You are on page 1of 8

1.

0 Bentuk Kata
Bentuk kata boleh berdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem. Proses
pembentukan menghasilkan bentuk-bentuk seperti kata tunggal, kata majmuk, kata terbitan
dan kata ganda.

1.1 KATA TUNGGAL


Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar
yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal
dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.

KATA TUNGGAL
Kami Bomba Lembaga Kemajuan Jelas
Tanah Persekutuan
(FELDA)

Satu Polis CTOS Fakta

Saya Doktor CCRIS Rancangan Malaysia


ke-11 (RMK-11)

Badan bukan Kampung DNA Kumpulan Wang


kerajaan (NGO) Simpanan Pekerja
(KWSP)

Kajian Jurutera Pelayan Purata

Mereka Masyarakat Pelajar gaji

Kediaman syarikat Majlis Tindakan Keluaran Dalam


Ekonomi Melayu Negara Kasar (KDNK)
(MTEM)
1.2 KATA TERBITAN
Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik
awalan,sisipan,akhiran atau apitan ( imbuhan ).Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak
boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang
merupakan kata dasar.

KATA TERBITAN
diedarkan Penstrukturan Sepanjang Peningkatan

kematian Memfokuskan Kebahagiaan Berinteraksi

Pascakemerdekaa Menangani Kegelisahan Sebahgian


n

Kepimpinan Mewujudkan Kegusaran Berpendapatan

Kelemahan Kegagalan Ketakutan Kebergantungan

kekuatan Kejayaan Dinafikan ketidakseimbangan

Kemiskinan Berlaku Persoalan Membandingkannya

1.3 KATA GANDA


Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian
atau seluruhnya.Kata ganda terdiri daripada kata ganda seluruh,kata ganda semu,kata ganda
separa (separuh),kata ganda bersajak atau berima dan kata ganda berimbuhan.

KATA GANDA
Apa-apa
Kanak-kanak
Cita-cita
Masing-masing
Baru-baru
Sekurang-kurang
1.4 KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang mencantumkan
ataumerangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Contohnya
seperti kapal terbang,balai polis,jalan raya,balai raya,buku kerja dan alat tulis.Kata majmuk
bertindak sebagai satu unit dan dieja secara terpisah kecualibeberapa bentuk yang telah
mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupunterdiri daripada dua perkataan

KATA MAJMUK
Salah satu Gerak kerja Hancur lebur Cari gali

Pelajar sekolah Warganegara Buah mulut Tungkus-lumus

Perdana Menteri Sumbang saran Cita rasa Acap kali

Luar biasa Tiba-tiba Dating bulan Banting tulang

Menarik Wang saku Gulung tikar Balas budi


perhatian

Orang muda Sunyi sepi Diam diri Mengambil alih

Seolah-olah Cantik jelita Tembak mati Mengadu domba

1. Golongan Kata

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan
beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem,
kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Binaan unsur ayat, klausa dan frasa terdapat dalam
kriteria semantik. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan
frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama. Manakala, frasa predikat pula dibentuk
oleh empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa
nama, frasa kerja dan frasa adjektif merupakan frasa endosentrik yang mempunyai satu unsur
inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya. Misalnya, unsur inti dalam frasa nama adalah
kata nama,bagi frasa kerja adalah kata kerja dan unsur inti dalam frasa adjektif adalah kata
adjektif. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif boleh disebut dalam golongan kata yang
utama kerana menjadi inti bagi frasa utama ayat. Perkataan lain selain tiga perkataan tersebut
tidak boleh menjadi inti bagi frasa-frasa utama tersebut tetapi dikelompokkan kedalam satu
golongan kolektif yang disebut kata tugas. Kesimpulan, golongan kata dalam bahasa Melayu
terbahagi kepada empat golongan iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Selalunya
perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep.Ia terbahagi
kepada beberapa subgolongan berdasarkan ciri-ciri semantik perkataannya iaitu seperti kata
nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa
binaan frasa nama yang menunjukkan kedudukan kata nama sebagai inti frasa nama dan
perkataan-perkataan lain yang hadir sebelum dan selepasnya.

KATA NAMA
Kami Kilang Kita Perdana menteri
Pelajar Pekerja kilang Jururawat Menteri besar
Sekolah Operator kilang Jurutera Pencarum
Saya Negara Doktor Pekerja buruh
Mereka Warganegara asing Ahli bomba Guru
Kanak-kanak TunAbdul Razak Polis Visi
Hussien
Beliau Isu Professional Kos sara hidup

Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku
atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata
kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif
(perbuatan tidak melampau).

KATA KERJA
Makan Pancing Masak Buka
Tidur Senyum Tangkap Tutup
Nangis Mandi Tendang Bawa
Duduk Langgar Beli Buang
Jalan Pukul Belah Susun
Lihat Nyanyi Tendang Lari
Jual Kerja Simpan Tukar

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa
adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.Kata-kata dalam golongan
kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif
boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

KATA ADJEKTIF
Suka Tenang Manis Tinggi
Sedih Letih Masam Rendah
Gembira Gatal Keruh Terang
Marah Keliru Tawar Benci
Kecewa Ingat Kelat Daun hijau
Susah Cantik Kurus Merah jambu
Senang Buruk Gemuk Kecil

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat yang
mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas
dalam ayat tidak berfungsi sebagai inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung
sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat,
pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.

KATA TUGAS
Tetapi
Bahawa
Sambil
Dan
Atau
Yang
1. Kata Kerja

Kata kerja merupakan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja
tak transitif.

Kata kerja tak transitif Kata kerja transitif Kata kerja pasif
Jual Menjual Dijualkan
Tulis Menulis Kutuliskan
Belajar Mempelajari Kupelajari
Beri Memberi Kauberikan
Duduk Menduduki Kaududuk

2. Kata Tugas

Kata Kata Kata prafrasa Kata Kata


penyambung praklausa pascafrasa pascakata
ayat

3.0 KESIMPULAN
4.0 RUJUKAN

You might also like