You are on page 1of 3

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM SEKOLAH MENENGAH

Mukadimah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan
murid dan penerapan nilai-nilai murni.

2.1. Bidang Tugas

2.1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan

2.1.2 Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan Pengetua.

2.1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan
Kebajikan Murid, Buku Teks,Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan,Koperasi
Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika ada)

2.1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesi petang bagi sekolah-sekolah yang
mempunyai sesi petang

2.1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 2.1.3 diatas

2.1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan Hal Ehwal Murid di
sekolah.

2.2. Senarai Tugas

2.2.1 Disiplin

2.2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni

2.2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan

2.2.1.3 Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah

2.2.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-
peraturan tatatertib dan salahlaku

2.2.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid contohnya SSDM.

2.2.1.6 Menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Murid.

2.2.1.7 Merancang dan melaksanakan program peningkatan disiplin dan sahsiah murid.

2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


bersama-sama guru-guru bimbingan dan kaunseling.

2.2.2.2 Menyelaras dan memastikan rekod bimbingan dan kaunseling murid serta laporan
disediakan oleh Guru Kaunseling.

2.2.2.3 Merancang dan melaksanakan program–program pengembangan, pencegahan dan


pemulihan murid.
2.2.3 Program Pelindungan Murid

2.2.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program-
program lain di peringkat sekolah

2.2.3.2 Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah


dilaksanakan

2.2.3.3 Mengurus Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

2.2.4 Pentadbiran

2.2.4.1 Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod PendaftaranMurid

2.2.4.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid

2.2.4.3 Mengurus pertukaran murid

2.2.4.4 Menyemak Buku Kedatangan Harian murid.

2.2.4.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti
sekolah

2.2.4.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah

2.2.4.7 Membantu merancang Takwin Sekolah

2.2. Kesihatan

2.2.5.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid

2.2.5.2 Memastikan program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti


menguruskan Kad 001 / 002 dan PKS 1 /PKS 2

2.2.5.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantinsekolah

2.2.5.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid

2.2.6 Skim Pinjaman Buku Teks

2.2.6.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira

2.2.6.2 Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik
Buku Bantuan

2.2.6.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus SkimPinjaman Buku Teks

2.2.6.4 Menyelaras kelulusan permohonan Skim Pinjaman BukuTeks.

2.2.7 Biasiswa dan Bantuan

2.2.7.1 Menyelaras perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan

2.2.7.2 Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan


2.2.7.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid

2.2.7.4 Mengurus permohonan biasiswa dan bantuan

2.2.8 Polisi Sekolah Selamat

2.2.8.1 Menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Sekolah Selamat.

2.2.8.2 Membantu Pengetua dan Jawatankuasa Sekolah Selamat menyediakan Buku Panduan
Polisi Sekolah Selamat.

2.2.8.3 Membantu menguatkuasakan semua peraturan sekolah.

2.2.8.4 Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan.

2.2.8.5 Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis.

2.2.8.6 Mengenalpasti amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya.

2.2.8.7 Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan keselamatan

2.2.8.8 Menyelaras rekod peristiwa mengenai keselamatan.

2.3. Pengawasan Asrama ( jika ada )

2.3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid keasrama

2.3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama

2.3.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama

2.3.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama

2.3.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur

2.3.6 Menyelaraskan pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama

2.3.7 Membantu dalam urusan sebutharga / tender makanan asrama sekolah

2.3.8 Mempastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuniasrama dalam aktiviti riadah

2.3.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yangberkaitan dengan asrama

2.3.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama

2.3.11 Mengurus pemilihan penghuni asrama.

2.4. Tugas-tugas lain

2.4.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan olehPengetua dari semasa ke semasa

2.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yangberkaitan dengan tugas rasmi
diberikan oleh Pengetua darisemasa ke semasa.

You might also like