You are on page 1of 1

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-

Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah
Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang
menimpa pelajar Malaysia, Nur Izzah Mohd Shokri di Manchester, England, Isnin
lepas.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka
berdua mendoakan semoga Nur Izzah, dikurniakan kesembuhan dengan segera dan
kembali pulih seperti sedia kala.

"Seri Paduka Baginda berdua turut berharap agar seluruh keluarga beliau sabar dan
tabah menghadapi dugaan ini.

"Marilah bersama Seri Paduka Baginda berdua mendoakan semoga Nur Izzah
dikurniakan kesembuhan dan keafiatan dengan segera," kata kenyataan itu.

Nur Izzah, 20, adalah pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di
Universiti Manchester, kini berada dalam keadaan koma dan sedang mendapat
rawatan di Salford Royal Hospital, England selepas menjalani pembedahan.

Pelajar yang berasal dari Karak, Pahang itu dilaporkan mengalami kecederaan yang
serius di bahagian kepala dan tulang rusuk selepas bertembung dengan sebuah bas
ketika sedang menunggang basikal Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian jam
4.25 petang.– BERNAMA

You might also like