You are on page 1of 18

SULIT

3756/2
Prinsip Perakaunan
Kertas 2
2018
2 ½ jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2018


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PRINSIP PERAKAUNAN
KERTAS 2
( 3756 / 2 )
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian :Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B.
3. Bersama dengan kertas soalan ini tiap-tiap calon diberi alat tulis perakaunan berikut:
Jurnal 2 helai
Lejar 3 helai
Buku tunai 1 helai
4. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah.
5. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan.
6. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru.
7. Penggunaan kalkulator yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.

Kertas ini mengandungi 17 halaman bercetak.


Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan

1. (a) Kelaskan item-item di bawah ini mengikut komponen berikut:


Jualan Bersih, Kos Jualan, Hasil atau Belanja.
Item Komponen Penyata Pendapatan
Angkutan masuk
Pulangan masuk

[ 2 markah ]

(b) Nyatakan akaun yang didebitkan dan dikreditkan berdasarkan urus niaga berikut:
Akaun yang Akaun yang
Urus niaga didebitkan dikreditkan

Menjual perabot lama RM1 500 secara


kredit kepada Mong Ji Enterprise

[ 2 markah ]

(c) Berikut adalah kesilapan yang dapat dikesan dalam Perniagaan Seri Murni:

Komisen yang diterima sebanyak RM450 dengan cek telah dikreditkan


dalam Akaun Bank dan didebitkan dalam Akaun Komisen.

Sediakan catatan dalam Jurnal Am untuk membetulkan kesilapan di atas.


( abaikan keterangan)
Debit Kredit
Butir
(RM) (RM)

[ 2 markah ]

(d) Di bawah berikut ialah maklumat berkaitan 2 perniagaan dalam bidang yang
sama:

2
Perniagaan Perabot
Analisis Nisbah Kedai Perabot Adee
Ceria

Kadar Pusing Ganti Inventori 33 hari 21 hari

i. Perniagaan manakah yang mempunyai pengurusan inventori yang lebih cekap?

.................................................................................................................
[ 1 markah ]
ii. Berikan alasan anda.

.................................................................................................................

.................................................................................................................
[ 1 markah ]

(e) Maklumat berikut diperoleh daripada Kelab Rekreasi Taman Sentosa.

Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2017


RM
Yuran Ahli 10 600

1 Januari 2017 31 Disember 2017


RM RM
Yuran Belum Terima 560 -
Yuran Belum Terperoleh - 372

Hitungkan yuran bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.


[ 2 markah ]

2. Sunlay Enterprise merupakan perniagaan milikan tunggal yang beroperasi di Taman


Melor, Sungai Petani, Kedah. Berikut adalah baki-baki akaun yang diambil daripada
buku perakaunan perniagaan berkenaan pada 31 Disember 2017.

3
DEBIT KREDIT
RM RM
Inventori pada 1 Januari 2017 8 250
Akaun Belum Terima & Akaun Belum Bayar 22 000 10 110
Bank 28 000
Premis (kos) 56 000
Lengkapan (kos) 12 000
Susut nilai terkumpul lengkapan 4 260
Kenderaan (kos) 48 000
Susut nilai terkumpul kenderaan 29 600
Angkutan masuk 1 600
Angkutan keluar 2 400
Duti atas belian 1 300
Pulangan-pulangan 460 700
Belian dan Jualan 30 000 96 300
Promosi 4 400
Kadar bayaran 1 160
Peruntukan hutang ragu 1 600
Insurans 720
Diskaun 1820
Komisen 4000
Hutang lapuk 300
Faedah atas Pinjaman 900
Pinjaman 14 000
Sewa 6 000
Ambilan 6 400
Gaji 10 000
Modal . 73 500

4
237 890   237 890

Maklumat Tambahan:

(i) Inventori pada 31 Disember 2017 adalah berikut:

Produk A Produk B
(RM) (RM)
Harga kos 3 356 3 566
Harga Pasaran 3 876 3 230

(ii) Insurans RM300 dibayar untuk setengah tahun berakhir 30 April 2018.
(iii) Bil elektrik berjumlah RM325 belum dijelaskan.
(iv) Sebahagian premis telah disewa dengan kadar RM500 sebulan mulai 30 April
2017.
(v) Encik Munir telah diisytiharkan muflis dan baki hutangnya RM1 200 perlu
dihapuskan sebagai hutang lapuk.
(vi) Peruntukan hutang ragu dikekalkan dengan kadar 2.5% atas Akaun Belum
Terima.
(vii) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun dengan nilai skrap RM1 000 mengikut
kaedah Ansuran tetap.
(viii) Lengkapan disusutnilaikan 20% atas nilai buku pada awal tahun.
(ix) Lengkapan berjumlah RM2 500 telah dibeli menggunakan hasil jualan bulan
Oktober 2017. Perkara ini belum direkodkan dalam mana-mana buku.
(x) Pinjaman perlu dijelaskan sepenuhnya pada 31 Disember 2018.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
[14 markah]
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.
[11 markah]

5
3. Encik Razlan memulakan perniagaan Zlan Motor Enterprise yang menjual alat ganti
motosikal pada 1 Januari 2018 dengan aset-aset berikut:

RM
Tunai 800
Bank 57 000
Perabot 18 000
Kenderaan 35 000
Berikut ialah urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Januari 2018 :

Jan 2 Membeli komputer RM3 650 dengan cek daripada Ezy Computer.
5 Mengeluarkan wang daripada bank RM1 500 untuk kegunaan perniagaan.
8 Belian barang niaga secara kredit RM3 540 daripada Jonah Trading.
10 Menerima nota kredit daripada Jonah Trading kerana barang yang rosak
dipulangkan bernilai RM570.
15 Mengambil barang niaga berkos RM996 untuk tujuan promosi.
17 Jualan barang niaga secara kredit RM4 635 kepada Kedai Fizi.
20 Membayar belanja utiliti dengan tunai RM505.
22 Belian barang niaga secara kredit RM2 276 daripada Perniagaan Semarak.
24 Menghantar nota debit kepada Kedai Fizi kerana invois jualan pada
17 Januari 2018 terkurang caj sebanyak RM515.
26 Membayar semua hutang dengan cek kepada Jonah Trading.
27 Menerima bayaran penuh hutang daripada Kedai Fizi setelah memberi
diskaun RM210.
28 Mengeluarkan cek bernilai RM180 untuk bayaran insurans hayat peribadi.
29 Menerima komisen dengan tunai RM250.
31 Membayar gaji pekerja dengan cek RM1 500.

Berdasarkan maklumat urus niaga di atas, anda dikehendaki merekodkannya ke


dalam:
(a) Jurnal Am. [5 markah]
(b) Jurnal Khas (tidak termasuk jurnal penerimaan tunai dan jurnal pembayaran tunai).

6
[8 markah]
(c) Buku Tunai. [12 markah]

Bahagian B
[40 markah]
Jawab 2 soalan sahaja

4(a). Cik Nur, pemilik Kedai Perabot Cun yang beroperasi di Kulim ingin memulakan
perniagaan pada 1 Mac 2018. Anggaran penerimaan dan pembayaran yang telah
dibuat oleh beliau adalah seperti berikut:

(i) Cik Nur membawa masuk tunai sebanyak RM90 000 sebagai modal pada 1 Mac
2018.
(ii) Anggaran jualan bagi tiga bulan pertama ialah:
RM
Mac 35 200
April 46 300
Mei 52 400
(iii) Dijangka 30% daripada jualan adalah secara tunai dan bakinya diberi sebulan
kredit.
(iv) Kos belian ialah 50% daripada jumlah jualan setiap bulan.
(v) Cik Nur membeli lori terpakai dengan harga RM40 000 pada bulan April. Beliau
membayar deposit RM15 000 dan bakinya dibayar secara ansuran 10 kali bermula
bulan berikutnya.
(vi) Perbelanjaan bulanan:
RM
Upah pekerja 1 000
Sewa kedai 700
Kadar bayaran 500

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir
31 Mei 2018. [10
markah]

7
4(b) . Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Lawa bagi bulan berakhir 31 Mei 2018
menunjukkan baki overdraf RM738. Baki ini berbeza dengan Buku Tunai yang
berbaki debit RM54 pada tarikh yang sama. Selepas membuat perbandingan antara
kedua-dua Penyata Bank dan Buku Tunai, didapati bahawa :

(i) Cek bernombor 100832 bernilai RM2 321 yang diterima daripada Kedai Haris
belum dikreditkan.
(ii) Cek bernombor 421357 yang telah dibayar kepada Pembekal Mamat bernilai
RM1 150 belum dikemukakan.
(iii) Perniagaan Jazlina telah membuat bayaran melalui pindahan kredit ke
Akaun
Semasa Perniagaan Lawa sebanyak RM435.
(iv) Caj perkhidmatan bank berjumlah RM40.
(v) Cek yang diterima daripada Danial Enterprise bernilai RM634 telah dikembalikan
dengan nota " rujuk penyuruh bayar".
(vi) Didapati belian dengan cek benilai RM638 telah dicatat sebagai RM683 dalam
Buku Tunai.
(v) Faedah atas overdraf ialah RM38.
(vi) Dividen atas pelaburan ialah RM611.

Anda dikehendaki menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Mei 2018 tanpa
mengemaskini Buku Tunai.

[10 markah]

8
5. Berikut merupakan maklumat perakaunan Perusahaan Tirana yang beroperasi di kawasan
Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah. Maklumat ini diperoleh daripada buku
perakaunan perusahaan tersebut pada 30 Jun 2018.

Debit Kredit
RM RM
Bank 66 886
Inventori pada 1 Julai 2017:
Bahan langsung 17 010
Barang siap 43 072
Kerja dalam proses 6 480
Alat-alat kecil pada 1 Julai 2017 925
Juala
n 572 620
Belian bahan langsung 181 350
Pulangan belian bahan langsung 1 275
Mesin (kos) 25 000
Peralatan (kos) 51 000
Susut nilai terkumpul mesin 4 750
Angkutan masuk bahan langsung 855
Sewa 98 400
Penyelenggaraan kilang 6 167
Kadar bayaran 22 400
Bahan api kilang 5 700
Belian alat-alat kecil 1 265
Gaji operator pengeluaran 48 000
Gaji penyelia kilang 14 800
Gaji pengurus kilang 30 000
Akaun Belum Terima 18 650
Akaun Belum Bayar 11 900
Modal   47 415

9
637 960 637 960

Maklumat tambahan :
i) Inventori pada 30 Jun 2018 :
RM
Bahan langsung 11 500
Barang siap 12 100
Kerja dalam proses 4 885

ii) Gaji operator pengeluaran masih belum dibayar untuk bulan Jun berjumlah RM2 500.

iii) Polisi susut nilai perniagaan adalah seperti berikut:


a) Susut nilai mesin adalah 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
b) Susut nilai peralatan adalah 12% setahun atas kos. Penggunaan peralatan
antara kilang dan pejabat ialah 2 : 1.

iv) Bayaran royalti telah dibayar sebanyak RM5 500. Perkara ini terlupa direkodkan.

v) Kenderaan bernilai RM60 000 dibawa masuk oleh pemilik pada 1 Januari 2018.
Kenderaan ini dijangka boleh digunakan selama 6 tahun dan nilai skrapnya adalah
RM6 000. Penggunaan kenderaan di pejabat adalah 60% dan selebihnya untuk
kilang.

vi) Kadar penggunaan belanja sewa dan kadar bayaran untuk kilang ialah 65%.

vii) Alat –alat kecil pada 30 Jun 2018 ialah RM322.

10
Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Akaun Pengeluaran bagi tahun berakhir 30 Jun 2018 [16 markah]

(b) Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 30 Jun 2018 [4 markah]

6. Encik Aiman, Puan Alia dan Encik Afiq ialah pekongsi dalam perniagaan Perkongsian
Sehati Sejiwa. Maklumat berikut diambil daripada Perkongsian Sehati Sejiwa pada
31 Ogos 2018.
RM
Akaun Belum Terima 9 500
Bank 12 340
Modal pada 1 September 2017:
Aiman 22 000
Alia 44 000
Afiq 44 000
Gaji Afiq 4 000
Akaun Semasa pada 1 September 2017:
Aiman (debit) 780
Alia 1 400
Afiq 1 590
Ambilan
Aiman :1 September 2017 1 500
Alia :31 Disember 2017 1 200
Pinjaman daripada Alia 5 000
Untung bersih 31 800
Perabot 12 100
Alatan Pejabat 6 100
Faedah atas pinjaman Alia 250

Kadar bayaran 300


Sewa 1 500

Ikatan Perjanjian Perkongsian Sehati Sejiwa menyatakan:


 Faedah atas modal ialah 4% setahun.

11
 Faedah atas ambilan ialah 10% setahun.
 Faedah atas pinjaman 8% setahun.
 Encik Afiq sebagai pekongsi aktif dibayar gaji RM6 000 setahun.
 Pembahagian untung rugi adalah mengikut nisbah modal awal mereka.
Rakan kongsi juga bersetuju membuat pelarasan bagi perkara berikut.
(i) Komisen belum terima RM220
(i) Peruntukan hutang ragu diwujudkan 2% setahun atas Akaun Belum Terima.
(iii)Pada 1 April 2018, Puan Alia telah membayar insurans kedai RM1 200
menggunakan wang simpanannya. Perkara ini belum direkodkan.
Anda dikehendaki menyediakan :
(a) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Ogos 2018.
[10 markah]
(b) Akaun Semasa setiap pekongsi [6 markah]
(c) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Ogos 2018 (bahagian ekuiti pemilik).
[4 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

JURNAL

12
JURNAL

13
LEJAR

14
LEJAR

15
LEJAR

16
17
BUKU TUNAI

You might also like