You are on page 1of 2

BAHAGIAN A (30%)

Soalan

Pilih SATU isu semasa yang menarik bagi anda dan pilih 5 – 7 sumber daripada pelbagai perspektif yang
membentuk perbualan yang berkisar tentang tajuk.
Contoh : artikel berita, ‘tweet’ daripada sumber yang dapat disangkal, artikel dan sorotan kajian ilmiah’

Teroka:

1. Apakah perspektif yang dipersembahkan?

2. Siapakah yang mempunyai suara yang lebih kuat dalam isu? Mengapakah anda berfikiran
sedemikian?

3. Bagaimana anda melibatkan diri dalam perbincangan topik tersebut?

4. Adakah anda berpendapat bahawa medium yang digunakan untuk menyampaikan pendapat
tertentu sebenarnya dipilih secara sengaja? ( Contohnya …audiens sasaran spesifik, audiens
yang lebih luas, kepantasan, kejituan, populariti )

Ikuti pautan di bawah untuk garis panduan menyeluruh berkaitan penulisan laporan oleh University of
Bradford.

http://www.bradford.ac.uk/academic-
skills/media/academicskillsadvice/documents/academicskillsresources/writing-
reports/Teach-Yourself-Introduction-to-Report-Writing.pdf

Format APA boleh dicapai berdasarkan pautan di bawah:

http://jpmipgmtaa.webs.com/kerja kursus/contoh%20penulisan%20akademik%201.pdf

Panjang laporan anda sekurang-kurangnya 10 muka surat.


BAHAGIAN B (30 %)
Tulis sebuah esei yang bertajuk “ Kepentingan Literasi Maklumat dan Kemahiran Penyelidikan Kepada
Masyarakat”. Esei anda hendaklah sepanjang 400 patah perkataan dan ditulis mengikut gaya penulisan
akademik.

Anda mesti memasukkan poin-poin di bawah dalam perbincangan anda berkaitan topic tersebut. Anda
juga digalakkan

1. Adakah masyarakat mempunyai pengetahuan atau kesedaran berkaitan literasi maklumat dan
kemahiran penyelidikan?

2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam
meningkatkan tahap kesedaran berkaitan literasi maklumat dan kemahiran penyelidikan serta
kepentingan-kepentingannya?

3. Mengapakah kemahiran penyelidikan merupakan keperluan yang kritikal untuk masyarakat kini?

4. Kumpulan manakah dalam masyarakat yang paling memerlukan literasi maklumat dan
kemahiran penyelidikan?

5. Apakah faaedah-faedah yang diperoleh apabila mempunyai pengetahuan berkaitan literasi


maklumat dan kemahiran penyelidikan?

6. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk
memastikan yang masyarakat sedar akan kepentingan literasi maklumat sekali gus untuk
menggalakkan mereka melakukan usaha sendiri untuk mencari pengetahuan tersebut?

Format APA boleh dicapai berdasarkan pautan di bawah:

http://jpmipgmtaa.webs.com/kerja kursus/contoh%20penulisan%20akademik%201.pdf

You might also like