You are on page 1of 5

ARTIKEL - Khabar Dunia: Filem Tarik Pelajar Kepada Sastera

Oleh Latifah Arifin


2011/11/14

KAEDAH pembelajaran sastera secara konvensional yang diyakini menjadi punca


hilangnya semangat dan minat generasi muda untuk mendekatinya memaksa seorang
guru mengubah pendekatan mesra pelajar.

Kesedaran bahawa sastera klasik yang kaya dengan penggunaan bahasa indah dan ada
maksud tersurat serta tersirat yang tidak lagi menjadi rujukan pembaca remaja yang kini
melanda seluruh dunia, mendorong guru berkenaan untuk lebih kreatif.

Guru Bahasa Inggeris Sekolah Tinggi St Stephen, Hickory, Amerika Syarikat, Hollis
Whalen, bertindak mempelbagaikan teknik mengajar sastera Inggeris dengan meminta
semua pelajar menghasilkan filem pendek genre seram yang diadaptasi daripada karya
sastera.

Pendekatan itu bertujuan membolehkan pelajar belajar sambil berhibur dan pada masa
sama tidak mengesampingkan aspek sastera kerana guru mereka turut mewajibkan unsur
sastera dalam filem melalui senarai pilihan teks sastera, tetapi perlu diberi olahan sendiri
apabila difilemkan.

Dengan mewajibkan syarat itu, pelajar terpaksa menelaah dan mengkaji karya yang
hendak difilemkan serta dikehendaki menyelesaikan tugasan dalam tempoh dua minggu
bagi memastikan semua filem dihantar dalam masa ditetapkan.

Bagi tahun ini, antara karya yang dipilih pelajar untuk diadaptasi ke filem pendek ialah
The Fall of the House of Usher karya Edgar Allan Poe, selain The Masque of the Red
Death dan The Cat from Hell (Stephen King).

Sesi tayangan filem turut diselitkan soal jawab bersama-sama khalayak yang akan
mengajukan soalan dan mengulas aspek sastera yang dipaparkan dalam filem pendek
mereka serta kupasan lanjut mengenai inti cerita. “Menyedari pelajar gemar melakukan
aktiviti atau tugasan yang dekat dengan jiwa mereka, saya begitu teruja kerana selain
berhibur, dalam masa sama mereka dapat memahami konsep dan aspek penting dalam
subjek Sastera.

“Berdasarkan pemerhatian, pelajar didapati begitu bersemangat dan menunjukkan


kerjasama jitu dalam usaha menghasilkan filem yang terbaik untuk dipertontonkan pada
sesi tayangan yang dihadiri semua pelajar,” kata Hollis Whalen dalam laman sesawang
Hickory Daily Record.

Hollis ternyata begitu tekad memperjuangkan perkembangan sastera dengan


mengetengahkan cara pembelajaran yang inovatif, menarik dan dapat membentuk daya
pemikiran, kreativiti serta memperkukuhkan persepsi pelajar ke arah lebih positif
terhadap bidang kesusasteraan.

‘Tak kenal maka tak cinta’, itulah perumpamaan yang dapat diberikan bagi
menggambarkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan itu dan tentunya minat pelajar
terhadap sastera akan bercambah serta membolehkan mereka memahami tema, metafora
dalam dialog, analogi dan kiasan dalam teks.

Sumber: Berita Harian


Ulasan kritis artikel

Artikel yang telah dipilih ialah Khabar Dunia: Filem Tarik Pelajar Kepada Sastera
petikan dari akhbar Berita Harian bertarikh 14 November 2011 oleh Latifah Arifin.
Melalui pembacaan artikel yang telah saya pilih ini, saya dapati secara keseluruhannya
artikel ini berkisarkn tentang Guru Bahasa Inggeris Sekolah Tinggi St Stephen, Hickory,
Amerika Syarikat iaitu Hollis Whalen yang bertindak mempelbagaikan teknik mengajar
sastera Inggeris dengan meminta semua pelajarnya menghasilkan filem pendek genre
seram yang diadaptasi daripada karya sastera. Usaha seorang guru dari luar negara ini
yang menggunakan pendekatan ini dalam pengajarannya dalam subjek sastera Inggeris
dan diadaptasi kepada filem pendek oleh pelajarnya. Menurutnya, pendekatan ini bukan
sahaja membantu pelajar untuk berhibur, malah pelajar dapat memahami konsep dan
aspek penting dalam subjek Sastera.

Jadi, artikel ini amatlah sesuai untuk saya menganalisis berdasarkan kehendak soalan
tugasan ini yang perlu saya ulas tentang artikel dengan mengaitkan kandungan ilmu, nilai
dan kewarganegaraan. Perkaitan antara ketiga-tiga aspek ini dapat dilihat dari aspek yang
positif kerana artikel ini sememangnya berkaitan dengan pengkaedahan yang tersendiri
yang digunakan oleh guru untuk mengajar subjek sastera. Bagi saya sendiri, mata
pelajaran kesusasteraan di Malaysia juga agak kurang mendapat sambutan terutamanya
belia muda yang perlu memupuk sikap cintakan bidang kesusasteraan yang
sememangnya secara langsung dapat menunjukkan minat dan cinta kepada karya-karya
hasil ciptaan sasterawan yang hebat di Malaysia.

Bidang pengajaran dan pembelajaran pada masa kini sangat mencabar kerana
mengikut arus perkembangan semasa yang berteknologi dan pada masa yang sama,
peranan guru amat penting untuk mengekalkan bidang sastera bagi memperkenalkan
tentang karya-karya yang menarik. Saya kagum dengan inisiatif yang diambil oleh
kerajaan dalam bidang pendidikan kerana mula memperkenalkan sastera kepada murid-
murid sekolah rendah kerana seperti yang kita ketahui, pelajar sekolah menengah boleh
memilih sendiri subjek-subjek elektif mereka terutamanya pelajar Tingkatan 5 yang
mengambil peperiksaan SPM.

Secara asasnya, subjek sastera yang perlu dipelajari oleh murid-murid Tahun Empat
dan Tahun Lima dapat membantu murid lebih cakna dalam bidang kesusasteraan Melayu
lebih awal. Malah, dapat membantu untuk memupuk cinta akan ilmu kesusasteraan. Jadi,
berdasarkan artikel yang telah dipilih, ilmu yang diterapkan dalam diri murid bukan
sahaja berasaskan guru sahaja untuk memberi bahan kepada murid tetapi murid-murid
juga perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan
sesuatu bahan yang bukan sahaja dapat menarik minat mereka tetapi jug mempunyai
keseronokan untuk belajar sastera sekali gus memahami penulisan karya yang dibaca.
Jadi, di sinilah peri pentingnya kaedh dan teknik yang boleh diguna pakai oleh guru-guru
yang mengajar subjek sastera.

Seterusnya, bagi penerapan nilai yang perlu diterapkan dalam masa yang sama
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk faham dan
tahu tentang nilai sesebuah karya. Contohnya seperti artikel Khabar Dunia:Filem Tarik
Pelajar kepada Sastera, nilai-nilai dapat diterapkan dalam diri murid-murid itu sendiri
apabila Hollis Whallen, seorang Guru Besar yang mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan salah satunya merupakan kaedah murid menghasilkan filem pendek genre seram.
Tempoh masa yang digunakan untuk menghasilkan filem pendek tersebut, sudah tentunya
murid sendiri dapat memahami sendiri tentang penulisan karya.

Malah, murid main peranan sendiri berlakon dan mengusahakan untuk plot
penceritaan genre seram tersebut. Bukanlah untuk mengagungkan pendekatan yang
digunakan oleh sekolah di luar negara tetapi hal ini dapat membantu untuk memberi
inspirasi kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik yang digunakan
dalam pengajaran. Jadi, dapat dipelajari melalui artikel ini, nilai sekali gus dapat
diterapkan dalam diri murid melalui kaedah pembelajaran yang menarik dan murid akan
mengkritik serta dapat melihat dari sudut pandangan yang positif dan negatif tentang
penulisan sesuatu karya tersebut. Hasil kritikan tersebut secara langsung membantu murid
untuk menilai sendiri karya yang dikaji.

Bagi kewarganegaraan pula, dapat diterapkan dalam pengajaran Satera tentang


budaya dan sejarah negara kita. Misalnya, karya sastera yang banyak penulisnya
mengetengahkan perjuangan-perjuangan para tokoh dahulu yang memperjuangkan
kemerdekaan dan kebebasan untuk negara. Tugas guru untuk menarik lagi minat murid
untuk seronok dan faham tentang analisis sesuatu karya yang secara langsung dapat
diterapkan aspek kewarganegaraan dalam diri murid. Banyak kaedah dan teknik dapat
diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran di dalam kelas.

You might also like