You are on page 1of 28

Penghargaan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Pertama sekali kami panjatkan pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat
serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana telah berjaya saya
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek (GBM 1103) ini.

Ucapan terima kasih saya tujukan kepada Encik Mohd Syed Hashim Bin Syed Ismail
selaku pensyarah pembimbing yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan sehingga
terlaksana dan terhasilnya tugasan kerja kursus saya ini.

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang begitu banyak
membantu saya dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam mencari maklumat
sepanjang penghasilan tugasan ini selain sokongan moral yang turut diberikan.

Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal dengan
sumbangan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

1
Pengakuan pelajar

“Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja
saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tipa-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh : 27 MAC 2015

1.0 Isi kandungan

Bil Kandungan Muka surat

1. Penghargaan…………………………………………………. 1
2. Pengakuan pelajar…………………………………………… 2
3. 1.0 Isi kandungan……………………………………………. 3
4. 2.0 Pendahuluan…………………………………………….. 4
5. 3.0 Objektif kajian…………………………………………… 5

2
6. 4.0 Kumpulan sasaran……………………………………… 5
7. 5.0 Tindakan………………………………………………….. 6
5.1 Membuat borang soal selidik…………………. 6
5.2 Mengedar borang soal selidik………………… 6
5.3 Menganalisis data……………………………… 6
5.4 Mengumpul data………………………………. 7
8. 6.0 Analisis/Interpetasi data………………………………… 12
9. 7.0 Dapatan……………………………………………………. 23
10. 8.0 Refleksi…………………………………………………….. 24
11. 9.0 Rujukan…………………………………………………… 27

2.0 Pendahuluan

Perkataan statistik mempunyai berbagai makna di dalam budaya kita.Webster’s


Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprenhensif
sebagai “sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data
numerik”. Dari sudut pandangan ini, statistik akan kita bincangkan di dalam kursus ini.
Statistik juga merupakan satu cabang matematik, dan banyak daripada sains statistik
berdasarkan kepada pemikiran matematik, dan terbitannya.Banyak daripada bidang-bidang

3
akademik, termasuk perniagaan, menawarkan kursus statistik di dalam disiplinnya.Walau
bagaimanapun, statistik telah menjadi satu bidang pengajian di dalam bidangnya.
Manusia kerapkali menggunakan perkataan statistik dengan merujuk kepada
kumpulan data.Sebagai contoh, mereka mungkin berkata mereka memungut statistik dari
operasi perniagaan mereka.Apa yang mereka rujukkan adalah mengukur kenyataan dan
angka. Pilihan model kereta dan lain-lain juga menggunakan perkataan statistik untuk
merujuk kepada kematian.
Pernyataan statistik adalah digunakan sekurang-kurangnya di dalam dua cara yang
penting. Pertama, statistik boleh merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada
sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi. Penggunaan ini
akan dicincangkan kemudian. Kedua, statistik merupakan taburan yang digunakan di dalam
analisis data. Sebagai contoh, penyelidik menggunakan taburan t untuk menganalisis data
yang akan merujuk kepada statistik-t di dalam menganalisis data.

3.0 Objektif kajian

Kertas kerja ini disediakan dengan tujuan untuk memenuhi beberapa objektif penting
berkenaan wacana dalam kontek penulisan akademik. Objektif utama kertas kerja ini
adalah:

4
1. Mengumpul, menyusun, mempersembahkan data serta menterjemahkan dan
membuat kesimpulan daripada perwakilan data dengan menggunakan Taburan
Normal sebagai model.
2. Membuat pengiraan ukuran kecenderungan memusat, serakan, persentil, desil,
kuartil pertama, kuartil kedua, kuartil ketiga dan julat antara kuartil.

4.0 Kumpulan sasaran

Pengkaji telah menumpukan sasaran kepada pelajar IPG Kampus Ipoh.Pengkaji telah
menumpukan sebanyak 50 orang pelajar iaitu terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 25
orang pelajar perempuan sebagai responden.

Pengkaji telah menumpukan kepada sasaran ini kerana, pengkaji lebih senang untuk
menyoal selidik kerana pengkaji berada berhampiran.Kumpulan sasaran amat diperlukan
untuk menyelidik sesuatu kajian.

5.0 Tindakan

5.1 Membuat borang soal selidik

5
Ia merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel
borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk
berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. Faedah yang diperolehi
menggunakan borang soal selidik adalah:

a) Setiap responden disoal dengan soalan yang sama oleh itu penyelidik boleh
membuat perbandingan antara seorang responden dengan respnden yang lain.
Justeru itu data yang dikumpul mudah diproses dengan komputer.

b) Ia mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang


dikumpul.

Dalam borang soal selidik, soalan-soalan perlu dikaitkan dengan objektif kajian
pengkaji.Oleh sebab itu, pengkaji telah menyediakan borang soal selidik berkaitan dengan
perpustakaan.

5.2 Mengedar borang selidik

Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden yang berada di
di dalam IPG KAMPUS IPOH.Pengkaji telah mengagihkan kepada 25 orang responden
lelaki dan 25 orang responden perempuan.Hal ini kerana, untuk mendapatkan data lebih
jelas.Pengkaji telah mengedar borang selidik yang sama bagi setiap responden.Borang sola
selidik dikutip selepas responden menjawabnya untuk menganalisis data.

5.3 Menganalisis data


Analisis data diertikan sebagai keupayaan mengolah data menjadi informasi, sehingga
karakteristik atau sifat-sifat data tersebut dapat dengan mudah dipahami dan bermanfaat
untuk menjawab masalah-masalah yang berkaitan dengan kegiatan penelitian.

Dengan demikian, teknik analisis data dapat diertikan sebagai cara melaksanakan analisis
terhadap data, dengan tujuan mengolah data tersebut menjadi informasi, sehingga
karakteristik atau sifat-sifat datanya dapat dengan mudah difahami dan bermanfaat untuk
menjawab masalah-masalah yang berkaitan dengan kegiatan penelitian, baik berkaitan
dengan deskripsi data mahupun untuk membuat induksi, atau menarik kesimpulan tentang
karakteristik berdasarkan data yang diperoleh daripada sampel (statistik).

Tujuan untuk menganalisis data ialah:

6
(a) Mendeskripsikan data, biasanya dalam bentuk frekuensi supaya dapat difahami
karakteristik datanya.

(b) Membuat atau menarik  kesimpulan tentang karakteristik populasi, atau


karakteristik populasi berdasarkan data yang diperolehi daripada sampel (statistik).
Kesimpulan yang diambil ini biasanya dibuat berdasarkan pendugaan (estimasi) dan
pengujian hipotesis.

Teknik analisis data dalam penelitian, dibagi menjadi dua, yaitu teknik analisis data diskriptif
dan teknik analisis data inferensial. Teknik analisis data penelitian secara deskriptif
dilakukan melalui statistika deskritif, yaitu statistik yang digunakan untuk menganalisis data
dengan cara mendeskripsikan atau menggambarkan data yang telah terkumpul
sebagaimana adanya tanpa
bermaksud membuat generalisasi hasil penelitian. Temasuk dalam teknik analisis data
statistik

5.4 Cara mengumpul data

Data asal atau data mentah boleh samaada digunakan terus atau dikumpulkan untuk
diwakilkan dalam bentuk yang dikehendaki.Data yang digunakan terus atau tidak perlu
dikumpulkan biasanya adalah dalam kuantiti yang kecil atau mempunyai julat yang
kecil.Misalnya data mengenai cita-cita pelajar dalam sesuatu kelas. Perwakilan data boleh
digambarkan secara terus samada melalui piktograf, carta palang atau apa saja perwakilan
yang sesuai.

Bagi kuantiti data yang banyak atau besar julatnya, maka adalah lebih baik dikumpulkan
dahulu data tersebut dalam sela mengikut saiz kelasnya. Perwakilan data boleh
digambarkan melalui histogram atau apa saja perwakilan yang sesuai.

5.4.1 Contoh pengiraan data tak terkumpul:

Bilangan kereta Gundal Kekerapan


0 III 3

7
1 IIII III 8
2 IIII IIII II 12
3 I 1
4 II 2

Bagi data terkumpul, pengiraan ukuran kecenderungan memusat min, mod, median dapat
dilakukan menggunakan formula.Anda digalakkan secara berkumpulan membuat
pembelajaran kendiri mengenai ukuran kecenderungan memusat bagi data terkumpul.

5.4.2 Contoh pengiraaan bagi data terkumpul.

5.4.2.1 Min

Min adalah purata dan ia dikira menggunakan nilai titik tengah. Pengiraannya adalah
menggunakan formula

∑ fx
x=
∑f

8
5.4.2.2 Median

Nilai median bagi data tidak terkumpul adalah nilai yang terletak ditengah-tengah apabila
data tersebut disusun secara menaik. Bagi data yang terkumpul, pengiraan median agak
rumit dan menggunakan formula berikut:

[ ]
∑f
−F B
2
¿ LB + ×C
fm

di mana

LB = had bawah selang kelas median

F B= jumlah terkumpul kekerapan sehingga kelas tersebut, tetapi tidak


melibatkan kekerapan kelas median

f m= kekerapan median

C = keluasan selang kelas median (had atas kelas – had bawah kelas)

∑ f = jumlah bilangan kekerapan

5.4.2.3 Mod

Kelas mod adalah selang kelas yang mempunyai kekerapan yang tertinggi. Nilai mod bagi
data terkumpul dikira mengikut formula berikut :

¿ LB +
[ Δ1
]
Δ1 + Δ2
×C

LB =s empadan bawah kelas mod

Δ 1=¿beza kekerapan kelas mod dengan kelas sebelumnya

Δ 2= beza kekerapan kelas mod dengan kelas selepasnya

C = saiz kelas mod

9
5.4.2.4Julat

Julat adalah perbezaan di antara nilai terbesar dan nilai terkecil. Walaupun ia hanya
merupakan nilai numerik tunggal yang merupakan ukuran serakan kasar dan dapat
menerangkan jarak ke sempadan luar set data atau taburan sesuatu data.

Julat = Nilai terbesar – nilai terkecil

5.4.2.5 Kuartil

[ ]
k
∑ f −Fk
4
¿ Lk + × C k: 1,2,3
fk

Di mana :

LB = had bawah selang kelas kuartil

F k = jumlah terkumpul kekerapan sehingga kelas tersebut, tetapi tidak


melibatkan kekerapan kelas kuartil

f k = kekerapan median

C = keluasan selang kelas kuartil (had atas kelas – had bawah kelas)

∑ f = jumlah bilangan kekerapan

10
5.4.2.6 Persentil

[ ]
k
∑ f −Fk
100
¿ Lk + ×k: 1,2,3,…….99
fk

Di mana :

Lk = had bawah selang kelas persentil

F k = jumlah terkumpul kekerapan sehingga kelas tersebut, tetapi tidak


melibatkan kekerapan kelas percentil

f k = kekerapanpercentil

C = keluasan selang kelas percentil (had atas kelas – had bawah


kelas)

∑ f = jumlah bilangan kekerapan

5.4.2.7Varian

Varian ialah purata jumlah kuasadua sisihan antara min dan set nombor.

s2=
1
f −1 [
∑f x 2−
(f x 2)
∑f ]
5.4.2.8 Sisihan Piawai

Sisihan piawai ialah punca kuasadua varian. Sisihan piawai populasi ditandakan sebagai ,
dan dikira sebagaimana berikut:

σ =√ s 2

11
5.4.2.9 Koefisien kepencongan

3 ( mean−median )
¿
sisihan piawai

6.0 Analisis dan Interpetasi data

6.1 Adakah anda sering menggunakan perpustakaan untuk mencari bahan rujukan?

Graf bar:

25

20

15
Kekerapan

Ya
Tidak
10

0
Lelaki Perempuan
Jantina

Rajah 1

Data menunjukkan bahawa pelajar IPG Kampus Ipoh lebih gemar menggunakan
perpustakaan sebagai sumber pertama untuk mencari maklumar. Perpustakaan digunakan
bagi mendapatkan maklumat untuk menyiapkan kerja khusus mahupun pengetahuan am.

Seramai 18 orang pelajar lelaki bersetuju bahawa perpustakaan sebagai sumber utama
dalam mencari maklumat dan selebihnya 7 orang tidak bersetuju.Manakala, bagi pelajar
perempuan juga sebanyak 23 orang bersetuju dalam hal ini dan 2 orang tidak bersetuju.

12
6.2 Berapakah bilangan buku yang dibaca setiap kali anda mengunjungi
perpustakaan?

Bilangan Kekerapan Titik Sempadan Sempadan Fx Fx2


buku (x) tengah (F) bawah atas
1-5 10 3 0.5 5.5 30 300
6-10 17 8 5.5 10.5 136 2312
11-15 13 13 10.5 15.5 169 2197
16-20 9 18 15.5 20.5 162 1458
21-25 1 23 20.5 25.5 23 23
Jumlah 50 520 6290

Graf histogram:

18

16

14

12

10
Kekerapan

0
10.5 20.5 30.5 40.5 50.5
Sempadan atas

Rajah 2

∑ fx
Mean= x=
∑f

13
520
¿
50

¿ 10.4

Julat = nilai terbesar −nilai terkecil

[ ]
¿ 25.5−5.5
Mode= LB +
Δ1
Δ1 + Δ 2 [ ]
×C=5.5+
7
7+ 4
×5
¿ 20

¿ 8.6

[ ]
∑f
−F B
Median= 2
LB + ×C
fm

[ ]
50
−10
1 2
¿ ×50=5.5× ×5
2 17

¿ 9.91

[ ]
k
∑ f −Fk
Kuartil 4
¿ Lk + ×C
fk

1
K1¿ ×50
4

¿ 12.5

[ ]
1
×50−10
4
¿ 5.5+ ×5
17

¿ 9.91

2
K2¿ ×50
4

14
¿ 37.5

¿ 10.5+ [ 37.5−27
13 ]
×5

¿ 15.12

3
K3¿ ×50
4

¿ 37.5

¿10.5+ [ 37.5−27
13 ]
×5

¿ 15.12

[ ]
k
∑ f −Fk
Persintil 100
¿ Lk + ×C
fk

1
¿ ×50
100

¿ 0.5+
[ 0.5−0
10
×5
]
¿ 0.75

Varians¿

s2=
1
f −1
∑f x 2−[(f x 2)
∑f ]
¿
1
49[6290−
( 5202 )
50 ]
15
¿ 18

Sisihan piawai¿

σ =√ s 2

¿ √ 18

3 ( mean−median )
Koefisien kepencongan¿
sisihan piawai

3 ( 10.4−9.91 )
¿
√ 18
¿ 0.34 ∴ kepencongan positif

9.91 8.68

Graf 1

Data menunjukkan bahawa mode bagi jumlah bilangan buku yang dibaca setiap kali pelajar
mengunjungi perpustakaan adalah sebanyak 8.68.Ini menunjukkan bahawa para pelajar
lebih banyak mengahabiskan masa dengan membaca buku di perpustakaan.

Kekerapan jumlah buku yang dibaca paling banyak setiap kali pelajar mengunjungi
perpustakaan ialah sebanyak 6-10 buah buku dengan jumlah kekerapan ialah 17 orang
pelajar seperti dalam Rajah 2.

16
Garaf 1 menunjukkan kepencongan postif kerana nilai median lebih besar daripada nilai
mode.

6.3 Berapa banyakkah bilangan buku yang dipinjam dalam sebulan?

Bilangan Kekerapan Titik Sempadan Sempadan Fx Fx2


buku (x) tengah (F) bawah atas
1-10 5 5.5 0.5 10.5 27.5 137.5
11-20 9 15.5 10.5 20.5 139.5 1255.5
21-30 11 25.5 20.5 30.5 280.5 3085.5
31-40 20 35.5 30.5 40.5 710 14200
41-50 5 45.5 40.5 50.5 227.5 1137.5
Jumlah 50 1385 19816

Graf ogif:

17
25

20

15
Kekerapan

10

0
10.5 20.5 30.5 40.5 50.5
Titik tengah

Rajah 3

∑fx
Mean ¿
f

1385
¿
50

¿ 27.7

Mode ¿ LB +
[ Δ1
]
Δ1 + Δ2 [
×C=30.5+
9
9+15]×10 Julat= nilai terbesar −nilai terkecil

¿ 50.5−10.5
¿ 34.25
¿ 40

[ ]
∑f
−F B
Median= 2
LB + ×C
fm

1
¿ ×50
2

18
[ ]
50
−14
2
¿ 20.5 × × 10
11

¿ 30.5

[ ]
k
∑ f −Fk
Kuartil 4
¿ Lk + ×C
fk

1
K1¿ ×50
4

¿ 12.5

[ ]
1
×50−5
4
¿ 10.5+ × 10
9

¿ 18.83

2
K2¿ ×50
4

¿ 37.5

¿ 20.5+ [ 37.5−14
11 ]×10

¿ 30.5

3
K3¿ ×50
4

¿ 37.5

19
¿30.5+ [ 37.5−25
20 ]
× 10

¿ 36.75

[ ]
k
∑ f −Fk
Persintil 100
¿ Lk + ×C
fk

1
¿ ×50
100

¿ 0.5+
[ 0.5−0
5 ]
×10

¿ 1.5

Varians¿

[ ]
2
1 (f x )
s2= ∑f x 2−
f −1 ∑f

¿
1
49 [
19816−
( 13852 )
1385 ]
¿ 376.14

Sisihan piawai¿

σ =√ s 2

¿ √ 376.14

¿ 19.39

3 ( mean−median )
Koefisien kepencongan¿
sisihan piawai

20
3 ( 27.7−30.5 )
¿
19.89

¿−0.43 ∴kepencongan negatif

30.5 34.5

Graf 2

Menurut Rajah 3, mode data menunjukkan dengan sebanyak 20 kekerapan bahawa para
pelajar telah meminjam antara 31-40 buah buku dalam masa sebulan. Para pelajar
meminjam buku yang banyak untuk mendapatkan lebih banyak banyak daripada sumber
yang berlainan.Seterusnya, data menunjukkan bahawa sebanyak 11 orang respoden telah
meminjam sebnyak 21-30 buah buku dalam masa sebulan.

Graf 2 menunjukkan kepencongan negative kerana nilai median lebih kacil daripada nilai
mod.

6.4 Pengangkutan yang anda ambil untuk ke perpustakaan.

21
Carta pai:

Lain-lain; 2

Motorsikal; 11

Kereta; 25

Teksi; 3

Bas; 9

Rajah 4

Menurut Rajah 4, para pelajar IPG Kampus Ipoh lebih gemar menggunakan kereta sebagai
pengangkutan untuk ke perpustakaan dengan jumlah sebanyak 25 orang. Seterusnya,
pelajar gemar memilih motorsikal sebagai pengangkutan kedua dengan jumlah sebanyak 11
responden.

Para pelajar lebih gemar menggunakan kereta kerana lebih selamat berbanding dengan
pengangkutan-pengangkutan yang lain.

6.5 Adakah perpustakaan yang anda kunjungi menyediakan kemudahan yang


lengkap?

22
Graf bar:

14
11
16 15
14 10
12
Kekerapan

10
8
6
4
2
0
Ya
Tidak
Jantina

Lelaki Perempuan

Rajah 5

Data menunjukkan bahawa para pelajar kurang bersetuju dengan jumlah kekerpan
sebanyak 26 responden bahawa perpustakaan yang mereka kunjungi menyediakan
kemudahan yang lengkap.Tambahan, sejumlah 24 responden bersetuju bahawa
perpustakaan yang mereka kunjungi menyediakan kemudahan yang lengkap.

Hal ini kerana, perpustakaan yang mereka kunjungi tidak memberikan kemudahan yang
selengkapnya kepada para pelajar.

7.0 Dapatan

23
Dalam mengkaji kajian ini, pengkaji telah mendapat dapatan bahawa para pelajar IPG
Kampus Ipoh lebih gemar menggunakan perpustakaan sebagai sumber pertama dalam
mencari maklumat.Hal ini kerana, buku-buku, jurnal-jurnal, manuskrip-manuskrip dan
sebagainya yang berada dalam perpustakaan adalah daripada sumber maklumat yang betul
dan boleh dipercayai.Tambahan pula, para pelajar boleh menggunakan maklumat tersebut
untuk menyiapkan kerja kursus mereka.

Seterusnya, pengkaji mendapati bahawa kekerapan paling banyak dengan jumlah 17 orang
respoden ialah dengan membaca antara 6-10 buah buku setiap kali mereka mengunjungi
perpustakaan. Hal ini kerana, para pelajar perlu membaca buku yang banyak untuk
mendapatkan maklumat yang secukupnya.

Dengan kekerapan paling tinggi sebanyak 20 kekerapan tindak balas daripada responden,
pengkaji mendapati bahawa jumlah buku yang dipinjam oleh para pelajar dalam masa
sebulan adalah antara 21-30 buah buku. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa para pelajar
lebi gemar menggunakan kereta sebagai pilihan utama mereka untuk ke
perpustakaan.Sebanyak 25 responden yang meberi tindak balas dalam hal ini.Manakala,
motorsikal memilih motorsikal sebagai pilihan kedua denga kekerapan sebanyak 11
daripada para responden. Namun, para pelajar juga menggunakan pengankutan yang lain
bagi memudahkan mereka untuk ke perpustakaan.

Akhir sekali, sebanyak 26 orang responden tidak bersetuju bahawa perpustakaan yang
mereka kunjungi memberikan kemudahan yang selengkapnya.Oleh itu, pihak perpustakaan
mestilah memperbaiki kemudahan yang ada dan menaiktarafkannya supaya dapat
memenuhi keperluan para pelajar.Contohnya, pihak perpustakaan boleh menyediakan lebih
banyak buku di dalam perpustakaan, menyediakan kemudahan wifi, memperbanyakkan
bilangan meja dan kerusi dan sebagainya.

8.0 Refleksi

24
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus
berasaskan Statistik Asas. Saya Raidatul Ilmiah binti Mhd Nasir sangat berbesar hati kerana
tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika
kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada
kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa
saya telah melakukannya dengan baik.Saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah
diberikan dan dihantar pada masanya.Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya
hadapi semasa melakukan tugasan.Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan
mengenai statistic asas. Saya keliru kerana banyak pengiraan yang perlu tahu dalam subjek
ini tetapi setelah di terangkan oleh Encik Syed Mohd Hashim Bin Syed Ismailsaya akhirnya
dapat mengenali semuanya.

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalam kerja projek saya.Tambahan pula, saya sebelum ini tidak ada asas dalam mata
pelajaran ini.Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam buku-buku
rujukan.Nota-nota yang telah diberikan oleh Encik Syed Mohd Hashim Bin Syed telah saya
gunakan untuk dimasukkan didalam kerja projek ini. Nota yang telah diberikan oleh beliau
sangat berguna untuk saya semasa dalam proses menyiapkan kerja khusus ini. Tanpa nota-
nota tersebut mungkin agak susah bagi saya untuk mencari bahan sebagai rujukan. Selain
itu, saya juga telah mengaplikasikan nota-nota apa yang telah saya belajar dalam kelas
yang diterangkan oleh Encik Syed Mohd Hashim Bin Syed. Adalah penting bagi seorang
bakal guru untuk mencatat perkara-perkara penting yang dibincangkan dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini.Antara perkara
yang saya pelajari ialah untuk menggunakan Microsof Excell dalam penulisan
berkomputer.Hal ini sangat berguna kepada saya kerana di samping dapat menyiapkan
tugasan, saya juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar oleh Encik
Syed Mohd Hashim Bin Syed untuk kegunaan pada masa hadapan. Pada mulanya saya
berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar olehEncik Syed Mohd
Hashim Bin Syed, saya berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, saya telah belajar untuk


bekerjasama.Tugasan ini telah saya bekerjasama dengan kawan-kawan semasa mencari

25
bahan-bahan yang berkaitan.Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa
dalam melakukan perkara. Jika tidak bekerjasama, tugasan itu tidak akan berjaya
disiapkan..Saya dan rakan-rakan saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan
yang dibuat.

Perpustakaan menjadi tempat untuk saya memperoleh bahan untuk dimasukkan di


dalam tugasan yang diberikan. Q&A Matriculation Mathematics 2 For Science student ialah
buku yang lengkap dan menjadi penduan utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun
saya juga tetap menggunakan buku-buku rujukanlain agar isi-isi di dalam tugasan saya
menjadi mantap. Selain itu, saya juga melayari internet untuk memperoleh maklumat
tambahan bagi memastikan bukti-bukti yang dikemukakan betul-betul tepat.Saya juga
menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa
kini yang telah maju dan canggih.Kerja saya lebih mudah dengan melayari internet untuk
mencari bahan rujukan.Hal ini kerana, dengan melayari internet masa saya dapat dijimatkan
daripada saya perlu mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Adakalanya, buku-buku
yang saya cari telah diambil oleh mahasiswa lain.

Encik Syed Mohd Hashim Bin Syed juga telah memberikan bimbingan semasa di
dalam kelas statistic asas agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus
Statistik Asas ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, nescaya saya tidak dapat
menyiapkan tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan
menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan saya peroleh
tidak memuaskan. Oleh sebab itu, saya telah menggunakan segala peluang yang diberi
untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.

Antara faedah-faedah yang saya dapat daripada membuat kerja khusus ini ialah
saya berkemahiran dalam ICT, saya juga fasih berbahasa secara lisan, memiliki
interpersonal dan intercultural, berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah,
menunjukkan kemahiran pemikiran kreatif dan analitikal, kebolehan mendapatkan dan
menilai maklumat dari pelbagai punca, menggunakan strategi berkesan untuk mencapai
matlamat sasaran, bekerjasama dan produktif, pengurusan masa yang baik dan berupaya
belajar secara autonomous. Nilai-nilai murni ini sangat penting dalam diri seorang guru yang
cemerlang.Hal ini kerana, dalam mengharungi dunia penuh pancaroba adalah bagi seorang
guru untuk mewujudkan ciri-ciri seorang guru yang cemerlang.

26
Pada mulanya, ia nampak seperti susah untuk disiapkan. Namun, berkat doa dan
pertolongan pensyarah, saya telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan
telah berjaya saya siapkan tanpa berlengah.Akhirnya, tugasan projek kerja khusus Statistik
Asas yang diberikan telah berjaya saya siapkan, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
terutamanya pensyarah saya iaitu Encik Syed Mohd Hashim Bin Syed.

27
9.0 Bibliografi

Baba, A. (1997).Statistik Penyelidikan dan Sains Sosial. Kuala Lumpur.

Chua Yan Piaw.(2006). Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: The McGraw-Hill
companies.

Fauzi Mohamed Yusof. (2013). Q&A Matriculation Mathematics 2 For Science Students.
Kuala Lumpur: Oriental Academic Publication.

Jerry Howett. (2000). Number power ( a real world approach toMaths). Contemporary
Books. US

Wong Pek Wei. (2012). Eksplorasi Matematik Tambahan. Selangor: Oxford Fajar.

Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar (1985). Pengukuran Dan Penilaian
dalam Pendidikan. Kuala Lumpur, Heinemann Asia. Percetakan Dewan Bahasa Dan
Pusaka.

28

You might also like