You are on page 1of 2

Kenji Mizoguchi merupkan seorang pengarah dan screenwriter asal Jepun.

Dilahirkan
pada 16 mei 1898 di Hongo,Tokyo Jepun dan telah meninggal dunia di Kamigyo ward, Kyoto
Jepun pada 24 ogos 1956. Mulai aktif dalam industri filem pada 1923 sehingga 1956. Antara
hasil karya beliau ialah filem Ugetsu pada tahun 1953. Beliau merupakan seorang pengarah
yang gemar menggunakan ‘Long shot’ dalam filem-filemnya.

Teknik long shot merupakan teknik yang mampu mewujudkan ketegangan psikologi
dan teknik ini amat seseuai dengan filem Ugetsu yang menceritakan tentang kisah
peperangan. Ugetsu merupakan antara filem beliau yang mendapat sambutan yang
menggalakkan. Terdapat beberapa teknik dan “camera movement”yang digunakan oleh Kenji
Mizoguchi dalam filem ini. Filem Ugetsu adalah satu karya kebangkitan filem pasca perang
jepun.

Filem yang menekankan kesesusahan kehidupan mereka yang terdahulu apabila


dijajah oleh orang yang kejam. Sebuah filem yang menarik dengan pengunaan long shot dan
mempunyai cara yang berbeza untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Pengisian filem
yang disalurkan dalam emosi penonton dengan cara yang halus melalui shot-shot dan teknik
kamera.

Filem ini menyampaikan mesej bahawa wanita juga mampu untuk bersaing dengan
lelaki dan turut terselit mesej tentang perbuatan merendah-rendahkan taraf kaum wanita
adalah tindakan salah sama sekali. Kenji Mizoguchi berjaya menghasilkan filem yang
melambangkan kehidupan masyarakat Jepun yang berusaha untuk mendapatkan hidup yang
lebih baik. Beliau berjaya memeberi perasaan yang realistik pada filem tersebut dengan
mengunakan teknik “long take”.

Pegerakkan kamera yang berpanjangan mengikut subjek dan karekter dalam satu
babak ke babak yang lain dengan teliti dan kemas juga merupkan teknik yang digunakan oleh
beliau. Beliau ada menggunakan poetic camera movement dalam filem ini. Contohnya ketika
babak Lady Wakasa mendatangi Genjuro yang sedang mandi di kolam,dan ketika Lady
Wakasa menyertai Genjuro masuk ke dalam kolam air tepercik keluar dan kita boleh melihat
kamera mengikuti percikkan air tersebut.

Seterusnya, babak ketika diatas sampan juga merupkan teknik long take yang
diaplikasikan dalam filem ini. Transition yang digunakan ketika Genjuro bermimpi di tepi
sungai bersama seorang wanita juga amat baik sekali. Teknik yang amat menarik dimana
kamera merakam dari atas dan kemudiannya turun menuju ke pelakon juga turut digunakan.
Scene yang paling menarik dan cantik di dalam filem ini adalah secene tasik yang
begitu realistik dengan pencahayaan yang baik walaupun scene tersebut hanya diambil di
dalam studio. Pengunaan wide shot di dalam filem ini amat bersesuain dan mampu
memeberikan “feel” kepada audiens.

Reference

-Dipetik daripada McDonald,Keiko. “Ugetsu” 12 oktober 2012


https://www.criterion.com/current/posts/966-ugetsu

-  20 April 2020 “Ugetsu Monogatri”.11 Cinema Ritrovato.


https://en.wikipedia.org/wiki/Ugetsu

- Dipetik dari Mizoguchi the long take,‘tone poem’,23 Julai, 2014


https://thelongtake.net/2014/07/23/film-favorites-ugetsu/

-timeout, movies “Ugetsu Monogatari” 2014


https://www.timeout.com/movies/ugetsu-monogatari

You might also like