You are on page 1of 2

Jawapan Latihan Pengukuhan

1. Pengurusan kewangan yang cekap adalah penting bagi sesebuah oraganisasi


perniagaan ialah :

- Pengurusan kewangan merupakan nadi/tunggak utama bagi setiap organisasi


perniagaan.
- Pengurusan kewangan yang menjalankan semua perancangan, analisis dan
peruntukan sumber kewangan perniagaan bagi semua jabatan.
- Pengurusan kewangan akan mebuat laporan untuk jabatan-jabatan lain mengenai
kedudukan kewangan melalui penyata kewangan dan peruntukan sumber kewangan
sebuah syarikat.

2. Maksud analisis kewangan ialah :

- Pengamatan dan penelitian yg sistematik terhadap maklumat yg dipersembahkan


untuk mengetahui kekuatan dan kelamahan sesebuah organisasi berdasarkan
prestasi masa lalu.

3 sebab seorang pengurus kewangan perlu membuat analisis kewangan:


- Digunakan oleh pengurusan syarikat dalam membuat sesuatu keputusan dan
perancangan
- Digunakan oleh ahli-ahli, pembekal dan pihak-pihak berkepentingan untuk menilai
kedudukan kewangan dan prestasi pengurusan.
- Mengukur kekuatan dan keupayaan pihak pengurusn dalam meningkatkan prestasi
dan kualiti aktiviti perniagaan.

3. Maksud penyata pendapatan dan kegunaannya kepada sebuah organisasi perniagaan


ialah :

Maksud:
- Penyata yang menunjukkan ringkasan hasil, perbelanjaan dan untung rugi
organisasi perniagaan pada suatu tahun tertentu.
Kegunaan :
- Membantu pihak pengurusan membuat perancangan dalam menentukan saran jualan
tahunan, bulanan dan harian.
- Menentukan kos jualan
- Menentukan nilai perbelanjaan operasi yang rasional
- Mempengaruhi pembuatan keputusan pelabur dan pemberi pinjaman sebagai
pemodal dan pembiaya.

4. Maksud penyata aliran dana ialah:

- Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan dana/tunai organisasi


perniagaaan pada sesuatu tahun.

Kegunaan penyata aliran dana ialah :


- Menunjukkan penyata aliran dana menunjukkan keupayaan perniagaan untuk
menjelaskan hutang jangka pendek / liabiliti semasa seperti bayaran kepada
pembekal dan gaji pekerja.
- Menunjukkan anggaran perolehan dan pelupusan asset jangka panjang serta
sebarang peleburan lain yg tidak melibatkan tunai.

5. Maksud overdraf ialah :

- Kemudahan yg mebenarkan penyimpan akaun semasa mengeluarkan sejumlah wang


yang melebihi baki akaun semasanya.

Perbezaan overdraf dengan pinjaman jangka pendek ialah :


- Kemudahan overdraf membenarkan peminjam mengeluarkan wang melebihi sekali
manakala pinjaman jangka pendek hanyadiberikan sekali sahaja sehinggan tamat
tempoh matangnya.

6. 4 peranan insurans kepada seseorang individu ialah:

- Memberi perlindungan kepada individu dan keluarga drpd sebarang risiko


kemalangan atau kerugian akibat kecelakaan.
- Memberi pinjaman kewangan pada masa hadapan
- Individu yg mengambil insurans akan mendapat pampasan jika berlaku sebarang
risiko.
- Insurans mempunyai nilai tunai juga berfungsi sebagai insstrumen tabungan.
- Memastikan waris mendapat pampasan sekiranya berlaku sesuatu kepada si
diinsurans.

7. Maksud prinsip doktrin punca terdekat ialah :

- Gantirugi hanya akan dibayar kepada si diinsurans apabila kemalangan atau


bencana itu berpunca drpd risiko yg diinssuranskan.
- Kerugian yg di akibatkan oleh punca yg tidak diinsuranskan tidak akan dibayar
sebarang pampasan.

8. Prinsip kepentingan yg boleh diinsuranskan ialah:

- Si diinsuranskan mesti mmpyi kepentingan ke atas harta atau nyawa atau


- yg diinsuranskan.
- Ini bermakna si diinsurans akan mengalami kerugian sekiranya berlaku kerosakan
atau kemalangan ke atas harta atau nyawa atau risiko lain yg diinsuranskan.

You might also like