You are on page 1of 1

Puan Azian Binti Sabli

Sekolah Kebangsaan Titi Teras (SKTT)


11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
___________________________________________________________________________

Tropical Spice Garden


Teluk Bahang
Pulau Pinang 3 Julai 2017

Tuan/Puan

PER : LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEMPENA PROGRAM SEKOLAH HIJAU

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya guru Sekolah Kebangsaan Titi Teras, ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke
tempat tuan/puan bagi mempelajari dan berkongsi kepakaran dan info mengenai tanaman dan
keindahan tanaman pokok herba.

3. Maklumat cadangan lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh lawatan = 11 Julai 2017 (Selasa)

Masa = 10.00 Pagi

Jumlah guru = 3 orang

Jumlah murid = 6 orang

3. Untuk itu, kami ingin mengetahui jumlah bayaran yuran masuk pada hari tersebut.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan boleh menghubungi saya,
Puan Azian di emel aziansktt@gmail.com atau di talian 0194272550.

4. Diharap permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya dan kerjasama daripada pihak
tuan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar, Disahkan oleh ,

......................................... .......................................

PN. AZIAN BINTI SABLI PN. HAJJAH NOR AINI BINTI ARSHAD
(Guru Penyelaras Program (Guru Besar SKTT)
Sekolah Hijau SKTT)

You might also like