You are on page 1of 3

SIDANG AKADEMIK 2019/2020

TUGASAN BERKUMPULAN

JKP 101 – PENGANTAR SAINS POLITIK

Esei ini hendaklah sampai ke PPPJJ dalam bentuk hard copy sebelum atau pada 13 Februari
2019. Bahan rujukan mesti disenaraikan di muka surat belakang tugasan anda. Gunakan sistem
rujukan yang konsisten. Panjang maksima tugasan anda ialah 20 muka surat (tidak termasuk
lampiran dan bibliografi) menggunakan font saiz 12 dan baris jarak langkau dua (double
spacing).

ARAHAN:

• ANDA DIKEHENDAKI BEKERJASAMA DALAM SATU KUMPULAN UNTK


MENYIAPKAN TUGASAN INI. SETIAP KUMPULAN TIDAK BOLEH
MELEBIHI ENAM ORANG PELAJAR. SILA NYATAKAN DENGAN JELAS
NAMA DAN NOMBOR MATRIK SETIAP AHLI KUMPULAN DI MUKA
HADAPAN KERTAS TUGASAN ANDA.

• TUGASAN INI BERBENTUK ESEI YANG MENGANDUNGI MAKSIMUM 6000


PERKATAAN ATAS SALAH SATU TAJUK YANG DIBERIKAN DI BAWAH.

• ESEI INI MEMBAWA 20% DARI JUMLAH MARKAH KESELURUHAN ANDA.

• SETIAP KUMPULAN DIKEHENDAKI MEMILIH SATU SOALAN SAHAJA.

• SILA RUJUK MAKLUMAT YANG DIBERIKAN DALAM PORTAL E-


PEMBELAJARAN DARI MASA KE SEMASA.

• TARIKH AKHIR PENGHANTARAN IALAH PADA HARI AKHIR KURSUS


INTENSIF ANDA, IAITU 13 FEBRUARI 2020. ESEI YANG DITERIMA
SELEPAS TARIKH AKHIR INI AKAN DIKENAKAN PENALTI MARKAH
UNTUK KOMPONEN TUGASAN.
Peraturan Untuk Menulis Esei

1. Bagi memudahkan anda dalam urusan penyelidikan dan penulisan esei, anda dinasihatkan
supaya:
a. Sediakan definisi.
b. Beri tumpuan kepada isu pokok tajuk.
c. Sediakan bukti-bukti kukuh.
d. Gunakan nota kaki dan bibliografi jika perlu.
e. Sediakan contoh-contoh, kes-kes dan rajah-rajah yang sesuai untuk membantu
penghujahan anda.
2. Tulis dalam bahasa dan prosa yang mudah difahami.
3. Pastikan esei anda mengandungi sekurang-kurangnya 3 bahagian: pendahuluan, isi dan
penutup / kesimpulan.
4. Anda dikehendaki menggunakan cover tugasan JKP 101 yang mempunyai barcode yang
perlu anda dapatkan dalam portal JKP 101 Pengantar Sains Politik.
5. Untuk teknik menulis esei yang baik, anda boleh merujuk Ahmad Fauzi Abdul Hamid
dan Ishak Che Long, 1999, 7 Langkah Sistematik Menulis Esei, P. Pinang: ALMS
Consulting. URL (muat turun percuma):
https://www.academia.edu/982908/7_Langkah_Sistematik_Menulis_Esei_Penulisan_esei
_ilmiah_berpandukan_contoh-
contoh_esei_ekonomi_Universiti_Oxford_Seven_Systematic_Steps_of_Essay-
Writing_based_on_University_of_Oxford_model_essays_

SOALAN TUGASAN / ESEI (pilih satu sahaja):

1) Huraikan perkembangan bidang sains politik. Bincangkan perubahan-perubahan yang


berlaku dari satu era ke satu era dalam bidang sains politik dan kesannya kepada kehidupan
manusia.

2) Bincangkan perubahan-perubahan yang dialami oleh sesebuah negara daripada tahap


politik tradisional ke tahap politik moden.

3) Huraikan apa yang dimaksudkan dengan kedaulatan rakyat. Bagaimanakah kedaulatan


rakyat dimanifestasikan dalam politik dan kehidupan harian?

4) Apakah maksud autoriti yang “sah”? Bagaimanakah kita mengukur bahawa sesuatu sistem
politik itu dapat diterima sebagai sah oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat politik?

5) Apakah yang anda faham dengan istilah ‘ideologi’? Huraikan peranan ideologi dalam
pembentukan sesebuah negara bangsa.
6) Bincangkan peranan parti politik dalam proses pendemokrasian sebuah negara moden.

7) Bincangkan peranan kumpulan berkepentingan dan pendesak dalam


mempertanggungjawabkan sebuah pemerintahan yang mendakwa bahawa ia bercorak
demokrasi.

8) Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi? Huraikan jenis-jenis demokrasi yang


terdapat di dunia moden ini.

You might also like