You are on page 1of 20

Satu Perjuangan

"Membina Generasi Muslim Beragenda"


窗体顶端

窗体底端
Sabtu, 9 Mac 2013

Keberkesanan Dan Penambahbaikan Sekolah

Artikel berikut akan mengupas serba sedikit berkaitan keberkesanan dan penambahbaikan


sekolah.

Definisi sekolah berkesan

Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah sebagai tempat


untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang
ditinggalkan oleh sesuatu. Lippitz dalam Mukhtar et al. telah mentakrifkan sekolah
berkesan sebagai "sekolah yang selamat dan teratur di mana kanak-kanak miskin dan
kelas pertengahan mendapat pencapaian akademik yang baik" (Hare, 1988: 413)

Manakala Felsenthal (1982) pula mentakrifkan sekolah berkesan di mana majoriti


pelajar mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan awam pada peringkat
kebangasaan. Menurut Levine dan Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah
digunakan oleh kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu
seperti matematik, sains atau bahasa, kehadiran pelajar ke sekolah dan kepuasan pelajar.
Al Ramaiah (1995) pula menyatakan konsep sekolah berkesan sepatutnya dalam konteks
memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar bukannya berfokus kepada hasil
pencapaian akademik pelajaran semata-mata walaupun pencapaian kelulusan sekolah
adalah seratus peratus. Manakala Rahimah (1998) pula menegaskan konsep sekolah
berkesan seharusnya mempunyai cirri-ciri sekolah yang baik serta membawa hasil
pembelajaran, sekolah yang berupaya membina watak dan membuktikan ianya boleh
membawa perubahan kepada pelajar.

Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza  kerana berbagai-bagai pihak mempunyai


persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh
kerana itu Stoll dan Fink (1996) dalam Abdul Malek  menegaskan bahawa untuk memberi
definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza.  Kajian-
kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan keberkesanan sekolah melalui 
pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan  untuk mengukur keberkesanan
sekolah. Secara umum terdapat dua kriteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk
mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau ‘output’dan proses. Levine dan Lezotte
(1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang
dikehendaki  (outcome). Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari
segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan (equity). Mengikut beliau keberkesanan
sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-
kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang
menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang
menguasainya.

          Mortimor
(1991) telah merumuskan bahawa sekolah berkesan ialah
sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika
diambil kira latar belakang mereka. Schreens (1992) menjelaskan konsep
keberkesanan mengikut perspektif tertentu. Dari segi ekonomi sekolah
dianggap berkesan jika ‘outcome; atau hasil yang diingini dapat dicapai dengan
kos yang rendah sementara perspektif hubungan kemanusiaan dalam organisasi,
organisasi yang berkesan ialah organisasi yang dapat mewujudkan perasaan
kepuasan dalam kalangan pekerjanya dan melibatkan mereka dalam organisasi.
Hasil tinjauan rambang Sharifah (2000) mendapati sekolah-sekolah di Malaysia
mengaitkan sekolah berkesan dengan kecemerlangan akademik yang telah
dicapai.

Kajian Berkaitan Keberkesanan Sekolah

Kajian-kajian sekolah efektif atau sekolah berkesan secara khusus mendefinisikan


keberkesanan sekolah melalui pemboleh ubah yang dianggap penting dan digunakan
untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara keseluruhan, tidak ada konsensus di
kalangan pengkaji tentang definisi keberkesanan. Secara umum terdapat dua criteria yang
digunakan, iaitu ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses. Di Amerika Syarikat kebanyakan
pengkaji mengukur keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’, iaitu pencapaian dalam
ujian piawaian bagi mata pelajaran matematik dan bacaan. Di United Kingdom, pemboleh
ubah proses seperti kedatangan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian
digunakan sebagai pengukur keberkesanan. Selain mengukur keberkesanan dari segi
kualiti ada juga pengkaji yang menggunakan kriteria kesaksamaan (equity).

Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi
juga dari segi kesaksamaan (equity). Mengikut beliau, keberkesanan sekolah diukur
berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang
beruntung sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai
akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga,
sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi kesaksamaan peluang
pendidikan. Mengikut kriteria ini, pada pendapat beliau, bilangan sekolah di Amerika
Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit.

Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenalpasti sekolah yang berkesan: (1)
menentukan kriteria yang khusus  seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada
median kebangsaan, (2) analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu
telah meningkat dari semasa ke semasa, (3) skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan
(4) pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.
Selain melihat hasil sebagai pengukur keberkesanan, pengkaji telah meluaskan definisi
keberkesanan dengan mengkaji peningkatan yang menjadi nilai tambahan yang dialami
oleh murid disebabkan keberkesanan sekolah. Maka keberkesanan sekolah bukan hanya
diukur dari segi hasil tetapi juga dari segi proses peningkatan yang dialami. Mortimore
(1991) merumuskan bahawa sekolah yang berkesan ialah sekolah yang pelajarnya
meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika diambil kira latar belakang mereka.
Mengikut Stoll dan Fink (1996) jika ditambah perkataan ‘semua pelajar’ dalam rumusan
Mortimore itu, maka konsep nilai tambahan dan kesaksamaan dapat disatukan dalam
mendefinisikan keberkesanan sekolah. Dari itu, jelaslah bahawa sekolah yang berkesan
itu, berkesan bagi semua pelajar tidak kira latar belakang mereka. Berdasarkan definisi ini
bolehkah kita katakan bahawa sekolah berasrama penuh yang sedia mengambil pelajar
yang memang berkebolehan itu berkesan berdasarkan prestasi mereka dalam peperiksaan
umum? Atau bolehkah kita anggap sekolah luar bandar yang telah menunjukkan
peningkatan tahun demi tahun walaupun prestasinya tidak sebaik sekolah berasrama
penuh, sebagai sekolah yang berkesan? Jelaslah jika sekolah berasrama penuh tidak
menunjukkan nilai tambahan dan prestasi pelajarnya hanya apa yang diharapkan, maka
sekolah itu belum boleh dianggap berkesan. Sebaliknya jika sekolah kampong itu boleh
menunjukkan nilai tambahan berserta dengan usaha menyamaratakan peluang pendidikan
dan pelajarnya mencapai lebih daripada apa yang diharapkan maka sekolah ini boleh
dianggap sebagai berkesan.

Sergiovanni (1987) juga mendefinisi keberkesanan sekolah berasaskan peningkatan


sekolah. Beliau menyenaraikan lapan criteria untuk mengukur keberkesanan: (1)
peningkatan dalam skor ujian, (2) peningkatan dalam kehadiran, (3) pertambahan dalam
bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah, (4) pertambahan peruntukan masa untuk
Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah, (5) penglibatan komuniti dan ibubapa, (6)
penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, (7) ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar
dan guru, dan ( 8) sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.

Aspek lain yang digunakan oleh pengkaji sebagai pengukur keberkesanan sekolah ialah
kelakuan murid, kehadiran, sikap dan konsep kendiri (Mortimore et al., 1988; Teddlie dan
Stringfield, 1993). Manakala Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan keberkesanan sekolah
seperti berikut: (1) sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, (2) menggalakkan peningkatan
untuk semua pelajar lebih daripada apa yang dijangkakan jika diambil kira latar belakang
dan kebolehan asal mereka, (3) memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang
mungkin potensinya, dan (4) menggalakkan (enhance) semua aspek perkembangan dan
pencapaian pelajar.

Berdasarkan perbincangan tentang beberapa definisi keberkesanan sekolah, bolehlah


dirumuskan tentang pengertian keberkesanan sekolah ini seperti berikut:
 

 Keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan ‘output’ atau hasil persekolahan.


Hasil ini berbentuk akademik (pencapaian akademik) dan bukan akademik; (kelakuan
murid, konsep kendiri dan sikap murid, kepuasan kerja guru dan sebagainya).
 Proses juga boleh menjadi criteria bagi mengukur keberkesanan: pentadbiran
sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah antara criteria yang dinyatakan.
 Keadaan sekolah, keceriaan, kebersihan, keadaan disiplin juga merupakan criteria
keberkesanan.
 Kriteria keberkesanan sekolah berbeza mengikut Negara, budaya dan lokasi yang
berlainan.
 Keberkesanan bukan hanya dicerminkan dari aspek kualiti bahkan dari aspek ekuiti
(kesaksamaan) juga.
 Keberkesanan sekolah diukur dari segi progress atau peningkatan yang dialami, iaitu
nilai tambahan yang diperoleh.
 Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang meningkat lebih daripada yang diharapkan
jika diambil kira latar belakang pelajarnya.

Perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan yang


menggalakkan rasa hormat-menghormati dan kerjasama antara satu dengan lain.

Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan mereka yang
seimbang dan interaksi social mereka dengan pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.


Sekolah memainkan peranan yang berkesan dlam melibatkan ibu bapa, bukan hanya
melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang melibatkan
guru, pelajar, ibu bapa,     

Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah mestilah berlandaskan aspirasi yang


termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara, dan dalam Wawasan 2020. Kita mahukan
sekolah berwawasan, sekolah kecacatan sifar dan pendidikan bertaraf dunia. Maka sudah
semestinya pengertian keberkesanan diperluas. Selain perkara yang telah diberi
penekanan ada aspek lain yang perlu ditonjolkan.


Konsep kesaksamaan dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang beruntung
diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui program pengayaan
mereka.

 

Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara sengaja
memupuk komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan terbuka kepada cadangan dan
bantuan rakan kongsinya.


Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.


Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru mengambil
berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-hal yang
berkaitan kepentingan mereka sendiri.


Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan wawasan
warganya, mengikut acuannya sendiri.


Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu
menjayakannya.


Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritis, penyayang,
mengikut ajaran agama  dan mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.


Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru dan ibu
bapa.

Model-Model Keberkesanan Sekolah

 
1. Model Matlamat

·         Berkesan bila dapat mencapai matlamat

·         Matlamat yang jelas

·         Terhad

o   Perlukan matlamat yang jelas

o   Perlu boleh diukur

o   Faktor masa

o   Matlamat yang tidak mendapat persetujuan ramai

2. Model Sumber –Input

·         Disebabkan wujud pelbagai pengharapan dari pelbagai pihak berkepentingan, sekolah


terpaksa mewujudkan pelbagai matlamat walaupun tidak konsisten

·         Lebih banyak input sumber yang bernilai diperlukan untuk sekolah yang berkesan

·         Keberkesanan sekolah berkesan apabila boleh memperolehi sumber yang diperlukan

·         Input dan pemerolehan sumber kriteria asas bagi sekolah keberkesanan

·         Terhad – penekanan yang lebih kepada sumber, pengurangan pendekatan


terhadap proses dan output
 

3. Model Proses
·         Sekolah adalah berkesan jika fungsi dalamannya lancar dan sihat

·         Keberkesanan bergantung kepada kelancaran fungsi dalaman

·         Contoh proses: kepimpinan, saluran komunikasi


·         Perhubungan yang jelas antara proses pembelajaran dan hasilnya

·         Terhad:
o   Faktor kesukaran dalam proses: - pemantauan, - pengumpulan data, - pemfokusan

o   Keberkesanan bergantung kepada perhubungan proses persekolahan dalam bidang


yang spesifik, sejauh mana dia tahu tentang bidang tersebut
 

4. Model Kepuasan

·         Matlamat yang luas dan banyak, maka makin sukar untuk dicapai

·         Matlamat yang kurang dan mudah, maka lagi mudah untuk dicapai, jadi ia lebih mudah
dianggap berkesan

·         Kepuasan pihak atasan dikira berkesan

·         Puas terhadap kualiti, merujuk kepada kepuasan pelanggan terhadap keperluan,


permintaan dan apa yang diharapkan

·         Model ini mengatakan sekolah adalah berkesan jika semua pihak berkepentingan puas hati
secara minima

·         Kepuasan pihak berkepentingan adalah petunjuk keberkesanan


·         Masalah: - sekiranya berlaku konflik antara pihak yang berkepentingan maka model ini
tidak sesuai.
 

5. Model kesahihan/kesahan
·         Sekolah berkesan adalah sekolah yang dapat menunjukkan akauntabiliti, penuhi kehendak
komuniti dan mendapat sokongan pihak berkepentingan

·         Sekolah perlu bersaing untuk mendapat perhatian ibubapa agar memilih sekolah
berkenaan

·         Perhubungan awam, aktiviti pemasaran dan membangunkan sekolah berasaskan sistem


akauntabiliti – untuk mendapat kepercayaan daripada ibubapa.

·         Ibubapa percaya ia sah dan sahih bahawa memang sekolah berkenaan beroperasi secara
akauntabiliti dan memenuhi kehendak komuniti
 

6. Model ketidakberkesanan

·         Disebabkan oleh sukar untuk mengenalpasti aspek keberkesanan tetapi mudah untuk
mengetahui kriteria yang menyebabkan ketidakberkesanan
·         Model ini boleh digunakan apabila ciri-ciri keberkesanan tidak dapat dilihat dengan jelas

·         Contoh faktor penyebab tidak berkesan seperti konflik, kesukaran, kelemahan dsb

·         Tidak sesuai – bagi sekolah yang cemerlang

7. Model pembelajaran terancang

·         Model ini hampir sama dengan model proses

·         Beza dengan model proses adalah penekanan terhadap perlakuan pembelajaran untuk
mendatangkan kesan kepada pencapaian sekolah

·         Terhad – jika perhubungan antara proses pembelajaran terancang dengan hasil yang henda
dicapai oleh sekolah tidak jelas

o   Cth: walaupun kurang proses pembelajaran, ada faktor penarik lain yang
menyebabkan ia mendapat keputusan yang baik.  Sila rujuk kepada 5 dimensi
yang dinyatakan oleh Peter Senge; 1) personal Mastery 2) Mental Models 3)
shared vision 4) team learning 5_) system thinking

8. Model TQM (Total Quality Management)

·         Memfokuskan kepada pengurusan bukan kepada individu sebagai manusia

·         Konsep yang komprehensif dengan mengintegrasikan semua model

·         Keberkesanan bergantung kepada keupayaan pengurusan sekolah

DEFINISI PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

Menurut Barth (1990), beliau percaya penambahbaikan sekolah itu merupakan


satu usaha untuk menentukan dan menyediakan perubahan, dibentuk
bersama dan tanpa, di mana orang dewasa dan kanak-kanak
yang  bersekolah akan menggalakkan dan mempertahankan keinginan belajar
di kalangan mereka sendiri.

Van Velzen et al.(1985) menganggap penambahbaikan sekolah sebagai satu


usaha yang  sistematik serta dibenarkan yang bertujuan untuk perubahan
dalam syarat-syarat pembelajaran dan lain-lain yang berkaitan dengan
keadaan dalam satu atau lebih sekolah, dengan matlamat akhir ialah untuk
mencapai matlamat pendidikan dengan lebih berkesan.

Menurut Hopkins et al.(1994) pula, makna penambahbaikan sekolah hari ini


adalah pada umumnya difahami sebagai satu usaha  berterusan  untuk
menjadikan sekolah sebuah tempat yang lebih baik bagi proses pembelajaran
untuk murid-murid. Beliau menerangkan pembaikan sekolah adalah satu
pendekatan ke arah perubahan pendidikan yang bertujuan menambah
pencapaian pelajar dan mengukuh keupayaan sekolah untuk pengurusan
perubahan. Usaha ke arah penambahbaikan sekolah merupakan urusan
setiap sekolah. Sekolah tidak boleh berdiam diri kerana dalam konteks sekolah
ia sentiasa berubah. Penambahbaikan sekolah sepatutnya menjadi agenda
utama di semua sekolah.

Penambahbaikan sekolah berpegang kepada prinsip ‘self-renewing school’


iaitu perubahan dan perkembangan dimiliki oleh sekolah daripada mendapat
arahan dan tekanan dari luar (Hopkins et. al., 1996). Ia berdasarkan beberapa
andaian termasuklah kepercayaan bahawa sekolah mempunyai kapasiti
menambah baik diri sendiri, yang melibatkan perubahan budaya. Ia akan
mudah dicapai melalui keadaan dalaman sesebuah sekolah itu yang
mengambil kira pelbagai perspektif perkembangan dan perubahan.

Konsep penambahbaikan menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik


bagaimana sesuatu perubahan itu dimulakan, dilaksanakan dan institusikan.
Terdapat 5 dapatan tentang proses perubahan sekolah yang berkesan.
Pertama, kajian penambahbaikan sekolah membuktikan wujudnya
pembangunan guru yang penting di peringkat sekolah. Penambahbaikan guru
saling berkait rapat dengan penambahbaikan sekolah. Kedua, kajian
penambahbaikan sekolah menekankan kepentingan kepimpinan dalam
mengiringi perubahan peringkat sekolah. Ketiga, kajian penambahbaikan
sekolah telah menunjukkan tiada satu pun kajian tindakan penambahbaikan
sekolah yang sesuai digunakan di semua jenis sekolah. Keempat, usaha ke
arah penambahbaikan sekolah telah mengukuhkan keperluan perubahan ke
atas usaha menghasilkan pencapaian pelajar secara khusus. Kelima, usaha ke
arah penambahbaikan sekolah telah membuktikan kepentingan memahami
dan menggunakan budaya sekolah (Hargreaves,1994).

Kajian telah menunjukkan bahawa budaya sekolah yang menggalakkan


kejelekitan, kepercayaan dan kerja kolaboratif yang menekankan kepada
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih cenderung ke arah usaha untuk
bertindakbalas bagi menambahbaikkan sekolah.

 
Penambahbaikan sekolah ialah sesuatu perubahan yang dilakukan secara
terancang dan dibuat langkah demi langkah.  Perubahan yang dilakukan itu
merupakan sesuatu yang  berbeza daripada amalan yang telah kita jalankan,
sesuatu perkara yang baru dan kreatif daripada pelbagai segi seperti dalam
amalan pedagogi, pengurusan, kepemimpinan yang kita tidak amalkan dan
kemudiannya kita amalkan.

 
Perkembangan pendidikan yang berlaku kini menjurus kepada memberi
keutamaan dalam aspek penambahbaikan sekolah. Kerajaan telah
memberikan peruntukan pendidikan dalam Dalam Rancangan Malaysia Ke-9
untuk penambahbaikan sekolah.  Penambahbaikan sekolah ialah berkaitan
dengan akauntabiliti dan kecekapan (efficiency).  Akauntabiliti pihak sekolah
terhadap murid yang semakin lama semakin meningkat, tuntutan pihak stake
holders, ahli politik, ibubapa atau pihak yang menuntut sekolah iaitu guru-guru
seharusnya lebih mempunyai akauntabiliti terhadap pelajar-pelajarnya.  Di
negara ini belum ada guru-guru dan pihak sekolah yang disabitkan kesalahan
kerana murid-murid gagal dalam peperiksaan. Namun, persoalan akauntabiliti
dan kecekapan ini menjadi satu tekanan, menjadi satu tekanan pihak luar
kepada sekolah untuk melakukan penambahbaikan.

 
Pernyataan ‘Sekolah boleh membuat perubahan’ merupakan suatu
kepercayaan terhadap pihak sekolah boleh berubah daripada keadaan sedia
ada kepada yang keadaan yang lebih baik lagi. Dalam literatur sekolah
berkesan, apa yang menjadi pernyataan yang sering diungkapkan ialah
pernyataan ‘Pengetua boleh membuat perubahan’. Manakala dalam
penambahbaikan sekolah, pernyataan ‘Sekolah boleh membuat perubahan’.
Perubahan untuk penambahbaikan sekolah itu boleh dilakukan dengan cara
memastikan aspek kuantiti kepada kualiti. Kini, penekanan terhadap
kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan semakin difokuskan kerana
pasaran kerja juga mementingkan kecemerlangan akademik di samping
penekanan terhadap kokurikulum.

 
Penambahbaikan sekolah juga boleh berlaku disebabkan agenda
politik.  Penambahbaikan ini adalah untuk melahirkan modal insan. Misalnya
pihak kerajaan memperkenalkan PPSMI yang bertujuan untuk melahirkan e-
pekerja yang berpengetahuan luas dalam sesuatu bidang.  Oleh yang
demikian seluruh warga sekolah perlu membuat anjakan paradigma iaitu
berubah daripada amalan yang tidak memberangsangkan pembelajaran murid
kepada situasi yang memungkinkan pembelajaran murid dapat dibuat
seoptima mungkin.

 
Rasional penambahbaikan sekolah adalah untuk memastikan keadaan status
quo sekolah yang tidak memberangsangkan dapat diubah kepada keadaan
yang positif iaitu yang dapat memberi kesan yang bermakna dalam
pembelajaran pelajar.  Begitu juga sekolah yang telah mencapai keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan awam, masih ada ruang untuk
penambahbaikan sekolah tertentu misalnya membuat penambahbaikan dalam
program perkembangan staf, program-program untuk pelajar dan lain-lain
lagi.  Oleh yang demikian, penambahbaikan akan membawa perubahan
kepada aspek yang ditambahbaik secara beransur-ansur. Penambahbaikan
tidak akan berlaku jika tidak ada perubahan. Misalnya, inovasi dalam
pengajaran di bilik darjah iaitu menggunakan kaedah kumpulan dalam
pengajaran. Dengan melakukan itu barulah kita tahu bahawa kumpulan itu
samada ia lebih baik ataupun tidak baik dalam status quo pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.

 
Di samping istilah penambahbaikan sekolah, terdapat juga istilah yang
digunakan seperti ‘school restructuring’ atau ‘restructuring school’, ‘school
rejuvenation’ – istilah geografi- balik muda, OD (organizational development)
iaitu istilah yang digunapakai  dalam organisasi swasta sebelum
digunakan  dalam bidang pendidikan. Istilah-istikah pembangunan organisasi,
penilaian sekolah atau pembaharuan sekolah, school evaluation atau self
renewal atau in-school reviews yang juga bermaksud penambahbaikan
sekolah. Kemudian, istilah ‘self directed improvement’, pembangunan sekolah,
penstrukturan, atau ‘reengineering’ sekolah adalah digunakan dalam
penambahbaikan sekolah.

 
Secara umumnya terdapat dua model penambahbaikan sekolah. Model yang
pertama ialah model ‘Intervention Approach’ yang menggunakan pendekatan
intervensi yang juga disebut sebagai Model Tradisi,  seperti PPSMI yang
diperkenalkan oleh kementerian pelajaran. Pelaksanaan Itu adalah intervention
untuk meningkatkan lagi Bahasa Inggeris murid-murid dalam mata pelajaran
Sains dan Matematik. Di Amerika, khidmat perunding digunakan untuk
penambahbaikan sekolah yang biasanya terdiri dari professor dari universiti.
Pendekatan intervensi untuk penambahbaikan sekolah ini menurut Robinson
ialah ketidakupayaan guru untuk membincangkan isu-isu yang timbul daripada
pendekatan tadi yang datang daripada luar.

Model yang keduanya ialah model ‘self-directed improvement process’ atau


‘school reviews.’ Melalui pendekatan model ini sekolah berusaha menilai balik
sekolah itu. Jadi, proses self-directed ini melibatkan ‘self renewal’, ‘self
assessment’, ‘reassessment’ iaitu menilai balik keseluruhan pencapaian
sekolah itu. Misalnya, menggunakan konsep keberkesanan yang dirumuskan
oleh Cheng.  Sebagai contoh untuk ‘self-review’ model ini ialah program yang
dilakukan di New Zealand. Untuk melakukan ‘self review’ ini, andaian yang
pertama model ini ialah staf hendaklah melibatkan diri secara sukarela dan
bukannya terpaksa. Andaian kedua ialah pengetua memainkan peranan
penting dalam melakukan penilaian semula sekolah.  Andaian ketiga ialah
kaedah review sesuai dengan penilaian kendiri dan penambahbaikan diri
sekolah. Melalui kaedah itu, penilaian yang dibuat hendaklah sesuai dengan
penilaian kendiri dan bukan berdasarkan sekolah lain atau faktor  faktor luar
dan sebagainya. Pendekatannya mestilah untuk penambahbaikan sekolah.
Andaian yang keempat ialah mengkaji hasilan (review outcomes) iaitu
melibatkan proses bagi menjalankan review seharusnya tidak boleh
mengganggu sesuatu aspek keberkesanan yang ada. Keberkesanan yang ada
itu harus dikekalkan dan perlu ditambahtambah baik.

 
Menurut Hargreaves & Hopkins (1994),  kajian mengenai penambahbaikan
sekolah ini mencakupi matlamat jangka panjang iaitu untuk penyelesaian
masalah atau mengupayakan sekolah ke arah penghasilan ‘thinking school’.
Jadi, penambahbaikan sekolah ini ialah satu usaha ke arah mencapai
matlamat penyelesaian masalah ataupun ‘thinking school’ dan bukannya
‘mindless school’.

 
Penambahbaikan sekolah ini juga mempunyai pelbagai konsep dan konsep itu
bergantung kepada sesiapa yang menulisnya. Berdasarkan
pernyataan Hargreaves  dan  Hopkins (1994) iaitu:

            “ school improvement is  about developing strategies for


educational change

             that strengthen the school’s organization, as well as


implementing curriculum                      reforms.”

Jelaslah di sini menunjukkan bahawa penambahbaikan sekolah adalah suatu


usaha membina strategi untuk melakukan perubahan pendidikan yang
bertujuan mengukuhkan organisasi sekolah iaitu menguatkan kapasiti guru
khususnya dan warga sekolah amnya. Oleh itu, penambahbaikan itu harus
berkeupayaan dalam menggerakkan secara aktif dan mengukuhkan bidang
pedagogi, pengurusan, dan kepemimpinan.

Kedua-duanya berfokus kepada penambahbaikan secara keseluruhan dan


berfokus kepada strategi. Strategi untuk penambahbaikan sekolah ialah
dengan melatih guru melaksanakan semua yang dilakukan di sekolah,
memberi sokongan pekerjaan dan moral kepada guru, pihak sekolah
memantau dan melebarluaskan lagi peranan kepimpinan kepada para guru.
Mereka harus diberi bimbingan dan membangunkan keyakinan diri  (self
efficacy) mereka.
 

Alma Harris (2002) membicarakan penambahbaikan sekolah itu adalah


merupakan usaha yang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat
yang lebih baik (dari keadaan yang sedia ada) untuk murid-murid dan untuk
mereka belajar. Kemudahan sekolah yang mencukupi seperti kemudahan
pusat sumber yang lengkap dan interaksi antara guru-guru dan murid-murid
adalah harmoni. Di samping itu, perhubungan di antara komuniti sekolah yang
berasaskan kepada penghayatan visi yang sama, nilai dan falsafah sekolah
dan matlamat sekolah yang sama.

Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah pembangunan komuniti


sekolah dan ‘establishing’ perhubungan-perhubungan  positif di dalam sekolah.
Alma Harris juga lebih menumpukan kepada perubahan terhadap amalan-
amalan yang terdapat di sekolah dan di bilik darjah. Amalan pengajaran dan
pembelajaran amalan perundingan guru-guru dan murid-murid, khususnya
disiplin yang menyebabkan murid-murid tidak suka datang ke sekolah. Tetapi,
untuk mengubah ini sangatlah sukar kerana ia sudah menjadi habit, budaya,
mereka percaya itulah sahaja caranya yang betul. Kita harus berpegang
kepada prinsip bahawa sekolah boleh melakukan perubahan.

Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi


perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar, di
samping memperkukuhkan kapasiti sekolah untuk mengurus
perubahan.  Pencapaian pelajar merupakan matlamat utama penambahbaikan
sekolah.

Konsep penambahbaikan sekolah ini ialah menitikberatkan peningkatan


pencapaian murid dengan memfokuskan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dan keadaan-keadaan (usaha-usaha memajukan sekolah) yang
menyumbang kepada keberkesanan proses tersebut. Wang et. al. (1990)
menyatakan bahawa terdapat keadaan yang merangsangkan yang
mempengaruhi keberkesanan sekolah dan harus dikekalkan
seperti  pengajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah yang cekap,
perhubungan guru dan murid yang baik dan iklim pembelajaran bilik darjah
yang kondusif. Di samping itu,  terdapatnya hubungan yang baik antara
memajukan bilik darjah dengan kemajuan sekolah. Fokus kepada
penambahbahbaikan sekolah ialah tindakan sengaja bagi penambahbaikan
dan bukannya secara kebetulan dan perlu dirancang dan ditetapkan matlamat
yang hendak dicapai bukan hanya dengan harapan ia akan memberi kesan
kepada murid tetapi mesti ditetapkan. Ia bergantung kepada proses dan
menekankan kepada faktor-faktor proses yang terlibat serta menegaskan
hubungan antara proses dengan hasil.

Roland S.Barth (1990) dalam bukunya “Improving school from within”


menjelaskan bahawa penambahbaikan sekolah adalah satu usaha bagi
menentu dan menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari luar
sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid yang berada di
sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan mereka.

Peranan untuk memajukan sekolah bukan sahaja di dalam sekolah tetapi juga
di luar sekolah seperti memberi sokongan, memberi approval. Ini sangat
penting kerana cara kita berinteraksi dengan mereka di luar sana akan dapat
menarik mereka untuk membantu kita menambahbaik sekolah. Kejayaan Dr
Hussein melakukan penambahbaikan sekolahnya ialah hasil daripada
sokongan yang diberi oleh orang luar memberikan keberanian kepadanya.

Gray, et. al. (1999) menggunakan konsep bahawa ‘an improving school’
bukanlah penambahbaikan sekolah. Sebaliknya, “An improving school is one
which secures year-on-year improvements in the outcomes of successive
cohorts of ‘similar’ pupils (increases effectiveness over time)” .

Van Velzen, et al., (1985:48) pula menyatakan bahawa “school improvement is


a systematic sustained effort aimed at change in learning conditions and other
related internal conditions in one or more schools, with the ultimate aim of
accomplishing educational goals more effectively” . Pendekatan ini adalah
daripada pihak makro. Usaha daripada beberapa buah negara di negara barat
yang telah melakukan penambahbaikan sekolah adalah berdasarkan dapatan
literature sekolah berkesan iaitu dalam Gelombang ke-2. Disinilah bermulanya
dokumen tentang actual documentation school improvement yang
direkodkan  dan didokumentasikan.

Perkembangan Penambahbaikan Sekolah

Perkembangan penambahbaikan sekolah di Malaysia bermula pada era


1980an sehingga 1990an dinamakan sebagai Gelombang Ke-2. Dalam tahun
1980an sehingga kini, berlaku perkembangan dalam konsep Sekolah berkesan
dan Penambahbaikan Sekolah dan dinamakan sebagai Gelombang Ke-3.
Menurut Rutter et. al. (1979) keberkesanan sekolah adalah disebabkan oleh
faktor ‘ethos’  iaitu pelbagai faktor seperti penekanan kepada akademik,
ganjaran dan insentif serta ‘general learning conditions’.

Pendekatan Penambahbaikan Sekolah

Terdapat dua pendekatan penambahbaikan sekolah iaitu :

i.          Model Tradisional -  dikenali sebagai Pengurusan Inovasi yang datang


dari luar         sekolah misalnya arahan yang dating dari pihak Kementerian
Pelajaran             Malaysia, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah dan
lain-lain.     Pendekatan sebegini adalah kurang berjya kerana guru-guru tidak
berhak      untuk berbincang tentang isu-isu tersebut. Contohnya :
Pelaksanaan      Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris             (PPSMI)  di sekolah.

ii.         ‘Self-Directed Improvement Process’ – Andaian-anadaian dalam model


ini   ialah :
            (i)   penglibatan sukarela staf
           (ii)  pengetua memainkan peranan penting
           (iii) kaedah review sesuai dengan penilain kendiri dan
penambahbaikan   diri sekolah
           (iv) ‘review outcomes’ – proses menjalankan review tidak boleh
mengganggu                   keberkesanan yang ada.

                                               
Hargreaves dan Hopkins, (1994) menegaskan bahawa kajian mengenai
penambahbaikan sekolah ini mencakupi pencapaian matlamat jangka panjang
ke arah visi dalam menyelesaikan masalah atau  ‘thinking school.’

Terdapat pelbagai konsep mengenai penambahbaikan sekolah bergantung


kepada penulis. Hargreaves & Hopkins (1994) mendefinisikannya sebagai “…
about developing strategies for educational change that strengthen the
school’s organization, as well as implementing curriculum reforms.”
 
Alma Harris (2002) pula menyatakan penambahbaikan sekolah itu adalah
merupakan usaha yang berkaitan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat
yang lebih baik (dari keadaan yang sedia ada) untuk murid-murid dan untuk
mereka belajar. Penambahbaikan sekolah pada asasnya adalah
pembangunan komuniti sekolah dan ‘establishing’ perhubungan-perhubungan
positif di dalam sekolah. Beliau lebih menumpukan perhatian kepada
perubahan terhadap amalan-amalan yang terdapat di sekolah dan di dalam
bilik darjah.

Hopkins, D. (2001) penambahbaikan sekolah adalah merupakan satu strategi


perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar, di samping
memperkukuhkan kapasiti sekolah untuk mengurus perubahan. Konsep
penambahbaikan sekolah ini menitikberatkan kepada :
i.                    peningkatan pencapaian murid dengan memfokuskan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran serta keadaan-keadaan
(usaha-usaha memajukan sekolah) yang menyumbang kepada
keberkesanan proses tersebut.
ii.                  adanya hubungan antara memajukan bilik darjah dengan ‘school-
wide improvement’.
iii.                fokus kepada tindakan sengaja bagi penambahbaikan
iv.                pentingkan kepada faktor-faktor proses
v.                  Menegaskan hubungan antara proses dengan outcomes
(merapatkan hubungan antara penambahbaikan dengan
keberkesanan sekolah)

Menurut Roland S. Barth (1990) penambahbaikan sekolah adalah satu usaha


bagi menentukan dan menyediakan atau mewujudkan keadaan-keadaan dari
luar sekolah dan juga dalam sekolah, di mana guru, staf dan murid yang
berada di sekolah boleh meningkat dan mengekalkan pengajaran dan
pembelajaran di kalangan mereka.
 
Hopkins (1996) menyatakan penambahbaikan sekolah sebagai “… general
efforts to make school better places for students and [for] students to learn” .Ini
bererti penambahbaikan sekolah mencakupi perubahan budaya sekolah
(kualiti interpersonal dan the nature dan kualiti pengalaman-pengalaman
pembelajaran murid. Pembentukan komuniti pelajar adalah sebagai satu
pendekatan penambahbaikan sekolah.
 
Di sebalik pelbagai interpretasi tentang penambahbaikan sekolah, kata kunci
yang dikaitkan dengan definisi penambahbaikan sekolah ialah perubahan. Ia
adalah perubahan yang dirancang bagi menyediakan pendidikan berkualiti
kepada pelajar. Ia adalah komitmen sekolah untuk berubah dan
mengekalkannya. Tanggungjawab bagi menggalakkan perubahan yang
berterusan dan menguruskannya dengan baik bergantung kepada pengetua
sesebuah sekolah itu. Matlamat utama perancangan penambahbaikan sekolah
ialah untuk meningkatkan kemajuan,  pencapaian dan perkembangan pelajar.

Idea Perubahan Dalam Kontek Penambahbaikan Sekolah


 
Persoalan penting yang perlu difikirkan - adakah perubahan membawa kepada
penambahbaikan sekolah? Perubahan dalam penambahbaikan sekolah
merupakan sebarang pindaan dalam keadaan pembelajaran atau keadaan
dalaman sesebuah sekolah. Menurut Hopkins (1987), keadaan pembelajaran
merujuk kepada aktiviti-aktiviti sekolah yang dilakukan oleh guru ke arah
mencapai matlamat sekolah. Keadaan dalaman pula merujuk kepada
sebarang aspek berkaitan sekolah mengenai keadaan pembelajaran pelajar.
Maka,  sekolah yang bertambah baik, melakukan sesuatu perubahan bukanlah
sekadar menggunakan amalan-amalan baru tetapi melaksanakan amalan
tersebut dengan terancang dan diurus dengan baik.

 Terdapat dua perbezaan bentuk perubahan. Ia sangat penting membezakan


antara perubahan secara beransur-ansur dan perubahan yang dirancang. Ia
bukan sesuatu yang berlaku dalam tempoh yang singkat, sebaliknya
merupakan satu proses yang  mengambil masa  dan memerlukan komitmen
dan keazaman. Andaian yang dapat difahami ialah ‘incremental change’
merupakan satu transisi atau peralihan dari satu keadaan kepada keadaan
yang lain. Manakala perubahan yang terancang ialah perkembangan
semulajadi tentang sesuatu perkara, berubah membentuk sesuatu keadaan
baru. Perubahan itu boleh berlaku secara luaran atau pun dalaman.
Perubahan dalaman sama ada di peringkat individu mahu pun peringkat
sistem dilihat sebagai sesuatu yang semulajadi atau organik. Perubahan
luaran adalah  agak sukar untuk diterima pakai. Pengetua perlu menghabiskan
masa bersama guru-guru bagi menjelaskan panduan ke arah penambahbaikan
dan memberi sokongan berterusan.
 
Berdasarkan teori, konsep perubahan itu merupakan sesuatu perkara yang
kompleks. Kajian literatur penambahbaikan sekolah menekankan bahawa
pengetua sentiasa tercabar untuk melakukan perubahan. Pengetua perlu
memahami penambahbaikan sekolah yang berkesan bergantung kepada
pemahaman tentang masalah perubahan di peringkat amalan dan tahu
menggunakan strategi bagi membentuk ‘reformasi’ sekolah ke arah kebaikan.

Joyce (1991) menggunakan perbandingan perubahan sebagai pintu-pintu bagi


menerangkan pelbagai pendekatan ke arah perubahan. Sebahagian dari pintu
tersebut boleh dibuka dari luar dan dalam. Contoh pendekatan perubahan
dalaman adalah seperti menggalakkan guru menilai atau membuat refleksi
pengajaran mereka sendiri. Perubahan yang dialami guru dan peningkatan
pencapaian pelajar akan secara tidak langsung menyumbang kepada
penambahbaikan sekolah. Perubahan mestilah memberi makna kepada guru
itu sendiri. Manakala pendekatan perubahan luaran adalah melalui
pemantauan pihak pentadbir yang memberi penekanan terhadap
penambahbaikan secara keseluruhan. Fokus terhadap pengajaran dan
pembelajaran haruslah menjadi nadi utama penambahbaikan sekolah tanpa
mengira sama ada menggunakan pendekatan luaran atau pun dalaman.

 
Menurut Wang et al., (1990) kerangka konseptual faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran terbahagi kepada enam kategori iaitu pertama
pembolehubah negeri dan daerah berkaitan dengan polisi pentadbiran di
peringkat negeri dan daerah. Kedua, pembolehubah luar sekolah yang
berkaitan dengan rumah dan komuniti yang mempunyai hubungan dengan
sekolah. Hubungan baik dengan pembolehubah-pembolehubah ini akan
menyumbang kepada penambahbaikan sekolah. Ketiga, pembolehubah
peringkat sekolah merangkumi latar belakang sekolah, budaya dan iklim
sekolah serta polisi dan amalan-amalan di sekolah. Keempat, pembolehubah
pelajar berkaitan diri pelajar termasuk latar belakang keluarga, latar belakang
pendidikan dan personaliti pelajar. Kelima, pembolehubah reka bentuk
program yang berkaitan dengan pengajaran dan kaedah penyampaian
pengajaran. Keenam, pembolehubah pelaksanaan, pengajaran di bilik darjah
dan iklim sekolah yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan program
pengajaran.
Dapatan dari tinjauan literatur tersebut merumuskan bahaw terdapat enam
faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran iaitu metakognitif,
pengurusan bilik darjah, bilangan pengajaran, interaksi sosial guru dan pelajar,
iklim bilik darjah dan pengaruh rakan sebaya.

 Penambahbaikan sekolah merangkumi pelbagai fungsi dan tahap. Terdapat


lima fungsi iaitu Fungsi Teknikal atau Ekonomi, Fungsi Kemanusiaan atau
Sosial, Fungsi Politik, Fungsi Kebudayaan dan Fungsi Pendidikan yang setiap
terlibat untuk pelbagai tahap merangkumi tahap individu (pelajar dan guru),
sekolah, komuniti, masyarakat dan antarabangsa (Cheng, 1991). Setiap
komponen mempunyai peranan dan memberi kesan terhadap
penambahbaikan sekolah.
 
Fasa Perubahan Penambahbaikan Sekolah

 Terdapat tiga fasa yang menjadi instrumen perubahan sekolah ke arah


penambahbaikan sekolah iaitu fasa perancangan (permulaan), fasa
pelaksanaan dan fasa pembudayaan. Di dalam fasa perancangan, ia bermula
dari keputusan untuk melakukan perubahan yang bergantung kepada
keperluan, praktikaliti, kejelasan dan kekompleksitian perubahan itu.
Kesediaan guru untuk melakukan perubahan pada fasa ini sangat penting
untuk mengelakan penentangan daripada guru. Hopkins (1994) menyatakan
ada beberapa faktor yang mempengaruhi sama ada perubahan boleh bermula.
Ia termasuk wujudnya akses kepada inovasi yang ingin dijalankan, tekanan
dari luar dan dalam sekolah, kemudahan mendapat sumber, sokongan
pengurusan dan kualiti organisasi itu sendiri. Penyertaan secara langsung dari
pengetua menggambarkan bahawa perubahan itu perlu diberi perhatian serius
oleh para guru.
 
Fasa kedua ialah  pelaksanaan perubaan. Ia melibatkan kemahiran,
pemahaman dan tanggungjawab pihak yang terlibat. Sebagai contoh,
pengetua mungkin perlu meyediakan latihan sewajarnya kepada para guru
berhubung dengan perubahan yang dikehendaki. Perkara utama yang perlu
ditekan pada fasa ini ialah melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang,
membina dan mengekalkan komitmen guru, memeriksa perkembangan dan
mengatasi sebarang masalah yang timbul. Miles (1986) mengenal berkualiti
seperti yang dikehendaki oleh syarikat-syarikat luar yang membuat pelaburan. 

 Perbelanjaan pendidikan di Malaysia terus meningkat setiap tahun sejak


merdeka.  Kerajaan membelanjakan 8% hingga 30% dari jumlah keseluruhan
perbelanjaan negara untuk pendidikan.  Aliran perbelanjaan pendidikan terus
meningkat dan tidak dikurangkan walaupun negara mengalami kemerosotan
ekonomi pada tahun 1998.  Pendidikan berperanan untuk mengimbangi sosio-
ekonomi antara kaum, membekalkan guna tenaga profesional dan separuh
profesional serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan
bermoral tinggi. Di peringkat sekolah, banyak program telah dijalankan bagi
penambahbaikan sekolah antaranya adalah PPSMI bagi melahirkan pelajar
berkualiti tingi. Pendidikan dapat memberikan faedah langsung kepada
individu dan masyarakat, meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan
ekonomi, membasmi buta huruf, meningkatkan pendapatan pekerja dan
pengetahuan rakyat.

Pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan perubahan seperti
masing-masing mempunyai tanggungjawab yang jelas ke arah perubahan, kawalan
bersama terhadap pelaksanaan, gabungan tekanan dan sokongan, mengekalkan
perkembangan staf dan pengiktirafan terhadap kerja guru.

 Fasa ketiga ialah pembudayaan atau menginstitusikan perubahan yang dipilih.


Ia menjelaskan sama ada perubahan berlaku secara berterusan atau
sebalikna. Perubahan akan dilihat bukan lagi sebagai sesuatu yang baru tetapi
telah menjadi sebahagian dari sekolah. Namun perkara ini bukan berlaku
secara automatik. Bagi memastikan pembudayaan berlaku, harus ada
penekanan bahawa perubahan berlaku mengikut struktur sekolah, mengelakan
persaingan atau pertentangan amalan dan seterusnya menggalakan cara baru
melakukan sesuatu kerja. Ini akan memastikan perubahan menjadi sesuatu
yang kekal dan diterima oleh semua warga sekolah. Di dalam semua
keadaan, pengetua dilihat sebagai agen perubahan, komited terhadap
perubahan dan memainkan peranan aktif di ketiga-tiga fasa, maka perubahan
ke arah penambahbaikan sekolah boleh direalisasikan.

Dari aspek yang lain, perkara terpenting untuk menarik pelaburan asing
bukanlah kerana sesebuah negara itu mempunyai golongan elit atau rakyat
terpelajar. Faktor yang utama ialah golongan pekerja khususnya yang
mempunyai tahap literasi yang tinggi, budaya kerja yang positif dan potensi
mendapatkan pengetahuan bagi membentuk kemahiran-kemahiran baru.
Pengaruh ketiga-tiga elemen ini sangat ketara kerana pekerja yang berupaya
menerapkan budaya ilmu dan mahir dalam bidangnya adalah mereka yang
akan menghasilkan produk.

You might also like