You are on page 1of 8

SK CONVENT

(1) BUKIT
NANAS
KUALA
LUMPUR

LAPORAN PENYERTAAN DALAM


KANGAROO MATH COMPETITION (KMC)
2016

ISI KANDUNGAN
Bil Perkara Halaman
1.0 PENGENALAN 2
2.0 SASARAN 2
3.0 OBJEKTIF 2
4.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN 2
5.0 LAPORAN PELAKSAAN 3
ISU DAN CABARAN
6.0 6.1 KEKUATAN
3
6.2 KELEMAHAN
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 4
8.0 RUMUSAN 4
LAMPIRAN 1: BORANG PENYERTAAN DAN BUKTI PEMBAYARAN
LAMPIRAN 2: SENARAI KEPUTUSAN
LAMPIRAN 3: SALINAN SIJIL

1.0 PENGENALAN
KMC merupakan pertandingan matematik sekolah-sekolah peringkat
antarabangsa yang dianjurkan oleh Association Kangourou sans Frontieres
(AKSF), sebuah pertubuhan pendidikan yang bertapak di Paris. Dimulakan
pada tahun 1982, KMC kini merupakan pertandingan matematik terbesar di
dunia dengan melibatkan seramai lebih 6 juta peserta dari 74 buah negara sejak
tahun 2015.

KMC telah diiktiraf diperingkat Kementerian Pendidikan Malaysia di mana


kesemua peserta layak mendapat markah kokurikulum dengan penyertaan di
peringkat kebangsaan bagi pemenang dan peringkat sekolah bagi penyertaan.

1
2.0 SASARAN

Panitia Matematik mensasarkan pertandingan ini kepada semua murid Tahap


2, SK Convent (1) Bukit Nanas Kuala Lumpur.

Bagi tahun 2016, penyertaan kali pertama ini telah menarik minat seramai 80
orang murid.

3.0 OBJEKTIF
1) Mendedahkan murid kepada pertandingan matematik di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.

4.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN

Tarikh : 24.3.2016

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Tempat : Pusat Sumber dan Perpustakaan

5.0 LAPORAN PELAKSANAAN

5.1 Pertandingan telah dijalankan dengan jayanya pada 2416 Mac 20167 di
23 tempat berlainan iaitu di Pusat Sumber Sekolah dan Perpustakaan.
Peperiksaan telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 8.00
pagi hingga 10.00 pagi dengan dikendalikan oleh semua ahli Panitia
Matematik secara bergilir-gilir.

5.2 Seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk peperiksaan ini


dengan bayaran RM31.80 untuk setiap peserta.
 45 orang kategori Benjamin ( Tahun 5 dan 6 )
 35 orang kategori Ecolier ( Tahun 4 )

2
5.3 Daripada 80 orang peserta, seramai 22 orang telah mendapat sijil
Honorable Mention dan selebihnya iaitu seramai 58 orang hanya
mendapat sijil penyertaan. Rujuk lampiran untuk senarai keputusan
yang lengkap.

6.0 ISU DAN CABARAN


6.1 Kekuatan
I. Bilangan peserta semakin bertambah dari tahun ke tahun.
II. Peserta dibekalkan dengan soalan contoh sebagai latihan sebelum
pertandingan dijalankan.

6.2 Kelemahan
I. Tiada latihan intensif untuk murid peserta.
II. Kemudahan tempat peperiksaan yang tidak sesuai untuk
menjalankan peperiksaan secara serentak.
III. Pelaksanaan peperiksaan telah mengganggu masa pengajaran dan
pembelajaran.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


i) Merancang masa latihan bersama guru.
ii) Bilangan penyertaan dihadkan hanya kepada murid yang dikenalpasti
mampu bersaing.

8.0 RUMUSAN
Penyertaan dalam pertandingan seumpama ini adalah baik untuk
mendedahkan murid-murid kepada peperiksaan luar selain dari peperiksaan
dalaman dan peperiksaan awam di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun,
murid-murid perlu dalam keadaan bersedia supaya penyertaan mereka dapat
membuahkan hasil yang baik.

3
Disediakan oleh,

….………………………….….
( ROSLIZA BINTI YACOB )
Pengurus Pertandingan
SK Convent (1) Bukit Nanas

LAMPIAN 1
4
BORANG
PENYERTAAN DAN
BUKTI PEMBAYARAN

5
LAMPIRAN 2
SENARAI
KEPUTUSAN

6
LAMPIRAN 3
SALINAN
SIJIL

You might also like