You are on page 1of 3

KERJA KURSUS PLG 500

KAJIAN TENTANG IDENTITI PERSEKITARAN


KOD :

IDSEKOLAH : BERI ID PADA SEKOLAH ANDA.


IDGURU : BERI ID KEPADA GURU YANG DIPILIH
JANTINA : 1 = LELAKI, 2 = PEREMPUAN
MATA PELAJARAN : NYATAKAN MATA PELAJARAN UTAMA YANG DIAJAR
PENGALAMAN : NYATAKAN PENGALAMAN
KEL_AKADEMIK : 1 = SARJANA MUDA, 2 = SARJANA, 3 = PhD, 4 = OTHERS
UMUR : NYATAKAN UMUR
PEKERJAAN : 1 = GURU, 2 = BUKAN GURU

BAGI KOD YANG LAIN RUJUK INSTRUMEN.

TUGASAN

A. AMALI

1. Setiap pelajar dikehendaki mentadbir soal selidik kepada 30 orang seperti berikut:

a. < 35 tahun: 5 lelaki, 5 perempuan


b. 35 – 45 tahun: 5 lelaki, 5 perempuan
c. > 45 tahun: 5 lelaki, 5 perempuan

2. Bina fail IBM-SPSS versi 24 ATAU versi IBM-SPSS yang sesuai sebagai templat SPSS yang sesuai
dan pindahkan data ke dalam fail tersebut.

3. Namakan fail tersebut dengan nama anda. Muat naik fail ke dalam forum elearn yang
disediakan.
a. Tarikh akhir serahan data individu – 26 OKTOBER 2019

4. Gabungkan fail individu dengan data dari fail ahli kumpulan anda yang lain. Namakan fail ini
dengan nama kumpulan anda. Muat naik fail kumpulan ke dalam forum elearn yang disediakan.
Senaraikan nama ahli kumpulan dalam mesej semasa muat naik fail data kumpulan tersebut.
Tarikh akhir serahan data kumpulan – 2 NOVEMBER 2019

Catatan:
Menggabung data dalam SPSS
i. Buka fail data anda
ii. Klik pada Data – pilih Merge Files – pilih Add Cases
iii. Pilih butang kedua dalam tetingkap baru: Select ... An external SPSS data file
iv. Pilih fail data untuk digabungkan, klik Open, kemudian klik Continue
v. Dalam tetingkap baru, kotak sebelah kiri mestilah kosong. Jika ada sesuatu tertullis di situ,
maka terdapat kesilapan memasukkan variabel dalam fail anda atau fail yang akan digabungkan.
vi. Klik ok
vii. Sekarang, anda telah gabung 2 fail. Ulangi langkah tadi untuk fail-fail lain.
viii. Bila siap, namakan fail tersebut dan simpan untuk langkah seterusnya.

B. PROJEK

1. Berdasarkan data yang diperoleh, anda dikehendaki memaparkan maklumat demografi


sampel anda. Pilih jenis ringkasan dan pameran data yang sesuai bagi tujuan tersebut.
Beri penerangan ringkas tentang paparan anda.
2. Dengan menggunakan Boxplot, kenal pasti data outlier dan ekstrim outliers bagi setiap
EID, EBS, PV, EA. Lampirkan dapatan tersebut.
3. Lampirkan dapatan bagi ujian Kolmogrov-Smirnov & Shapiro-Wilk bagi setiap EID, EBS, PV,
EA. Apakah kesimpulan yang diperoleh.
4. Lampirkan dapatan bagi skewness dan kurtosis bagi setiap EID, EBS, PV, EA. Apakah
kesimpulan yang diperoleh?
5. Dengan menggunakan Cronbach Alpha, apakah nilai kebolehpercayaan yang diperoleh
bagi setiap EID, EBS, PV, EA?

6. Anda perlu membuat analisis statistik bagi data kumpulan dan menyediakan laporan
lengkap tentang setiap analisis tersebut. Anda dikehendaki menjalankan LIMA jenis ujian
hipotesis.
7. Bagi SETIAP jenis ujian hipotesis:
a. nyatakan variabel bebas dan variabel bersandar.
b. berikan andaian bagi ujian tersebut dan tunjukkan bukti sama ada (semua)
andaian tersebut telah dipenuhi.
c. tuliskan hipotesis nol, hipotesis alternatif dan nilai alfa
d. tunjukkan hasil ujian statistik dari fail output SPSS
e. berikan keputusan bagi ujian hipotesis, dan sebab bagi keputusan tersebut
f. nyatakan kesimpulan anda dengan lengkap

Format Laporan
a. Laporan dicetak dalam kertas A4.
b. Muka hadapan - nama universiti, pusat pengajian, tajuk kursus, kod kursus, semester dan
sidang akademik, nama tugasan, nama semua ahli kumpulan, no matrik, no KP/passport.
c. Tulisan - Arial, font 11, langkau 1.5 baris

Sila masukkan semua soal selidik yang dikumpulkan dalam sampul berasingan. Tuliskan nama
semua ahli kumpulan pada sampul tersebut. Jangan dikepilkan bersama-sama laporan

Tarikh akhir serahan – 21 DISEMBER 2019


a. Laporan bercetak
b. Soal selidik
c. Muatnaik softcopy laporan dalam pautan ASSIGNMENT dalam elearn

SELAMAT BERJAYA!!

You might also like