You are on page 1of 5

SPSK PK 07/03

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN JAYA


55100 CHERAS KUALA LUMPUR, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 02 / TAHUN 2020

Tarikh : 25 Jun 2020

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Dewan Bestari

KEHADIRAN

1. Mohd Ikmal bin Abdullah PK Kokurikulum


2. Linda Anchal Ketua Panitia
3. Zunita bt Haji Morat
4. Noorhayati bt Kamaludin
5. Nur ’Aqilah bt Zarime
6. Yogamalar a/p Ayyasamy
7. Mohamad Fariq bin Omar
8. Nur Suraya Hani bt Sazali Zaki
9. Nur Amirah bt Hamzah Setiausaha

AGENDA

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru ke mesyuarat Panitia Bahasa


Inggeris kali kedua bagi tahun 2020.

1.2 Ucapan tahniah kepada semua guru Bahasa Inggeris kerana telah berjaya
menjalankan pelancaran bulan aktif panitia. Namun begitu, aktiviti panitia tidak
dapat dijalankan kerana kekangan masa dan perintah kawalan pergerakan
(PKP) untuk mengekang penularan virus covid-19. Oleh itu, guru-guru perlulah
memfokuskan pelaksanaan aktiviti panitia secara dalam talian. Guru-guru
bolehlah menguar-uarkan kepada murid agar dapat menyertai aktiviti yang
dijalankan oleh panitia secara dalam talian. Guru boleh melaksanakan kuiz
dalam talian bagi setiap aliran dan menyediakan hadiah bagi pemenang setiap
penyertaan.

1.3 Pelan strategik panitia perlulah dirangka lebih awal untuk program panitia akan
datang.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1 / 2020


SPSK PK 07/03

Setiausaha membentangkan minit mesyurat yang lalu

Cadangan : Noorhayati binti Kamaludin@Ramli

Sokongan : Mohamad Fariq bin Omar

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Highly Immersive Programme (HIP)

3.1.1 English Tunnel akan diberi wajah baru di mana penyelaras bercadang
untuk mengecat tunnel dengan cat baharu dan projek mengecat akan
dijalankan semasa cuti dengan bantuan semua guru Bahasa Inggeris.

3.1.2 Banner baharu akan ditempah dan diletakkan di laluan masuk English
Tunnel. Frame berbentuk kayu akan dipasang di sekeliling banner dan ini
memerlukan bantuan daripada guru-guru lelaki.

Tindakan : Penyelaras HIP

3.2 Jadual Pembina Soalan

3.2.1 Jadual pembina soalan telah dirangka tetapi peperiksaan tidak dapat
dijalankan kerana sekolah ditutup akibat perintah kawalan pergerakan.

4. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Analisis PBD

4.1.1 Tahap penguasaan Bahasa Inggeris bagi semua murid adalah seperti di
bawah. Dapatan ini adalah bagi penggal pertama di mana guru-guru
yang mengajar perlu mengisi pelaporan tahap penguasaan di dalam
template pelaporan dalam google drive pada bulan Jun.

Tahun 1
TP 1 TP 2 TP 3 TP 4 TP 5 TP 6
1 Berlian 0 0 30 0 0 0
1 Nilam 3 1 5 22 0 0
1 Permata 1 26 3 0 0 0
1 Zamrud 3 1 10 19 0 0
Tahun 2
2 Berlian 0 4 32 0 0 0
2 Nilam 0 18 15 0 0 0
2 Permata 1 12 21 1 0 0
2 Zamrud 0 0 15 23 0 0
Tahun 3
3 Berlian 0 1 26 12 0 0
3 Nilam 0 2 35 0 0 0
3 Permata 0 0 35 0 0 0
Tahun 4
SPSK PK 07/03

4 Berlian 0 0 22 11 0 0
4 Nilam 0 1 31 5 0 0
4 Permata 0 0 2 37 0 0
Tahun 5
5 Berlian 0 0 0 40 0 0
5 Nilam 0 0 37 3 0 0
5 Permata 0 0 39 0 0 0
Tahun 6
6 Berlian 0 0 0 27 8 0
6 Nilam 0 0 30 6 0 0
6 Permata 0 12 24 0 0 0

Makluman : Semua guru BI

4.1.2 Tahap penguasaan minimum adalah pada TP 3 namun begitu, terdapat


segelintir murid yang masih berada pada tahap penguasaan 1 dan 2. Hal
ini demikian kerana, ramai dalam kalangan murid tersebut masih tidak
dapat membaca dengan baik. Apabila kemahiran membaca tidak
dikuasai, murid tidak faham arahan yang diberikan seterusnya tidak
dapat menjawab soalan ataupun menjalankan aktiviti dengan baik.

4.1.3 Guru-guru Bahasa Inggeris telah mencadangkan beberapa pelan


intervensi bagi meningkatkan tahap penguasaan murid tersebut ke tahap
penguasaan minimum iaitu 3. Antaranya adalah, mengukuhkan
kemahiran asas iaitu membaca, menulis dengan melaksanakan aktiviti
membaca 5 minit sebelum memulakan pembelajaran, memberikan
modul linus kepada murid pemulihan dan memberi bimbingan kepada
mereka untuk membuat latihan membaca, menulis di dalam modul
tersebut. Selain itu, guru juga mencadangkan murid pandai membantu
murid yang lemah semasa pelaksanaan aktiviti mahupun latihan yang
diberikan dan meningkatkan kosa kata murid dengan meminta murid
menulis lima perkataan satu hari di dalam buku latihan.

Makluman : Semua guru BI

4.2 Penulisan RPH semasa PKP

4.2.1 Guru perlu menulis RPH menggunakan template seragam yang telah
diuarkan oleh Encik Yazid dalam aplikasi Whatsapp rasmi sekolah.

4.2.2 Guru perlu mencatat bilangan respon murid bagi setiap tugasan yang
diberikan.

Makluman : Semua guru BI

4.3 Ketetapan Pemberian Latihan

4.3.1 Encik Yazid telah menetapkan hari Selasa untuk pemberian latihan bagi
subjek Bahasa Inggeris.

Makluman: Semua guru BI


SPSK PK 07/03

4.4 Aktiviti Panitia Peringkat Zon

4.4.1 Saringan dan pertandingan bagi Karnival Bahasa Inggeris peringkat zon
akan dilaksanakan secara online. Murid yang ingin menyertai
pertandingan perlu menghantar video penyertaan kepada guru Bahasa
Inggeris. Ini memerlukan kerjasama daripada ibu bapa untuk melatih
murid berkenaan.

4.4.2 Encik Ikmal memaklumkan KPM telah memberi tarikh pelaksanaan bagi
karnival bahasa peringkat daerah dan negeri. Sekolah yang ingin
menghantar penyertaan perlulah menghantar video penyertaan murid
berkenaan. Antara pertandingan yang dijalankan bagi karnival Bahasa
Inggeris adalah poetry recitation, story telling dan public speaking.
Penyertaan adalah dalam kalangan murid tahap dua.

4.4.3 Pelaksanaan aktiviti bulan aktif panitia perlulah selaras dengan


pertandingan Karnival Bahasa Inggeris supaya memudahkan guru untuk
mencari murid yang berbakat dalam aktiviti yang dipertandingkan.

4.4.4 Aktiviti spelling bee boleh dijalankan bagi tahap satu dan dua secara
online. Guru Bahasa Inggeris setiap aliran berbincang berkenaan soalan
spelling bee dan menyediakan soalan dalam bentuk google form atau
Kahoot. Setelah soalan siap dirangka, guru-guru setiap aliran bolehlah
memaklumkan kepada murid melalui aplikasi Whatsapp kelas.

Makluman : Semua guru BI

4.5 Belanjawan Panitia

4.5.1 Segala belanjawan panitia ditangguh dahulu kerana ia akan digunakan


untuk aktiviti tahun 6.

Makluman : Semua guru BI

4.6 PdPc Norma Baharu

4.6.1 Guru boleh menggunakan Google Classroom untuk menyampaikan


PdPc. Guru juga merakam video pengajaran bagi memudahkan
pemahaman murid. Antara aktiviti yang guru telah jalankan adalah
membuat poster covid-19 dan membuat bentuk virus corona
menggunakan bahan kitar semua.

Makluman : Semua guru BI

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Penyelaras HIP memaklumkan bahawa dia telah meminta Cikgu Hizami untuk
melakar banner bagi English Tunnel. Segala gambar aktiviti HIP akan
dilaminate dan ditampal pada laluan berkenaan.
SPSK PK 07/03

6. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 9.20 pagi.

Disediakan oleh :
Setiausaha
Panitia Bahasa Inggeris SK Pandan Jaya

Bertarikh : 26 Jun 2020

You might also like