You are on page 1of 22
1.0 2.0 si: ak Bon KN JENIS-JENIS HAKMILIK DI BAWAH KTN PENDAHULUAN Hekmilik tanah adalah menunjukkan bukti Kepunyaan seseorang yang mendakwa sebidang tanah itu miliknya, dan tercatat namanya di dalam hakmilik tersebut. Pentingnya hakmilik adalah ditegaskan di bawah seksyen 78 KTN di mana hakmilik yang tidak didaftarkan tanah itu masih fagi menjadi tanah kerajaan, walaupun pemberimilikan telah diluluskan. Hakmilik adalah menggambarkan perihal tanah, tempat, luas, kedudukan, sempadan-sempadan, tuanpunya dan apa-apa kepentingan lain yang wujud ke atas tanah berkenaan. Di bawah KTN terdapat perkara-perkara yang menentukan jenis hakmilik iaitu:- i) Tempat ~ samada tanah tersebut terletak di Bandar, Pekan atau Desa ji) Keluasdn - samada keluasannya lebih atau kurang dari 4 hektar (10 ekar ); iii) Tempoh pegangan - samada tanah itu diberi milik selama-lama atau untuk satu tempoh. HAKMILIK DI PEJABAT PENDAFTAR (PHM) DAN HAKMILIK DI PEJABAT TANAH (PT) : Hakmilik di Pejabat Pendaftar didaftarkan bagi tanah-tanah seperti berikut:- i) Tanah Bandar; ii) Tanah Pekan; ji) Tanah Desa yang luasnya lebih dari 4 hektar; iv) Tanah tepi pantai atau dasar laut; v) Tanah Desa yang kurang dari 4 hektar tetapi pada pandangan PBN perlu dikeluarkan FotalanPrgrsan dr Perndpin xoh sa 3.0 3.1 32 33 hee i Boman Hakmilik di Pejabat Tanah bagi tanah-tanah yang didaftarkan seperti berikut:- i) Tanah Desa yang luasnya kurang daripada 4 hektar. ii) Tanah yang diluluskan di bawah Akta Tanah Petempatan Berkelompok (GSA) 1960. JENIS-JENIS HAKMILIK DI BAWAH KTN Hakmilik Sementara Tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus mengikut peruntukan KTN. Hakmilik Sementara Pejabat Pendaftar dalam Borang 11A dan Hakmilik Pejabat Tanah dalam Borang 11B Hakmilik Tetap Apabila sesuatu tanah telah diukur halus dan keluasannya muktamad telah ditentukan. Hakmilik Tetap Pejabat Pendaftar terdapat dua jenis, iaitu:~ )) Geran (Borang 5B) bagi tanah yang diberi milik untuk selama-tama; ili) Pajakan Negeri (Borang 5C), bagi tanah yang diberi milik untuk satu tempoh. Hakmilik Tetap Pejabat Tanah pula, terdapat dua jenis iait )) Geran Mukim (Borang 5D), bagi tanah yang diberi milik selama- lama; ji) Pajakan Mukim (Borang 5E), bagi tanah yang diberi milik untuk satu tempoh. Hakmilik Di Bawah Undang-Undang Tanah Terdahulu Bagi tanah-tanah yang dipegang di bawah hakmilik yang dikeluarkan mengikut undang-undang tanah terdahulu iaitu sebelum KTN (1966), 2 Schon Pensa den Perandangn Th STON 3.4 Ske abi Bch masih terus digunakan sehingga ianya disambung atau diganti dengan hakmilik di bawah KTN atau dibatalkan oleh sebab-sebab tertentu. Sek. 160 Contoh:- Pejabat Pendaftar - CT (Certificate of Tile), Grant, State Lease, Lease For Agriculture Land Pejabat Tanah = - EMR (Entry in The Mukim Register) Hakmilik Sambungan Wujudnya hakmilik sambungan bila keadaan di mana hakmilik perlu disambung:- 3.4.1. Hakmilik Tetap i) Pendaftar/PT memutuskan bahawa DHD telah penuh ruang atau fizikalnya tidak boleh digunakan lagi; ii) DHK telah penuh atau keadaan fizikalnya tidak boleh digunakan lagi; iii) terdapat permohonan DHK hilang / musnah; DHK tidak diambil oleh tuan tanah (Notis borang 2B); iv) berlaku penyerahan sebahagian tanah di bawah Sek.202(3) atau pengukuran semula (Sek.354); Vv) apabila sebahagian tanah telah menjadi dasar_sungai atau laut oleh kemeraanya; vi) _apabila terdapat dua lot bagi satu hakmilik; vii) sebahagian tanah telah diambil balik mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah 1960; vil) Pendaftar / PT mendapati hakmilik berbilang muka periu didaftarkan; ‘hajioePxgrn dx Perla Toh cy 3.4. & 3.4.3 es drs aii Bah ix) apabila daerah baru diwujudkan dan hakmilik berkenaan termasuk dalam daerah baru. Hakmilik Sementara i) -Pendaftar / PT mendapati DHK telah penuh ruangan atau keadaan fizikalnya tidak boleh digunakan lagi ji) Apabila notis borang 2B dikeluarkan kepada tuan tanah tetapi tidak dihiraukan; lil) Apabila wujud daerah baru dan hakmilik berkenaan termasuk; iv) Apabila wujud daerah baru dan hakmilik berkenaan termasuk; v) _ Permohonan kerana DHK hilang vi) Pendaftar/PT mendapati hakmilik berbilang muka peru didaftarkan. Hakmilik Sambungan Berkaitan Dengan Pengujudan Daerah Baru i) Peruntukan Seksyen 11 (ca), PBN boleh mengubah atau meminda sempadan mana-mana Daerah, Daerah Kecil, Pekan, Bandar atau Mukim. ii) Pentadbir Tanah Daerah Baru hendaklah membuat catatan di dalam DHK dan DHD tanah yang termasuk, seperti berikut:- “Hakmilik ini menjadi hakmilik daerah baru. daerah baru) yang diwartakan melalui P.U. No...... warta kerajaan, i cece lDeseseecee Qe see cee DORALIIN ccc... PT Daerah * lil) Pentadbir Tanah Derah baru hendaklah secepat mungkin memberi tahu tuan tanah yang terlibat(notis 28) supaya mengemukakan DHK, catatan yang sama seperti di dalam DHD hendaklah dibuat dalam DHK berkenaan 4 Solan Pxgurasdn Perdana Tah BSH 3.44 3.4.5 ht Ji ai av KN iii) Hakmilik sambungan hendaklah mengikut siri nombor yang baru mengikut daerah baru yang berkenaan. Hakmilik ini akan disimpan di Pejabat Tanah Daerah Baru, Hakmilik asal yang dibatalkan disimpan di Pejabat Tanah asal, iv) Hakmilik Pejabat Pendaftar yang terlibat ke dalam daerah baru, pendaftar tidak perlu mendaftarkan hakmilik ssambungan. Memadai dengan membuat catatan di dalam DHD dan DHK. vy) Semasa tempoh peralihan, iaitu sebelum hakmilik sambungan didaftarkan, semua ingatan, kemasukan, catatan dan “endorsement” yang berkaitan dan perkara- perkara lain hendaklah dibuat di dalam DHD yang disimpan di Pejabat Tanah asal oleh PT Pejabat Tanah Baru. Hakmilik Sambungan Berbilang Muka i) Hakmilik berbilang muka ialah hakmilik yang didaftar sambungan dari hakmilik yang sedia ada yang ruangnya tidak mencukupi untuk dibuat catatan yang banyak. Hakmilik berbilang muka didaftarkan bila Pendaftar / PT memikirkan peru apabila didapati hakmilik berkenaan terlibat dengan urusan yang banyak. Hakmilik-hakmilik Sambungan Yang lain. Terdapat sedikit perbezaan hakmilik sambungan ini dari yang telah diterangkan, bagaimana pun cara penyediaan dan pendaftarannya adalah sama. Hakmilik sambungan ini adalah dari hakmilik tetap kepada hakmilk sementara, iaitu selepas kelulusan pecah sempadan, pecah bahagian dan penyatuan tanah. Sek. 186 Hakmilik sambungan dari hakmilik Sementara kepada hakmilik tetap iaitu selepas tanah yang dipegang di bawah hakmilik sementara diukur halus dan didaftarkan hakmilik tetap. Sek 190 5 Baoan Pesan dinPerundene rah Tas 3.5 ke Hk Bo Sambungan Hakmilik Tetap kepada Hakmilik Sementara selepas kelulusan pecah sempadan, bahagian atau penyatuan:- i. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling KPTG 26/1976. ii, Permohonan hendaklah disertakan bersama dengan sii bayaran ukur atau sijil dari Lembaga Jurukur Tanah. ii, Cara penyediaan dan mendaftarkan hakmilik sambungan sama pada keseluruhannya. Sambungan Hakmilik Sementara kepada Hakmilik Tetap selepas tanah diukur halus. i. Selepas tanah yang dipegang di bawah hakmilik sementara diukur halus adalah menjadi tanggungjawab Pendaftar / PT mendaftarkan hakmilik sementara itu kepada hakmilik tetap. ii, Jika terdapat perbezaan keluasan selepas diukur, jika lebih luas_dari_ yang diluluskan dan perbezaan itu tidak banyak maka bayaran premium yang berbeza dan juga bayaran cukai tahunan yang terkurang hendakiah _dituntut. Sebaliknya jika kelulusan berkurangan, premium dan cukai tanah yang telah dibayar__berlebihan_hendaklah dikembalikan Hakmilik Pendua Hakmilik Pendua ialah DHK yang dikeluarkan bagi menggantikan DHK yang telah hilang, rosak, penuh atau keadaan fizikalnya tidak membenarkan ia digunakan lagi atau notis Borang 2B seksyen 15 tidak dihiraukan:- i. permohonan tuan tanah kerana DHK nya hilang atau rosak; i, oleh sebab DHKnya penuh; il, Pendaftar / PT menghantar notis borang 2B seksyen 15 tidak dihiraukan [gin Pus dnPerundangen ash ‘BSN 3.6 37 40. seeds eel Baye Salinan Dokumen Hakmilik Keluaran Apabila sebidang tanah dipegang oleh beberapa orang secara berkongsi atau sebagai tuan punya bersama, maka setiap seorang dari mereka bolehlah diberikan salinan DHK dengan syarat permohonan dibuat terlebih dahulu dan DHK asal diserahkan kepada Pendaftar / PT. Tujuannya ialah untuk menggelakkan kesukaran untuk urusniaga seperti pindahmilik, gadaian dan lien sahaja. Hakmilik Gantian Hakmilik gantian ialah hakmilik yang didaftarkan bagi menggantikan DHD yang hilang, musnah semua atau sebahagian atau dalam keadaan catatannya tidak boleh dibaca lagi. Seksyen 175A — 175F Hakmilik Tetap. Seksyen 187A bagi Hakmilik Sementara RUMUSAN Pendaftar Hakmilik Tanah hendaklah memastikan bahawa semua dokumen hakmilik daftar disimpan dengan selamatnya supaya tidak rosak. Kehilangan atau kerosakan mana-mana dokumen hakmilik daftar akan menimbulkan banyak kesusahan terutama dalam urusan urusniaga, kerja. memproses pecah sempadan, pecah bahagian, penyatuan, kesulitan juga wujud dalam punggutan cukai tahunan dan lain-lain urusan yang melibatkan dokumen hakmilk tersebut. Oleh itu keselamatan dan pemeliharaan dokumen hakmilik amatiah penting dan perlu diberi perhatian seperti mana yang ditegaskan di bawah seksyen 375 (1) KTN. jefe dane atupo Spr e Seatnapogan KATEGORI, SYARAT DAN SEKATAN KEPENTINGAN 4.0 PENDAHULUAN Bagi membolehkan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengawal supaya tanah yang diberimilik tidak disalahgunakan untuk tujuan selain daripada maksud asal tanah tersebut diberimilik, Kanun Tanah Negara (KTN) yang merupakan undang-undang tanah utama di Semenanjung Malaysia telah menyediakan beberapa peruntukan bagi pengenaan syarat tertentu dan batasan kegunaan sesuatu tanah di mana tanah yang diborimilik akan tertakluk kepada: i) suatu Kategori Kegunaan (jika dikenakan); il) _apa-apa Syarat Nyata (jika dikenakan); ili) Syarat Tetap (syarat tersirat); iv) Sekatan Kepentingan (jika dikenakan) 2.0 KATEGORI TANAH (JENIS PENGGUNAAN TANAH) 24 Bagi maksud menentukan kategori kegunaan tanah, tanah-tanah milik dibahagikan kepada 3 kumpulan: i) Tanah yang diluluskan dan diberimilik di bawah Kanun Tanah Negara (KTN); ii) Tanah yang diluluskan dan diberimilik di bawah Undang-Undang sebelum KTN; dan iii) Tanah yang diluluskan pemberimiikan di bawah Undang-Undang sebelum KTN, tetapi diberimilik di bawah KTN. Tanah Yang Diluluskan Dan Diberimilik Di Bawah KTN (Seksyen 52) 2.1.1. Mana-mana tanah yang diluluskan pemberimilikan dan didaftarkan hakmilik di bawah KTN akan dikenakan salah satu daripada 3 kategori kegunaan iaitu: 1 hogan Prgrse don Praag Teh si 22 2.1.2 2.1. we 2414 ter Seat ton Sate Kepeingn i) Pertanian; ii) Bangunan; dan ili) Perusahaan (Perindustrian) Kategori kegunaan tanah ditentukan oleh PBN melalui: i) Pewartaan yang menentukan kategori kegunaan tanah bagi sesuatu kawasan dalam negeri tersebut; atau ji) _Ditentukan semasa meluluskan pemberimilikan tanah Kategori kegunaan tanah hendaklah di catitkan di dalam dokumen hakmilik Setiap kategori kegunaan adalah tertakluk kepada Syarat Tetap berikut: i) Pertanian (seksyen 115 KTN); ii) Bangunan (seksyen 116 KTN); i) Perusahaan (seksyen 117 KTN). Setiap kategori kegunaan tanah boleh dikecualikan sekiranya pengawalan kegunaannya boleh dilakukan melalui Syarat Nyata. Tanah Yang Diluluskan Dan Diberimiik Di Bawah Undang-Undang ‘Sebelum KTN (seksyen 53). 2.2.4 Mana-mana tanah yang diberimilik sebelum KTN berkuatkuasa yang tidak ada Kategori Kegunaan kerana Undang-Undang terdahulu tiada peruntukan bagi pengenaan Kategori Kegunaan tanah, tetapi tidak termasuk tanah yang apabila KTN mula berkuatkuasa ianya tertakluk kepada apa-apa Syarat Nyata yang menghendaki ianya digunakan bagi tujuan tertentu. 2 obi Png Persea och cy 23 ety para dan Seat gentgen 2.2.2 Mulai daripada kuatkuasa KTN (1 .1.1966), kegunaan tanah-tanah ini adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Tetap sebagaimana berikut: i) Tanah yang tidak mengadungi apa-apa Syarat Nyata di dalam dokumen hakmiliknya, dan pada tarikh berkuatkuasa KTN tanah tersebut adalah tanah desa tanpa mengira jenis hakmiliknya atau tanah bandar atau pekan yang di pegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah hendaklah digunakan bagi maksud Pertanian sahaja. ii) Tanah yang tidak mengandungi apa-apa Syarat Nyata di dalam dokumen hakmiliknya, dan pada tarikh kuatkuasa KTN tanah tersebut adalah tanah bandar atau pekan yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar tidak boleh digunakan bagi maksud Pertanian atau Perusahaan. 2.2.3 Tanah bandar, pekan atau desa yang telah ada syarat kegunaannya, maka syarat tersebut hendaklah terus berkuatkuasa. Tanah Yang Diluluskan Pemberimilikan Di Bawah Undang-Undang Sebelum KTN Tetapi Diberimilik Di Bawah KTN (seksyen 55 KTN) 2.34 Tanah yang diluluskan pemberimilikannya sebelum KTN berkuatkuasa tetapi hakmilik belum di daftarkan apabila didaftarkan atau ianya diduduki secara sah sementara menunggu hakmilik didaftarkan hendaklah apabila KTN berkuatkuasa:- i) Tanah yang tidak dikenakan apa-apa Syarat Nyata semasa janya diluluskan dan pada tarikh berkuatkuasanya KTN tanah tersebut adalah tanah desa tanpa mengira jenis 3 ota argued Parma Tan mst 24 twa Sra eaten Lge hakmilik hendaklah digunakan bagi maksud Pertanian sahaja. ii) Tanah yang tidak dikenakan apa-apa Syarat Nyata semasa janya diluluskan dan pada tarikh berkuatkuasanya KTN tanah tersebut adalah tanah bandar atau pekan tanpa mengira jenis hakmiik hendaklah digunakan bagi maksud bangunan sahaja. 2.3.2 Tanah bandar, pekan atau desa yang semasa diluluskan pemberimilikannya telah ada syarat kegunaannya, maka syarat tersebut henadaklah terus berkuatkuasa. Pengenaan Jenis Kegunaan Tanah Bagi Tanah Yang Diberimilik Sebelum KTN Berkuatkuasa (seksyen 54 KTN) 2.4.1 Pihak Berkuasa Negeri (PBN) boleh mewartakan kawasan tertentu di dalam negeri dengan menyatakan tarikh berkuatkuasanya (tidak Kurang dari 1 tahun dari tarikh pewartaan) dan pada tarikh berkuatkuasanya:- i) Tanah yang diberimilik sebelum berkuatkuasa_ KTN hendaklah didaftarkan: a) —_Jenis Kegunaan pertanian bagi semua tanah desa tanpa mengira jenis hakmilik dan tanah bandar atau pekan di bawah hakmilik Pejabat Tanah. b) — Jenis kegunaan bangunan bagi tanah bandar atau peken yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar. 4 Potion Pngrsnden Prune Tah im 242 24.3 24.4 2.4.5 Tote Sereda eat Kprtiogn ) Jenis kegunaan yang sesuai dengan Syarat Nyata tanah tersebut sekiranya tanah itu telah dikenakan Syarat Nyata yang menghendaki ianya digunakan untuk tujuan tertentu. Apabila sesuatu tanah telah dikenakan sesuatu jenis kegunaan tanah tersebut juga tertakluk kepada: i) apa-apa Syarat Nyata yang dikenakan oleh PBN di bawah seksyen 123; dan ii) apa-apa Syarat Tetap sebagaimana seksyen 115 KTN (Pertanian), 116 KTN (Bangunan) atau 117 KTN (Perusahaan) Semua syarat yang mana tanah tersebut sebelumnya tertakluk adalah terbatal kecuali syarat berhubung dengan tanda batu sempadan. Pewartaan ini tidak menjejaskan tanah yang telah dikenakan Jenis Kegunaan melalui permohonan oleh tuan punya di bawah seksyen 424 KTN (meminda kegunaan, syarat nyata, sekatan kepentingan ally PBN boleh di dalam mana-mana pemberitahuan mengecualikan tanah-tanah di dalam kawasan yang diwartakan itu daripada Pengenaan Jenis Kegunaan Tanah. 5 Baoan PrgrsendanPeredgen ait ‘SK 3.0 34 3.2 stg Sort dn Selatan apni SYARAT NYATA (EXPRESS CONDITION) Syarat Nyala ialah suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan di dalam hakmilik ke atas sesuatu tanah yang diberimilik bagi maksud mengawal penggunaannya. Contoh:- 2.5 “Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi maksud sebuah rumah kediaman sahaja” 2.6 “Bangunan yang didirikan di atas tanah ini hendaklah digunakan untuk kediaman sahaje 2.7 “Tanah yang diberimilik ini tidak boleh ditanam dengan, atau dibiarkan tumbuh pokok-pokok getah” Di Bawah Peruntukan Seksyen 10 KTN; 3.2.1 PBN mempunyai kuasa untuk mengenakan Syarat Nyata yang 3.2. 3.2. Fr & bersesuaian dengan undang-undang ke atas mana-mana tanah yang diberimilik. Syarat Nyata yang bertentangan dengan undang- undang tidak boleh dikenakan, seperti: “Tanah yang diberimilik ini hendaklah ditanam dengan pokok ganja sahaja” Penentuan untuk mengenakan Syarat Nyata hanya boleh dibuat semasa meluluskan pemberimilikan dan bukan selepasnya. Setiap Syarat Nyata yang dikenakan hendaklah dinyatakan/ditulis di dalam dokumen hakmilik. 6 agin Pagers dn Prenga Tash TN 3.3 3.4 3.5 3.6 4.0 41 {tor Sart don Selatan epertgen 3.2.4 Tiada sebarang Syarat Nyata boleh dikenakan yang tidak selari dengan Syarat tetap peruntukan seksyen 114 KTN (Tanda batu sempadan) ‘Semua tanah tanpa mengira bila ianya diberimilik adalah tertakluk kepada apa-apa Syarat Nyata yang tercatat di dalam dokumen hakmiliknya. Catatan jenis tanaman seperti "Padi", “Getah’, “Dusun” dan sebagainya adalah disifatkan sebagai suatu Syarat Nyata (Pekeliling KPTG Bil. 4/77) Syarat Nyata boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan_ atas permohonan oleh tuanpunya tanah di bawah seksyen 124 dan 127 KTN. Pelanggaran Syarat Nyata boleh mengakibatkan tanah dilucuthak. SYARAT TETAP (IMPLIED CONDITION) Syarat Tetap seperti juga Syarat Nyata adalah merupakan arahan atau larangan tentang penggunaan tanah. Perbezaannya Syarat Tetap: i) Tidak ditulis di dalam dokumen hakmilik tetapin hanya tercatat di dalam undang-undang (KTN) sahaja; ii) Bukan ditentukan atau dikenakan oleh PBN tetapi merupakan suatu kehendak undang-undang; : ili) Tidak boleh diubah atau dimansuh melainkan dengan meminda undang-undang. 7 {ehgan Pega da PerurdogenTch ST 4.2 43 {ste Sar fn Slte Rope Syarat Tetap Mengenai Batu Sempadan seksyen 114 KTN ii) Tuanpunya tanah akan mengambil setiap langkah yang perlu bagi menghalang ianya daripada rosak, musnah atau dialihkan secara yang tidak sah; Tuanpunya tanah akan mengemukakan notis kepada Pontadbir Tanah atau Penghulu dimana tanah tersebut terletak sekiranya mana-mana batu sempadannya rosak, musnah atau dialihkan secara yang tidak sah; Tuanpunya tanah akan membayar kepada Pentadbir Tanah jika dikehendaki, kos membaiki atau menggantikan mana-mana batu ssempadan sekiranya rosak, musnah atau dialihkan secara tidak sah; dan Tuanpunya tanah akan atas kehendak Pentadbir Tanah membersihkan mana-mana aris sempadannya dengan perbelanjaan sendir. Syarat Tetap Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Kategori “Pertanian” Seksyen 115 KTN 4.3.1. Tidak boleh didirikan apa-apa bangunan di atasnya selain daripada sebuah bangunan atau bangunan-bangunan untuk digunakan bagi maksud; i) sebuah rumah kediaman untuk tuantanah atau orang lain yang menduduki tanah itu secara sah atau untuk orang gaji atau mana-mana yang diambil berkhidmat untuk maksud pertanian oleh tuantanah atau mana-mana orang lain yang sedemikian. Keluasan maksima kawasan bagi rumah kediaman untuk tuantanah atau mana-mana orang yang 8 Sehagn Pegs dan Perlngan tah ASTIN 43.2 4.3.3 434 4.35 Agu Saat do Sebtnkgeigan mendudukinya secara sah ialah tidak lebih daripada 1/5 keluasan tanah atau 2 hektar yang mana lebih kecil ii) pertanian; ili) mengetuar atau memproses bahan mentah daripada hasil pertanian tanah berkenaan iv) menyediakan untuk pengedaran apa-apa bahan atau hasil pertanian, atau apa-apa hasil madu lebah, temakan darat atau air yang dipelinara di tanah berkenaan; v) — menyediakan kemudahan —_pendidikan, —_perubatan, kebersihan atau laintain kemudahan kebajikan, termasuk (terutamanya untuk kegunaan orang yang diambil bekerja atas tanah tersebut) kemudahan membeli barangan dan komoditi; vi) yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri; vil) yang PBN fikir patut dibenarkan; vill) perkara-perkara yang bersampingan kepada mana-mana maksud di atas. Hendaklah mula menanam secara jujur dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tanah tersebut menjadi tertakluk kepada kategori kegunaan. Seluruh kawasan hendaklah ditanam sepenuhnya dalam tempoh 3 tahun kecuali bahagian yang digunakan bagi maksud 3.1 Kawasan di para 3.3 di atas hendaklah dijaga dan ditanam mengikut kaedah-kaedah pertanian yang sempurna. Kawasan berkenaan hendakiah di tanam secara berterusan (syarat ini dianggap telah ipatuhi_jika tempoh dimana tidak keseluruhannya ditanam tidak melebihi 12 bulan) 9 eon Perri dan Parunegan ash TST 44 45 ota Seat Satakegctinga Syarat Tetap Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Kategori “Pertanian” Seksyen 116 KTN. 4.4.1 Melainkan sebuah bangunan yang telah sedia ada, hendaklah di dalam tempoh 2 tahun didirikan sebuah bangunan yang sesuai digunakan bagi maksud: i) ii) ii) iv) y) vi) vii) vil) 44, iy kediaman; pentadbiran atau periagaan atau _pengangkutan penumpang; pameran, jualan secara_runcit, ~membaiki atau mengurusniaga apa-apa barangan atau komoditi, atau memberi apa-apa perkhidmatan; menyediakan kemudahan —_pendidikan, —_perubatan, kebersihan atau lain-lain kemudahan kebajikan; hiburan, makan minum dan rekreasi; yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri; yang difikirkan patut dibenarkan; perkara-perkara yang bersampingan kepada mana-mana maksud di atas. Tidak boleh digunakan bagi maksud Pertanian atau Perusahaan 4.4.3 Setiap bangunan di atasnya tanpa mengira bila ianya didirikan hendaklah dijaga baiki. 4.4.4 Bangunan tidak boleh dimusnah, diubah atau ditambah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Syarat Tetap Bagi Tanah Yang Tertakluk Kepada Kategori “Perusahaan” Seksyen 117 KTN éagas gn dt Pde lash 10 _ ‘STL 7 a 45.2 4.5.3 4.5.4 ety. Syren eatanKpetng Hendaktah digunakan bagi maksud perusahaan sahaja iaitu bagi maksud mendirikan dan menyenggara kilang, bengkel, ‘foundries’, gudang, limbungan, jeti, keretapi atau lain-lain bangunan atau pemasangan untuk digunakan bagi atau berhubung dengan maksud: i) pengilangan ji) peleburan; iil) pengeluaran dan pengedaran tenaga; iv) pemasangan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran atau pengedaran barangan atau komoditi; v) yang ditetapkan oleh PBN di dalam Peraturan Tanah Negeri. Perusahaan hendaklah mula beroperasi dalam tempoh 3 tahun dan setiap bangunan dan pemasangan di atas tanah hendaklah dijaga baiki. Bangunan atau pemasangan tidak boleh dimusnah, diubah atau di tambah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Boleh menyenggara atau membina apa-apa bangunan yang digunakan atau akan digunakan untuk: i) penyediaan kemudahan pendidikan, perubatan, kebersihan atau laintain kemudahan kebajikan bagi tuantanah atau orang yang menduduki secara sah, atau orang suruhan atau orang yang diambil bekerja untuk maksud perusahaan oleh tuan tanah atau mana-mana orang lain yang sedemikian; ii) apa-apa maksud yang PBN fikirkan sesuai. eben dn Prensa anak 4 Fg nem k 5.0 5.1 52 5.3 ogo Syren Kpeingan SEKATAN KEPENTINGAN Sekatan Kepentingan merupakan batasan atau sekatan ke atas hak-hak tuan tanah bagi maksud mengawal kepentingan tanah tersebut. Contoh: “Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindahmilik, digadai, atau dipajakkan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada PBN” Menurut peruntukan seksyen 120 KTN: 5.2.1. PBN mempunyai kuasa untuk mengenakan Sekatan Kepentingan yang selaras dengan undang-undang sebagaimana yang difikirkan sesuai ke atas mana-mana tanah yang diberimilik olehnya. 5.2.2 Penentuan pengenaannya hanya boleh dibuat semasa meluluskan pemberimilikan, bukan selepasnya. 5.2.3 Sekatan Kepentingan hendaklah dicatatkan di dalam dokumen hakmilik. 5.2.4 Sekatan Kepentingan yang bertentangan dengan undang-undang tidak boleh dikenakan, seperti: “Tanah yang diberimilik idak boleh dipindahmilik kepada orang- orang perempuan” Tanah yang diberimilik adalah tertakluk kepada sekatan kepentingan yang tercatat di dalam dokumen hakmilik tanpa mengira bila ianya diberimilik Berens dead 12 NSU 54 6.0 Teta Suet dan eaten Kpngsn Sekatan kepentingan boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan atas permohonan tuan tanah di bawah seksyen 124 KTN. PENUTUP Kanun Tanah Negara (KTN) telah menyediakan makanisma yang secukupnya bagi membolehkan PBN mengawal tanah-tanah yang telah diberimilik supaya ianya diguna, diusaha dan bangunkan sejajar dengan tujuan ianya diberimilik. Selain daripada itu KTN juga telah menyediakan peruntukan-peruntukan bangi tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 127, 128, 129 dan 130 sekiranya berlaku pelanggaran syarat- syarat yang telah dikenakan. Ina Pengns Pog Th a Ws

You might also like