You are on page 1of 35

PANDUAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SERTA
PROGRAM MINDA SIHAT
DALAM KEBIASAAN BAHARU

KPM.600-17/1/22JLD.2(93) BERTARIKH 22 JUN 2020


PENDAHULUAN

• Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi setiap sisi kehidupan. Hal ini tidak terkecuali
kepada Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
• Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah penting untuk membantu murid-
murid yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini terutama dalam menjalani aturan
hidup baharu yang disebut sebagai norma baharu.
• Kandungan pembentangan ini akan memfokuskan kepada kepada tajuk Panduan
Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling serta Program Saringan Minda
Sihat (KPM.600-17/1/22JLD.2(93) bertarikh 22 Jun 2020).
1.OBJEKTIF

Objektif panduan pelaksanaan ini adalah untuk:


1.1 memastikan perkhidmatan yang dijalankan selamat, teratur
dan efektif; dan
1.2 mengamalkan langkah-Iangkah keselamatan dan
kebersihan dalam melaksanakan sesi bimbingan,
kaunseling dan konsultasi.
2.PERANAN DAN TANGUNGJAWAB
2.1PENGETUA

2.1.1 memastikan bilik kaunseling beroperasi dalam melaksanakan perkhidmatan


bimbingan, kaunseling dan konsultasi.
2.1.2 memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) menyediakan
kemudahan bilik kaunseling yang mematuhi garis panduan ditetapkan;
2.1.3 memantau tindak susul kes krisis yang dirujuk; dan
2.1.4 melaksana konsultasi bersama-sama ibu bapa/penjaga bagi kes kaunseling dan
krisis.
2.2GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.2.1 memberi taklimat tatacara perkhidmatan kepada guru dan murid;


2.2.2 mempamerkan tatacara perkhidmatan di luar bilik kaunseling;
2,2.3 memastikan bilik kaunseling bersih dan selamat untuk beroperasi;
2.2.4 mengendalikan kes krisis secara profesional; dan
2.2.5 melaksanakan perkhidmatan berdasarkan perubahan peraturan
semasa.
2.3 GURU

2.3.1 merujuk murid yang mengalami perubahan tingkah laku dan emosi kepada GBK;
2.3.2 melaksanakan program minda sihat dalam kelas;
2.3.3 meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental dalam kalangan murid
melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan
2.3.4 mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika perlu.
3.PERSEDIAAN KEMUDAHAN
DI BILIK KAUNSELING
3.1GBK PERLU MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA
BERIKUT DISEDIAKAN SEBELUM BEROPERASI

3.1membersihkan bilik kaunseling;


3.2memastikan pengudaraan dan pencahayaan dalam keadaan baik;
3.3memastikan bilik sesi kaunseling individu dan kelompok tidak dijadikan ruang
kerja;
3.4menampal poster bagi mengingatkan murid untuk menjaga kebersihan dan keselamatan diri;
3.5menampal maklumat tatacara pelaksanaan perkhidmatan;
3.6menyediakan buku rekod kehadiran murid dan pelawat;
3.7menyediakan pensanitasi tangan di luar bilik kaunseling dan kaunter daftar masuk;
3.8menyediakan pelitup muka untuk murid yang memerlukan;
3.9menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh;
3.10menyimpan model dan alatan yang menarik minat murid untuk disentuh;
3.11menyediakan pelan laluan pergerakan terarah atau sehala; dan
3.12sekiranya perlu, GBK boleh menggunakan kelas yang kosong untuk menjalankan
sesi bimbingan dan kaunseling kelompok.
3.2 SEBELUM SESI

GBK bertanggungjawab
3.2.1 merancang temujanji sesi sekurang-kurangnya sehari lebih awal;
3.2.2 meminta murid untuk hadir lima (5) minit sebelum sesi dijalankan;
3.2.3 mengutamakan sesi kepada murid yang mengalami kes krisis;
3.2.4 melaksanakan sesi kaunseling kelompok dengan mematuhi
penjarakan sosial (bergantung kepada keluasan bilik)
3.2.5 memastikan murid tidak berkumpul di bilik kaunseling;
3.2.6 memastikan murid mengisi borang/instrumen di luar waktu sesi;
3.2.7 tidak membenarkan murid yang bergejala berada dalam billik
kaunseling; dan
3.2.8 memastikan murid mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi
tangan sebelum masuk ke bilik kaunseling.
3.3 SEMASA SESI

3.3.1 memastikan murid sentiasa menjaga penjarakan sosial;


3.3.2 memakai pelitup muka (jika perlu);
3.3.3 mengelakkan bersentuhan dan bersalaman;
3.3.4 melaksanakan sesi dengan profesional dan beretika; dan
3.3.5 menentukan temujanji akan datang (jika perlu).
3.4 SELEPAS SESI

GBK bertanqqunqjawab ;
3.4.1 memastikan kehadiran setiap murid dan pelawat telah direkodkan;
3.4.2 menyediakan laporan sesi kaunseling;
3.4.3 menyediakan tindak susul bagi kes krisis; dan
3.4.4 memastikan kerusi dan tempat yang disentuh oleh murid disanitasi.
PROGRAM MINDA SIHAT
DI SEKOLAH DALAM KEBIASAAN
BAHARU
1.PENGENALAN

1.1 Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu


dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada
penularan pandemik atau krisis yang berlaku.
1.2 Program ini mengunakan tema "Minda Sihat: Emosi
Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran
warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.
2.OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk;


2.1 meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental;
2.2 mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau
krisis yang berlaku;
2.3 melaksanakan intervensi bagi menguruskanemosi dalam kalangan murid;
2.4 meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi; dan
2.5 memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.
3.PENDEKATAN

3.1 Pencegahan
Pencegahan dilaksanakan melalui aktiviti berikut:
3.1.1 mengenal pasti isu murid melalui analisis keperluan;
3.1.2 mempromosikan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit mental; dan
3.1.3 membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan daya tindak.
3.2 Perkembangan
Perkembangan dilaksanakan melalui perkara berikut:
3.2.1 meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui
aktiviti seperti bimbingan kelompok, mentor mentee dan Pembimbing Rakan Sebaya
(PRS);
3.2.2 meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan resilien;dan
3.2.3 meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan berterusan.
3.3 Pemulihan
Pemulihan dilaksanakan melalui perkara berikut:
3.3.1 melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti; dan
3.3.2 melaksanakan sesi kaunseling secara berterusan dan berfokus kepada penyelesaian
isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus Brief Therapy,
Cognitive
Behavioral Therapy dan Choice Theory Reality Therapy.
3.4 Krisis
Krisis dilaksanakan melalui perkara berikut:
3.4.1mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal kecelaruan
mental (contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar);
3.4.2 melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar; dan
3.4.3 mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai
kesihatan di klinik dan hospital berdekatan.
4.PERANAN DAN TANGUNGJAWAB
4.1PENTADBIR SEKOLAH

4.1.1 melaksanakan program dengan lancar dan berkesan;


4.1.2 memantau pelaksanaan program secara berterusan;
4.1.3 merujuk kes krisis murid kepada ibu bapa/penjaga; dan
4.1.4 melaporkan kes krisis murid kepada PPD dan JPN
melalui Sistem Pelaporan Isu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP).
4.2GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.2.1 menyelaras pelaksanaan program dengan guru dan murid;


4.2.2 melaksanakan penataran program kepada guru;
4.2.3 menyebarluaskan maklumat promosi kesihatan mental
kepada guru, ibu bapa dan murid;
4.2.4 menyediakan panduan dan bahan program kepada guru;
4.2.5 Menyediakan profil murid dari segi isu kesejahteraan emosi;
4.2.6 Melaksanakan program pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis
mengikut keperluan murid;
4.2.7 memantau perkembangan murid dari masa ke semasa;
4.2.8 melaporkan kes krisis kepada Pengetua dan Guru Sesar; dan
4.2.9 menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan yang berdekatan untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan kepakaran.
4.3 GURU

4.3.1memastikan program dilaksanakan dengan lancar;


4.3.2memantau perkembangan perubahan tingkah laku dan emosi murid;
4.3.3merujuk murid yang dikenal pasti mengalami perubahan tingkah laku
dan emosi kepada GBK; dan
4.3.4meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental merentas
kurikulum.
4.4PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

4.2.1 membimbing pelaksanaan program kepada


Pengetua dan Guru Besar dan GSK; dan
4.2.2 melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah
dan rendah (rujuk borang senarai semak pada
muka surat 22).
4.5 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

4.1.1 melaksanakan penataran kepada Penolong Pegawai HEM Pejabat Pendidikan


Daerah (PPD), GSK sekolah rendah dan menengah sebelum sesi persekolahan
dibuka;
4.1.2 membimbing pelaksanaan program kepada Penolong Pegawai HEM Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD); dan
4.1.3 melaksanakan kunjung bantu di sekolah menengah dan rendah (rujuk borang senarai
semak pada muka surat 22).
5.PELAKSANAAN PROGRAM

• Program ini dilaksanakan melalui dua


strategi iaitu promosi minda sihat di sekolah
rendah dan menengah manakala saringan
minda sihat di sekolah menengah sahaja.
5.1PROMOSI MINDA SIHAT

• Promosi minda sihat bertujuan meningkatkan kesedaran dan kepentingan menjaga kesihatan
mental. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berikut;
5.1.1 Senarai semak keperluan murid
5.1.2 Program 5 minit Pemugaran Minda Sihat
5.1.3 Teknik Relaksasi
5.1.4 Kuiz
5.1.5 Ekspresi Emosi (Iuahan emosi di nota pelekat)
5.1.6 Pertandingan - (karikatur, info grafik, lagu dan video pendek satu minit Minda Sihat).
5.2 SARINGAN MINDA SIHAT

GBK menggunakan saringan minda sihat seperti


berikut;
5.2.1 Saringan Whooley;
5.2.2 Saringan PHQ 9; dan
5.2.3 Saringan GAD7
• Murid yang dikenal pasti mempunyai isu
berkaitan emosi, perlu menjalani intervensi
menggunakan Modul Minda Sihat (KPM) dan
Modul Kesihatan Mental Remaja (KKM)
PENUTUP

• Sesungguhnya pembabitan GBK bersama-sama pihak


pentadbir sekolah dan guru-guru dalam situasi ini
menzahirkan peranan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling dalam mempertingkatkan tahap kesihatan
fizikal dan psikologikal murid selaras dengan matlamat
mewujudkan masyarakat yang sejahtera.
PERTANYAAN
TERIMA KASIH

You might also like