You are on page 1of 1

Richard Lau Yue Hong

Kepentingan Pendidikan Kerjaya Kepada Murid OKU

Antara murid kelainan upaya termasuklah murid yang mengalami kecacatan fizikal, murid
hiperaktif, murid autistik, murid sindrom down, murid slow learner dan murid terencat akal di mana
mereka biasanya kurang dapat menguasai kemahiran hidup yang asas, kemahiran 3M maka mengalami
gangguan emosi.

Antara kepentingan pendidikan kerjaya kepada murid kelainan upaya termasuklah membantu
murid mengetahui potensi diri yang ada dan meningkatkan motivasi murid. Dalam hal ini, guru boleh
menjalani ujian minat kerjaya, ujian personaliti maka memberi kempen motivasi dalam memberi
sokongan kepada murid untuk membangunkan kemahiran diri dalam situasi seba kekurangan.

Seterusnya, pendidikan kerjaya juga penting bagi murid mengetahui laluan selepas tamat
pelajaran. Misalnya, laluan bagi IPT yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran, syarat kemasukan dan
lain-lain maklumat bagi IPT. GBK juga perlu membimbing murid untuk menerokai alam kerjaya yang
sesuai berdasarkan situasi mereka seperti latihan vokasional. GBK juga perlu membimbing murid untuk
mengetahui realiti kehidupan kerjaya supaya mereka lebih bersedia untuk dunia pekerjaan seperti
kemahiran asas dan kelayakan akademik yang diperlukan bagi sesuatu kerjaya.

You might also like