You are on page 1of 5

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dikurniakan kudrat untuk
menyiapkan tugasan kali ini. Jutaan terima kasih saya ucapakan kepada ibu bapa yang telah
memberi sokongan mental dan kewangan bagi menjayakan tugasan ini. Saya juga mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah iaitu Encik Othman Abd. Aziz yang banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga, terima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak berkongsi maklumat dan beri tunjuk ajar kepada saya bagi menjayakan
tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Sumbangan kalian amatlah saya hargai. Akhir kata,
terima kasih tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
lansung kerana sudi meluangkan masa memberi maklumat dan berkongsi kepakaran kepada saya
bagi menyiapakan tugasan ini dengan jayanya.

1
1.0 Pendahuluan

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah digunapakai dalam pertuturan masyarakat di
Nusantara lebih 1000 tahun lalu. Bahasa Melayu dituturkan oleh satu generasi dan diwarisi oleh
generasi seterusnya sejak zaman-berzaman. Perwarisan bahasa dari generasi ke generasi lain
menyebabkan berlakunya perubahan dari segi bunyi bahasa, bentuk kata, makna dan struktur
ayat.

2.0 Asal usul Bahasa Melayu

Istilah ‘Melayu’ muncul dalam tulisan cina iaitu ‘Mo-lo-yeu’ sekitar tahun 644 Masihi hingga 645
Masihi. Menurut catatan cina, ‘Mo-lo-yeu’ merujuk kepada sebuah kerajaan. Orang ‘Mo-lo-yeu’
menghantar utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.
Walaupun kedudukan kerajaan Mo-lo-yeu tidak dapat dipastikan, ada pendapat yang mengatakan
kerajaan ini terletak di Semenanjung Tanah Melayu dan di daerah Jambi,Sumatera

Menurut Harry Judge (1991:18) bahasa Melayu telah wujud sejak abad kedua masihi. Buktinya
ialah kewujudan kerajaan Melayu Campa yang terletak di Teluk Tourane, Vietnam Selatan.
Dikatakan pengasas kerajaan Melayu Campa ialah bangsa Melayu Campa yang berkomunikasi
menggunakan bahasa melayu.

Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain(2011) istilah Melayu berasal daripada
perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari
Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi bersempadan dengan Sumatera Barat ke daerah Malayu
pada tahun 1286. Dalam konteks ini, ‘pamalayu’ bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan
dan seterusnya penguasaan ke atas negeri Malayu.

2
3.0 Kedudukan bahasa Melayu di peringkat serantau

Sejak mencapai kemerdekaan lebih 60 tahun lalu, perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa
terpenting di Malaysia tidak dapat dinafikan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152(1) Perlembagaan
Persekutuan. Wujudnya bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan rasmi mampu menyatukan
rakyat Malaysia dan membentuk perpaduan yang utuh melalui penggunaan bahasa ibunda dalam
berkomunikasi. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran kerajaan
pusat dan kerajaan negeri, sistem pendidikan, sistem ekonomi serta sistem perundangan di
Malaysia. Menurut Dr. Awang yang merupakan bekas Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa
dan Pustaka (1999-2004) yang mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu
perlu belajar dan menguasai bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran,
perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam bahasa Melayu. Maka, jelaslah
bahawa bahasa Melayu memainkan peranan penting bagi menjamin perpaduan rakyat yang hidup
dalam masyarakat majmuk terutamanya di Malaysia.

Manakala di Singapura, bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan


walaupun Singapura masih mempunyai tiga bahasa rasmi lain iaitu bahasa Inggeris, bahasa Cina
dan bahasa India. Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang
dari Kesultanan Melayu Pattani iaitu orang Melayu Pattani. Malangnya bahasa Melayu tidak
memperoleh sebarang pengiktirafan daripada kerajaan Thailand.

4.0 Kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa

Jika berdasarkan kejayaan bahasa Melayu sebagai ‘lingua franca’ atau bahasa antarbangsa
mengatasi bahasa lain pada masa lampau, tidak mustahil untuk menjadikan bahasa Melayu
sebagai salah satu bahasa antarabangsa. Hal ini terbukti apabila keupayaan bahasa Melayu
terserlah dari aspek-aspek berikut. Antaranya ialah, dari aspek jumlah penutur bahasa Melayu di
dunia. Berdasarkan kajian oleh Teo Kok Seong (2011) jumlah penutur bahasa Melayu melebihi 250
juta orang dan dijangka mencapai 300 juta orang daripada 7771 juta orang penduduk dunia

3
menjelang tahun 2020. Berdasarkan jumlah tersebut, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai
bahasa dunia yang kelima.

Manakala dari aspek pencapaian di arena antarabangsa, pengajaran subjek bahasa Melayu telah
diperkenal di institut pengajian tinggi dan di universiti. Antara universiti luar negara yang
menawarkan subjek bahasa Melayu dan Pengajian Melayu ialah Universiti Negara Moscow,
Universiti Amur dan Universiti Timur Jauh (Victor 2011). Penubuhan Pusat Sumber Malaysia di
Universiti Wellington, New Zealand dengan kerjasama Pustaka Negara Malaysia merancakkan lagi
usaha mengembangkan bahasa Melayu ke seluruhan dunia. Berdasarkan fakta tersebut, jelaslah
bahawa bahasa Melayu mampu bersaing di persada dunia sebagai bahasa ilmu.

5.0 Kesimpulan

Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, rakyat Malaysia terutama golongan remaja
sewajarnya mempraktikkan penggunaan bahasa melayu dalam kehidupan. Contohnya
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pertuturan sama ada dalam majlis
rasmi mahupun tidak rasmi. Secara tidak langsung, bahasa Melayu dapat didengar, dipelajari dan
digunapakai dalam pertuturan oleh generasi muda supaya tidak hilang di dek pengaruh bahasa
asing dan kecanggihan teknologi. Bahasa Melayu mestilah diajar dan diwarisi dari generasi ke
generasi agar sentiasa berkembang dan turut dikenali oleh orang asing.

4
Bibliografi

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain (2011), Sejarah Bahasa Melayu, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu I Edisi Kedua, Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

https://www.scribd.com/doc/20778959/Sejarah-Bahasa-Melayu-Penterjemahan-Jawi-Istilah

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/di-mana-kedudukan-bahasa-melayu-1.435020

http://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN1_4.pdf

You might also like