You are on page 1of 5

1.

0    PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan
iaitu semua murid dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan
hidup sihat dan aktiviti sosial dalam norma baharu yang perlu dititikberatkan akibat dari
pandemik Covid-19.

Semua murid dan ibu bapa menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah
diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya
dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak
di bangku sekolah lagi.

 Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus atau wabak


koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang sedang berlaku secara global
berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).[7][8] Wabak ini
pada mulanya dikesan pada pertengahan bulan Disember 2019 di bandar
raya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.[9] Sehingga 12 April 2021, lebih daripada 135 juta kes telah
disahkan, dengan lebih daripada 2,930,000 kematian disebabkan oleh COVID-19.
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza,
melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. [10][11][12] Ia dianggap paling mudah berjangkit
apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin walaupun
sebelum gejala muncul.

1.1    KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh  menjamin insan dan masyarakathidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup
Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang  konsisten,
mengelakkan stress dan  konflik  serta  menjauhi penyalahgunaan dadah.

  

1.2    TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan  dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat
dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan
Jom Hidup Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan
mengenai aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di
sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan  kesihatan
dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga
amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat
dimanfaatkan bermula dari rumah.

1
2.0    RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat  ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah
demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab murid, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya dalam norma baharu akibat pandemik
covid-19. Melalui penyampaian guru dan amalan penjagaan SOP di dalam kelas dan juga
tayangan video kepada murid akan dapat memupuk perasaan tanggungjawab dan menjaga
kesihatan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

3.0    MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal.
mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata  bercahaya lahir
dari minda yang cerdas,

4.0    OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama diadakan program ini :


I. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan
persekitaran udara yang bersih.
II. Masyarakat akan mendapat pengetahuan yang mendalam tentang langkah-
langkah menangani pecemaran udara di sekeliling.
III. Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan
mengikut prosedur yang betul terhadap masyarakat.
IV. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalani kehidupan harian.
V. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen masyarakat terhadap kebersihan
alam sekitar.

•   Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana
mereka  berada.

•  Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan  sihat dan ceria ketika di sekolah,

•  Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti
penyalahgunaandadah dan tabiat merokok.

5.0 SASARAN
Semua kelas dan murid

2
6.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Bermula bulan Mei – November 2021

7.0 KEWANGAN/KOS
Sumbangan pihak sekolah dan PIBG.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil
Item Harga Jumlah
.
1 Piala Pusingan Tahap 1 dan Tahap 2 RM 25.00 X 2 RM50.00
Sijil penghargaan (setiap minggu)
2 (RM 1.20 X 48pg) RM57.60
- 48 keping
Hamper pemenang bulanan (6 bulan)
3 Tahap 1 – RM30 RM60 X 6 RM360
Tahap 2 – RM30
Hadiah pemenang keseluruhan Tahap
4 RM50 X 2 RM100
1 dan Tahap 2
JUMLAH KESELURUHAN RM567.60

9.0 GANJARAN & PENARAFAN


Ganjaran akan diberi kepada:
 Kelas Terbersih Mingguan- Piala Pusingan dan Sijil Pengiktirafan
 Kelas Terbersih Bulanan – Hamper
 Kelas Terbersih Keseluruhan- Hamper dan Sijil Pengiktirafan

10.0 JADUAL PELAKSANAAN

3
Aktiviti
Bil Tarikh

1 12 – 16 April 2021 Penyediaan kertas kerja pertandingan keceriaan kelas


2 Sepanjang bulan April Persiapan kelas
3 Mei-November  Pertandingan kebersihan dan keceriaan dijalankan.
 Pengumpulan markah mingguan dan bulanan dikutip.

11.0 STRATEGI PELAKSAAN PROGRAM


1. Penilaian adalah secara holistic dijalankan oleh guru bertugas mingguan pada bila-bila
masa dalam seminggu menggunakan borang penilaian.
2. Penjumlahan markah dilakukan oleh guru bertugas dan diserahkan pada penyelaras
mingguan selewat-lewatnya waktu pertama selepas rehat setiap Hari Jumaat.
3. Terdapat 2 kategori iaitu Pemenang Kelas Terbersih dan Tercantik bagi Tahap 1 da
Tahap 2. Kelas yang mendapat markah tertinggi bagi Tahap 1 dan Tahap 2 akan
diumumkan pada Perhimpunan Rasmi pada hari Isnin berikutnya.
4. Pada setiap hujung bulan, penjumlahan markah untuk kelas terbersih bulanan akan
dikira dan diumumkan sebagai pemenang bulanan.

13.0 SENARAI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat : Pn. Norzita binti Haji Mohamad Noh
Pengerusi : Pn. Rohaya binti Kadir
Naib Pengerusi 1 : En. Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf
Naib Pengerusi 2 : Pn. Siew Mei Sin
Penyelaras 3K : Pn. Noranati Nadhirah binti Khairul Azlan (Kesihatan)
Setiausaha : Pn. Ziti Natrah binti Masran (Kesihatan)
AJK : Pn. Nurul Rahimah binti Mohammad Razi (Keceriaan/Kebersihan)
: Pn. Noraini binti Andi Arip (Keceriaan/Kebersihan)
: Pn. Nilly Sofia binti Khairul Anuar (Keselamatan)
: En. Zulkifli bin Mat (Keselamatan)
: Semua guru

14.0 PENUTUP
Adalah menjadi hasrat agar program kebersihan dan keceriaan ini dapat memberikan suasana
meriah di sekolah. Kebersihan haruslah menjadi kemestian dalam hidup kita kerana ia
sebahagian daripada iman.

4
Dengan kelas yang bersih, ceria dan kondusif dapat melancarkan pembelajaran murid
dan pengajaran guru. Impaknya akan menambahkan kefahaman murid dan akhirnya prestasi
murid. Hal ini berlaku secara berkadar langsung dengan adanya komitmen padu guru-guru
dan murid masing-masing.
Melalui pertandingan ini juga diharap objektif penganjur untuk mewujudkan suasana
pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai dengan kerjasama
semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


______________________ ________________________
Noranati Nadhrah binti Khairul Azlan Rohaya binti Kadir
Penyelaras Kesihatan PK Hal Ehwal Murid
SK Seri Perak. SK Seri Perak

Disahkan oleh:
_____________________________
Norzita binti Haji Mohamad Noh
Guru Besar
SK Seri Perak.

You might also like