Tempat Penghantaran / Penyimpanan tersebut dibuat;

25
(b) Suatu benda, suratan atau maklumat rasmi yang berkaitan dengan
sebab kewajipannya sebagai tersebut hendaklah dikawal dan dijaga
keselamatan atau kerahsian benda, suratan atau maklumat rasmi itu;

(c) tanpa kebenaran yang sah, tidak boleh membantu atau membenarkan
seseorang lain memiliki sebarang benda, suratan atau maklumat rasmi
yang berkaitan dengan tugas atau Tempat Penghantaran /
Penyimpanan dibuat;

(d) jika dapat memiliki sesuatu benda atau suratan rasmi sama ada
dengan menjumpainya atau dengan serta merta menyerahkan kepada
pegawai awam yang bertugas di pejabat di mana Barang-barang
ditempatkan; dan

(e) tanpa kuasa yang sah, tidak boleh memiliki sesuatu anak kunci,
lencana, alat, acuan, meteri atau cop yang berkaitan dengan tempat
dimana pembekalan telah, sedang dan akan diadakan.

31.2 Kegagalan mematuhi kehendak peruntukan-peruntukan di bawah para 31.1,


Pembekal boleh didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan / atau
ditamatkan Perjanjian ini dan didakwa; dan

31.3 Pembekal tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana pihak apa-apa maklumat
yang ditemuinya atau yang dizahirkan kepadanya bagi maksud pelaksanaan
Perjanjian ini di antara kedua-dua pihak.

26
FASAL 32 – NOTIS / SURAT MENYURAT

32.1 Semua notis atau surat menyurat yang dikehendaki ini hendaklah diberi secara
bertulis dan dialamatkan kepada alamat seperti dibawah.

(a) bagi pihak Kerajaan


<Alamat Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan/ Ketua
Agensi>

No Tel : <Nombor Telefon Pihak Kerajaan>


No faks : <Nombor Faks Pihak Kerajaan>

(b) bagi pihak PEMBEKAL

<Alamat Syarikat>

No. Tel : <Nombor Telefon Syarikat>


No. Faks : <Nombor Faks Syarikat>

32.2 Bagi maksud Fasal 32.1, notis ini hendaklah menjadi penyampaian yang cukup
dan disifatkan telah diterima jika dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang
dinyatakan dalam Fasal 32.1; dan

32.3 Sebarang perubahan alamat dan pertukaran entiti Pembekal hendaklah


dimaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis dalam tempoh empat belas (14)
hari perubahan pertukaran tersebut.

27
FASAL 33- UNDANG-UNDANG

33.1 Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-Undang
Malaysia.

FASAL 34 – PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

34.1 Pihak-pihak pada Perjanjian ini bersetuju untuk mematuhi semua undang-
undang bertulis yang berkuatkuasa dan terpakai ke atas pembekalan ini dari
semasa ke semasa.

FASAL 35 - MASA

35.1 Masa hendaklah menjadi inti pati Perjanjian ini.

FASAL 36 – IKATAN PERJANJIAN

36.1 Perjanjian ini hendaklah mengikut agen-agen, wasi-wasi, pentadbir-pentadbir,


pengganti-pengganti dan penamaan pindah milik syarikat Pembekal.

FASAL 37 – TIMBANG TARA

37.1 Kerajaan dan Pembekal hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang


mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini melalui proses
rundingan.

28
37.2 Apa-apa pertikaian yang terbit antara Kerajaan dengan Pembekal mengenai
penafsiran, pengertian atau kuat kuasa perjanjian atau hak tanggungan pihak-
pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau berhubung
dengannya yang tidak boleh diselesaikan secara rundingan bolehlah dirujuk dan
diputuskan oleh seorang penimbang tara yang dilantik dengan persetujuan
kedua-dua pihak atau oleh Pengarah, Pusat Timbang Tara Serantau Kuala
Lumpur (“Pusat itu”). Apa-apa rujukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai
pengemukaan kepada penimbang tara mengikut Akta Timbang Tara 2005.

37.3 Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan di Pusat itu dengan menggunakan
segala peralatan dan kemudahan di Pusat itu dan segala peraturan timbang tara
yang dipakai di Pusat itu hendaklah terpakai.

37.4 Keputusan penimbang tara hendaklah mengikat kedua-dua Pihak.

FASAL 38 - PENAMATAN DISEBABKAN RASUAH ATAU AKTIVITI YANG


MENYALAHI UNDANG-UNDANG

38.1 Penamatan

(a) Tanpa menjejaskan hak – hak Kerajaan yang lain, sekiranya Pembekal,
kakitangannya atau seorang yang diambil bekerja olehnya disabitkan oleh
mahkamah atas kesalahan terlibat dengan rasuah atau aktiviti tidak sah
dan menyalahi undang - undang berhubung dengan Perjanjian ini atau
apa-apa perjanjian lain yang dimasuki oleh Pembekal dengan Kerajaan,
Kerajaan berhak untuk menamatkan Perjanjian in pada bila-bila masa,
dengan memberikan notis bertulis kepada Pembekal yang akan
berkuatkuasa serta merta.

29
38.2 Akibat daripada Penamatan

(a) Atas penamatan tersebut, Kerajaan berhak ke atas semua kehilangan,


kos, ganti rugi dan perbelanjaan (termasuk kos dan perbelanjaan tidak
langsung) yang ditanggung oleh Kerajaan akibat dari penamatan tersebut

(b) Bagi mengelakkan keraguan atau was-was, Pihak – Pihak di dalam


Perjanjian ini bersetuju bahawa Pembekal tidak mempunyai hak untuk
mendapatkan balik apa-apa ganti rugi termasuk kehilangan keuntungan,
pampasan, tuntutan atau apa-apa gantirugi lain setelah Perjanjian ini
ditamatkan.

FASAL 39 – PENOLAKAN (‘SET OFF’)

39.1 Sekiranya Pembekal didapati berhutang apa –apa wang kepada Kerajaan di
bawah Perjanjian ini, maka Kerajaan sentiasa berhak membuat potongan apa-
apa jumlah wang tersebut daripada apa-apa wang yang kena dibayar oleh
Kerajaan kepada Pembekal sama ada di bawah Perjanjian ini dan atau mana-
mana Perjanjian lain di antara Kerajaan dan Pembekal. Sekiranya jumlah yang
kena dibayar oleh Kerajaan kepada Pembekal itu tidak mencukupi bagi
menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan berhak menuntut baki wang itu terus
daripada Pembekal dan Pembekal hendaklah membuat pembayaran kepada
Kerajaan tiga puluh (30) hari dari tarikh tuntutan itu. Sekiranya Pembekal gagal
untuk membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka Kerajaan berhak
membuat pemotongan sejumlah wang tersebut dari mana-mana perjanjian lain
yang telah dimasuki di antara Kerajaan dan Pembekal.

30
39.2 Dalam keadaan dimana Kerajaan menolak apa-apa wang di bawah Perjanjian ini
sebagai senolakan (‘set off’) sesuatu amaun yang masih belum dibayar kepada
Kerajaan oleh Pembekal di bawah perjanjian lain yang mana Pembekal telah
memasuki dengannya, Pihak – Pihak dengan ini bersetuju bahawa amaun
tersebut yang ditolak dibawah Perjanjian ini hendaklah disifatkan telah dibayar di
bawah Perjanjian ini kepada Pembekal dan hendaklah diakui terima sebagai
suatu pelepasan yang lengkap dan sah (full and valid discharge) bagi amaun
tersebut apabila mana amaun itu kena dibayar di bawah Perjanjian ini.

39.3 Kerajaan boleh memotong apa-apa yang kena bayar oleh Pembekal sama ada
sebagai denda atau pampasan daripada apa-apa wang yang Kerajaan
berhutang kepada Pembekal, Jika wang yang Kerajaan terhutang kepada
Pembekal. Jika wang yang Kerajaan terhutang kepada Pembekal itu tidak
mencukupi bagi menampung tuntutan, Kerajaan boleh menuntut baki wang itu
daripada Pembekal dan Pembekal hendaklah membuat pembayaran dengan
segera selepas sahaja menerima tuntutan itu.

(Bahagian bawah muka surat ini sengaja ditinggalkan kosong)

31
PADA MENYAKSIKAN PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS, maka pihak yang
tersebut dalam Perjanjian ini menurunkan di sini tandatangan dan meterai mereka
masing-masing pada hari dan tahun yang tertulis di atas.

Ditandatangani bagi pihak KERAJAAN MALAYSIA


Oleh :

Nama : ……………………………..)
Jawatan : ……………………………..) …………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………..) Tandatangan

Dihadapan

Nama : ……………………………..)
Jawatan : ……………………………..) …………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………..) Tandatangan Saksi

Ditandatangani bagi pihak PEMBEKAL


Oleh :

Nama : ……………………………..)
Jawatan : ……………………………..) …………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………..) Tandatangan

Dihadapan :

Nama : ……………………………..)
Jawatan : ……………………………..) …………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………..) Tandatangan Saksi

32
Jadual 1

33
Jadual 2

34

You might also like