You are on page 1of 9

Perancangan Akademik

JKE 101
PENGANTAR
EKONOMI

Sidang Akademik 2019/2020


KELAS WEBEX
Webex TARIKH Masa
Perjumpaan 1 21/9/19 8-9pagi

Perjumpaan 2 19/10/19 10-11 pagi

23/11/19 12-1 tengahari


Perjumpaan 3
Perjumpaan 4 4/1/20 3-4pm

Perjumpaan 5
Perjumpaan 6
Perjumpaan 7
Perjumpaan 8

(Tarikh dan masa LAPAN (8) sesi Webex perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada
Jadual Webex Sidang Akademik 2019/2020 yang dimuat naik di portal e-learning.)
Perancangan Akademik 19/20 - 2 - JKE101

JKE 101 - PENGANTAR EKONOMI

PENGURUS KURSUS: PROF. MADYA DR YEN SIEW HWA

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep-konsep penting dan membina


prinsip-prinsip asas teori ekonomi moden sebagai persediaan untuk
membolehkan pelajar-pelajar mengikuti kursus ekonomi di peringkat yang
lebih tinggi di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh. Untuk mencapai
matlamat ini kursus ini telah disusun seperti berikut:

(E-Kuliah Bab 1)
Modul 1: Pengenalan kepada Bidang Ekonomi

Bidang Ekonomi
Cara Belajar Ekonomi
Sistem Ekonomi Dunia
Konsep Kekurangan Ekonomi

(E-Kuliah Bab 1,2,3,4 dan 5)


Modul 2: Mikroekonomi

Pengenalan Kepada Mikroekonomi


Kuasa pasaran- permintaan dan penawaran
Perlakuan Pengguna
Perlakuan Pengeluar
Konsep Kos Pengeluaran
Konsep-Konsep Asas Pasaran dan Pemasaran

(E-Kuliah Bab 6,7 dan 8)


Modul 3: Makroekonomi

Pengenalan Kepada Makroekonomi


Inflasi, Pengangguran, Edaran Ekonomi & Defisit
Pengukuran Output dan Paras Harga
Permintaan dan Penawaran Agregat
Penggunaan, Tabungan dan Pelaburan
Wang dan Sistem Kewangan
Bank Pusat dan Penentuan Kadar Bunga
Perdagangan Antarabangsa
Imbangan Pembayaran dan Kadar Pertukaran
Perancangan Akademik 19/20 - 3 - JKE101

SESI WEBEX

Agenda perbincangan Webex 1

Tajuk perbincangan: Pengenalan

Kenapa kita mengkaji ekonomi


Konsep kos lepas
Carta aliran-pusingan
Keluk kemungkinan keluaran (KKK)
Mikroekonomi and makroekonomi

Persediaan: E-kuliah-Bab 1
Nota Webex 1

Agenda perbincangan Webex 2

Tajuk perbincangan: Mikroekonomi - Kuasa-Kuasa Pasaran

Keluk permintaan
Keluk penawaran
Pergerakan di atas keluk permintaan/penawaran
Anjakan keluk permintaan/penawaran
Keseimbangan pasaran.

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 2


Modul 1, Pelajaran 4
Nota Webex 2

Agenda perbincangan Webex 3

Konsep keanjalan
Pengiraan keanjalan
Keanjalan permintaan harga
Hubungan hasil dengan keanjalan
Keanjalan silang
Keanjalan pendapatan
Keanjalan penawaran
Aplikasi SS dan DD dan polisi kerajaan

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 3


Modul 1, Pelajaran 5
Nota Webex 3
Perancangan Akademik 19/20 - 4 - JKE101

Agenda perbincangan Webex 4

Tajuk perbincangan: Mikroekonomi- Pengeluaran & Kos

Teori firma
Kos lepas, kos implisit dan eksplisit
Kos tetap dan kos berubah
Kos jangka pendek dan kos jangka panjang

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 4


Modul 2, Pelajaran 4 & 6
Nota Sidang Rakaman 1

Agenda perbincangan semasa kursus intensif 1

Tajuk perbincangan: Proses pengeluaran dan kos


Keseimbangan firma di bawah Pasaran Persaingan
Sempurna

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 5


Modul 2, Pelajaran 4 & 6
Nota Rakaman 2

Agenda perbincangan semasa kursus intensif 2

Tajuk perbincangan: Struktur Pasaran lain:


Monopoli
Oligopoli
Pertandingan monopoli
keseimbangan jangka panjang

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 5


Modul 2, Pelajaran 6
Nota Rakaman 3

Agenda perbincangan Webex 5

Tajuk Perbincangan: Pengenalan kepada Makroekonomi- Keluaran


Negara & Pendapatan Negara

Apakah beza antara keluaran negara & pendapatan negara?


Menghurai permasalah pengukuran keluaran negara.
Menghurai kaitan konsep berikut:
pendapatan negara
pendapatan perseorangan
pendapatan boleh guna
Perancangan Akademik 19/20 - 5 - JKE101

Meneliti komponen-komponen pendapatan negara.

Bacaan Persediaan: E-Kuliah Bab 6


Modul 3, Pelajaran 1
Nota Rakaman 4

Agenda perbincangan Webex 6

Tajuk Perbincangan: Petunjuk-petunjuk makroekonomi yang penting:


Pertumbuhan
Inflasi
Pengangguran

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab6


Nota Webex 4

Agenda perbincangan Webex 7


Tajuk perbincangan: Permintaan dan Penawaran Agregat

Keluk permintaan agregat


Keluk penawaran agregat
Kesan polisi kewangan dan fiskal

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 7


Modul 3, Pelajaran 2 dan 3
Nota Webex 5

Agenda perbincangan Webex 8

Tajuk perbincangan: Ekonomi terbuka

Konsep-konsep ekonomi terbuka penting


Perdagangan antarabangsa:
Faedah mutlak
Faedah berbanding
Halangan perdagangan
Kewangan antarabangsa:
Sistem pertukaran asing

Bacaan persediaan: E-Kuliah Bab 8


Modul 3, Pelajaran 6&7
Nota Webex 6

(nota: Tajuk-tajuk dalam Modul 1, pelajaran 1-3; Modul 2, pelajaran 1-3, tidak
akan dibincangkan dalam kursus ini. Walaubagaimana pun, perbincangan
yang lebih mendalam akan diberi pada tajuk-tajuk yang lain seperti
permintaan dan penawaran agregat- kesan polisi kewangan dan fiskal dan
kaitkan dengan gejala ekonomi semasa)
Perancangan Akademik 19/20 - 6 - JKE101

KURSUS INTENSIF (28/1/2020-13/2/2020)


(PEPERIKSAAN BERTERUSAN)
Semua pelajar wajib hadir mengikuti kursus intensif yang dijadualkan ini.
Peperiksaan berterusan akan diadakan semasa kursus intensif. Mereka yang
tidak hadir akan dihalang daripada mengambil peperiksaan akhir kelak.

PORTAL E-PEMBELAJARAN PPPJJ


Portal PPPJJ untuk kursus ini akan dimuatkan dengan bahan-bahan
pembelajaran tambahan, perbincangan forum dan perkara-perkara
seumpamanya untuk melibatkan anda dengan kegiatan pembelajaran kursus
ini. Anda juga boleh menghubungi Pengurus Kursus untuk bertanya soalan
dan berbincang dan mendapatkan maklumat terkini daripada Pengurus
Kursus.

Rakaman E-Kuliah, rakaman sidang video, nota sidang video, keputusan


Peperiksaan Berterusan, dan apa jua maklumat yang penting akan dimuatkan
dalam portal e-pembelajaran ini untuk rujukan anda.

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Tugasan (20 %)

Ketiga-tiga untuk kursus ini adalah tugasan individu. Dua tugasan berbentuk
kuiz online dalam portal eLearning PPPJJ. Tempoh masa untuk menjawab
Kuiz 1 dan 2 (Tugasan1) adalah sepanjang 2 minggu dan akan dibuka dalam
bulan hujung Disember 2019 ke awal Januari 2020. Tempoh masa untuk
menjawab Kuiz 3 dan 4 (Tugasan2) adalah sepanjang 2 minggu dan akan
dibuka dalam bulan hujung Mac ke awal April 2020.
Tugasan ketiga melingkumi topik mikroekonomi dan makroekonomi yang
melibatkan lukisan keluk, pengiraan dan penerangan menulis.

Tugasan 1- Topik Mikroekonomi (6%)


Kuiz 1 (3%)-Anda dikehendaki menjawab 10 soalan betul/salah.
Setiap pelajar akan mendapat set soalan yang berbeza.

Kuiz 2 3%)- Anda dikehendaki menjawab 10 soalan multiple choice.


Setiap pelajar akan mendapat set soalan yang berbeza.
Perancangan Akademik 19/20 - 7 - JKE101

Tugasan 2- Topik Makroekonomi (6%)

Kuiz 3 (3%)-Anda dikehendaki menjawab 10 soalan betul/salah. Setiap


pelajar akan mendapat set soalan yang berbeza.
Kuiz 4 (3%)- Anda dikehendaki menjawab 10 soalan multiple choice.
Setiap pelajar akan mendapat set soalan yang berbeza.

Tugasan 3- Topik Mikroekonomi dan Makroekonomi (8%)

Anda dikehendaki menjawab kesemua lima soalan. Soalan berbentuk


penerangan menulis, lukisan keluk dan pengiraan. Sila buat latihan yang
diberi untuk membantu anda dalam tugasan ini.

Latihan Tanpa Markah

Dua latihan terutamanya untuk menguji analisa dan melukis graf akan diberi
untuk membantu pelajar untuk memahami topik mikroekonomi (Latihan 1) dan
makroekonomi (Latihan 2). Berharap pelajar cuba menjawab soalan-soalan
tersebut terutamanya semasa membuat ulangkaji untuk peperiksaan.

Peperiksaan Berterusan (20 %)


Peperiksaan Berterusan ini akan diadakan di kampus induk USM semasa
kursus intensif. Tarikh dan masa peperiksaan yang sebenar akan ditentukan
oleh PPPJJ kemudian.
Peperiksaan ini menyumbangkan 20 peratus kepada markah keseluruhan
anda dalam kursus ini. Mereka yang tidak hadir akan dihalang daripada
mengambil peperiksaan akhir kelak.

Bentuk Soalan dan Cakupan Ujian

Dalam peperiksaan ini anda dikehendaki menjawab 60 soalan aneka


pilihan yang mengandungi 5 pilihan jawapan.
Topik-topik dalam mikroekonomi sahaja akan diuji meliputi:
Topik-topik mikroekonomi Sidang Video dan rakaman
E-Kuliah Bab 1,2,3,4 dan 5
Modul 1, pelajaran 4 - 5
Modul 2, pelajaran 4 - 6

Peringatan:

Anda dikehendaki mengembalikan kertas soalan anda bersama-sama


dengan borang OMR yang mengandungi jawapan anda kepada
Pengawas yang bertugas. Jika anda TIDAK mengembalikan kertas
soalan anda, anda akan diberi markah “0” untuk peperiksaan ini.
Perancangan Akademik 19/20 - 8 - JKE101

Peperiksaan Akhir (60 %) (8 Jun-28 Jun 2020)


Peperiksaan akhir akan diadakan pada bulan Jun 2020. Tarikh, masa dan
tempat yang muktamad akan ditentukan oleh Bahagian Peperiksaan, USM.

Sumbangan Markah Peperiksaan Akhir

Peperiksaan akhir menyumbangkan 60 peratus kepada gred


keseluruhan anda dalam kursus ini.
Bentuk Soalan dan Cakupan
Peperiksaan akhir mengandungi 120 soalan aneka pilihan, terdiri
daripada 55 soalan mikroekonomi dan 65 soalan makroekonomi.
Topik-topik mikro dan makro ekonomi Sidang Video dan intensif
Topik yang sama dalam modul

AMARAN:

Pelajar yang tidak mengembalikan kertas soalannya akan ditahan


keputusannya oleh Bahagian Peperiksaan.

ULANGKAJI
Anda dinasihati membaca sekurang-kurangnya satu buku teks rujukan
utama. Menguji diri dengan kuiz-kuiz penilaian kendiri juga akan dapat
membantu anda dalam menghadapi peperiksaan berterusan dan akhir.

BAHAN RUJUKAN

Rujukan Utama

Mankiw N.G., Goh S.K., Ong H. B., Yen S. H., Cheng M. Y.,
Muszafarshah M.M. and Yvonne Lee L. E., 2013. Principles of
Economics: Malaysia Edition. Cengage Learning Asia Pte Ltd.

Perhubungan dan Surat Menyurat

Pelajar digalakkan untuk mengguna forum yang disediakan dalam e-Portal


PPPJJ untuk perbincangan dan pertanyaan. Jika ada urusan surat menyurat
dengan Pengurus Kursus ini hendaklah dialamatkan kepada alamat seperti
berikut:

PM Dr Yen Siew Hwa


Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Perancangan Akademik 19/20 - 9 - JKE101

Universiti Sains Malaysia


11800 USM, Pulau Pinang
shyen@usm.my Tel: 04-6534559

Waktu Pejabat

Waktu Pejabat PPPJJ adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat:

10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari


2.30 petang hingga 5.00 petang

Sekian, Selamat Belajar!

ooo000ooo

You might also like